Terapi

Assalamualaikum wbt

Rasanya baik saya buang moody saya ni jauh-jauh. Selama ini, saya ada dua pilihan bila saya tengah moody. Sama ada saya melawat bangku rahsia saya tempat saya selalu duduk seorang diri di depan Kremlin atau bersushi rama.

Kalau hendak ke kerusi tu, percuma saja. Tapi kalau nak pergi makan sushi, mestilah kena guna duit. Tapi memandangkan cuti dah nak berakhir, Wanie dan Diba berhajat hendak ke sana. Maka saya, Fatt dan Pena pun hendak turut serta.

Sehari lebih dah tak keluar rumah. Tak sabar rasanya nak meredah salji, bernafas dalam dingin dan lepas tu berbuka dengan sushi. Mungkin lepas tu hendak ke St. Basil. St. Basil yang dilitupi salji memang sangat cantik!

22 Responses to “Terapi”

  1. diya says on :

    baguslah KS bingkas menepis rasa moody. selamat berbuka =)

    p/s-teringin nak tengok St Basil bermandikan salji =D

    Reply

    Sarah Reply:

    Dah post dah gambarnya 😉

    Reply

  2. MK says on :

    Kalau di JMTi, saya akan duduk di dewan makan sorang-sorang. Dengan segelas teh o panas, saya bermonolog sampai sejam ^_^

    Glad that you’re all cheered up now 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam KS di KISAS dulu. Pun duduk di DM sorang-sorang. Konon2 layan blues la nak tenteramkan hati sat 😛

    Reply

  3. chmod says on :

    jangan moody2…tinggal beberapa bulan je lagi kat sana..nikmati la setiap saat disana dgn penuh riang.sebab lepas ni belom tentu dapat merasai balik kehidupan disana..skrg kt tak rasa, tp bila dah balik malaysia and akan merindui kehidupan disana..cuba keluar dari kepompong dalam rumah@bilik tu..enjoy it!jangan bagi emosi moody menguasai kepala..

    Reply

    Sarah Reply:

    Mood dah dibaiki 😀 Biasa la kan. Ada masanya kita mesti akan moody punya la dalam hidup ni 😉

    Reply

  4. masyitah says on :

    salam sarah.akak silent reader blog sarah YANG LAMA.banyak manfaat yang kakak perolehi dari blog tu.memandangkan akak salah seorang pesakit SOPD,urologi,orthopedik dan gyne, sememangnya sedikit sebanyak blog sarah membantu akk dlm mngurus diri & kenalpasti sendiri apa yang perlu dibuat bila jadi camni camtu.

    apa pun akak doakan sarah berjaya dalam kehidupan sarah dunia akhirat.

    #kdg2 mmg moody tetiba…ntah takde sbb mende2.dulu kalau akak rasa camtu,ambil angin d depan kolej asrama akak tapi dek sebab penakut,akak tak berani lama2.hii..bulu roma meremang semacam je.asrama akak tu blok bangunan lama.kawan akak pun ajak gi bilik dia.hah apalagi aktiviti makan lah jawabnya.

    wassalam

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Masyitah. Tak sangka Akak jumpa blog ni. Terima kasih sebab sudi membaca hasil tulisan saya.

    p/s: Kalau saya tenung luar tingkap lama2, pun saya akan rasa meremang. Sebab saya macam terbayang ada ‘orang’ berdiri atas bangunan sebelah 😛

    Reply

    masyitah Reply:

    He he….sebab dah best baca blog sara..so akak kenalah usaha cari catatan sara yang baru kan…kan..kan

    Reply

  5. inah says on :

    hehehe..sarah..can u snap a pic of st basil 🙂

    pls pls..emo sbb hormon x stabil agaknya 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Snapped and posted 😉 Tapi idak le PMS pun. Huhu~

    Reply

  6. Hasrul Halid says on :

    Sarah, gua kalau moody.. gua.. errrr… layan Buletin Utama TV3, banyak cerita lawak…

    kehkehkehkeh!

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah, bro jumpa akhirnya! 😉 Berbulu telinga dengar berita TV3 sekarang. Macam apa je diorang ni. Tak melambangkan Malaysia ada ramai orang cerdik pandai langsung. Adoi.

    Reply

  7. acai says on :

    we want picture..we want picture,hehehe..
    slmt bergumbira ngan sushi tu ye..sampai sekarang sy cuba nak makan ikan mentah tu,huhu..

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Tu gambar saya dah post kan dalam latest entry. Hehe. Saya suka sushi yang smoked fish. Disalai dan dicelupkan dengan minyak bijan. Fuh. Makan 20 biji pun boleh! 😀

    Reply

  8. kak izzah says on :

    dah gi st.basil tu jgn lupa post kan pictures nya utk di sharing kan bersama ye! =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Done! Posted in my latest entry 😉

    Reply

  9. haritz says on :

    eloklah keluar hilangkan “kelalokan” diri supaya lebih segar minda kamu

    ps:teringin nak main salji,asyik jumpa dlm peti ais jer lah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Cara hilangkan kelalokan dalam bilik hanyalah dengan makan!

    Reply

  10. adenial says on :

    hehee..ngah,kalu dayah plak kan..
    kalu tgh m0ody tuw,msti g kua mkn tmpt bes2..
    tak pun balik umah layan dvd..tido ngan lame nyer..
    hahahahaha..sonok2.. =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Dayah!!!! Mana awak jumpa link blog ni ye? Sorry weh. Ngah terlupa nak bagitau awak. Nan ke Kaklong yang bagitau? Hehe. Ngah pun macam awak jugak Dayah. Cuma kat sini tak boleh selalu sangat makan kat luar. Mahal. Tu sebab kelmarin Ngah tengah moody gile tu, Ngah memasak pagi dan petang. Sebab nak makan. Huhu. Mana la tak gemuk kan 😀 Lepas dah makan, tido!

    Reply

  11. adenial says on :

    huhu..sayu nya..
    ni wat dayah bepikir2 blik..
    andai kate awak,kak long,nan..
    sume dah ade kehidupan sendiri..
    pasti kami,adik2 dibwh ni bakal hilang
    sebhgian dr hidup kami skg..
    btui kan??
    sume org akan tempuh gak mse tu..
    andai kate kiter akan hilang sesuatu nnt..
    hrp yg hilang tu ttp kiter simpan kenangan manis bersama..
    dan insyaallah kiter akan dganti dgn yg baru y lbh bmkna..

    p/s:semoga ngangah ku ini sentiasa dlm mo0d bahgia n sihat2 hndaknyer..

    Reply

Leave a Reply