Kepentingan Bedah Siasat

jam

Assalamualaikum wbt

Rutin harian masih seperti biasa. Di hospital hari ini, kami menambah ilmu baru tentang siasatan kes lagi yang memerlukan pembuktian secara klinikal. Hari ini berkenaan tentang pembuangan dan pembunuhan bayi.

Saya tidak pasti lagi bagaimana keadaannya secara realiti di Malaysia. Maksud saya, skop undang-undang berkenaan hal ini. Secara amnya, kes yang melibatkan kematian bayi yang dibunuh oleh ibu dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan, hukuman penjaranya adalah kurang daripada 5 tahun. Hal ini kerana kebanyakan ibu yang berbuat demikian adalah dipengaruhi keadaan mental yang kurang stabil. Bagi bayi yang dibunuh selepas 24 jam dilahirkan, hukumannya melebihi 5 tahun kerana dalam kes ini, biasanya faktor disengajakan adalah berkait rapat.

Saya tak bercadang hendak mengulas lanjut tentang hal ini. Cuma mungkin untuk kali ini, saya sekadar hendak memberikan pendapat saya tentang bedah siasat ke atas mayat. Di dalam Islam, kita perlu menghormati jenazah termasuklah untuk tidak menyakitinya. Ramai yang berpendapat melalui bedah siasat, kita sebenarnya menyakiti jenazah saja. Baik tidak payah buat.

Tetapi secara peribadi, saya menggabungkan pandangan agama dan kepentingan sains dalam hal ini. Islam menyuruh kita menghormati jenazah. Ya. Benar. Jadi, jika bedah siasat diperlukan untuk sesuatu kes itu, pasti ada sebab yang mendatari kes sehingga kematian seseorang itu perlu dibuktikan secara jelas. Saya bawakan contoh yang mudah. Kes bayi mati dibuang. Dalam kes ini, kita perlu membuktikan bahawa bayi tersebut mati dalam tempoh berapa lama selepas dilahirkan, apa punca kematiannya. Dijerut, dicekik, dibiarkan terdedah di tempat sejuk, dijemur panas atau dilemaskankah. Dan adakah bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan cukup bulan atau tidak. Semua ini penting.

Dalam contoh yang saya berikan, kita perlukan bukti ini untuk menyabitkan kesalahan ke atas ibu atau bapa yang membunuh. Adakah kaitannya dengan keadaan kesihatan mental si ibu atau bapa dan lain-lain. Jadi, hal ini saling berkait. Satu lagi kes yang paling kerap terjadi ialah mati disebabkan kemalangan. Kita perlu membuktikan siapa si pemandu dan siapa pula yang mati sebagai penumpang. Melalui bedah siasat, kita dapat membuktikannya walaupun kedudukan mangsa-mangsa yang mati telah diubah atas tujuan untuk mendapatkan pampasan daripada pihak insuran. Kes sebegini banyak terjadi.

Cuma yang menjadi persoalan, adakah kita menjalankan bedah siasat itu secara baik atau mengasari jenazah. Jika menurut Islam, kita wajib menjaga aib jenazah agar tidak dihebohkan kepada ramai jika kita ada terlihat sesuatu. Jangan berkasar dengan mencampak sesuka hati saja organ-organnya. Ini semua berkait rapat dengan etika. Jika kita faham di mana letaknya tanggung jawab sesama manusia apatah lagi jika seagama, selisih pendapat tentang isu bedah siasat ini tidak lagi timbul. ๐Ÿ™‚

Inilah pandangan saya tentang hal ini. Saya harap, penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan keraguan tentang hal ini. Mungkin ada yang masih tidak bersetuju ataupun menolak mentah-mentah prosedur bedah siasat. Cuba fikirkan, jika kes itu berkaitan dengan jenayah yang kita tidak sangkakan, mahukah kita biarkan si penjenayah terus bebas tanpa diadili? Ya. Kita boleh menjawab, biar Allah saja yang membalasnya di sana nanti. Terpulanglah juga kepada semua untuk menilai hal ini bagaimana. ๐Ÿ™‚

