Kenapa Rumah Saya Diminati Pengintip?

Assalamualaikum wbt

Waktu zaman sekolah rendah dulu sehingga menengah rendah, bila hari sudah malam, saya dan Kaklong biasanya duduk meneman emak melipat baju di dapur. Sambil itu, ada peluanglah kami menonton TV lagi. Sepatutnya, TV sudah tidak boleh ditonton selepas pukul 9.30 malam. Itu syarat ayah. Tapi sambil melipat baju, berborak dengan emak, mata pun menjeling-jeling TV lah jawabnya.

Jika malam itu ayah balik lewat, ada banyak perkara yang boleh kami dengar. Saya tidak tahulah kenapa, rumah saya selalu menjadi mangsa intipan orang. Ada orang menghendap di tingkap belakang bilik emak. Tiada siapapun yang merokok di rumah kami. Tetapi hampir tiap-tiap malam yang ayah tiada, kami dapat mengesan bau rokok dari belakang rumah.

Pernah saja kami adik beradik menyergah orang itu dengan menjerit-jerit di semua tingkap bilik yang menghadap ke laman belakang rumah. Seketika kemudian, kami akan mendengar orang menyusup berlari meninggalkan kawasan rumah kami.

Jika terdesak, emak akan menyuruh kami menelefon ke rumah Tok yang terletak di depan rumah kami, di atas bukit yang sama. Emak menyuruh adiknya, Ayah Tam, untuk tolong memeriksa dari arah luar rumah. Maka, Ayah Tam akan datang dengan kain pelikatnya membawa lampu suluh dan parang. Selepas diyakini tiada apa-apa, barulah Ayah Tam akan balik semula.

Untuk setiap malam yang berlakunya insiden ada orang datang, keesokannya itu kami adik beradik akan ke laman belakang rumah untuk memeriksa. Waktu itu, masing-masing pun hendak menjadi hero untuk menyelesaikan keadaan. Pelbagai teori ala-ala X-Files mahupun CSI kami keluarkan. Yang paling tepat ialah, orang itu memanjat pagar belakang rumah kami yang memisahkan kawasan rumah kami (dan rumah Tok) dengan kebun buah di sebelahnya. Kebun buah itu milik saudara mara kami juga. Tapi anak beranaknya hanya balik pada musim buah saja. Kawasan itu sudah nyatalah semak dan penuh merimbun dengan juntaian dahan pokok-pokok rambutan yang banyak. Ada satu bahagian pada pagar itu kendur kerana menjadi tempat panjat mereka.

Di tepi longkang belakang rumah juga, kami menjumpai puntung rokok. Ini membenarkan firasat kami yang terbau-bau asap rokok dari dalam rumah. Saya rasa, mesti Nan dan Lan masih ingat perkara ini. Biasanya, saya beraktiviti begini dengan mereka berdua. Kami belek-belek puntung rokok itu untuk mengenal pasti jenamanya dan bermacam-macamlah tanggapan yang kami buat. Siap ada hajat hendak menghantar puntung rokok itu untuk disiasat lebih lanjut lagi tu! Ok. Yang tu memang angan-angan kosong sajalah. Tak pernah buatpun sudahnya. Kami juga melancarkan strategi zalim kami. Kami menabur kaca pecah di bawah bahagian pagar yang kendur itu. Matlamat kami, hendak menyerang balas secara tak terlalu terpuji. Huhu.

Dulu, kami adik beradik cukup suka bermain rounders. Emak tak bagi main di padang sekolah berhampiran, jadi kami pakat bermain di halaman depan rumah pun cukup. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, dua keping tingkap bilik saya yang paling bawah pecah terkena bola itu. Eh, sekejap. Rounders itu bola lisutlah, kan? Hehe. Terasa macam cerita Doraemon pula. Nobita dan kawan-kawan kan suka bermain bola lisut. Hehehe.

Disebabkan cermin itu sudah pecah, emak memanglah marah. Untuk malam itu, emak memesan suruh menurunkan dua keping tingkap yang teratas untuk menutup tingkap di bahagian bawah. Dapatlah mengelakkan kucing masuk ke rumah. Tapi saya dan Kaklong yang masih tinggal sebilik pada waktu itu (sekolah rendah) tidak membuatnya pun. Kami hanya mengambil surat khabar, dibuka luas dan menutup bahagian tingkap yang pecah itu sementara menunggu keesokannya untuk meletakkan tingkap baru.

Saya seorang yang sensitif dengan sebarang bunyi dan kepanasan sewaktu sedang tidur. Saya tidur di katil tingkat atas waktu itu. Di tengah malam itu, saya terjaga kerana kepanasan. Kaklong sudah menutup kipas waktu itu. Saya melompat turun untuk menghidupkan semula kipas. Bila saya menaiki semula tangga ke tingkat atas, saya terdengar bunyi di luar rumah. Bilik saya menghadap ke arah beranda di tepi rumah yang mengarah ke laman hadapan. Di beranda itu, ada sofa yang diletakkan betul-betul di luar tingkap bilik saya. Juga ada almari kasut di tepinya.

