Kisah Di Hospital (ii)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah posting selama dua minggu di Forensic Medicine sudahpun berakhir. Kami mendapat tanda tangan doktor kami sehari awal. Jadi, saya akan bercuti sehari pada hari esok sebelum menyambung posting seterusnya pada hari Sabtu.

Ketika dalam perjalanan balik dari hospital, saya dan Farah bercerita tentang pengalaman dengan beberapa orang doktor yang paling meninggalkan sejarah selama berada di sini. Maka, tercetuslah idea saya untuk menyenaraikan doktor-doktor yang paling saya ingati dan kenapa mereka begitu signifikan dalam hidup saya selama saya di sini.

Prof. Zurabyan – Beliau merupakan profesor saya untuk subjek Bioorganic Chemistry ketika di tahun satu dulu. Umurnya sudah tua. Sudah seperti Albert Einstein saja rupanya. Kelasnya setiap Sabtu pagi pukul 8.30. Ketika itu, hostel saya terletak di barat daya Moscow dan kelas pula nun di timur laut Moscow. Perjalanan mengambil masa sejam setengah ke dua jam untuk ke sana. Jadi, kami semua terpaksa keluar seawal 6.45 atau 7 pagi untuk tiba ke sana tepat pada masanya.

Malangnya ketika di kelas, apa yang beliau ajar langsung tidak difahami. Mana tidaknya. Beliau kuat merokok. Bila masuk ke kelas untuk mengajar, baru bercakap sedikit, beliau sudah terbatuk-batuk. Kalau tak teruk, tak mengapalah juga, kan. Ini sampai termengah-mengah. Dalam Bahasa Rusia, masa rehat disebut ‘peririv’ dan merokok pula disebut ‘kurit’. Tetapi dengan Prof. Zurabyan, dia menyebut rehat sebagai ‘kuririv’ kerana baginya itu masa untuk merokok. Masya Allah. Yang buat saya tidak boleh lupa kepadanya ialah kenangan saya dan Farah yang pulang lewat malam ke hostel ketika musim sejuk tahun itu kerana terpaksa menunggu Prof. Zurabyan untuk menjawab soalan colloqium dengannya. Entah ke mana saja dia menghilang. Saya dan Farah tercongok di pejabatnya untuk menjawab soalan oral dengannya dari tengahari sehingga 8 malam! Berbuka makan biskut sekeping seorang saja pada pukul 4 petang itu. Tiada air. Bayangkanlah bila dah pukul 8 malam tu, punyalah lembik kami berdua sebab tak makan apa-apa lagi. Di department itu memang tiada kafe di dalam bangunan. Kedai terdekat memerlukan kami berjalan kaki keluar dari situ. Menyusahkan. Sudahnya berlaparlah kami sehingga balik ke hostel. Ini gara-gara beliau yang hilang entah ke mana. Dan bila kami hendak pergi kepadanya untuk menjawab soalan, dia pergi merokok pula. Aduh. Sabar jelah.

Bila kami sudah selesai final exam untuk subjek itu, kami pun sudah tidak menemuinya lagi. Ramai yang mengatakan bahawa beliau sudah meninggal dunia. Memang tak mustahil pun kerana beliau memang sudah sangat tua.  Hehe. Tapi ada sekali tu ketika di tahun tiga, saya ke Pejabat Dekan. Saya ke stalovaya (baca: kantin, tapi hakikatnya bukanlah kantin). Baru saja nak melangkah masuk ke sana, tiba-tiba saya terserempak dengannya. Terkejut juga saya waktu kerana kononnya beliau sudah meninggal. Tapi ni ada lagi ni. Huhu. Dengan rambutnya yang sudah putih, badan bongkok, yang saya mampu ucapkan padanya ketika itu hanyalah: Zdrastvuitye (ucapan selamat secara hormat apabila bertemu seseorang). Dia mengangguk-ngangguk saja. Dalam hati saya berkata: Eh eh, hidup lagi ya dia ni rupanya. 😆

Prof. Yonkina – Beliau merupakan seorang guru Physiology. Saya bukan pelajarnya. Tapi ramai yang memberitahu ketika colloqium (ujian bulanan), sangat susah untuk lepas dengannya. Saya tidak pernah mengenali wajahnya sehinggalah ketika semester kedua di tahun dua, beliau kerap memberi lecture. Sebelum itu, ada yang melawak dengan saya. Kata mereka, kalau tak kenal beliau sekarang pun tak apa. Nanti final exam dapatlah saya mengenalinya. Uishh. Simpang malaikat la hai. Saya dapat membayangkan susahnya menjawab final exam dengannya.