Tentang pembuangan dan pembunuhan bayi tadi, saya terfikir sejenak tentang sejarah silam. Kalau dulu di Zaman Jahiliyyah, anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan tidak membawa faedah dan menyusahkan. Di zaman orang Amazon sebelum kebangkitan Spartan di Greek, anak lelaki pula dibunuh untuk mengelakkan kaum lelaki yang sedia ada terpaksa bersaing dengan lelaki muda bagi mendapatkan perempuan.ย  Nampaknya, martabat wanita amat rendah ketika itu. Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas nafsu. Dan ketika kebangkitan Spartan, anak lelaki yang lemah, cacat dan tidak sihat akan dibunuh dengan dicampakkan dari puncak gunung kerana mereka tidak dapat menyumbang bakti untuk ketenteraan pun.

Datangnya Islam, martabat manusia dinaikkan. Baik lelaki atau wanita. Kita mulia kerana Islam meletakkan kita sama tarafnya, tiada bezanya. Anak yang lahir pula adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Tiada lagi pembunuhan anak dibenarkan. Yang membezakan darjat kita di sisi Allah ialah nilai taqwa kita.

Ehem ehem ehem. Gatal bebenor tekak saya ni ha. Gambar jam tangan di atas tu bukan sekadar teaser. Kelmarin saya menelefon emak bertanyakan pendapatnya untuk membeli jam baru. Emak mengizinkan. Jam saya yang sebelum ini dibeli pada bulan Ogos 2003. Sudah hampir 6 tahun beb. Saya cermat orangnya. Walaupun jam Polo San Fransisco saya itu masih elok lagi (permukaan saja yang dah tak lawa), tapi saya betul-betul hendak memiliki yang baru.

Untuk apa? To move on! ๐Ÿ˜Ž

Nota 1: Ini adalah pendapat peribadi saja.

Nota 2: Move on, Sarah! Yang sudah tu sudahlah. ๐Ÿ˜†

Nota 3: Jam tangan berikutnya saya tunggu hantaran kahwin jelah. :mrgreen:

65 Responses to “Kepentingan Bedah Siasat”

  1. menteil says on :

    oo.. baru tau tentang pembunuhan lebih atau kurang 24 jam tu..
    macam mana pulak kalau bapak dia yang bunuh? huhu..

    tak tau la.. banyak sangat yang diperkatakan tentang bedah siasat nie..
    kadang2 macam menyedihkan jer bila tengok keadaan mayat selepas di bedah siasat

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau bapak yang bunuh, hukumannya lebih berat tanpa berkadaran dengan tempoh hidup bayi tu. Kalau maknya tu, sebab memikirkan faktor gangguan mental yang biasa terjadi ketika dalam tempoh pantang (post partum period).

    Itu sebab biasanya jenazah dimandikan dan diuruskan terus di hospital lepas bedah siasat tu. Tidak la sedih keluarga nengoknya. Kalau nak jahit cantik2 semula macam baru lepas buat plastic surgery, susah la pulak gitu kan.

    Reply

  2. Fathiyyah says on :

    jam untuk hantaran kahwin? tgk tuuu…KS dah bagi ‘hint’! hihi

    ‘thia nakal’

    Reply

    Sarah Reply:

    Kesabaran je la budak kecik ni.

    Mari buat kira2 Matematik.

    Dulu beli jam 6 tahun sudah. Lepas tu baru ni la pakai yang baru pulak. Nak dapat yang baru semula tu kena tunggu 6 tahun lagi. Ha. Maksudnya hantaran tu pun hanya akan dapat 6 tahun dari sekarang. Huhuhu ๐Ÿ˜†

    Reply

  3. Fathiyyah says on :

    ๐Ÿ˜†

    hahahaaa.thia tak percaya la kak..
    uish,6 tahun lagi? lamanyaaa kak..kang sy potong line akak dulu kang
    (ceh,fathiyyah gatal) hihi

    kawan kak long saya,Kak Roslina namanya. Dia sedang sambung phD dalam forensic di Australia. Kata kak long,Kak Ros ada cerita yang forensik mmg sgt mencabar..sy suka forensik sbb bidang tu nampak macho dan cool..

