Semester Akhir

Assalamualaikum wbt

Hari ini akan bermulanya semester akhir untuk tahun akhir saya. Kembara hidup saya di sini semakin tiba ke penghujungnya. Apa yang saya rasa? Saya berkobar-kobar hendak memulakan semester baru ini.

Berkobar-kobar kerana sudah tidak lama lagi saya perlu tinggal di sini. Sudah tidak lama lagi saya akan bergraduasi. Sudah tidak lama lagi saya akan balik ke Malaysia untuk selamanya .

Mungkin kamu tak faham kenapa saya sangat teruja. Cukuplah sekadar kamu tahu saya sudah penat hidup di negara orang dan saya sudah tak sabar hendak mendapatkan semula kehidupan saya yang dah lama hilang. Kehidupan yang dekat dengan keluarga, banyak sumber motivasi dan ramai orang yang boleh menarik saya jika saya menlencong jauh.

Semoga semester ini berjalan lancar. Yang pastinya, saya akan menjadi lebih ignorant. Saya pengabai yang tegar.

Nota: Hey, ini blog saya. Spammers are not needed nor invited! Shuuuh! [Padan muka kena spam dah. Berani buat lagi. Belajarlah menghormati orang sikit. Ini blog peribadi. Not a social network blog.]

13 Responses to “Semester Akhir”

  1. judin says on :

    ….dan saya sudah tak sabar hendak mendapatkan semula kehidupan saya yang dah lama hilang. Kehidupan yang dekat dengan keluarga….
    hmm sangsinya saya akan kemampuan kita utk merealisasikan hasrat ini memandangkan kehidupan sbg HO mungkin lebih sengsara dari sekarang. entah2 waktu raya nanti pun ada on-call. still tak dapat beraya dengan keluarga.

    Reply

  2. aween lia-na says on :

    wawwweee KS, dah nak balik mesia!! and Im still in my third year!nak balik jugak ='(

    Reply

  3. chi am says on :

    Good luck Sarah! semoga semuanya baik2 saja.

    Reply

  4. MK says on :

    Uwaa, sekejap je dah sem akhir kan KS. Tak lama lagi KS balik Malaysia. Lepas tu kerja. Lepas tu kahwin. Eh eh jauh sangat dah tu :p

    Saya doakan yang baik-baik saja untuk KS… Semoga semester akhir ni tinggalkan kenangan paling manis KS di Russia. Ganbatte ne!

    Reply

  5. diya says on :

    tumpang teruja untuk KS jugak. wish u all the best =)

    Reply

  6. inah says on :

    waah..sarah menghitung hari nak habis..akak menghitung hari nak balik malaysia untuk bercuti..huhuh 😛

    Reply

  7. hidayah.hanif says on :

    tak sabo gak tunggu kepulangan nganganh ku ini..
    hehehe =)

    Reply

  8. haritz says on :

    Hujan emas di negeri org, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri, tp sebelum balik kikis dulu mas tu (ilmu) baru la balik hehe:)

    Reply

    haritz Reply:

    Eh.. lupa lak nak ucap good luck. OK good luck study hard and pray a lot : )

    Reply

  9. djambu says on :

    syabas dan tahniah…:) tiket balik dah beli dah?

    Reply

  10. chmod says on :

    didoakan yang terbaik untuk anda..moga sem ini akan berjaya dengan cemerlangnya..Insyaallah…

    Reply

  11. nadinezuharra says on :

    good luck Sarah..bulatkan tekad,kuatkan semangat..
    moga anda terus berjaya.. : )

    Reply

  12. khairul says on :

    salam ks…udachi utk semester ni….dah nak balik dah…hehe bestnya sy lagi 5 1/2 tahun….huhu

    Reply

Leave a Reply