Perasaan

Assalamualaikum wbt

Hari ke-28. Penutup bulan Febuari. Sekejap lagi sudah Mac. Ya Allah. Tiga bulan saja lagi tinggal sebelum final exam. Dan kurang daripada empat bulan untuk bergraduasi!

Dua hari lepas saya sudahpun mengetahui tarikh untuk konvokesyen nanti. Gambar dewannya nanti pun sudah saya lihat. Saya emailkan kepada emak ayah. Ya Rabbi. Tak sabar betul rasanya untuk menunggu tarikh itu. Sekarang ni, rasa takut untuk final exam pun sudah mulai turun. Inilah gara-gara tak sabar hendak bergraduasi. Bila tidak cuak, belajar pun Alhamdulillah cepat saja masuk. Otak pun berada dalam keadaan tenang. Kan bagus begitu. Menjadi peransang pun iya juga. Jadi, berangan sikit-sikit tu memang tak salah langsung kan? Banyak sikit pun tak apa juga. :mrgreen:

Malam semalam, kami serumah berkumpul makan kek bersama-sama. Adik-adik rumah saya ni bertanya. Mesti saya sudah tidak sabar hendak balik ke Malaysia. Jawab saya, saya tidak sabar hendak balik ke Malaysia sejak hari pertama sampai ke sini enam tahun yang lalu. Hahahah.

Nota 1: Sengaja saya menulis setiap hari kerana hendak melihat kalender Febuari saya ada update setiap hari.

Nota 2: Sesuatu menanti untuk saya miliki pada minggu depan. 😎

Nota 3: Tahniah untuk pasukan futsal housemate saya, Diba dan Fatt, yang menjuarai Futsal Wanita. Juga untuk pasukan PPIM lelaki (Ramai yang panggil pasukan Berkat. Hehe) yang telah memenangi kategori lelaki. Bersukan dengan menutup aurat bukanlah penghalang kejayaan, kan. 🙂

32 Responses to “Perasaan”

  1. chi am says on :

    futsal? bagusnyalah golongan menjaga, pandai juga bersosial. tidaklah bersikap tertutup sepertimana biasanya golongan itu.. tahniah buat sarah dan rakan2. hiduplah secara sihat! 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Kami serumah ni semua budak sukan kecuali sorang je tak. Hidup sihat, badan pun sihta (dan besar)! 😀

    Reply

  2. dhimz says on :

    assalamualaikum,,,,
    sepertinya sedang di perantauan nih?

    Reply

    Sarah Reply:

    Wa’alaikumussalam Ardi. Ya. Saya di Moscow, Rusia. Salam kenal ya.

    Reply

  3. inah says on :

    haa..akak pun x sabar nak balik malaysia 😥

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebulan lebih je lagi kan Kak Inah? Sabar2 deh 😉

    Reply

  4. akmar says on :

    beshnyer Sarah..!

    😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Nanti awak pun grad jugak Akmar 😎

    Reply

  5. K.Mai says on :

    salam orang jauh…

    Alhamdulillah…dah nak habis dah pun. kejap aje kan..berakhir untuk sarah, permulaan baru untuk akak..dah bergelar Phd. candidate dah pun sekarang. Moga2 dipermudahkan perjalanan oleh Allah SWT…

    take care..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Mai. Oh. Kak Mai sambung kat mana untuk Phd ni? Wah. Akhirnya ye. Hebatnya Kak Mai ni. Tak jemu2 belajar. Saya tabik hormat betullah pada akak 🙂

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    salam sarah. 🙂

    gelanggang futsal cuma 1 minit dgn motorsikal dr rumah aku nih. tp aku x pernah pergi join main. haha!

    teruja dgn konvo?. aku dh grade 10 th lps, tp msh blm hilang rasa ajaibnya. hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Cikgu, cepat berlari keliling rumah hari ni. Kasi hilang ‘goyang-goyang’ di pinggang tu. 😆

    Reply

  7. one says on :

    salam dr sarah..(tak lama lagi tu)

    saya tengah cari mood utk bersukan (exercise)

    Reply

    Sarah Reply:

    Sukan Oneib, sukan. Jangan malas2 😀

    Reply

  8. kaklong says on :

    bulan 3 bulan yg dinanti2 sbb ade cuti sekolah… sgt x sabar nak balik!!!!!

