Kuiz Bahasa Pahang

Assalamualaikum wbt

Saya asyik rasa tidak sedap hati saja sejak dua hari lepas. Kalau perut boleh rasa sebu, hati boleh rasa apa ya? Senak? Ah, merepek. Pemusnah bahasa betul. Ni bangsa apa saya ni? Kalau Melayu-Malaysia, guna bahasa yang elok sikit, Sarah. Malu Tok Bahaman tengok cucu dia macam ni. Kita menulis, orang membaca. Silap cara, rosak bahasa. Rosak bahasa, hilang bangsa.  Kalau dah hilang jati diri bangsa, siapa lagi nak perjuangkan? Ehem. Tolong hapuskan PPSMI tu sekali. Terima kasih. :mrgreen:

Hari ini, entah kuasa sihir mana yang datang, untuk menghilangkan rasa tidak sedap hati itu, saya menjawab beberapa kuiz di Facebook. Ketawa-ketawa jugalah seorang diri. Bukan sengaja nak ketawa seorang tapi memang tiada orang dalam rumah waktu itu. Takkan saya nak usung laptop duduk di koridor dan bergelak ketawa dengan jiran saya Mat Arab yang suka merokok di tangga tengah tu kan.

Ada satu kuiz itu tajuknya Sejauh Manakah Pengetahuan Anda Tentang Loghat Pahang. Cukup menarik. Sebabnya, memang tidak ramai yang tahu bahawa orang Pahang mempunyai dialek yang tersendiri. Saya masih ingat, dulu saya ada menulis entri tentang Bahasa Pahang. Ramai yang terkejut mengetahui fakta itu. Siap ada yang tercengang dengan kewujudan perkataan-perkataan yang berbunyi pelik. Pernah dengan pedo’oh? Tak rok? Nak kone? Gone ni? Nak kulu? Nak kilir? Lagu kerbau balak bantut, kucing makan panggang? Hahaha. Mesti ramai tergeliat lidah nak menyebut ni. Tu belum lagi kalau tok guru dengar. Mesti ditegurnya tak cukup dengung dan lain-lain.

Maka, saya pun menyuruh Kaklong menjawab kuiz itu. Kemudian diikuti oleh Nan. Sah-sahlah mereka pun mendapat keputusan Anak Jati Pahang. Padahal Kaklong tu bukannya lahir di Pahang. Tapi Kaklong memang mempunyai kuasa semula jadi mahir mengambil hati kawan-kawan, bakal mertua dan orang di sekelilingnya dengan berbual menggunakan loghat Temerloh yang hebat.

Nan mengomen. Katanya: Kalaulah Tok Cik yang buat soalan-soalan untuk kuiz tu, habis mampus kita semua. Fail!

Saya membalas: Tambah pula kalau Tok Cik pakat buat soalan-soalan tu dengan Wan De (Tok Asyik, Syafiq tu). Entah perkataan dari ceruk mana keluar!

(Tok Cik dan Wan De ialah nenek saudara kami, Asyik dan Syafiq ialah dua pupu kami.)

Ketahuilah anda, Bahasa Pahang adalah unik dan mempunyai banyak perkataan yang tersendiri. Mari uji tahap pengetahuan kamu tentang Bahasa Pahang dengan menterjemahkan ayat di bawah ini. Boleh pilih satu jawapan saja ok. Tinggalkan jawapan di ruang komen. Saya akan berikan jawapannya dalam entri baru nanti. 😉

Ate kabo tadi dah tak cakne. Keknya nok jugok bertaki. Aok kena pedo’oh dek dia je. Bukannya dia nok bela balik. Dia buat kelakor lain lagi ade la.

a) Kata-kata yang dikhabarkan adalah tidak ceria. Tapi dia tetap nakkan keknya itu yang berkati-kati. Entah-entah kek tu ada peluh dia je. Bukannya dia nak beri balik duit. Nanti dia nak buat kelakar lain ada la.

b) Atan khabarkan tadi, dia dah tiada. Keknya juga semua nak beli. Awak kena berusaha lebih kalau nak yang dia. Bukannya dia senang-senang nak bagi balik. Nanti awak ingat dia buat kelakar lain pula.

c) Tadi kata dah tak hirau. Tapi nak juga terus bertikam lidah. Awak ni kena tipu oleh dia je. Bukannya dia nak baiki semula. Dia buat benda lain pula ada la.

d) Atan kata tadi awak tak hirau. Keknya dah habis sekati. Awak kena berdolah-dalih sikit dengan dia tu. Bukannya dia senang-senang nak bagi balik. Dia pergi buat kelakar yang lain pula ada la.