Sudahnya, ketika final exam, saya betul-betul terkena dengannya! Saya duduk selama 45 minit untuk soalan oral bersamanya. Segala benda ditanyanya! Menggeletar Ya Rabbi rasanya waktu tu. Di sebelah saya ada meja seorang doktor lain. Ada tiga orang pelajar sudah selesai menjawab dengan doktor itu, saya masih tidak selesai lagi. Huhu. Tapi Prof. Yonkina betul-betul berjaya membuat saya seram sejuk. Yang seronoknya, walau apapun soalan yang ditanyanya, semuanya mengena pada topik pujaan hatiku. Huhu. Yang paling saya ingat ialah soalan terakhir saya. Tentang Sleep Disorder dan kaitannya dengan Higher Nervous System. Fuh. Tajuk kesukaan tu! Tapi berbaloi Alhamdulillah. Saya dapat 5. Hehe. (Excellent = 5, Good = 4, Satisfactory = 3, Fail = 2).

Dr. Gulyaev – Beliau merupakan doktor untuk subjek Internal Disease ketika saya di tahun tiga. Ya Rabbi. Sukanya saya pada doktor ni. Jatuh cinta gitu. Beliau sangat hebat di mata saya. Ya Rabbi sukanya. Tak reti nak cerita macam mana. Beliau sangat tenang orangnya. Kebetulan pada tahun itu, masalah tulang belakang saya semakin teruk. Beliaulah yang merawat dan menolong saya. Makinlah saya sayang kepada doktor ni.

Hospital saya untuk subjek ini dikenali sebagai sangat lenient kerana para doktor di situ ramai yang tak berapa mengajar sangat tetapi lebih kepada membiarkan pelajar membuat persediaan sendiri. Tapi Dr. Gulyaev ni lain daripada yang lain. Saya hanya sempat menjadi pelajarnya ketika semester pertama saja. Semester kedua, saya memang belajar sendiri saja kerana doktor saya untuk semester itu ‘sibuk bebenor’ dengan hal lain. Ketika final exam, saya berharap sangat bahawa saya akan menjawab soalan oral dengan Dr. Gulyaev. Berdebar-debar saya menunggu pada siapakah credit book saya diberikan (credit book = buku rekod keputusan peperiksaan). Oh. Gembiranya saya. Buku saya diambil oleh Dr. Gulyaev. Sebaik duduk di hadapannya, saya mengucapkan selamat dan beliau terus bertanyakan khabar saya. Wahaa! Beliau masih ingat akan saya. Suka. Suka. Suka. Huhu.

Ada dua sebab kenapa saya mahu menjawab soalan oral final exam itu dengannya. Pertama kerana, saya sudah studi teruk untuk subjek itu. Saya tidak main-main membuat persiapan untuk subjek itu sebab memang ada yang ambil mudah saja kerana hospital itu lenient sangat ketika exam. Jadi, saya mahu disoal seadilnya dan bukannya ala kadar saja. Dr. Gulyaev terkenal sebagai seorang yang serius dan tidak bias. Jadi saya berharap agar dapat menjawab dengannya. Keduanya kerana, saya banyak menggunakan material dan nota daripanya. Untuk semester pertama, kerana beliau sendiri yang mengajar kumpulan saya. Untuk semester kedua, saya berusaha mendapatkan nota daripada pelajar-pelajar yang diajarnya. Jadi, saya memiliki set lengkap nota yang diajarnya. Sangat lengkap segala material yang diajarnya. Itu sebab saya sangat suka!

Dr. Gulyaev sangat memberika kesan yang besar dalam hidup saya. Saya mengidolai caranya. Sistemnya bekerja. Sifatnya secara peribadi juga hemah dan budi bahasanya. Beliau membuat saya mengubah tafsiran saya terhadap orang sini kerana sifatnya yang sangat suka membantu. Beliau membuat saya berhasrat hendak menjadi sehebatnya. Beliau membuat saya mula mempunyai matlamat yang tersendiri dalam bidang ini. Beliaulah pembuka jalan itu. Beliaulah punca segalanya.