    Fathiyyah kan suka benda2 macho ni..

    seronok bc pengalaman dan pendapat akak tentang bedah2 siasat ni. Tunggu la nanti sy naik tahun 4,dah mula belajar forensik boleh cerita2 kat blog mcm akak skrg ni..hihi

    take care ya kak

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, baru tersedar. Kalau 6 tahun dari sekarang, umur KS dah 30. Anak dara tua dah tu. Huhu. No worries. Dah deal dah dengan mak.mur 28 single lagi mak je yang selesaikan semua ๐Ÿ˜†

    Kamu nak potong pun KS tak kisah Thia. Huhu.

    Erm. Kamu kenali dulu Forensic ni macam mana. Then u decide whether u look cool and macho being one or not.

    Reply

  4. akmar says on :

    :mrgreen:

    antaran kawen..wuuu-

    siapakah jejaka bertuah itu sarah? hehe

    anyway jam dlm gambar di atas sgt smart! berkenan di hatiku jua ๐Ÿ™„

    Reply

    Sarah Reply:

    Jejakanya belum ada lagi. Berangan je awal2. Preparation orang putih kata. ๐Ÿ˜†

    Reply

  5. keSatria says on :

    waaa. semangat! hehe. :mrgreen:

    bestkan ada jam baru! ๐Ÿ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Kembar mesti la sehati sejiwa kan ๐Ÿ˜Ž

    Reply

  6. nadinezuharra says on :

    mm,saya pun fikir positif ttg bedah siasat ni..lagi2 kalau kematian yang disyaki berunsurkan jenayah.(teringat kes adik nurin..isk2,sedihnya)

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha. Betul sangat tu. Contohnya macam kes Nurin tu. Siasatan memang diperlukan.

    Reply

  7. sinar_islami says on :

    salam akak..first tym singgah kat site bru
    jgn lupa ajak sha juga ๐Ÿ™‚ hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Ajak ke manakah? Ke walimahkah? 6 tahun lagi sudi tunggukah? Hehe.

    Reply

  8. hakimah says on :

    sarah…sy suka jam tu…nk beli jugak..tp xnampak pon kt kedai sini

    design simple tp sgt menarik…

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya memang tak fancy sangat jam yang nampak over atau feminin sangat. Biasa2 je udah le. Jam ni ada di KL. Gi tengok kat Swatch MV. Memang ada.

    Reply

  9. judin says on :

    haaaaaa hantaran kahwin??? ks dah nk kawen ka? dengan sapa ni?? kasitau la ks…xsabar2 ni nak tau. hehehe hantu gossip sunggoh!

    Reply

    Sarah Reply:

    Kamu ni. Bab2 ada sebut kawin sikit tu, laju je ye ๐Ÿ˜†

    Reply

  10. Ejalz says on :

    salam Sarah…
    lama menunggu, rupanya dah pindah rumah… pindah untuk suatu kelainan, bagus jugak tu… lebih nampak kelainannya bila ada Sarah menyebut ‘hantaran’.. hehe… dah la nak balik Malaysia tak lama lagi… jangan lupa jemput tau…

    p/s I’ve booked my flight ticket for summer holiday.. insya-allah we can meet this time? U still have my Celcom number right…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Aizal.

    Terpaksa rahsiakan awal2 tu sebab nak elakkan stalker yang psycho. Tapi dia dah jumpa pun so no point to hide anymore. Hehe. Hantaran semua tu takde makna pun kak. Calonnya ngak ada lagi sih. Insya Allah kali ni kita akan jumpa. I just checked my phone. I still have your number ๐Ÿ˜‰

    p/s: Saya tak miss baca update akak sebab saya subscribed di google reader ๐Ÿ™‚

    Reply

  11. Callister says on :

    ah…comelnya jam sarah..

    ye betul ape yang sarah ckp 2..
    kalo xda bedah siasat mcm mn nak tau punca seseorang 2 mati.

