Komitmen
Assalamualaikum wbt
Sejak petang semalam, saya belum betul-betul rasakan rehat yang sempurna. Malam tadi, sehingga pagi buta barulah saya balik ke bilik. Sebelum itu, ada hal lain yang memerlukan komitmen saya. Pagi tadi pun begitu. Tengahari pun sama. Dan baru sekejap tadi semuanya berakhir. Tapi sekejap lagi, mungkin selepas Mahgrib, ada hal lain yang perlu dilaksanakan. Mungkin sehingga tengah malam.
Esok 8 Mac. Sambutan Hari Wanita. Di sini, budaya meraikan Hari Wanita amat menyerlah. Terasa istimewa sungguh. Sempena Hari Wanita 2009, IMAMRSC-Moscow telah merancang satu sambutan khas untuk golongan wanita sahaja. Ada banyak acara yang disediakan. Untuk cerita lanjut, kena tunggu hari esoklah. Saya pun ada menyertai beberapa acara. Tak tahulah apa jadi nanti. Huhu.
Penat masih tak hilang. Saya tak mahu menulis panjang. Di atas ni gambar group saya bersama doktor kami di hari terakhir posting Obstetrics sebaik selesai menjawab MCQ test. Kami semua hormat sungguhlah kepada doktor kami ni. Dia sangat hebat dan telah memahamkan banyak perkara penting sebelum kami menduduki state exam nanti. Terima kasih, doktor.
Nota 1: Esok genap setahun PRU12. Ke manakah hala tuju Malaysia selepas setahun berlalu ya.
Nota 2: Banyak sangat bunga dijual sempena sambutan Hari Wanita di sini. Di mana-mana saja boleh melihat orang memegang bunga. Tambahan pula, stok tulip segar sudah banyak. Semakin galak semua orang mahu meraikan keriangan yang musim bunga bawakan.
kenapa butang white-coat sampai ke atas? hehe…
remind me of mr. jeffrey (the one from temerloh), everybody has to put on white-coat including his surgeons & buttoned up!
lalala~
Reply
Sarah Reply:
March 7th, 2009 at 5:25 pm
Haha. Hospital ni strict. Proper attire, attitude even dressing code is very strict. No bags are allowed (for medical studens). All stuffs should be left in the changing room. That’s why we look so nerdy and skema nak mati. Haha.
Ceh. Saja je nak ingatkan kenangan pasal Mr. Jeffrey tu ye.
p/s: Simpang malaikat, Ngah tak mau bertugas under his supervision anymore. Mau tak kawin agaknya Ngah kalau kerja dengan dia lagi. Hahaha *pray hard* :lol
Reply
Nisa Dearie Reply:
March 7th, 2009 at 5:30 pm
a phrase from a friend,
“something that doesn’t kill you will make you stronger”
hehehe…
(now i’m online using my friend’s computer, esok takde dah privilege online lama2 camni, hehe)
Reply
Sarah Reply:
March 7th, 2009 at 5:33 pm
Additional wordings for the quote:
But it keeps you suffer.
😆
Wireless from UIA? Ehem. Terasa dekat je dengan awak, Sya. *sentimental tak memasal je kan. hehe.
Reply
semua nampak muka studious 😯 😯
tau dah sbb trend exam muka…study!
kita exam break gak ni
Reply
KS, kenangan terindah untuk bwk balik nanti tu. 😆
Tulip.. tulip..!
😀
Reply
Salam Dr.Sarah.. I need ur advice as a doctor or as a human being or wateva..
Saya rasa saya ni sangat amat mudah tertekan..
Mudah sangat saya rasa kecewa dengan diri sendiri dan dengan orang sekeliling..
Tekanan maslah keluarga, peribadi dan segalanya as a student..
I don’t know how to handle it..
Tp.. bila ada masalah melanda even sekecil2 masalah, saya boleh menangis meraung and kep thinking it was my fault and so on…
Perlu jumpa psychatrist kah??
Sangat amat tertekan…
Reply
Posing bakal2 doktor malaysia. Terkadang terasa bangga kerana kamu anak2 watan kita. 😉
Reply
akak,sikiiiit je lagi nak habis..bertahan kak! bertahaaaan..hihi
boleh bayangkan kepenatan akak tahap mana 💡
musim bunga Cairo dh mula nak panas. suhu naik mendadak smpai 31 darjah.revolusi kipas bermula(tak mahu rindu pada musim panas cairo yang sangat panas)
huhu
Reply
KS yang paling kecil di situ.. hehe.
Nota: Hala tuju? Entahla KS. Saya ni tatau pasal politik, so I’m on the neutral side. But the way I see it now, people use dirty methods to get what they want, they messed up the country. Sungguh saya rasa jijik dengan drama yang keluar kat berita hari-hari 🙁
Reply
wah hebat nya rupa bakal2 doctor semua. cayalah!
Reply
tertarik dengan nota kedua. KS tak nak bagi hadiah bunga kat diya ke? wihihi. selamat hari bunga, eh silap2. selamat hari wanita macho lah, KS. 😎
Reply
Salam sarah..
kembali menjenguk blog sarah..semoga sukses dengan MCQ sarah tu..jangan guna buah DADU sudah ler..ok…see u next time…. Dasvidanya..sarah..!
Reply
Komitmen…semua orang mempunyai komitmen..komitmen seorang ibu kepada keluarganya…komitmen seorang bapa pun begitu juga…komitmen seorang student pada pelajarannya….hrmmm….komitmen..!!.. Teruskan perjuangan di dalam hidup!!
Dasvidanya!!!…
Reply
sy suka betul tengok gambar awk pakai baju tu sarah, tak tahu nape,hehe..jgn risau sy tak jampi,hahahahhaha..ooo, dah setahun ye PRU 12? tak perasan, sebab kat sini macam baru sebulan pilihanraya je..cerita tak abis lagi,hehe..haisshh, manusia2..
Reply