Saya yakin ada orang di luar rumah pada waktu itu. Sambil duduk di hujung katil saya di tingkat atas, saya memandang ke arah tingkap yang ditutup dengan surat khabar yang berada di hujung katil Kaklong. Betul-betul di tepi tangga untuk naik ke katil atas. Tiba-tiba, ada sesuatu menolak surat khabar yang kemas menutup tingkap pecah itu. Surat khabar itupun membonjol ditolak dari arah luar. Saya juga dapat mendengar bunyi nafas orang itu. Saya jadi sangat cuak. Saya sedang jaga dan segar. Sudah pastilah saya dapat melihat semuanya terjadi depan mata dengan jelas. Saya lihat, ada tangan menyeluk dan tangan itu memakai sarung tangan buruh kasar berwarna hijau gelap.

Tindakan refleks saya waktu itu ialah saya menyapa orang itu: Siapa tu? Sepantas kilat, tangan itu ditarik keluar semula dan selepas itu, saya mendengar orang berlari menyusup meninggalkan beranda rumah saya. Saya dengar bunyi penutup longkap dipijaknya. Saya melompat turun dari katil. Oh. Saya memang melompat terus kalau hendak turun. Hendak naik, baru menggunakan tangga. Saya kejut Kaklong. Kami kejut emak ayah. Ayah buka pintu dapur yang terus menghadap ke arah beranda tepi rumah. Tiada apa-apa. Maka, semuanya pun terus masuk tidur semula.

Esok paginya, itulah topik yang diriuhkan kepada adik-adik ketika kami semua sedang bersiap untuk ke sekolah. Sebetulnya, kami ada memelihara dua ekor kucing pada waktu itu. Tom dan Jerry. Tom kerana di mukanya ada tompok hitam berbentuk T di bahagian dahi dan hidung kucing itu. Jerry kerana ekor kontotnya yang bengkok berwarna hitam dan bertompok hitam satu di atas ekornya itu membentuk huruf J. Saya pelik juga pada malam itu. Biasanya, kucing-kucing ini akan bising jika ada orang datang. Tapi ketika ada orang di beranda malam tadi, kenapa tidak berbunyi langsung.

Ketika kami hendak mengambil kasut di dalam almari kasut, saya tidak ingat siapa yang menyedarinya, sama ada Kaklong, Nan atau Lan yang nampak ekor hitam Jerry tersepit di antara lantai dan lantai almari. Masya Allah. Ruangnya sangat kecil. Mustahil untuk Jerry yang gemuk itu masuk dengan sendirinya. Di saat itu barulah kami tahu bahawa Jerry telah dibunuh. Diracun barangkali. Ayah mengeluarkan bangkai Jerry dari bawah almari. Jerry sudah keras.

Ketika di awal tingkatan satu, Tok mengajak mengacau dodol di rumahnya. Berkumpullah kami semua di tepi dapur rumah Tok. Rumah saya pun kosong. Tapi sudah dikunci semua pintunya. Semua berkumpul di tepi kawah dodol. Tetapi adik-adik lelaki saya seperti biasa sibuk bermain entah apa-apa. Kebetulan waktu itu, Nan sedang berada berhampiran dengan pokok manggis di dapur rumah Tok yang boleh nampak ke rumah kami. Tiba-tiba Nan menyedari ada orang berlari dari arah belakang rumah kami ke arah pagar yang memisahkan kawasan rumah kami dengan pagar sekolah di sebelah itu dan juga rumah di bawah bukit belakang rumah kami.

Kecoh. Kami berkejar balik ke rumah. Semua pintu diperiksa. Alhamdulillah semua masih berkunci elok. Cuma, kunci pintu untuk pintu belakang sudah hilang. Di luar pintu, ada sehelai kertas ditinggalkan. Kertas itu digunakan untuk menadah kunci yang dijolok jatuh dari lubang kunci dan kertas itu ditarik keluar untuk mendapatkan kunci itu. Sayangnya, orang itu tetap tidak dapat masuk ke rumah kerana pintu itu kami telah selak dari arah dalam. Alhamdulillah.

