Cerita Dari Volgograd (i)
Assalamualaikum wbt
Perjalanan ke Volgograd petang Khamis lepas memang amat meletihkan. Tetapi Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang kami lalui. Perjalanan kali ini mengambil masa 16 jam tepat. Sebaik sampai, kami berkejar ke stadium untuk perarakan kontijen yang bertanding dan selepas itu, pasukan pingpong dan badminton terus bertolak ke stadium khas untuk dua acara ini. Penat memang masih belum hilang lagi waktu itu.
Saya malas hendak menulis panjang lagi. Gambar pun masih belum ada pada saya semuanya. Cuma saya hendak kongsikan keputusan perlawanan hari itu. Untuk pingpong, baik lelaki atau wanita, kedua-dua pasukan universiti saya mendapat tempat kedua. Untuk pasukan wanita, kami agak kecewa jugalah. Mana pernah kalah dalam lima kejohanan sebelum ini. Tapi dapat membawa pulang pingat untuk pihak universiti buat kesekian kalinya sudah cukup memuaskan hati kami berlapan. Bagi pasukan lelaki, aduhai, lagilah kami terkilan. Tapi tak mengapalah. Kita simpan cerita di belakang sudah. Tak mahulah ungkit-ungkit. Huhu. Apa yang penting, MMA Pingpong Team 2009 is the best! (Saya akan rindu Anet, Wanie, Rou Theng, Ron, Nicholas, Lowell dan Izzi!!!)
(Tiada dalam gambar: Izzi The Great)
Pada hari kedua dan ketiga, saya sudah tidak mempunyai sebarang acara. Jadi, apa lagi. Jadi tukang sorak sajalah. Sampai serak-serak tekak. Dan separuh masa bertugas membantu paramedik di gelanggang bola keranjang.
(Inilah geng makan-makan ketika di Intec dulu: Farhana, Dyana, saya dan Huda. Banyak sungguh kami mengimbau kenangan zaman muda-mudi dulu. Hihu~)
Dan pada hari kedua, saya berkesempatan melawat rumah kawan saya, Dyana Nizar. Serius sungguh lama tidak bertemu Dyana dan yang lain. Dan pada hari itu, saya bersama Dyana, Huda dan Farhana berkunjung ke Mamaev Kurgan atau Mother Russia; monumen yang saya katakan seperti Statue of Liberty itu. Gambar ini baru acah-acah saja. Ada banyak lagi gambar di sana. Huhu.
Ok. Tengok gambar sikit ni dululah. Nanti ada masa baru saya letakkan gambar-gambar yang lain.
Hoyeah! Dapat pingat perak pun cukup dah. Paling kurang, pengalaman tahun akhir saya masih manis dan penuh warna-warni bersama kontijen universiti saya ke Volgames’09 kali ini. Dan yang paling seronoknya, bas no.2 dari MMA adalah sangat happening dan best! You guys rock!
Nota: Ada banyak sangat gambar. Maka, bersambung…
dont you received my email?
Reply
Sarah Reply:
April 28th, 2009 at 2:00 am
I did. But I couldn’t reply your sms that day. Sorry.
Reply
Tahniah..Perak pun ok ape 😉 ..yang penting memori indah kat situ yang akan Sarah bawak balik & akan ingat selama-lamanya kan..
Reply
Sarah Reply:
April 28th, 2009 at 2:01 am
Akak, memori waktu kat situ memang sangat indah. Hihihih. 😉
Reply
salam sarah..lame tak lawat blog awak..dah sewa web hosting sndiri ye…mm..
Reply
kak sarah! congrats okeh. tahniah tahniah. dapat perak tu dah cukup kool 😎
okay. menunggu utk sambungan gambar2 seterusnya.
next!
ahaks 😆
Reply
Sarah Reply:
April 28th, 2009 at 2:01 am
Tunggu ada masa nanti baru la dapat KS update. Huhu.
Reply
salam.
laa.. wani tak amik lg rupanya gambar kita bertujuh tanpa Izzi the great tu. hhuuhu.. Tak saba nk tgk gambar kita berlapan (ke bertujuh tanpa Ron the Macho? haha) dengan medal. gambar ks lg dgn ….. kikiki
Reply
Sarah Reply:
April 28th, 2009 at 2:03 am
Wanie, kalau Ron The Macho, so, Nicholas and Lowell the what? Huhu.
Weh. Ayat kamu penuh kontroversi. Tak boleh jadi ni. Hahaha.
Reply
salam ks.
thia belum bc betul2 lg entry akak ni
singgah kejap nk beritahu
thia dh pindah blog.blog lama dh tutup.
merajuk la kononnya.padahal tk ribut takde taufan apa-apa pun dekat blog lama tu.
jadi kalau ada jodoh,jumpa akak di sana ya
akak rehat cukup-cukup
😉
http://www.wfathiyyah.blogspot.com
Reply
hihi.. akak letak je link blog tu kat sini ..takde siapa kot nak mencari sy. huhu
kalau jumpa juga tak tahu la
btw,gambar2 akak tersangat la macho dlm ni..
kami mahu lagi! hihi
orait! no hal.akak jgn risau. thia takkan dan takkan abaikan study.
mahu pulun malam ni
Reply
Sarah Reply:
April 28th, 2009 at 2:03 am
KS akan update kan di Google Reader KS la kot. Senang nak tengok apa kamu update. 😉
Reply
suka gambar last tu!! ohh..bila la mo sampei ke russia pulak
Reply
KS gambar last,angle patutnya leh amik lagi cantik.Hujung pedang tu terpotong… KS besor sgt kot..hik3( ketawa muslimah)
Reply
akak,akak ada tak sapa2 kawan akak yang belajar/duduk dekat arab saudi.
sebab ada la sorg ni kan,dia datang dr arab saudi.sellau juga dtg blog lama.
tp smpai skrg sy tak tahu siapa
❓
ngeh
apa pun,terima kasih kak
Reply
gambar last tu sangat artistik…sungguh lawa lagi bermakna 🙄
Reply
kalau kos ke RF tu murah…mmg saya pegi mamaev kurgan tu…akan ttpi 😕
Reply
[…] masih demam. Entri ini sekadar hendak menyambung Cerita Dari Volgograd. Nah tengok gambar. Boleh muak agaknya kamu semua hendak membelek gambar-gambar ini. Huhu. Terlebih […]
I аm in fact thankful tߋo the holder ߋff this web pagе աhо ɦaѕ shared
this impressive article аt here.
Reply