Menjadi Bunga Yang Tenang
Assalamualaikum wbt
Saya belajar sesuatu yang baru tentang manusia. Kita adalah lebih cantik apabila tersenyum. Dan dengan senyuman boleh melembutkan jiwa yang keras. Juga menenangkan hati yang gelisah. Terima kasih kepada semua yang tersenyum kepada saya selama ini kerana senyuman kamu semua telah memulihkan jiwa saya.
Senyuman terbesar telah saya peroleh daripada:
1) Surah An-Nur. Kaklong dan sepupu saya, Hidayah, menasihati saya supaya membaca surah ini. Bukan setakat tersenyum di muka, tapi juga di jiwa.
2) Emak memanggil saya Bunga. Kata emak, ini nama klasik dari emak untuk saya. Saya tersenyum setiap kali mendapat mesej daripada emak sejak beberapa hari ini. Saya memanggil emak pula sebagai Emak Bunga. Juga akan saya gelar sebagai Emak Melati kerana nama Kaklong pula adalah Melati.
3) Ayah menelefon dan sebaik mendengar suara saya, ayah berkata: “Alah, takde apalah tu. Jangan fikir berapa lama lagi nak exam. Fikir tak lama dah nak balik.” Kenapa cool sangat ayah ni, ya?
4) Dan kata-kata semangat yang saya terima daripada kamu semua. Saya bukan patah semangat. Saya cuma hilang punca buat seketika. Saya kongsikan semula nasihat yang telah saya terima. Kalau terasa seperti hilang punca, bacalah Al-Quran dan atur tidur dengan sebaiknya. Hidup akan tenang dan tersusun.
Allah sayang saya. Allah sayang kita semua. Dia tidak akan menyeksa kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Ya. Allah sayang kita semua!
Hai kawan-kawan. Nama saya Bunga. Bunga Orked. Semoga semuanya sihat dan berada dalam rahmat Allah. Dan semoga hidup kamu semua ceria dan indah seperti sekuntum bunga.
![]()
Nota 1: Ingatlah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar-Ra’d : 28)
Nota 2: Kita akan rasa sangat best (entahlah, tak reti nak terangkan dengan jelas perasaan tu) bila kita dapat menolong kawan kita. Kan? π

Salam Si Bunga Orked,
Saya sangat setuju.. orang putih kata “I couldn’t agree more”.
Semoga Orked ini terus berkembang mekar menceriakan taman dan dunia seluruhnya. (Ermm boleh kot pakai perumpamaan ni)
Ceria selalu. π
::truemax
Selamat menempuhi exam Sarah..Ini bukan pengakhiran tetapi sebaliknya permulaan. Ujian sebenar bermula di tanahair nanti..ketika memulakan tugas..Moga dipermudahkan untuk Sarah menempuhi ujian ni ye..selamat berjaya!!
Tapi bunga mcm pelik sikit π ..automatik teringat Bunga isteri Aserap Sinkler π tuh..hihihi…
good for u sis
semoga tenang2 selalu π π
Assalamu alaikum….
Semoga dapat mengharungi final exam yang terakhir dengan tenang.
Semoga segalanya dipermudahkan.InsyaALLAH….
salam sarah…
saya sekarang pun sedang tensen dan macam hilang punca. tensen sampai rasa kalau nangis agaknya boleh lega. tapi, puas pujuk, air mata tetap tak nak keluar. nak baca Quran, tapi… entahlah. belum berkesempatan. dengan esaimen yang menimbun. dan sekarang – hari ini adalah hujung semester. maka setiap esaimen perlu segera dihantar sebelum bercuti.
saya harap sangat. malam ini saya boleh baca Quran dan solat sunat banyak2. saya nak cari jiwa saya.