Sebenarnya, saya tidak faham kenapalah dulu-dulu rumah saya selalu menjadi mangsa intipan orang. Bukan sekali dua. Banyak kali. Entah emak ayah ingat lagi atau tidak semua kisah ini. Sudah lama benar. Tapi sampai ke hari ini saya masih pelik. Bukannya rumah saya tersergam macam istana ke apa. Bukannya ada kolam renang sebagai tanda kami orang kaya-raya. Tiada juga lampu kristal atau apa di luar rumah itu yang boleh dijadikan alasan kami ni nampak kaya. Tiada semua tu. Setakat ada rumah arnab sebuah saja. Apa dia ingat ayah saya masih tauke ladang arnab berkandang-kandangkah? Orang itu silaplah. Dia lupa sejarah banjir besar 1989 kot. Saya patut letak buku sejarah banjir-banjir besar di Pahang kot di luar rumah saya tu. Hahaha. 😆

Tetapi Alhamdulillah. Sekarang, setakat setiap kali cuti dan saya berada seorang diri di rumah pada sebelah pagi dan berjaga menjadi burung hantu menghadap internet di sebelah malamnya, tiada apa-apapun yang terjadi. Aman damai saja. Saya rasa, orang dah takut hendak datang kerana memikirkan di rumah saya ada ramai lelaki.

Oh. Janganlah main-main dengan adik saya Adlan dan Adam. Kedua-duanya gagah perkasa. Adlan macam… Erm… Ebby Saiful. Haha. Dan Adam macam Fahrin Ahmad! Dan ayah saya pula? Erk. Ayah macam Ahmad Tamimi Serigar versi perut naik sikit sudahlah ya! Lariiiiii!

Tapi sungguh ni. Saya tidak faham, kenapalah rumah saya sangat diminati pengintip?

Nota 1: Kenyang makan karipap Wanie je hari ni. Sedap Ya Rabbi!

Nota 2: Malam ni saya tak nak tidur. Nak study!

Nota 3: Sudah lama tidak menulis panjang begini. 😉

29 Responses to “Kenapa Rumah Saya Diminati Pengintip?”

  1. NoktahHitam says on :

    Waa.. seram jugak (I was thinking that it wasn’t human).

    Kalaulah ada orang intip rumah saya, confirm kene cekup. Sebab saya kan kelawar, malam berjaga, siang pon berjaga, petang je terbongkang.

    Study study study!

    Reply

    Sarah Reply:

    Zaman kecik2 dulu, tak pernah terfikir hantu pulak. Lagipun, takkan hantu merokok kot. Huhu.

    Reply

  2. judin says on :

    salam ks, huuu ni citer blog ks yg paling seram penah saya baca. mmg mendebarkan bila kita sendiri tgk ada tgn yg tak dikenali yg masuk ikut tingkap. kalo saya la, dah lama sy tetak tangan misteri tu ngan parang. esok nya kita tgk org kampung mana yg sakit tgn. hehe. knapa tak repot polis sebelum ni?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Judin. Seram ke ni? Cerita di hospital waktu buat praktikal dulu lagi seram kot. Waktu tu atas katil. Double decker pulak tu. Nak cari parang kapak tang mana ntah. Pasal report polis tu, entah la kenapa kitorang tak report. Maybe sebab tak pernah sampai diorang tu berjaya pecah masuk kot. Entah la. No answer for that.

    Reply

  3. sinar_islami says on :

    sebut pasal tgn kat tingkp tu mmg meremang dh bulu roma ni..
    hehe..org sllu intip sbb akak cumel sgt kot.. 🙂 belanja makan ye..sbb puji ni
    tapi terpk gak la..asal la nk isap rokok kat blkg umh akak ye..

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Waktu tu KS sekolah rendah lagi Sha. Nak intai pun tak guna. KS rasa kan, diorang datang merokok kat situ sebab tu port baek punya untuk diorang. Kat rumah diorang, dah lama mak pak diorang kejar dengan parang kot kalau merokok. :mrgreen:

    Reply

    sinar_islami Reply:

    hehe tym kecik…sek ren..sbb tu comel…skrg hehe..bertmbh2..
    tu la anak muda..tak kena saman..dh larang buat lagi..perasaan ign cuba sbb tu kalau kena hambat ngan parang pun still nk buat

    Reply

  4. djambu says on :

    adoiiii…panjang yaaa amaaaaaattt!!!

    tp sy setuju dgn judin. patut pakuk dgn golok je masa ada tgn terjulur ke dalam tingkap tu…

    agak2nya, misal kata la tangan yg masuk tu, warna hitam, berbulu2, kuku panjang2, sarah tegur x? hehehehe 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Haaaaa. Tapi ada jugak yang berjaya khatam! Tak terfikir nak buat jenayah waktu tu. Huhu. Lagipun tengah atas katil tingkat atas. Tak sempat nak fikir nak terjun katil, lari keluar amik parang ke apa. Slumber je la tanya. Huhu. Tapi kot kalau yang seluk tu tangan hitam bulu2 kuku panjang, saya mesti terus tarik selimut semula kot. Nak jerit pun dah tak keluar suara kot. Saya kan terkenal dengan ehem ehem macam ni. 😆

    Reply

  5. farah says on :

    wow!! mcm heroes la korang nie. At least korang punya kes yg serious. Farah dgn siblings Farah skodeng orang bercinta blakang rumah! Kita org siap pasang lagu KRU yg cinta-cinta tu dendangkan utk dorang…huhuhu!!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Kalau duk taman, macam la Farah. Tapi yang tak tahannya, siap pasangkan lagu tu. KRU pulak tu. Adeh. 😆

    Reply

  6. Yeop says on :

    Salam sarah, dubre Den!