    Reply

    Sarah Reply:

    Jam tu comel macam tuan dia kot. Hohoho :mrgreen:

    Reply

  12. aween lia-na says on :

    6 tahun KS? wah not bad, kite leh kawan la camni. im still using the same watch since let’s see…2000..and that would make me 9 tahun!3 years more than you lol

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Habit yang sama! Hopefully that my Polo (the one that I bought in 2003) will last longer. Huhuhuhu. ๐Ÿ‘ฟ And the same goes to my new baby ๐Ÿ˜›

    p/s: Biasanya orang yang cermat ni tak suka shopping. Do u like shopping? I don’t. I hope we are in the same boat again ๐Ÿ˜‰

    Reply

    aween lia-na Reply:

    tak juge~ now i found a girl who doesnt like shopping like me! good!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Wow! Sama jugak lagi! ๐Ÿ˜Ž

    Reply

  13. Ksu says on :

    Salam Sarah…

    Menggoda betul la gambar jam tu..
    Aduhh.. teringin nak beli jam lagi la plak.. :D.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Su mau beli jugak ke? ๐Ÿ˜‰

    Reply

  14. syzn says on :

    wah!
    masuk2 sini nmpk jam…santeQ!! seyes! ๐Ÿ˜€

    n smart jugak smile2 yg ada nih…mcmmn k.sarah wt??
    yg psl letak link2 tuh…sy dh berjaya buat!
    tenku! ๐Ÿ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam mana nak ajar ye. KS just install plugin for WP je. Inipun KS dapatkan daripada twin KS. Dia yang ajar. KS nak bagi tutorial semula macam susah je. KS biasanya cuba jaya je bab2 ni. Hehe.

    Reply

  15. K.Mai says on :

    salam orang jauh…

    co’me jam tu..se co’me orangnye.. ๐Ÿ˜€

    Reply

    K.Mai Reply:

    err!..pesanan: jangan bedah siasat pulak jam baru tu!..he2

    Reply

    Sarah Reply:

    Jam tu bulat sebab memang sebijik macam tuan dia yang dah makin bulat sekarang ni ๐Ÿ˜†

    Harapnya Kak Mai and family sihat2 ye kat sana.

    Reply

  16. Hawa says on :

    Salam Sarah,

    Waa.. cantiknya jam tu! Murah ke branded watch kat sana? Baru2 ni beli beg polo untuk hantaran, dekat rm300.. Sedih je bila bagi duit kat cashier.. ๐Ÿ˜ฅ Kite kalau bleh nak buat ujung tahun, tapi dah sampai kekasihku seruuu… ๐Ÿ˜†

    Nak adiah dari moscow! ๐Ÿ˜Ž

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hawa!

    Yezza. My girl friend akhirnya sampai ke sini jugak ๐Ÿ˜‰ Branded watch harga murah sikit la dari Msia. Untuk barang lain macam handbags, kasut semua tu, saya tak tau sangat la Hawa. Saya bukan kaki shopping. Huhu. Jahil bebenor saya bab2 ni. Nama2 brand pun saya tak penahnya amik tau ๐Ÿ˜›

    Bulan 5 eh? Memang tak dapat la nak datang. Terkilan ni Hawa. ๐Ÿ™ Hadiah je la yang akan menyusul nanti. Ni pasti! ๐Ÿ˜‰

    Reply

  17. hafiz says on :

    Menarik juga belajar mengenai Forensic Medicine tu. Di sini, tiada peluang untuk belajar mengenai Forensic Medicine. Ia hanya ada di peringkat Masters atau PhD.

    Tiba2 teringat pula mengenai cerita CSI ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang yang kami belajar ni macam CSI. Forensic Pathologist ๐Ÿ˜Ž

    Reply

  18. acai says on :

    Salam sarah,
    Awk nak suh sy belikan jam ke sarah?hehe..kalau cam cam ats tu bolehla kot sebab tak mahal sangat (sampai ribu2 RM),hehe..waaa, satu lagi ilmu saya dapat..sbnrnya sy sokong bedah siasat ni..asalkan masih jaga aib mayat tersebut..lagipun ia bagi tujuan keadilan dan ketahui punca kematian..apapun orang yang sanggup bunuh bayi memang kejam dan berdosa besar..:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Acai. Eh eh. Kalau awak belikan jam untuk saya, tu dah memenuhi nota 3 saya tu. Huhuhu. Bahaya tu Acai ๐Ÿ˜› Adeh. Mengarut betul saya ni. Semoga sihat2 je ye Acai ๐Ÿ™‚

