Semangat Setahun Lalu

Assalamualaikum wbt

“Conversation starts with a question.”

Seseorang menyebutkan ini kepada saya suatu masa dulu. Dan saya sangat menyetujuinya untuk masa itu. Saya belum pernah bertemu dengan seseorang yang bertanya begini kepada saya ketika saya tiada mood: Dalam pada awak takde mood ni, apa yang awak rasa awak ada mood nak buat sikit?

Saya betul-betul tidak tahu apa jawapan terbaik yang boleh saya berikan. Bila sedang tiada mood, biasanya otak terasa kosong daripada sebarang agenda. Sehinggakan soalan yang sebegini mudah pun terasa sangat susah untuk dijawab.

Saya cuba menyenaraikan beberapa perkara yang terasa seperti hendak dilakukan ketika itu kepadanya. Tapi kemudian saya menarik balik segala yang telah saya kemukakan. Kata saya: Bukan. Sebenarnya takdelah terasa nak buat sangat pun ni semua.

Dia mengulas sedikit. Katanya, tahap menjauhkan diri dari segala aktiviti dan menjadi pengabai tegar (ignorant) yang ada pada saya pada waktu itu setinggi tembok Gaza. Nasihatnya, saya kena berhadapan dengan apa yang terjadi. Tak boleh lari. Kena hadapi juga semuanya.

Saya bertanya, kalaulah hal itu berkaitan dengan studi, maksudnya, perlukah saya menjauhkan diri daripadanya? Dan kalau ia berkaitan dengan orang, perlukan saya menjauhkan diri daripadanya? Responnya, kalau itu berkaitan dengan studi, wajiblah didepani. Kalau itu berkaitan dengan orang, usaha dulu sebaiknya untuk jauhi andainya itu yang terbaik. Tapi kalau diri sendiri tahu yang suatu hari nanti kita tetap mahu kembali padanya, buat apa larikan diri. Berdepan dengan keadaan tu dari awal-awal lagi adalah yang terbaik.

Bagi saya, pendapatnya itu sangat bernas tetapi saya tidak nyatakan padanya betapa saya sangat menyetujuinya. Nanti dia kata, saya ni asyik bersetuju saja. Bagaikan tiada yang cela pada pendapatnya. Saya cuma sudahi sesi itu dengan berkata:

“Actually, what a person needs when she/he in depressed is a person to talk to.”

Sesungguhnya saya mula mencari apa punca yang menyebabkan saya tiada mood pada ketika itu dan lebih berani berdepan dengan masalah itu. Masalah itu cukup besar untuk orang seperti saya ini. Alhamdulillah masalah itu sudah lama selesai walaupun mengambil masa yang agak lama. Setidak-tidaknya, dengan nasihat dan pandangan yang saya terima pada malam itu membuatkan saya mula berani menjadi saya yang lebih tegas dan berdepan dengan keadaan.

Sebenarnya, sejak pagi tadi, saya rasakan seperti ada sesuatu yang saya lupa. Bila sudah malam, baru saya teringat bahawa kekuatan yang saya bina dalam diri ini disimbah ke dalam diri saya tepat setahun yang lalu. 20 Februari 2008.

Nota 1: Terlalu banyak perkara yang pertama kali saya terima/buat/tahu berlaku pada 18-20 Februari 2008.

Nota 2: Semua yang termaktub di dalam entri hari ini ada kaitan dengan 20 Februari 2008. Termasuk instumental Jangan Bilang Tidak. Ini piano piece yang paling saya gemari.

Nota 3: Esok saya akan memulakan posting baru. Obstetrics. Subjek ulangan. Sepanjang semester akhir ni, setiap posting hanya sekejap-sekejap saja. Selamat berhujung minggu untuk semua.

Nota 4: Entri melankolik. Klise sungguh. Sarah, tolonglah jangan menulis macam ni dah. Dah tua nanti baca semula, mesti rasa sebak. Suami, anak, cucu baca pun menangis sama.

7 Responses to “Semangat Setahun Lalu”

  1. Fathiyyah says on :

    thia rasa macam faham sikit2 je isi entry ni..
    apa pun,moga jiwa dan hati akak tenang2 aja..

    Obstetrics? waaah,maknanya akan jumpa baby la kaan?(betulkan kalau thia silap 😉 )

    Kak,apsal akak pilih gamba lawa2 dlm blog thia tu semua ada gamba radin? akak rindu sgt radin eh..itu yg pilih Gamba die tu..
    (jeles ke?)
    hihi

    take care kak

    Reply

    Sarah Reply:

    Kamu faham ke apa KS merepek dalam entri ni? Rasanya macam Kak Faiq je yang faham. Hehe. Yup. Obstetrics = Perbidanan (lucunya!). Harapnya dapat la conduct delivery lagi kali ni. Takat tengok je, baik takyah. Huhu.

    Aik aik. Ada unsur2 cemburu di situ 😉 I judged them base on creativity and the feeling they portrayed. Nanti KS beritahu sebabnya. KS nak tidur dulu. Dah lewat ni. 🙂

    Reply

  2. Nad says on :

    Hm, ilmu baru tu. I’d prefer to be alone whenever I feel depressed. Serabut sorang-sorang, pujuk diri sorang-sorang. Tapi kadang amik masa jugakla. Ngehehe.

    Nak menyakat KS untuk nota nombor empat tu. Tapi, takpelah. Nanti kena lari laju-laju lagi. Hihik. Peace.. Peace. Tak sakat. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    KS pulak memang suka berseorang sepanjang masa 😆 Time moody lagi la suka sorang 😆

    Reply

  3. diya says on :

    ya Allah. kak sarah mengingatkan diya pada birthday ssorg. 18 feb. adeh. terlepas! patut rasa macam ada yang tertinggal. huhu.

    huhu. entri ni memang diya agak kurang faham. jadi, rasanya kena selongkar blog lama KS untuk februari 2008. =p

    Reply

    Sarah Reply:

    Diya, birthday siapa ye? Kalau tak sempat ucap direct pada dia, doakan kesejahteraan dia pun dah cukup dah 🙂

    KS takde tulis kat blog lama pun Diya. Time tu KS tengah busy gile dengan cycle KS. Pagi buta dah bertolak, petang baru balik. Tengah malam baru la dapat bercakap dgn kawan sat pasal hal tu. Hehe.

    Reply

  4. Ejalz says on :

    Sarah, adakah takde mood = depressed?
    me, when takde mood kadang-kadang tak tau for what reason.. ke mmg perasaan takde mood dtg for no reason? sbb kalau nak kata because of pms, tak jugak, either pre or post… and sama macam other people, bila takde mood, suka diamkan diri.. ada sebab cakap, tak perlu cakap, diam.. smpi la sekarang ni walaupun dah beranak 2.. kadang2 kalau selisih dgn org yg biasa pun boleh buat2 tak nmpk sbb nak avoid bercakap or just say hi and diam… sedangkan selalunya mulut pot-pet-pot-pet…
    selalunya perempuan jek ke yg ada this kind of feeling? sbb selalu gak kena tegur dengan hubby.. hehe. and masih sama jek, walaupun bilangan hari utk silence-day tu dah makin berkurangan…

    Reply

Leave a Reply