Ragut

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya menggigil duduk di dalam bilik. Niat untuk keluar membeli barang peribadi yang sudah kosong terpaksa dibatalkan. Kepala berpusing sehingga berdiri pun tak stabil. Sejak pagi, tiada apa yang saya jamah lagi kecuali segelas air.

Kaki sejuk. Diselimutkan pun tetap sejuk. Bibir pucat. Hidung tersumbat. Dahi panas. Kulit bersentuh kulit adalah amat seksa rasanya. Sendi dan badan semuanya sakit. Nampak gayanya, ada potensi untuk demam teruk lagi.

Nak demam pun demamlah. Asal jangan kena jangkitan paru-paru lagi sudahlah. Seksa rasanya. Dan tolonglah jangan terlalu lama Kau ragut nikmat kesihatan ini, Ya Allah. Hospital saya jauh dan memerlukan tenaga untuk berulang-alik ke sana.

Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

Nota 1: Betul kata kawan saya. Saya ni kerap demam. Sampai dah tegar dengan sakit-sakit semua ni.

Nota 2: – Saya kena ragut tadi. – Ha! Apa yang hilangnya? – Hati.

44 Responses to “Ragut”

  1. menteil says on :

    alamak.. aku betul2 keliru nie..
    benar2 diragut atau hatinya sahaja? huhu..

    kerap sakit? pelik jugak…
    aku pon tak baik2 dari batuk nie..
    mungkin dah sampai masa aku stop merokok.. huhu..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hati saya tak kena ragut pun. Tu skrip drama Cinta Buat Ain. Menteil, awak akan jauh lebih macho kalau stop merokok 😎

    Reply

  2. ainul arina says on :

    syafakillah ks.. get enaugh rest k.. Kerap demam sebab badan tak kuat sangat kot. Badan tu tengah hempas pulas nak lawan semua. KS tak ambil supplement ke? Cuba amik sket mana-mana suppplement yang perlu. Manala tau kot-kot boleh ok sket… Hati kena ragut tu sakit tak? Huhu, cool..cool.. sabar banyak2.. rileks, kasi tenang sket biar badan kuat. ^_^

    Reply

    Sarah Reply:

    Itu hanyalah skrip drama yang dirasakan sedap ayatnya. :mrgreen:

    Reply

  3. Yeop says on :

    Salam Sarah..

    Ochen Zhal ( kasihan)… Sarah, you need ascorbic asid and sodium askorbate..(Vit. C+Royal Jelly) Sarah cari kat Farmasi……drink a lot.

    Take care Sarah…!!

    Dasvidanya..

    Reply

    Sarah Reply:

    Spasiba tebye.

    Reply

  4. keSatria says on :

    hati kene ragut adakah sama dgn hati kene curi org? adakah sama dgn hati ku sudah di ambil org? dgn kata lain, adakah sarah, hati kamu sudah jatuh cinta pada seseorg?

    waah! suspen ni! siapakah gerangan tu? ni ni kene mintak kebenaran dgn kembar dulu ni. mana bleh curi tanpa kebenaran si kembar.

    tak approve! kasi interview dulu! wahahaha! :mrgreen:

    owh yer, dr sarah, kan doktor. jaga diri la. jgn la jd doktor tp tak jaga diri bagai seorg doktor. hahaha. apa merapu ni.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak sangka awak pun fikir macam tu jugak eh. Hehe. Kalau saya dah jumpa orang nanti, saya kenalkan kat awak punya la. Suruh nilai dan bagi approval. Heheh. Saya dah makin sihat tapi tak sepenuhnya lagi. Thanks ye Salman. πŸ™‚

    Reply

  5. ikhwanmuda says on :

    Salam ziarah…jemput jenguk ke blog saya πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah.

    Reply

  6. truemax says on :

    Sungguh terkejut saya dengan tajuk “Ragut” kelihatian di tepi blog saya tadi, ditambah lagi dengan 2 ayat pertama yang begitu suspen sekali!

    Nasib baiklah cuma 3 perenggan yang pendek, tidak perlu lama untuk mengatahui apa yang berlaku sebenarnya.

    Tapi nota ke dua itu memang mewujukkan 1000 pertanyaan pula. Semoga ‘happy ending’. πŸ˜€

    Anyway, take care!

    Reply

    Sarah Reply:

    Happy ending. Hehe. Lucu je baca komen ni. Tapi Truemax dah tahu dah kan cerita yang sebenarnya. 😎

    Reply

  7. zool says on :

    Hati kena ragut ek??
    . er hati kambing atau hati ayam yang kena ragut tu???
    atau hati ikan. eh ikan ada hati ke??
    he he he,.. gurau2 je…
    :mrgreen:

    Reply

  8. irma2203 says on :

    Kita kena rasa sakit pun nikmat..
    tapi memang susah kan.. Nak kena proses hati..
    Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara πŸ˜‰

    Syafakillah alaik ya ukhti..