    Reply

  19. zool says on :

    Pada saya post morterm / bedah siasat adalah harus…
    Saya penah dengo ustaz beritau yang setelah sampai ajal kita.. roh akan berpisah dengan jasad dan apa-apa yang berlaku pada jasad tiada kena mengena lagi dengn roh..
    Jadi pendapat yang mengatakan menyiksa mayat adalah tidak tepat..

    Hm.. kesian anak dibuang. mungkin zaman makin maju dan iman mula roboh.. Harap2 kita tidak sebegitu. Wallahualam

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Zool. Baru tersedar. Dalam banyak2 komen, saya termiss komen ni. Ampun banyak2 ye. Hukum bedah siasat menurut Islam adalah haram. Bukannya harus. Melainkan disampingi oleh perkara2 darurat yang mengharuskan bedah siasat di jalankan. Hukum haram ni berubah menjadi harus mengikut kategori sebab2 yang membolehkannya. Saya tak reti nak hurai panjang tapi ni lah yang saya dapat infonya ketika lawatan ke rumah mayat di hospital dulu. Dan saya ada buat research pasal ni waktu mula masuk posting ni minggu lepas. Ini yang saya jumpa:

    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=694

    Harap ni dapat menjelaskan dengan lebih baik. Saya nak cerita semula pun tak reti. Huraiannya panjang tapi apa yang saya ceritakan dalam beberapa entri saya sebelum ni meliputi bedah siasat yang dibenarkan dalam Islam.

    Reply

  20. truemax says on :

    I’m not good at commenting.. just a reply.. I attached to it (literally) ๐Ÿ™„
    http://picasaweb.google.com/lh/photo/XLgd5YA1XvyTblRyHXoa7Q?authkey=kq73bccLnAI&feat=directlink

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah! Your watch! It suits u, Truemax ๐Ÿ˜Ž

    p/s: I was about to ask since long ago. U purposely make your blog disable for comments, don’t u? I can’t find any comment box in your blog. That’s why I rather read it silently and give some comments directly to u in Plurk. Hehe.

    Reply

  21. .:ู…ุญู…ุฏ ุซู‚ูŠูโ€Ž:. says on :

    Salam kak..
    Thnx a lot 4 da infrmtive xplanation..
    Sy ni post spm 2008..
    Bleh ka sy nk mntx pndgkn akak psl medic nie..
    Mntx email bleh?
    Sng sket nk bcrita pnjg..:eek:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Thaqif. Akak sebenarnya takde masa sangat nak balas2 email ni. Cadangan akak, kalau nak tau banyak pasal medic ni, banyakkan membaca dan browse through the net since u have loads of free time. There are many blogs and websites that will give u adequate info about this field.

    Reply

  22. _izu_ says on :

    haippppppp

    Reply

    Sarah Reply:

    Haipppppp. RIndu kamu! ๐Ÿ˜€

    p/s: I’m soooooooooooooooooooooooooooooooooo sorry for everything!

    Reply

    _izu_ Reply:

    u owe me choc…tak kireeeeee

    Reply

    Sarah Reply:

    I know. I owe u more than that. ๐Ÿ™

    Reply

    _izu_ Reply:

    my watch pon swatch..tp batt dah abis since last december..
    is there any chance u can get me a new one?
    pleaseeeee

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Izu pakai Swatch jugak! Yeay. Sama! U want me to supply u a new battery or a new watch? ๐Ÿ˜›
    I’m not a servant yet. All I afford to give u is only a battery. Hihi.