    Ini kes-kes mengendap anak dara pakcik shukor nie..(yang comei) !! pengendap-pengendap tur tak kena kaca ka (perangkap yang sarah buat)??

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam.

    Maaf. Saya tak suka komen macam ni.

    Reply

    Yeop Reply:

    maafkan saya!! sowi..

    Reply

  7. haritz says on :

    kenapa dia suka rumah awak? Mungkin dia nak masuk kacau awak berdua ngan kaklong mcm Nurin Jazlin tu..dia giler kat budak2 pompuan..agaknya kot sbb kalau umah awak tak kaya buat apa dia nak masukakan tak logik.

    ps:Pernah kejar pencuri nak masuk rumah saya, saya kerja ngan abang saya hampir 2 kilometer. Tak dapat sbb dia lari mcm setan.

    Reply

  8. emperor sara says on :

    wah..really sound creepy.. haha..lawaknye, i mean d way u n ur siblings acted to solve d mystery…mmg mnt bce bku penyiasatn tme kecik2 dlu..skrg dh xde mase dh.. kre ok r dpt lps rndu lps bace entry nh..hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Maybe we were encouraged by Detective Conan back then. Everyone would like to become one. Hehe. :mrgreen:

    Reply

  9. snm says on :

    😯 😯 😯

    nanti nak tanya makcik saya yg pnh ddk di kg lebak dlu sekitar thn 1992 🙂 yg saya pnh tye awak dlu tu kan? 😆 kut dia ingt ke/pnh dgr ke..sbb aritu nyai saya ada crte (flashback la kununnye 🙄 ) kdg2 makcik saya takut kenapa ntah, nnt dia dgn kwn2 tdo dkt rumah sorg nenek ni. saya x ingt nama nenek tu apa. nyai kata lg, rumah nenek tu bhampiran dgn rumah sewa mrk masa tu.

    sarah..awak lagi berani dr saya! cousin saya pnh main tolak tarik batang kt lubang dinding rumah nyai saya! dr batang sebesar lidi sate tu klua asap. cousin saya x puas hati, dia tolak balik batang tu, lpstu org kt lua sblh dinding tu, tolak balik batang tu!

    Reply

    Sarah Reply:

    Mungkin nenek tu adalah tok sedara saya. Orang panggil Wan Cik Timah. Saya panggil Tok Cik je.

    Reply

  10. akak says on :

    kesian kat Jerry. Sapa punya angkara tu.. Zalim betul.. 😡 🙁

    Reply

    Sarah Reply:

    Dalam hidup ni, ada 2 ekor je kucing yang saya boleh usap2, main2 dengan diorang. Tom dan Jerry. Kucing2 lain, haiya, rasa macam nak ‘ter’sepak je. 😆

    Reply

  11. ain_j says on :

    mula2 igtkan KS nak cakap yg masuk dari tingkap tu adalah kucing. rupa2nya tangan orang..mau nak tercabut jantung saya kalau jadi KS.
    tapi tindakan yg sgt berani..bole tanya siapa tu..kalau saya…dah tak terkata apa2 atas katil tu agaknya..huhu

    Reply

  12. j_hafiz says on :

    Huh,seram lak aii… Selambe je tgur “sape tu” ek? asal xsound je? kasi dia takut gtu. Bahaya betul cerita kali ini. Sbb ppuan, 2la psl. Klo laki xla sgt. Derang nk ngendap anak dara kut… Sabor j la..

    Reply

  13. epenlavia says on :

    org tu nak jual karipap kot.. 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Haniff tak pernah datang rumah akak lagi kan? Nanti satu hari wajib datang ok. Kita gi mandi sungai kat pulau! 😉

    Reply

    epenlavia Reply:

    hehe ok~ insyaAllah kalau dipanjangkan umur,dimurahkan rezki.. 🙂

    Reply

  14. one_nash says on :

    mungkin orang kampung dulu-dulu takde kerje kot. Bila takde kerja maka mereka pun carilah kerja..betul tak sarah?

    Reply

  15. .:محمد ثقيف‎:. says on :

    Bhya btol…
    Apaslla KS xwt report polis..
    Xpm lapor kt JKK ke biar diaowg mai round mlm2..

    Reply

  16. snm says on :

    chop chop..mandi sungai kt pulau? yg dpn rumah sebreang jalan tu ke sarah?? 😆

    Reply

Leave a Reply