    Reply

  9. khairul asraf says on :

    salam ks….wah terperanjat beruk saya ingat kan kena ragut betul….hehehehe
    anyway saya doakan ks cepat sembuh….saya pun kena flu dekat 2 minggu juga…

    Reply

    Sarah Reply:

    Musim nak bertukar ni, memang macam ni la kan. Harapnya kamu dah betul2 sihat dah ye. πŸ™‚

    Reply

  10. ainiaziz says on :

    always being a silent lurker here..surprised to know dat u are unwell.

    GET WELL SOON~ insyaallah

    and i love the intro wt musim bunga on the previous entry… <3

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Aini. πŸ™‚

    Reply

  11. Nad says on :

    KS, Syafakillah. Semoga cepat sembuh πŸ™‚

    Aduhai, terkejut baca tajuknya. Ingatkan cerita ragut untuk sambung dengan entri Pengembara. Huhu.

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah kan. Macam ada kesinambungan pulak dengan tajuk lepas. Huhu. πŸ˜†

    Reply

  12. fikri says on :

    hi kak! aper khabar πŸ™‚ hemm ingatkan kena ragut tadi! fuhh lega

    Reply

  13. Cinta says on :

    Salam…

    Get well soon Adik Sarah yang manis :), take care tau πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Kak Cinta. Dah makin sihat dah ni. Tapi still kena makan ubat.

    Reply

  14. hani says on :

    sarah..
    semoga cepat sembuh ok..
    take care..:)

    Reply

  15. haritz says on :

    erm.. ragut hati.Saya rasa hati Sarah dpinjam untuk disemat bunga2 yang indah.Tak pun ada yang nak pinjam bubuh lada kasi pedas, yg mana erk. Harap2 no 1 ler hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Bukan hati saya yang kena ragut2 tu. Tu skrip drama Cinta Buat Ain kat TV3.

    Reply

    haritz Reply:

    oic :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehehe. :mrgreen:

    Reply

  16. snm says on :

    sarahkuuu!! 😳 😳
    jaga diri baik2! saya sebagai org yg selalu awk consult bila saya sakit jg, ni nk bgtahu, minum air cukup2, air badak xde kt sana kan? so minum 100+. tidur cukup juga. lg apa? rehat cukup jugaaa. ITU MESTI DAN WAJIB!

    *wanie, makesure KS wanie ni, cukup rehat, tidur pun cukup. bubur buatkan utk dia blh? makesure dia mkn ubat, paracetamol, antibiotic. lg apa? wanie pun jg diri oke? 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Budaya minum 100+ untuk redakan demam is not the real/true solution. Air masak biasa dah cukup baik. Plus, I don’t drink any carbonated drinks la Falin. Hehe.

    Reply

  17. Lee says on :

    syafakillah..t.care!! πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Syukran, Lee!

    Reply

  18. syazana says on :

    first impression baca latest update dari blog akak ni, tertanya2 jgk ” kat russia pun ade kes ragut mcm kat mesia yg semakin menjd2 ni ke?” huhu~

    bile bace2 balik, rupanya hati telah diragut! wah, diragut oleh siapakah itu?hihi :mrgreen:

    anyway kS, please take care ur self. amek la mane2 supplement cam HPA ke? mcamana nak jd doctor ni, doctor pulak xsht..nnt pesakit pun xbersemangat nak sihat. hehe~

    Syafakillah kS! πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Syazana, doktor pun manusia jugak apa. Sakit tu siapa-siapa pun boleh kena kan. Anyway, thanks. Demam dah makin kebah dah.

    Reply

  19. djambu says on :

    kene ragut? repot polis x? :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau report kat Wakil Rakyat akan dilayan tak? πŸ˜†

    Reply

    djambu Reply:

    “jangan repot sama wakil rakyat, repotla sama tok kadi”

    -sharip dol-

    haha!

    Reply

    Sarah Reply:

    Ye tak ye jugak kan. Huhuhu~ I likeeeee! πŸ˜›

    Reply

  20. cikgu jawe says on :

    sarah niii.. ingat kena ragut betul2. sekali hati dia dicuri le. hehe. sapa yg curi hati sarah tu, sila le kembalikan segera. serahkan kt balai polis atau pejabat pos terdekat. kesian dia sampai2 demam2. πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Demam dengan nota 2 tu takde kaitan langsung pun cikgu. Tu skrip drama Cinta Buat Ain kat TV3.

    Reply

  21. nono says on :

    uwaa… ceritakan lah dengan detail pasal ragut ituuuu.. πŸ˜†

    Reply

  22. clickhere says on :

    Having read this I believed it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to put this information together.
    I once again find myself personally spending way too much time both reading and leaving comments.
    But so what, it was still worthwhile!

    Reply

  23. findjob says on :

    It is actually a great and useful piece of information.
    I am satisfied that you just shared this helpful info with us.
    Please stay us informed like this. Thanks for sharing.

    Reply

  24. cαΊ©m nang quαΊ£n lΓ½ says on :

    I visit each day some blogs and information sites to read posts, but this website provides quality
    based posts.

    Reply

Leave a Reply