    Reply

    _izu_ Reply:

    sarah…

    u still hv to SUPPLY me AT LEAST a new SWATCH villain yg hugo drax.k? thanxxx
    make it as a gift for my promotion into the senior team.thanxxxx

    Reply

  23. j_hafiz says on :

    saya dgr klu yg bedah siasat kt mesia 2,kofom dia akan cilok bbrapa organ tnpa pngtahuan waris si mati.betul ke? tba2 saya jd geram n marah!
    mgkin kamu ada info mmndgkn kamu pjr medic…

    Reply

    Sarah Reply:

    As I said earlier in the entry, I don’t know the reality of this field in Malaysia, yet. About this illegal process, I doubt u’re wrong. Don’t be very prejudice on the system in Malaysia. They might have faced some terrible problems and legal procedures to go through if they have done that. It’s a serious misconduct on professionalism aspect.

    Reply

    j_hafiz Reply:

    ha3. tapi kan, doktor,polis dan bbrp lgi pkerjaan lain,dia ada imunity kan?
    cth mcm doktor,klo die ade wat silap ms wat kej exmple-ttgal gunting dalam perut.. bl nk disaman,dia akan kebal..btul x?

    Reply

    Sarah Reply:

    Jawapannya salah. Kalau ini prosedur di hospital yang berkaitan dengan pesakit yang masih hidup, tiada istilah kebal atau mempunyai immuniti. doktor dan pihak hospital boleh disaman. Doktor juga boleh hilang permit perkhidmatan atas kecuaian besar yang dilakukan.

    Reply

    j_hafiz Reply:

    ahaha..gtu plk.. dgr2 cter gtu la… what a relieve to hear that.. xadil la klo smua ade ability.,sian la mgsa2.btw,bittaufiq wannajah doc!

    Reply

  24. Lieen says on :

    Sarah…sarah….
    kau telah membuat hatiku tak tido malam… ๐Ÿ˜ณ
    mengenangkan jam yang sungguh comel itu….
    hhmmmmpphhhh……tgu next bonus la ni…hheehehee….

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh, saya telah menjadi penghasut nampaknya ni ๐Ÿ˜†

    Reply

  25. siti noor syazwana says on :

    salam.. 1st tym tgk post mOrtem during ma previous posting kat h.kemaman..
    eceli, mmg betul.. advantages byk..tp kalo tgk procedures, seems agak kasar ( tidak merujuk pade semua doc y buat..) wut i wan to say is juz depends on individual y handle the post mortem.. think that dead body stil could feel the pain..
    WA

    Reply

    Sarah Reply:

    U’re true. Back to the basic of who’s doing it. If they know the ethics and the respects that we should pay even to dead bodies, this issue won’t be any major topic in this field anymore. ๐Ÿ™‚

    Reply

  26. ashraft says on :

    aslmkm…..ape khabar kak sarah……?ingat saye lagi…..?i just wonder nape tukar blog….?nape tak teruskan je kat blog dulu…..anyway it’s still wonderful tu have u back(tulis2 artikel2 cm ni)hihihihihihihih…..i just wanna ask u a favour leh tak kak bg tau prosedur 4 wat autopsy ni, kalau leh secara detail….kalau leh if can give pandangan or fakta ape2 yang ade kaitan ngan autopsy with komunity di malaysia such as malay,chinese,india n others sbb skang ni saye tgh wat assingment on ethic and law in medical field related to autopsy…..for ur information saye ni adek ainul….n currently saye skang tgh wat preparation course to russia kat intec…….hope u can help me with that……sorry la kalau menyusahkan u……kalau u sibuk it’s ok……by the way….. how’s your study……?

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam wbt. Yup. Of course I remember u. Don’t u think that owning my own domain is better than blogspot? Ok. Nevermind. Leave it aside. ๐Ÿ˜› Ashraf, as I mentioned earlier in my entry, I don’t know the reality of this field in Malaysia, yet. I’ve never been to any autopsy back in Malaysia. How could I possibly know all these stuffs, right?

    Reply

    ashraft Reply:

    ermm……..if it like that…..so ok…….tak pe lah………….just saje je tanye…..tq……so skang macam mane kat moscow?still frezzing cold huh!!!

    Reply

  27. Mahu WWW Atau Tanpa WWW | Unactive Blogger says on :

    […] Dunia Sarah ยป Blog Archive ยป Kepentingan Bedah Siasat […]

Leave a Reply