Ehem. Jawab. Jawab. 😀

Nota 1: Mak Andak kena buat kuiz tu di Facebook tau. Suruh anak-anak Mak Andak buat juga ok. Kita tengok hasilnya nanti. Huhu~

Nota 2: Nisa, awak boleh jawab ke tak ye? Jangan blur je sudahlah ye. 😆

Nota 3: Adam, Azizi dan Aiman sah-sah memang pakar dah. Tapi Adi, Ngah was-was jugak la. Adi, apa jawapan awak untuk ayat kat atas ni? 😆

62 Responses to “Kuiz Bahasa Pahang”

  1. loq says on :

    uiks!
    ade gak kuiz cenggini …

    Reply

    Sarah Reply:

    Untuk uji level peduli-bahasa-bangsa yang ada pada orang kita 😆

    Reply

  2. akukopi says on :

    jwpan c..

    Reply

    Sarah Reply:

    Eceh. Awak dengan Falin sama je!

    Reply

    snm Reply:

    ceyttt 😆 dia tiru saya! 😈 saya nmpk dia dok jeling2 otak saya :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Ke saling jeling menjeling 😆

    Reply

  3. snm says on :

    Sarah! 😀
    Jawapan saya : C
    heheheeh :p

    Reply

    Sarah Reply:

    Awak dengan Kopi sama je! Huhu~

    Reply

    snm Reply:

    😯 😯
    dia tiru dia tiruuuu 😆

    Reply

  4. feeza.yusoff says on :

    sudah pasti C
    huhu.jaja orang negeri sebelah j KS 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Aiseh. Lupa pulak Jaja orang Terengganu. Tapi Pahang ada dialek yang berbeza di setiap daerahnya tau 😉

    Reply

    Miji Reply:

    😆 😆

    Aaah sarah..terengganu pon ade bahasa daerahnyer yg pekat. contohnyer

    “likuter liwor-liwor tatak” haha..Jaja translate cepat..hihi

    perkataan jabir kt bawah dah lama xgune..haha..
    trengganu ade 2 lagi perkataan yg bawa maksud sama

    jabir = supik = plastik receng..

    😀 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Papalih tak paham wei. Keknya, sepupu koi sokmo je cakap hok pelik2 gini. Kang kabo dia meraban, mau terasa pulok.

    Silalah terjemahkan tu Miji. Saya tak faham langsung. Bunyi mcam ‘helikopter terbang2 kan kakak.’ 😀

    Reply

    miji Reply:

    Itu ah sarah, pelik sungguh bahasa2 dialek ni kang!. Bile hok pekat-pekat ngat tu, ambe pong dok paham gok biase. Haha. Biler nak ikut bahasa dialek, pelling lidah. Haha..

    yg tu maksudnyer

    helikopter legar-legar atas atap.. 😎 :mrgreen:

    Reply

  5. akukopi says on :

    mak org jerantut.. hahahahha…

    Reply

    Sarah Reply:

    Laa… Yeke. Jerantut tu pekat tu loghatnya :mrgreen:

    Reply

  6. diya says on :

    kuiz kat FB memang lah segala jenis petala boleh masuk. tah sape punya idea tah. kadang ralit gak menjawabnya kan KS =p

    kuiz bahasa pahang tu, diya rasa C kot [uish, diya jwb sambil tutup mata tau KS, tak tgk komen2 di atas [konon jujur lah kan], dah jawab baru tgk komen – eheh, sama lah pulak =p]. huhu. kalau baca words by words gini, susah sikit nak tangkap. tapi, kalau dengar directly, boleh faham kot =D

    p/s-mak sedara diya asal pahang. suka gak dengar diorang bersembang.agak pelik bunyinya. huhu.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kuiz kat FB tu jadi merapu bila ada ada orang yang buat soalan2 dan survey ikut suka hati sesedap rasa. Tapi bila bosan2, layan best jugak. :mrgreen:

    Huhu. Nampaknya KS tak reti buat soalan la. Habis semua orang dapat teka jawapannya apa. Nanti la KS buat yang objektif pulak. 😆

    Reply

  7. akuanakpahang says on :

    no doubt..c laa..heheee..senang sgt lor! 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Waaa… Ada orang Pahang membaca kat sini rupanya. Pahang tang mana tu? Lain daerah, lain sikit loghatnya kan. Kalau geng2 Temerloh/Bera/Chenor/Maran/Jerantut, leweh bebenor la bahasanya yek. :mrgreen:

    Reply

  8. NoktahHitam says on :

    Atte orang kuale, idok le mike paham.

    Taki – bahasa classic, maksud gaduh.

    Aok = Awok = Awak.

    Which leaves us to C! Positively sure!

    Reply

    akukopi Reply:

    mike org kuale? ufh… 😯

    Reply

    Sarah Reply:

    Dia orang Kuala Lumpur. Hahaha. 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul2. Taki tu maksudnya gaduh. Lagi tepat, gaduh mulut. Sebenarnya, loghat Pahang Tengah adalah sama dengan loghat Perak Tengah. Bezanya sikit2 je. Contohnya pada bunyi huruf A di hujung perkataan. Pahang akan jadi tak baku dan lewah (E macam emak). Perak pulak akan jadi E macam ekor. Haha.

    Kalau di Pahang, kome = saya.
    Kalau di Perak, kome = awak.

    Kalau di Pahang, deme = awak
    Kalau di Perak, deme = saya

    Kalau di Pahang, aokme = korang
    Kalau di Perak, mike = korang

    :mrgreen:

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Actually I have no idea how Kome, Deme, Mike, Teman relates to kata ganti diri. Thanks for the info. Will definitely spark Kuale-like conversations tomorrow at Badminton practise. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Abih nanti mike tercengang nengok ada orang Kuale yang se lagi ni cakap Kuale. Tapi kalau mike tanya ke kome pulak, abih la kome nohin diam merepeh je.

    😆

    Reply

  9. Wanie says on :

    salam

    konfem jawapannya C. Ni memang tak salah. Dah tanya org jati Pahang yang lain :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak aci! Dah tanya kat dia la tu 😈

    Reply

  10. snv says on :

    Salam.

    Komen pertama, walaupun sudah lama membaca.

    Tentunya jawapan C 😉

    Mungkin lebih menarik (dan susah!) jika bukan soalan objektif? 😀

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Kalau soalan subjektif, meloponglah saya!

    Reply

    Sarah Reply:

    Objektif? Macam: Apa maksud cenggone? :mrgreen:
    a) Bagaimana
    b) Canggihnya
    c) Sejenih kuih tempatan
    d) Pokok bunga yang selalu dijumpai di kawasan kubur.

    😆

    Menarik idea awak. Nanti saya buat eh.

    Terima kasih sudi membaca di sini!

    Reply

    snv Reply:

    🙂 Mungkin kalau teka/jawab satu perkataan (as opposed to sentence), lagi susah (seperti di atas….dan saya teka jawapannya “A”).

    Ya ya, sila buat. InsyaAllah, saya akan ambil bahagian (pertandingan kah? :D)

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Bahasa Pahang awak di tahap A+ la SNV. I’ll try to make as a weekly event. At least, a short footnote asking for the meaning of a new Pahang word. It’s gonna be interesting! I can share our beloved language. And in return, they will be able to know new words. 😎

    Reply

  11. hafiz says on :

    ate dalam loghat perak refers to something mentioned in the past. Hence the probable answer is C.

    tapi loghat Pahang ni memang tak pernah dengar. Tak sure cara sebutan sebenar perkataan di atas.