Ketika mengikuti posting Ophthalmology di hospital bersebelahan hopital itu ketika di tahun lima, saya pernah terserempak dengannya ketika dalam perjalanan balik. Saya mengucapkan selamat. Beliau membalas dengan senyuman dan mengangkat tangan kanannya ke arah saya. Huwaaa. Saya bagaikan mendapat suntikan semangat waktu tu. Balik tu, terus saya bercerita dengan housemates saya tentang Dr. Gulyaev. Kalau kamu jadi housemates saya, kamu tahulah sendiri berapa kerap saya bercerita tentang Dr. Gulyaev ini. Terlalu kerap! Hahaha. 😆

Panjangnya cerita saya ni. Ni baru tiga orang doktor ketika pre-clinical years. Ada lagi ni. Nantilah saya sambung dalam bahagian ketiga pula ya.

Nota 1: Kisah Di Hospital (i) ada di blog lama. Ini episod kenangan yang seterusnya.

Nota 2: Ketika dalam perjalanan balik dari hospital tadi, saya jatuh seperti nangka busuk. Jalan penuh dengan ais. 😆

Nota 3: Maaf. Saya hanya sempat mengikuti perkembangan semua melalui Google Reader saja buat masa ini. Inipun ada banyak sangat yang saya tak sempat baca lagi. Maaf amat ya.

Nota 4: Selamat hari lahir buat Hazreen (20 Februari). Terima kasih banyak-banyak ye Hazreen. Terkejut dapat buku-buku tu tadi. 🙂

25 Responses to “Kisah Di Hospital (ii)”

  1. awaktahusaya says on :

    sy ingat lg dr. gulyaev yg awk cerita dulu tu.. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Ye. Dr. Gulyaev yang tu la. Takde yang lain dah pun 😉

    Reply

    awaktahusaya Reply:

    sy tak jealous pun. hukhuk. dr tu cool 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Aishh. Perlu ke nak jealous kot ye pun. Huhu 😆

    Reply

  2. aween lia-na says on :

    KS..just wondering, kalau interview patient kan, KS gune bahasa ape ek? russian ke?

    p/s : and btw, saye tak faham macam mana orang dalam bidang perubatan ni (or anybody generally) boleh merokok..hurm.. oh well, i think the same principle applies to medical student who doesnt exercise when she knows she has to ( which by that, im referring to myself lol)

    Reply

    Sarah Reply:

    Nothing else but Russian 😎

    Reply

  3. chi am says on :

    kamu dah amik signature saye belum sarah?

    -Prof Ir Dr Am-

    😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Prof Am…. (buat muka malu-malu), nak signature untuk Hydrophysics boleh?

    Erk… sejak bila saya belajar subjek tu? 🙄

    Reply

  4. mieda says on :

    salam sarah. bagusla cerita awak ini. saya suka dengar. rasanya x sabar nak tunggu entri baru awak. actually saya selalu open blog ni. seronok membacanya. macam baca novel/cerpen. on ye, selamat berkenalan. panggil saya ida. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Ida. Salam kenal 🙂

    Reply

  5. acai says on :

    Zdrastvuitye sarah,
    saya reti copy paste je..tak reti sebut langsung,hahah..bagus betul sarah ni ingat semua lecturer2 tu..:) nakal sungguh awk cakap orang tua tu dah mati,hehe..sarah, cepatlah balik pas belajar ye..sy takut kalau2 awak jadi isteri Dr. Gulyaev plak nanti,kekekekekee *laariikkkkk

    Reply

    Sarah Reply:

    Acai, kalau sesama kawan-kawan kita sebut macam ni je: Privet (hi) 😉
    Kalaulah Dr. Gulyaev tu single, nak jugak saya. Muahaha. Tapi dia dah kawin dah Acai. Hehe. Saya suka dia as in saya mengidolai dia. Tak lebih dari tu.

    p/s: Muka dia macam muka Mr. Dalsey dalam cerita Pride And Prejudice. 😀 Tu sebab saya tak jemu tengok cerita tu dah banyak kali. Tambah pulak cerita tu cerita zaman kolonial Inggeris gown kembang-kembang tu. Memang la saya suka tengok kan. Hehe (merepek keluar topik je saya ni) 😆

    Reply

  6. hakimah says on :

    kat sini byk gak doctor da tua2…tp satu je buat kami lemah, sbb kami xpaham ape diorg ckp..hahaha

    Reply

    Sarah Reply:

    Sama la. Kalau yang tua2 payah sikit nak faham. Tak tau la apasal. Bahasa kot susah nak faham sebab sebutan tak jelas.