Ha, gitulah…cooolll… π
ish bunga orked pulak. amek bunga tulip la kakak π
orked tu teringat kat anak saifulnang tu. π
cool akak! fikirkan brapa lama lagi nak balik for good!
good luck for ur exam! *big hugs*
huishhh.. macam ada hidden calming effect je bila baca entri sarah yang ini.. serious! tak tipu ;P
and saya adore ayah awak. cool je… tapi saya setuju dengan apa yang ayah awak cakap tu. fikir the bright side of it… positivity itu sangat membantu untuk hidup tanpa risau.
salam.
ks!!!! lama nya tak bertapa kat ds nih.. nk lawat ke sebelah pun, kaki terasa jauh. tapi lepas exam topan ni, rinak depan tu pun, terasa dekat. hehe..
betul, klo kita boleh tolong kawan kita, kita pon gembira tgk dia gembira. tak best klo kita gembira tapi kawan kita down. kan?
**ks, nak tanya, ‘babe’ tu benda pe?
btul ckp ayah tu.. lan gmbira sgt bila tgk ngangah gembira. tenang hati…
Bunga dan wanita tak kan terpisah, kenapa ya?
ks boleh!! sha syg ks jugak! rs mcm lm dh xjpe ks.gudluck ks π
ps-sha pn ad trbce psl surah An-Nur tu kt wall post fb ks.alhamdulillah krg sket stress π
kakak bunga.
gudluck ok. dah nk grad kan? ganbatte!!!!
salam dr nippon.
Eh eh, best juga kalau boleh introduce-kan diri like,
“Hello everyone, I’m Bunga Orked from….”, pastu konfem kena cakap “And yes, really, my name is Bunga Orked.”
Klasik.
Adik bunga dah tenang..kakak bunga rase lega sangat-sangat.
Terima kasih Truemax.
p/s: Takziah atas pemergian your FIL. Saya tau dari Falin.
Terima kasih kak! Eh, Bunga Cinta Lestari? No no no. Bunga yang ni lagi special. Huhu.
Thanks a lot Kak Inah!
W’salam wbt.
Terima kasih Liya π
Salam Hanis.
Semoga awak pun kembali tenang ye. Jiwa kita ada dalam Al-Quran tu. Cari la. Insya Allah awak akan jumpa π
Ngehehe. Thanks Lee!
Selama ni memang KS ada nicknama Orked. Sekali mak panggil Bunga pulak. Jadi la Bunga Orked
Thanks a lot Yonna!
Nono, ayah saya memang selalu buat saya fikir from the other side of it.
Semoga Nono sihat2 je eh π
Salam Wanie.
Teringat balik apa kita borak tadi. Kononnya rasa rinak tu dekat je kan. Tapi tadi macam malas jugak nak pergi. Huhu.
Wanie, jangan ‘babe’ sangat ye. Tidur kena cukup. Kalau tak nanti jadi bengong macam KS. π
Terima kasih Lan. Ewah. Sekarang ni awak pulak ye nasihat Ngangah ye. Hahaha.
Habis tu takkan nak panggil ‘Ronaldo’ pulak. Hahaha.
Sha, thanks a lot! Seronok tadi dapat jumpa dan peluk Sha! Makin janguk dia eh π
Riyana, arigato! Exam dulu sebelum grad. Hehe. π
Hai Lisa. Nama saya Kak Orked.
Perhaps, classic is my middle name π
Kakak Bunga, adik Bunga happy sangat baca komen Kakak Bunga. Rindunya kat Akak! *peluk kuat-kuat*
bunga & wanita berkait rapat π
kita berasal dr tanah kan, bila kita gembira, selalu diibaratkan sbg hati berbunga-bunga π
begitu juga dengan tanah. bila tanah yang dibaja dgn benih bunga-bungaan. bila benih itu gembira, jadi, dia nak membesar dgn cepat, tu sbb dia jd bunga-bungaan yg cantik
sarah..semoga selamat semuanya..saya doa dr jauh π
angah,
jadilah setenang bunga. cantik walau dipukul badai, ditiup angin, ditimpa panas, disiram hujan, diserang lebah, dipetik manusia..
*jadi bunga orked best kan? π
Terima kasih Angah.
Nanti sampai waktu, giliran kita pula. Falin amat perithatin, dan dia tengah kelam-kabut tu agaknya.
http://semut-putih.blogspot.com/2009/05/al-fatihah-untuk-hj-salleh-bin-hj-tahir.html
::truemax
kita harap sarah sihat jugak! π
Alhamdulillah.. semua dah ok…