    camni nak cari Kuiz loghat perak lah di FB 😎

    Reply

    akukopi Reply:

    mike pun serope jugok? org perak?? ufh.. moh kite ramei2 wat kuiz perakians.. ahahaha, teman budok tepeng, changkat ibol tempat tumbesaran.. hahahaha

    p/s: sesi suai kenal org negeri perak, ks tak kisah punya… hehehehe :mrgreen:

    Reply

    hafiz Reply:

    wah, ada orang Perak di sini. Teman asal Kuala Kangsar. dilahir dan membesar di situ 😀

    p/s: dah buat kuiz loghat Perak di facebook. Interesting answer. I will post it in my blog later, perhaps tomorrow. Mike pun boleh cuba juga kuiz tu kalau ada akaun Facebook lah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Nanti saya nak try buat kuiz yg di FB 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi sekarang keluarga kat Kedah kan?

    Reply

    Sarah Reply:

    Ate Pahang pun macam tu jugak lebih kurang maksudnya. Nak terangkan setepatnya, takde perkataan rasmi yang betul2 boleh menerangkan maksudnya kan. Hehe. Loghat Pahang Tengah (Temerloh/Maran/Jerantut) ni sama je dengan Perak Tengah. Slangnya aje yang lain sikit. 😉

    Reply

  12. hidemichi says on :

    😛 hu…ramai org dh jawak betul ni…tak payoh la koi ulang!

    Reply

    Sarah Reply:

    Laaa. Aok pun orang Pahang ke wei? :mrgreen:

    Reply

  13. haritz says on :

    loghat Pahang mmg fail ler saya ni.

    ps: kawan saya meninggal sbb Pneumonia , ada info tak?

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya ada tulis pasal topik tu dalam entri tentang mandi malam dan asthma. Takziah atas pemergiannya.

    Reply

  14. najlaa says on :

    hye sarah…;)

    i thought i would leave my 1st comment here since entry ni agak menarik…hehe…

    bagus jugak kalau anak2 jati pahang ni cube ‘komersialkan’ loghat pahang. biar org luar tu bukak mata sket. hehe. anak2 pahang ni pun, selalu yg sy jumpa, kalau pergi luar tu tak bawak loghat diorang skali. tu pasal tak ramai yg tau. kiree, org2 pahang ni fleksibel laa.

    saya memang tak reti sgt cakap loghat pahang. tapi dah sejak kecik selalu duk balik kg kat Benta and Lepih nuu…dengar orang2 kampung sume cakap loghat pahang, so memang boleh paham jugakla…

    as for the answer, konfem jawapan dia C! yang paling obvious nya word “pedo’oh” tu…haruslah maknanya kena tipu!:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Hi Najlaa.

    Laa. Kampung kat Benta dgn Lepih nun ke. Orang sana keh keh sikit bunyinya kan. Maklumla. Hulu sungai. Air deras. Cakapnya pun deras la jugak.

    Yeay! Nasib baik jawab betul. Kalau salah, adeh, tak tau la nak kata apa kan. Hehehe. And you got it right for pedo’oh too! Kalau ‘tak rok’, faham tak? :mrgreen:

    Reply

  15. tropical-jingga says on :

    C 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Haaa. Ni mesti orang Pahang jugak ni kan :mrgreen:

    Reply

  16. zue says on :

    salam..kak sarah..
    ni 1st time drop komen..
    mari ucapkan selamat datang ngan saya..
    huhu… 😆

    ni sabahan nak jawab jugak ni..
    mesti jawapan C lah..
    pelik ja bunyi tuk A, B ngan D tu..
    cerita pasal kek pulak..
    dulu slalu dgr akak saya ckp “pedo’oh”…
    pelik jugak bunyi dia 😯 tapi hari ni baru tau maksudnya..

    Reply

    Sarah Reply:

    Cikad! Mesti laa ingat. Selamat datang! Selamat datang! 😀

    Bila orang Sabah pun dah jawab betul, saya patut kata yang Bahasa Pahang ni sebenarnya dah ramai yang tau. Cuma mungkin ramai yang tak reti macam mana nak cakap atau gunakan bahasa ni je. Hehe.

