Doa Buat Mak Tam
Assalamualaikum wbt
Kelmarin saya berbual dengan adik. Dia memberitahu bahawa seorang ibu saudara kami sedang sakit di Pulau Pinang. Kanser katanya. Saya bertanya lanjut tapi dia tidak reti untuk menjelaskan dengan lebih lanjut. Tapi saya boleh faham melalui penerangan ringkasnya.
Dalam pada berbual itu, sempat adik saya memberikan sedikit nasihat. Adik saya tidak banyak bercakap orangnya. Tapi sekali dia memberi nasihat atau pandangan, yang keluar daripadanya hanyalah yang jitu dan bernas saja. Tidak perlu berfalsafah panjang tentang segala macam ujikaji, teori atau ilmu itu ini. Yang pendek dan mudah tapi rasional dan relevan sudah lebih daripada mencukupi.
Konsepnya mudah. Lebih banyak seseorang itu berfalsafah, lebih banyak dia membuka peluang kepada kebarangkalian yang memungkinkan kesilapan. Hidup yang dipenuhi falsafah bagaikan tidak berpijak di bumi nyata. Terkurung dalam satu selaput yang masih samar-samar. Yang tidak jelas hasilnya apa. Kebarangkalian itu adalah sesuatu yang tidak pasti dan saya sendiri tidak suka akan hal itu.
Tamat cerita adik. Berbalik kepada kisah ibu saudara saya. Subuh gelap pagi tadi, sekitar 5.45 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada emak ayah. Saya sedang membaca ketika itu. Saya berlari ke dapur untuk mengelakkan Pena terganggu tidurnya. Emak tersalah menjangka waktu. Itu yang ditelefonnya di awal pagi. Nasib baik saya memang sudah segar berjaga. Melalui cerita ayah, barulah saya jelas akan keadaan ibu saudara saya itu. Saya berharap, kemoterapi yang akan dilaluinya memberikan kesan yang positif. Semoga Mak Tam dapat bertahan. Saya hanya mampu mengirimkan doa buat Mak Tam.
Nota 1: Tadi sempat berborak dengan Makcik Ina sekejap. Comelnya suara Makcik Ina dalam telefon. Macam anak dara lagi.
Nota 2: Saya memang tidak suka orang berfalsafah dengan saya. Nak berfalsafah, carilah tempat lain. Bukan di sini. Blog ini bukannya tempat membuat eksperimen bersifat peribadi kamu, kamu dan kamu. Sekian.
jom makan brownies!!
didoakan semua ok aje..u take care ok!! x lama lagi nak exam..fokus yea sis!!
Reply
Semoga mak tam sarah cepat sembuh 🙂
Reply