Ilmu
Assalamualaikum wbt
(I)
Sebulan yang lepas, saya menandakan satu agenda penting untuk saya ikuti pada hari ini di dalam kalendar saya. Awake craniotomy. Tepat jam satu pagi tadi, online webcast bermula. Hanya satu yang boleh saya katakan. Subhanallah!
Craniotomy bukanlah satu prosedur yang ringkas. Kepakaran dalam pelbagai disiplin bekerjasama untuk menjayakannya. Inikan pula untuk satu prosedur yang melibatkan otak yang dilakukan dalam keadaan pesakit itu sedar untuk membolehkan pakar mengakses sama ada prosedur itu mengganggu sistem saraf yang tertentu atau tidak. Jadi, pakar boleh berinteraksi dengan pesakit dan memintanya melakukan beberapa perkara mengikuti arahan untuk memastikan sistem sarafnya tidak terjejas.
Segala puji hanya layak untuk Allah. Tanpa ilmu yang dipinjamkannya kepada kita, semua ini adalah mustahil.
(II)
Kami bertiga di rumah ini bagaikan burung hantu di waktu malam. Bila malam, semuanya segar berjaga menghadap buku masing-masing. Bila siang, kami menjadi burung ciak pula. Awal-awal pagi lagi semuanya sudah berjaga. Pertamanya kerana Subuh masuk seawal 3.30 pagi. Keduanya, untuk sambung membaca.
Tidur memang tidak teratur. Makan pun apa yang sempat saja. Kalau saya, tidur duduk menyandar di kepala katil itu seperti perkara biasa untuk dua, tiga hari kebelakangan ini. Bangun pagi, sakit pinggang macam orang mengandung lapan bulan!
Untuk saya, sengsara ini akan berakhir kurang dua bulan daripada sekarang. Mungkin sudah boleh mula tersenyum sedikit. Tapi masih belum lebar.
(III)
Esok, kami bertiga wajib ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai atlit. Eceh. Macam atlit profesional pula. Kami akan bertolak meninggalkan Moscow pada petang Khamis ini.
Saya tidak sabar hendak keluar dari rumah. Sudah empat hari saya terperuk di dalam rumah saja. Otak sudah separuh mati.
Nota: Saya sangat rindukan keluarga di Malaysia.
salam…
macamana boleh berjaga, study tanpa jemu tu juga merupakan ilmu yang harus dikongsikan bersama…:)
Reply
smlm dah sampaikan salam akak kat mak n ayah..diorg pn kirim salam kat akak balik..mak ckp akak blk bulan 7 ni..btol ke? 🙄
Reply
Sarah! 😎
ingat..x lama lagi je ni 🙄
pejam celik pejam celik..
tahu tahu dah dapt scroll 😉
Reply
hoho.. dahsyt btol..how can u survive studyinr that way..
cool.. i’m in d middle of exam too.. countdown.. 8 days to be home..
haha.. ganbatte, k.sarah!
p/s: though u look cute than me, u r older than me.admit it..hoho. 😆 .owh..lupe plak..we never c or know well each other..xpelah kn..
Reply
salam…
dah lama Sya tak berjaga malam utk study…balik dari hospital dah penat, by midnight dah ngantuk bangat…
if on-call lak, andai bertuah dpt on-call dgn Mr.Kamarul (if u noticed he always comment my FB), lagi lewat balik..penah sampai 4am sedangkan at 8.30am ada teaching…hehe, tapi Mr.K belanja makan, itu dah cukup best =)
good luck, Ngah…bangga Sya sebut “my cousin is graduating this June, yes, she’s going to be a doctor”
mmuaahh!
Reply
salam sarah…
2 bulan jek lagi kan… only 2 more months…. balik nanti insya-allah mejadi doktor yg cemerlang… just wondering, bila convo day nanti, balik semula ke sana ke?
me also going home this coming july for summer holiday… tapi kena balik sini semula in ramadhan… about 2-3 weeks before raya… gerammmm tulll… sungguh kedekut nak bagi kita cuti… but thinking positively, Allah nak kami berpuasa dan bersyawal di sini lagi… gunakan peluang yg ada utk lebih dekat dgnNya… insya-allah..
hope to see u anywhere in Malaysia..
Reply