    Reply

  9. akukopi says on :

    pompuan men futsal amatlah kelakar.. bkn sinikal, tp hakikat.. bkn tak boley cuma melucukan. bkn salah cuma aneh. bkn apa lagik yea???

    p/s: majulah sukan utk negara!!!! oshaaaaaaaa!!! 🙄

    Reply

    Sarah Reply:

    Kadang2 tu kelakar la jugak. But for well trained team, they are really not bad. Oh ye. Tahniah la semalam menang futsal lawan Uniten. Hehehe.

    Reply

  10. syzn says on :

    assalamualaikum k.sarah 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Wa’alaikumussalam wbt 🙂

    Reply

  11. MK says on :

    Congrats to both teams! KS tak join main futsal ke? Hehe.

    Semoga KS terus tenang, dan dipermudahkan ilmu ye.. amin.

    Reply

    Sarah Reply:

    KS sukan dalam rumah je semalam 😆 Terima kasih atas doanya ye Khairul.

    Reply

  12. farah says on :

    nanti kak ngah nak buat housement kat mana?? good luck tau utk final exams 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Agak2 kat mana? Dan agak2 mak kamu boleh tolong tak untuk placement nanti? 😆 Acah je. Kak Ngah akan buat di tempat yang dekat di hati ni. Hehe.

    Reply

  13. thia says on :

    nanti kan,thia wajib rindu akak bila akak dh bergraduasi dan pulang ke Malaysia.
    Sekarang pun sudah rindu..

    hihi..

    die dah nak jadi doktor da.kite br tahun 2. Lama tak 6 tahun tu kak?
    😐

    take care kak!

    Reply

    Sarah Reply:

    6 tahun tu rasanya macam: Aiyooo mak, ayah. Kalau tau 6 tahun tu lama dan menyeksakan macam ni, baik la mak dengan ayah kawinkan Ngah awal2 dulu.

    Hahaha. 😆

    Reply

  14. nadiah says on :

    Sarahkuuuuuuuu.. 4 bulan lagi means kita akan ada di negara yang sama. dan saya boleh cubit pipi awak sepuasnya! yeah yeahhh. hehehe. tak saba nak cubit pipi sarah! =p

    ** nampak gaya awak grad dulu, bolehla datang my graduation day kan? kalau takdak aral la, 😉

    miss u damn much cik sarah! 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Nadiakuuuuuuuu! Insya Allah kita akan bergembira sakan bersama nanti! Awak grad Ogos ye? Insya Allah kot kalau saya tak start kerja lagi waktu tu 🙂

    Reply

  15. nadinezuharra says on :

    6 tahun di negara orang..dah masuk kategori tabah tu.. 🙂
    sarah berapa kali blk bercuti ke m’sia sepanjang study di sana…?

    Reply

    Sarah Reply:

    Setiap kali cuti musim panas di penghujung Jun, saya balik Malaysia. Tabahkah? Tak langsung. Huhu. Tapi memang takde sape pun yang stay over during summer break. Bukannya boleh kerja part time ke apa kat sini. Jadi, baik balik Malaysia.

    Reply

  16. saffa says on :

    KS dah nak grad! bestnyer!!! saffa lambat lagi.. empat tahun setengah!!!!!! aiyoo.. lamanya kena blajar!

    Reply

    Sarah Reply:

    Saffa, you remind me of my 2nd year’s life. Terribly whining to get over this course as soon as possible. Hehehe.

    Reply

    saffa Reply:

    😛 Biasa lar.. Mula2 excited nak belajar balik.. Bila dah masuk second year tu.. dah mula dah rasa malas lah.. macam2 lar.. haha

    Reply

Leave a Reply