Celoteh Anak Beranak

Assalamualaikum wbt

Memang gian betul tangan ni. Dalam sehari, mesti rasa nak menulis blog. Tak menulis, saya pun tak tahu apa jadinya. Nantilah saya cuba. Tapi bukan sekarang. Sekarang memang rasa nak menulis. Kalau adik saya Azizi, perumpamaan yang diberikan jika tidak dapat Nescafe dalam sehari ialah: gatal badan Jiji ni. Metafora sungguh budak tu.

Hari pertama berlalu dengan baik. Banyak ilmu baru yang saya dapat daripada cycle ini, Forensic Medicine. Macam sedang menjadi penyiasat seperti dalam CSI atau paling tak pun terasa seperti Detektif Conan pun jadilah. Saya belajar menyelesaikan kes-kes yang memerlukan medical evidence untuk disahkan sesuatu kejadian itu. Kalau mati dengan patah begini begitu, apa puncanya. Kalau pecah kepala begitu begini, kemungkinan dilanggar dari arah mana. Kalau dah lama matinya, dah buruk, kering, bagaimana nak menyiasatnya.

Sekarang masih dalam sesi hadirkan diri ke kuliah saja. Belum praktikalnya lagi. Tapi bila menonton video yang disediakan ketika kuliah pun dah menarik, sesi kelas nanti lagilah menarik, harapnya. Tadi, ada belajar bagaimana nak menyiasat kes liwat. Tap! Terus teringat kes Saiful-DSAI. Tak pelik bila doktor di Pusrawi dapat membuktikan Saiful sebenarnya tak diliwat pun. Ada kaedahnya untuk semua ini dibuktikan secara sahih dan klinikal.

Sampai saja di rumah (alahai, hospital tu jalan kaki 5 minit saja dari rumah ni), saya terus menelefon emak. Saya teruja habis ni nak berkongsi dengan emak apa yang saya pelajari tadi. Dulu-dulu selalu dengar emak bercerita tentang post-mortem yang dilakukannya pada haiwan. Sekarang saya nak cerita tentang post-mortem pada manusia pula. Paling habis, saya tahu emak mesti teruja juga nak mendengar cerita saya.

Memang lama boraknya kami. Bila saya cerita itu, emak menambah ini. Bila emak pula cerita ini, saya pula menambah itu. Hubungan dua hala yang berkesan sungguhlah. Lagi pula, bila saya menerangkan tentang medical term semua ni, benda ni tak asing pada emak. Jadi bertambah seronoklah saya nak bercerita. Saya suka bercerita tentang apa yang saya pelajari di sini. Kalau boleh, saya nak orang faham macam saya faham. Tapi saya ringkaskan supaya orang boleh faham dalam masa yang singkat tapi pemahamannya mencapai tahap yang memuaskan.

Macam tadi, agaknya sebab dah terlalu biasa saya menerangkan tentang hukum tekanan darah, proses pembekuan darah , itu ini dan macam-macam lagi kepada emak, bila saya terangkan secara ringkas saja tentang hypertensive crisis dan blood clotting tadi, emak terus faham. Cayalah emak! Emak boleh upgrade daripada doktor haiwan jadi doktor manusia pulalah lepas ni. Huhu.

Cerita melalutnya pula, kami bercakap tentang hendak bekerja di mana nanti. Ini rahsia dulu. Tak seronok cakap awal-awal. Tapi punyalah sporting emak dan ayah, mereka tak kisahpun kalau saya ditempatkan jauh dari rumah. Kata emak, nanti kalau saya jauhpun dan tak dapat balik rumah, hujung-hujung minggu, emak dan ayah pun boleh ke sana. Tiada masalah tu, kata emak. Selagi ayah sihat, nak ke mana saja pun lepas. Insya Allah. Emak ayah mesti sihat. Kena sihat. Wajib sihat.

Cerita yang lebih melalutnya lagi, saya memberitahu emak bahawa saya tidak lalu makan nasi sudah 2 hari. Sentuh nasi baru sesudu, terus dah tak boleh makan dah. Sampai saya terpaksa buang sepinggan nasi saya. Dah dua kali begini. Emak mengulas. Katanya, macam diet pula. Dan sambungnya, emak dan ayah sedang mengamalkan pemakanan sihat sekarang ni. Diet protien dan sayuran-sayuran. Cayalah sekali lagi! Sudah tiga minggu berjalannya program ini. Kata emak, ayah dah turun berat badan. Cayalah ayah! Tapi ayah mana gemuk pun. Perut ayah je yang sedikit kaya-raya. Hahaha.

Maka, saya pun berniat murni mahu mencontohi emak ayah. Punyalah terbalik. Sepatutnya, emak ayah yang patut mencontohi anaknya ni. Tapi tak mengapa. Ini membuktikan emak ayah saya cuba menjadikan didikan berteraskan teladan diaplikasikan walaupun anak-anak semuanya dah besar panjang. Hehe. Sayangnya, niat dipasang tengahari tadi tak ke mana pun lagi. Pukul 10 malam tadi, tiba-tiba saja tekak saya terasa hendak makan nasi. Dah lembik-lembik dan bergetar badan kerana hypoglycemic (tidak cukup gula dalam darah jadi proses menghasilkan tenaga dengan mengguna pakai simpanan yang ada telah bermula). Jadi, saya pun makan. Saya makan nasi di malam hari! Nasi! Lauk kari ayam pula. Kari! Cubalah bayangkan. Nak diet sihat konon. Makin merepek pula jadinya.

