Kisah Sebuah Pelarian

Assalamualaikum wbt

Apabila saya mengejar, dia lari. Apabila saya lari, dia tak pula mengejar. Sebaliknya, mereka yang lain pula mengejar-ngejar sehingga saya terkejar-kejar melarikan diri.

Dikejar saat hati sebetulnya hendak lari adalah satu perkara yang menyesakkan hidup.

Hey, larilah jauh-jauh. Kejar-kejar buat apa. Saya sudah lari jauh-jauh. Janganlah kejar dekat-dekat pula. Saya sudah penat. Apa kamu semua tidak penatkah? Awak pula tidak usah cakaplah. Sudah lama awak penat. Atau, awak memang tidak pernah mengejar langsung?

Saya lari bawa dirilah. Eh, memang sudah lama saya lari bawa diri. Jadi, nasihatkan orang-orang awak untuk berundur dari mengejar. Jangan lari-lari lagi. Jangan kejar-kejar lagi. Duduk diam-diam. Buat kerja masing-masing.

Pertandingan tamat. Siapa pemenang? Semuanya kalah. BOOM!

Nota: Fahamkah? Tidak, kan. Yeay!

25 Responses to “Kisah Sebuah Pelarian”

  1. Yeop says on :

    Salam Sarah,

    tak faham looor…. pening!! siapa gerangan yang terkejar-kejar tur????? siapa yerr???

    hahaha…!!!

  2. cikgu jawe says on :

    kalau tk mahu dikejar, awak mesti jadi yang mengejar. baru le org yang kejar awak akan lari tak terkejar.

    nota: tak faham juga kan. hehe

  3. epenlavia says on :

    ingatkan cerita pelarian kat mongolia tu.. 🙂

  4. inah says on :

    ghost of past will always haunt u down

    tc sarah!! 😎

  5. hakimah says on :

    tak paham gak…

    bila baca mcm jadi xxphm gila…ke sy yg sudah gila!!!!!! tertekan dgn exam sampai rasa mcm da gila sob3

  6. Perindu says on :

    salam

    Mengejar itu memang meletihkan Dikejar pula amat meletihkan… Tiada semua yang berlaku seperti mahu kita…

    Just my 2cents..

    Salam 🙂

  7. keSatria says on :

    jgn la ckp mimpi tido ptg kan. haha.

  8. one_nash says on :

    Apa mesej yang nak disampaikan sarah?mesej tu yang penting.

  9. Nurlulu says on :

    main kejar2 ni cukup sinonim dengan filem hindustan. Hehe sy baca entry ni terus fikiran melayang ke cerita2 hindustan. Jangan Marah KS pengakuan jujur 😀

  10. xanda says on :

    come on la sis.. paham bangat

  11. Sarah says on :

    Tak kuasa saya kejar diorang cikgu. Buang masa saya je. Huhu. Cikgu sihat?

  12. Sarah says on :

    Takyah gi jauh2 pun Haniff. Kat Malaysia pun ada pelarian jugak 😛

  13. Sarah says on :

    When will it stop? Nyampah la gini. Huhu.

  14. Sarah says on :

    Kima, saya baca dah cerita awak tu. Sabar banyak2. Jangan terus buat kesimpulan akhir tentang exam awak ni ye. Prof tu cakap gitu mungkin dia concern bila tengok awak resah waktu exam tu kot. Positif positif =)

  15. Sarah says on :

    Betul tu Perindu. Tak semua yang berlaku tu, kita nak ia terjadi.

  16. Sarah says on :

    Oh. Tak. Mimpi tidur petang tadi lagi dahsyat. Nangis-nangis dalam tidur siap!

    *Tak balas msg lagi sebab takde kredit!!!!!!!

  17. Sarah says on :

    Aduh Lulu. Awak ni kan… Huhu. Gelak saya baca komen ni. Jom Lulu. Kita Chori Chori Chupke Chupke sikit 😉

  18. Sarah says on :

    Thanks bro! Tapi bukan Ngah pun yang mula. Diorang tu. Eiii.

  19. cikgu jawe says on :

    aku sihat je sarah. cuma dh berenti blog nih. hehe

  20. acai says on :

    sapalah yang tak faham bahasa tu..hope awk makin matang hadapi orang2 seperti tu sarah..:) anggaplah tu dugaan tau..org jenis camtu mmg ramai sbnrnya dikeliling kita,ceewahh..

  21. djambu says on :

    ni sesi joging2 memanas badan untuk pertandingan pingpong ke? berlari2 kesana ke mari…

    mmg xpaham….yeay!!!!

  22. keSatria says on :

    dia ni. asal mimpi je mesti nangis2. haih. apa kono budak sorunk ni. hish.

  23. epenlavia says on :

    haha pendatang haram ke? kat umah anip pn ade sorang..

  24. akukopi says on :

    hahahahah.. :mrgreen:

  25. nihas says on :

    hanya orang2 bermakam tinggi sahaja yang faham, kan Doc? 😀

Leave a Reply