    Reply

  7. ~young mango~ says on :

    salam…
    apa khaba sarah?sronok baca cerita2 sarah…btw,dpt x email sy kat gmail?
    my life back to normal here:-(…x sabo nk abes blaja

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Faiq! Alhamdulillah saya baru je sihat demam. Saya ada dapat email awak but as usual (as for now), saya takde mood (dan masa) nak balas email lagi. Nanti naa saya reply. All the best untuk semua exam tu. Semangat Saufi yang ditinggalkan kat sana tu mesti boleh buat awak bersemangat jugak 😉

    Reply

  8. ashraft says on :

    priviet…..(antara prkataan prtama yang sy blaja)….wawawahhhhhh shahdunye dengar citer kak sarah…hihihihihihihih alamat lepas ni ape pulak yang akan ditulis pasal dr.Gulyaev tu…… hahahahahahha………

    Reply

    Sarah Reply:

    Privet Ashraf! Habis dah kot pasal Dr. Gulyaev. Huhu.

    Reply

  9. hadry (kek coklat) says on :

    prof ionkina…. dulu saya pun jawab final exam dgn die… mmg tension habis!!! itu lah oral exam di moscow paling susah pernah saya alami dan paling lama sebenarnya, hampir 30 minit, mungkin lebih kot! hehe… soalan nye bertubi tubi tanpa henti. mmg die tanya habis habisan.. walaupun susah, tapi lepas je jawab dgn prof ionkina dan dapat markah, mmg rasa puas sgt2. rasa mcm kita betul2 layak untuk lulus exam tu…. alhamdulillah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Ahaa. Ada jugak yang faham apa yang KS maksudkan 😉 Susahkan dia. Tapi di hujungnya tu, kita memang puas hati sebab kita diuji dengan seadilnya dan markah yang kita dapat selayaknya dengan apa yang kita usahakan dan tahu. Kamu ID di mana? Rosalimo jugak kan? Nanti final exam try buat dengan Dr. Gulyaev. Dia pun adil dan profesional dengan kerja dia. Takde bias2. Apa yang kita usahakan dan kita tahu, itu la yang dia nilai. Takde bias2. Hehe. Oh. KS sangat suka Dr. Gulyaev (tak memasal je nih) 😆

    p/s: Hari tu jumpa ke kedai gambar tu? KS risau je kamu tak faham apa yang KS terang waktu tu.

    Reply

  10. Hazreen Rashid says on :

    salam ks…. thanks for the birthday wish… haha, there goes my 15 mins of fame in your blog…

    anyway glad you’re liking the books…

    (ni 1st time bukak blog baru KS nie… 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks again for the books. I’m enjoying Crime and Punishment at the moment. People can see me with the book everywhere I go 😀

    Reply

  11. www.preiserhoehung.de says on :

    I found your topic “Dunia Sarah » Blog Archive » Kisah Di Hospital (ii)” when i was searching for Bioorganic chemistry and it is really intresting for me. If its OK for you i would like to translate your topic and post it on my german blog about Bioorganic chemistry. I link back to your topic of course!

    Reply

    Sarah Reply:

    I don’t mind if you would like to translate it. But the problem is, the topic has nothing to do with Bioorganic Chemistry. I just wrote a story about my professor who taught me Bioorganic Chemistry few years ago. It’s up to you now. Thanks for dropping by 🙂

    Reply

  12. Dunia Sarah » Blog Archive » Terima Kasih Guru says on :

    […] yang bergelar pendidik! Jasa kalian hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Thank you very much, Dr. Gulyaev. I miss you! (Hahaha, tak […]

Leave a Reply