    Pedo’oh tu menipu maksudnya. Ngehehe. Nanti saya bagi lagi perkataan2 yang pelik2 ye. 😆

    Reply

  17. zue says on :

    lupa plak..
    zue=cikad..
    ingat lagi ka..

    Reply

  18. Active Blogger says on :

    Pelik jek bunyi loghat pahang ni kan…orang pahang jgn marah lak ye… :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Yang pelik tu la yang UNIK. 😎

    Reply

  19. Khairul says on :

    Saya pilih C untuk cakne.

    Ayat pertama je yang saya tak faham sangat. Buat malu je jadi orang Temerloh, uhuk3.

    “Aok nok kone berebeg-rebeg, berjabir-jabir~~”

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Kalau kita ni pun tak tau, tak reti la nak kata apa yek Khairul.

    “Kome nok kulu. Gi bandor. Jabir ni kome nok ngisi kepok. Nok beli kat Ramli Taib nu ha.”

    Ha ha ha. KS cakap ala2 gini dengan Tok KS je. Tu pun tak la pekat macam ni. 😆

    Reply

  20. saffa says on :

    Saffa pernah duk Kuantan 2 tahun. Sekolah kat Sana! Tapi.. tak pernah plak jumpa ayat yg pekat giler macam ni! Hehe.. Jawapn dia apa?

    Disebabkan jawapn c lain drpd yg lain.. jawapan dia C kowt! haha

    Reply

    Sarah Reply:

    Kuantan tu lain sikit Saffa. Kat situ dah ramai orang luar. Jadi bahasanya pun dah jadi bahasa standard biasa je la. Tapi kalau kenal ramai orang tempatan, memang pekat lagi rasanya loghat diorang. Tapi loghat di Kuantan lain sikit dengan yang di Temerloh macam KS guna. Huhu. Tapi kat rumah, KS cakap bahasa standard je dengan mak ayah. Dengan tok dan sedara mara yang tua2 sikit ni baru la berloghat bagai.

    Tak aci! Kamu tiru jawapan orang. Haha 😆

    Reply

    saffa Reply:

    :mrgreen:

    Reply

  21. srikandibiologi says on :

    salam ^_^

    sy ni baca2 jer bl0g org..

    n bl0g DUNIA SARAH ni pun slalu jer baca.. 😉

    10 tahun di kuantan n 5 tahun d temerloh, senang jer kuiz tuh..

    hehheeh..blagak ckit..

    tentulaa jwpn nyer C..

    pedo’oh tuh mmg p0pular.. :mrgreen:

    tapi bila sampai penang, s0rang pun xpaham..

    agaknyer popular kat bhgn pantai timur n barat jer kot..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Srikandi Biologi.

    KS sebenarnya dah beberapa bukak blog kamu tapi maaf sangat2. KS kurang cam siapa kamu ye. Kamu pernah duduk temerloh 5 tahun? Lama tu! Sah2 boleh faham kan segala loghat. Tapi agak2, kalau kena campak duduk kat kampung2 dengan tok nenek yang cakap pekat bebenor, boleh survive tak kamu? 😆

    Orang Pahang ni bijak2 belaka. Kat luar, semuanya guna bahasa standard je. Alasannya, nak hormati orang lain supaya faham apa yang diorang tuturkan. :mrgreen:

    Reply

    srikandibiologi Reply:

    🙂

    xley k0t..

    yg pekat2..mana ley catch-up..hohohoh

    Reply

  22. adenia_bubu says on :

    hehe..ramai tak y dpt jwb kuiz ni??
    kekekeke.. 😆

    Reply

  23. nihas says on :

    salam,

    ukhti, saya pun belek and answer for loghat peghak…mantap…buleh kawin oghang peghak la cenggini….

    pahang perak mmg language lebeh kughang agoknye.
    abng ipo teman oghang kuantan, nendanya oghang pekan.

    hosmate teman pun oghang pekan….atenye, teman mmg tere bahasan pahang ni… bondanya cakap pekat pahang…

    mmg seghupa le dialek kite ye…

    blh jadi geng ni…

    😆

    Reply

Leave a Reply