Rindu
Assalamualaikum wbt
Sepanjang hari ini, saya tidak boleh menghubungi nombor Celcom langsung. Saya menghantar mesej kepada emak ayah, tidak sampai. Saya hubungi Kaklong dan Nan. Pun tidak dapat. Email pun tidak berbalas. Lan, Adi dan Adam juga menggunakan Celcom. Bila teringat Azizi menggunakan nombor Maxis, di Malaysia sudahpun tengah malam. Tak sampai hati hendak kacau. Yang saya dapat hubungi hanyalah Nisa sepupu saya.
Sewaktu makan nasi tadi, saya menonton sebuah drama Melayu yang bertajuk Nasi Goreng Ikan Sepat. Ya Rabbi. Menangis-nangis saya dibuatnya. Sudahlah sedang teringat-ingatkan keluarga. Tengok pula drama yang sedih begitu. Tersedu-sedu saya seorang diri. Pantang sungguh saya dengan kisah-kisah keluarga begini. Air mata saya jadi murah. Saya tak tahu apa yang saya sedihkan. Mungkin untuk cerita itu tadi, saya sedih bagaimana seorang nenek itu perlu bekerja susah untuk membesarkan cucunya. Saya teringatkan siapa sebenarnya ya? Emak saya, Tok saya atau saya cuba membayangkan keadaan saya berada dalam situasi itu?
Hari ini Hari Kekasih kononnya ya? Ada yang sambut? Jangan. Salah tu. Sampai ada fatwa kata boleh jatuh hukum murtad jika menyambutnya. Saya tak berani mengulas panjang. Dulu pun saya dah pernah ulas. Pendek ceritanya, cukuplah kita tahu ini bukanlah satu sambutan yang harus dalam Islam sebaliknya diharamkan. Sejarahnya saja dah menceritakan bagaimana Islam dipermain dan diperbodohkan. Untuk yang bukan Islam pula, apa hari lain tidak boleh nak berkasih sayangkah? Pelik sungguh manusia ni. Setiap hari pun kita boleh menyatakan kasih sayang kita. Kalaupun tidak secara nyata, dalam doa pun kita sudah boleh menyampaikannya. Jangan kerana hanyut di alam percintaan, semuanya kita redah. Semuanya kita relakan.
Di penghujung drama yang saya tonton itu tadi ada disudahi dengan sepotong kata-kata: Kita tidak selamanya muda untuk melakukan dosa dan tidak pernah tua untuk bertaubat.
Nota: Saya RINDU. Pada SEMUA yang PENTING dalam HIDUP saya. Di MALAYSIA.
rindu org2 tersyg eyh? –
sabar byk2 yek sarah- kamu dh nk balik lek mesia dh kan?
weee! bestnyer- jeles2- hehe-
take care dan tabahkan hati- sikit jek lagi perjalanan kamu kat sini-
“semoga Allah senantiasa mempermudahkan segala urusan kamu”
🙂
Reply
akmar Reply:
February 15th, 2009 at 2:28 am
erkk..typo-
perjlnan kamu kat SITU..hehe
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:00 pm
Hehe. Time tengah bengong2 memang macam ni la saya ni 😛
Kalau baca komen sebelum dibetulkan, ada gak terfikir, aik, awak pun ada kat sini ke sebenarnya. Confuse plak jadinya. Huhu 🙂
Reply
sarah kan dah nak balik mesia. sabar. tak lama lagi dah. pasni balik. nanti ayah kawenkan.. erk!
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:01 pm
Wah. Kalau ayah nak kawinkan saya, saya lari dari rumah! Hahaha.
Reply
Ye ye …Sarah nak balik kampung yeye.. (teringat zaman kana2 kalau nak balik kg)
Sabar tak lama lagi dah
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:01 pm
4 bulan lebih lagi. Lama lagi tu. Huhu.
Reply
owh. ada fatwa kata jatuh murtad sambut valentine ye kak? mai God. bahaya lah sangat.
huhu. diya yang dok sebelah negeri je jauh dari family pun teriak jugak kenkadang. inikan pulak KS yang dok jauh berbenua2 dari family. adoi. banyak sabar lah ye KS. rindu ni ubatnya – biarkan aje dia mengalir. nak nangis, nangis jelah. nak ucap rindu, ucap jelah. jangan ditahan2 ye KS 😉
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:03 pm
Pasal fatwa tu, KS baca di Utusan hari tu. Dan bila google cari info pasal ni pun ada yang simpulkan macam tu jugak. Tu sebab KS tak berani ulas. Kes berat. Hehe. Malas tadi dah nangis dah Diya. Nangis bawah selimut. Tapi bukan la sebab rindu ke apa. Tapi sebab geram sampai 4 pagi pun tak boleh lelap. Sampai sakit badan pusing keliling tak boleh lelap jugak.
Reply
dah lama duduk jauh baru terperasan kadang2 senior lagi dasyat homesicknya dr junior. hehe…. *malu saya juga pd junior baru.. huhu * go..go.. 4 bulan je lagi.. ^_^
suka la quote filem yang last tu.. macam best je. nak cari la nanti klu free.
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:03 pm
Ni la namanya sindrom orang tua yang semakin menjadi budak2 semula 😀
Reply
Tengok drama tu kat mana?? Youtube??
takkan tv Russia ada tayang citer tu kot..
Reply
Sarah Reply:
February 15th, 2009 at 7:04 pm
Of course la youtube kan.
Reply
Assalamualaikum Hye Aya
Reply
Sarah Reply:
February 16th, 2009 at 4:54 pm
W’salam wbt Pacel.
I never expected that u read my blog! My dear Pacel!!! Oh my God! U read my blog! I don’t believe this!
Reply
rindu awok!
luse nak buke jahitan
takutttttt =(
Reply
Sarah Reply:
February 16th, 2009 at 4:55 pm
🙁 Hari tu saya teringat pada semua.
Dah bukak jahitan tu nanti, jangan lupa bio oil eh 😉
Reply
ikan sepat? penah mkan tak? sedap tau…bagi saya yang dok utara ni mmg best la mkn..tapi slalunye yang dok pantai timur yang slalu mkn ikan laut mcm tak boleh mkn ikn tu…tapi, lagi sedap kalo buat pekasam…mkn ngan nasi kosong pun boleh menambah.
nak try???
Reply