Tunggu sajalah musim bunga tiba. Insya Allah saya hendak bersenam secara konsisten di tepi tasik berhampiran kawasan ini. Jogging sambil mendengar iPod. Eh, saya mana ada iPod pun. Ayah, nak beli iPod touch boleh? Ngehehe. Tengah murah Ya Rabbi ni (taktik mengambil hati dan mendapatkan kebenaran yang terbaik: meminta kebenaran melalui blog). Hohoho~

Sarah, berhenti merepek. Hari sudah pukul 12.35 tengah malam. Jangan pandang belakang. Kenapa jangan? Kerana nanti ada yang pandang awak semula. Euww. Seramnya. Ok. Insya Allah saya akan disiplinkan diri menghadap blog dalam 30 minit sehari. Saya mengikuti update semua yang pernah saya link-kan di blog lama dulu juga kawan-kawan di Plurk. Jangan khuatir itu. Saya subcribe kepada semuanya. Tetapi buat masa ini saya menjadi pembaca sepi lara dulu ya. Kalau berkesempatan, saya akan tinggalkan komen. Buat masa ini, keutamaan saya adalah pada urusan yang lebih penting dalam hidup saya.

Erm, semua dah baca ma’thurat? Mari tutupi hari kita dengan doa yang baik:

“Ya Allah, kini menjelmalah malam ciptaan-Mu, beredarlah siang-Mu. Inilah keluhan suara dan pinta dari para daie-Mu. Maka oleh itu, Kau ampunkanlah dosaku.”

Nota: Semakin hari terasa semakin banyak cerita yang nak diceritakan 😉

9 Responses to “Celoteh Anak Beranak”

  1. doyot says on :

    MEmang menarik blajar forensic medicine. sbb ia ibarat satu teka teki utk dislesaikan. mcm kami kat sini, teori dah belajar, tp yg mayat2 sumer tu nanti clinical rotation baru belajar.ngee..gud luck Sarah..

    Reply

  2. nadinezuharra says on :

    hmm..suka tgk CSI tp kalau tengok darah di depan mata sendiri,terus pening..memang tak boleh jadi doktor kalau mcm ni..hehe

    Reply

  3. snm says on :

    saja nk selit di sini, topik yg sungguh lari..

    mlm td kan sarah, ada gerhana bulan penumbra! dan pagi td saya pergi kerja mcm tgk crte cicakman sbb nmpk bulan besar, terang lagi even dah pukul 7 pagi td! terujaa 😀

    Reply

  4. diya says on :

    wah. cayalah pakcik makcik! all the best dengan rutin baru! hehe =D

    p/s-anyway, kak sarah. diya ada jenguk sekali sekala dunia lama KS. tadi, terjenguk kejap. nengok komen … aiseh… diya pulak rasa kesian gile pada yang tak jumpa lagi blog KS yang baru ni. huhu. suspect sungguh dgn ignorant KS.

    Reply

    Sarah Reply:

    Aiseh. Gelak pulak KS baca komen Diya ni. Pasal yang di blog lama tu, yang tu bukan kerana ignorant. Yang tu KS tak nak beritahu sebab KS memang tak nak ramai tahu selagi KS ada di Moscow ni. Especially budak2 sini jugak. Rimas. Serius rimas. Kalau pembaca yang lain jumpa takpe. KS alu-alukan.

    Tapi KS rasa satu hari nanti KS akan beritahu jugak. Cuma bukan sekarang. Memang bukan sekarang.

    Ok. KS nak bergegas ke hosp dah ni. Daa~ 😉

    Reply

    diya Reply:

    hehe. tahu. bukan ignorant. saje nak testing =D

    no worries lah KS. diya paham je 😉

    Reply

  5. haritz says on :

    hypoglycemic (tidak cukup gula dalam darah jadi proses menghasilkan tenaga dengan mengguna pakai simpanan yang ada telah bermula).

    Saya ader dengar masa kursus Sains Sukan (masa main bola dulu sekitar tahun 90an). Mula2 haram tak faham, ye la kami pemain bola mana ambik pusing hal2 sains sukan. Tp bila last2 day kursus rupanya bermenafaat benda ni. Jadi kami tau lah mcm mana nak jaga makan sebagai seorang sport man. So masa tu betul berguna, makan ikut jadual dan kuantiti yang betul. Lama2 rasa best lak. Mana tak boleh main bola lebih 90 minit tanpa pancit dan memiliki bentuk badan indaman wanita Malaya muahahahaha 🙂

    Reply

  6. zool says on :

    Tak pandai pasal term2 medicine ni..
    Dulu tak penah belajo biologi..
    Huhuhuhuhu suka Detective Conan rupanya cik sarah ni..
    saya pun minat gak..

    Tapi memang sesiapa pun boleh menjadi addict ngan blog ni. Saya kalau satu ari tak menulis memang terasa nak loncat dari tingkat 6 (hehe he. merapu je..)

    Reply

  7. keSatria says on :

    sarah, bilik kamu ada selendang putih tak? kalau ada baek simpan. hahahaha! =P

    Reply

Leave a Reply