Kelana Merentas Rusia
Assalamualaikum wbt
Exam sudahpun selesai. Alhamdulillah, markah yang cemerlang. Sekejap saja viva pagi tadi. Yang lebih menguntungkan, semua soalan saya berkaitan Cardiology. Bidang yang paling saya suka. Saya ingatkan, kemungkinan besar saya akan kena tanya banyak soalan-soalan berkaitan Pulmonology. Tapi satu pun tiada saolan berkaitan paru-paru. Huhu.
Yang penting, satu group saya semuanya sudah lepas bahagian ini. Ada beberapa orang lagi juga mendapat markah cemerlang. Sekarang ini, hanya tinggal empat posting pendek (seminggu lebih setiap satu) yang akan kami lalui sebelum kelas tamat secara rasmi pada 1 Jun nanti. Selepas itu, barulah bahagian paling penting untuk State Exam akan bermula. Makin cuak rasanya.
Ok. Abaikan kecuakan sekejap.
Dua jam daripada sekarang, kontinjen universiti saya akan bertolak menuju ke Volgograd. Volgogames akan bermula pada hari esok. Perjalanan ke sana mengambil masa paling kurang 16 jam menaiki bas dari Moscow. Ada 3 buah bas dari sini. Haa. Silalah bayangkan bagaimana keadaannya. Saya pernah balik Malaysia termasuk transit pun hanya mengambil masa 14 jam. Ini sampai 16 jam tu! Huhu.
Saya, Wanie dan Pena baru saja siap memasak bekal makanan untuk dibawa di atas bas. Semoga untuk sukan kali ini, tiada lagi insiden diarrhea secara berjemaah dalam perjalanan balik nanti. Kenangan tahun 2005 dulu masih belum saya lupakan. 😆
Dan saya yakin, saya akan tidur mati di atas bas nanti. Sesungguhnya, saya sangat tidak cukup tidur dalam tempoh seminggu ini.
Nota 1: Yeay! Saya akan bertemu dengan Dyana Nizar, dormmate dan classmate saya di KISAS dulu. Dia menuntut di Volgograd. Dah lama tak berjumpa dengannya.
Nota 2: Insya Allah akan ada gambar-gambar menarik sepanjang berkampung di Volgograd nanti. Pernah lihat Statue of Liberty versi Rusia? Ada sebuah di Volgograd. Jauh lebih besar. Nantikan ya!
Nota 3: Tak penting pun nota ni. Cuma nak kata, saya akan merentas ladang gandum di sepanjang perjalanan nanti. Auw. Saya suka!
16 jam????wahhh x dpt bygkan lama gila. anyway, all the best. hihi
Reply
Sarah, semoga selamat sampai ke destinasi. Dalam bergembira jangan lupa berzikir ya! Jaga diri 😉
Reply
16 jam macam dari JB ke Alor Star tahun 1995 dulu he he…
jgn lupa amik gambr byk2 eh dan tepek kat sini..
Reply
disebabkan akak terlalu hepi, maka anip dengan selambe nye men-tagged akak sebagai mangsa kedua. silalah ringan2kan tgn ye~ 😉 [http://epenlavia.blogspot.com/2009/04/t-g-g-e-d-k-l-i-k-e-d-u.html]
Reply
epenlavia Reply:
April 26th, 2009 at 9:14 am
n award juga utk akak..first dlm list! hehe..kalo free,nanti respond k..thanx and take care~ 😉
Reply
Ala…x sempat nk suruh kem slm dgn diyana nizar 🙁 …ntah dia stil igt kat sy ke x..huhuhu..goOd Luck for the game, sarah! 😀
Reply
Selamat maju Jaya buat Sarah dan Kontijen…!!!
Reply
bawak ler balik hadiah yer
ps:oh..mesti cantik gandum tu erkk..
Reply
gandum?? (woot)
jaga diri ya! 😆
Reply
haha..
.
monyet..monyet..jangan monyet..
apekah insiden diarrhea?
Reply
tahniah, flying colours..biasanya pljr medic smua genius kan? 😯
1 yg menarik perhatian saya, pasal pulmonology. blh cerita kan sdikit shj psl pneumonia? pelajar luar negara mmg berisiko tggi utk menghidap pnykit ni ek? ape cara nak cegah? kalau dah berpnyakit ni ape ubatnye? ape cara nak ubati… kalau leh wat 1 artikel psl ni, sy sgt b’trm ksih byk2..
Reply
_______________
Mengutip kerikil
———————
Malam ini,
Dalam kelam cahaya bulan
Dia lihat kita mengutip kerikil
Dalam kerdip sinar bintang
Kelip matanya memancar jengkel;
“Ah! itu hanya kumpulan kecil manusia gila
Menimbun usaha sia-sia!”
Siang nanti,
Bila mentari mula tinggi
Kiranya mata tidak tertipu lagi
Rupanya dalam sepi malam tadi
Kita tekun mengukir nyata sebuah mimpi
Kota kukuh besi kursani
Tembok tebal berdepa
Tiang sayup melonjak angkasa
Lantai merentas lautan memukat benua
Bumbung bahagia mustadafin sedunia
Dinding penjara mustakbirin durjana
——————–
fikrul mustanir
Maharani
1 Jamadil Awal 1430
Reply
aduh macama sangat letih lah perjalanan tu nanti 😉
Reply
hehe…lama tak singgah..wah wah dh abes pekse..cemerlang pulak tu..
nak jadi cm akak jga..doakn sha ye..kami bru nk pekse
Reply
salam k.sarah 😀 sorry evrytime terserempak aiza tgh berkejar2 nk cepat, x sempat nk borak2 jumpe=p.. nway alhamdulillah,dh selamat smpi? jauh kan volgo,hehe.tp ade statue mamaev….~
Reply