Kehilangan Atau Kesunyian
Assalamualaikum wbt
Menjadi lumrah dalam hidup, ada satu peringkat itu kita akan rasakan semua yang terapat dalam hidup kita mulai menjauh dan meninggalkan kita. Mereka mula membina kehidupan sendiri dan terpisah dari kita. Tanpa boleh mengatakan ‘jangan’, mereka tetap akan pergi. Kita yang tinggal ini tiada pilihan lain selain untuk mendoakan kebahagian mereka.
Jika dulu kita ada tempat untuk bercerita itu ini, berkongsi seribu satu kenangan bersama-sama, menangis ketawa bersama juga berkongsi rahsia. Tetapi sampai satu tahap itu, kita terpaksa melepas pergi semua peluang ini. Kerana mereka mulai membina kehidupan sendiri dan berkongsi segala cerita dengan orang lain. Yang jauh lebih penting.
Memang susah untuk merelakan tetapi di sudut hati kita gembira kerana mereka sudahpun bertemu dengan separuh jiwa mereka yang boleh membahagiakan mereka. Dalam kita merelakan, kita juga mendoakan. Moga-moga mereka bahagia. Moga-moga juga mereka tak lupakan kita.
Persoalan yang paling utama untuk kita, kenapa perlu ada rasa terkilan itu? Sebenarnya, apa yang paling tepat untuk menghuraikan rasa terkilan itu? Kerana kita rasa kehilangan atau kesunyian berseorangan?
Nota: Cintaku tertinggal di Malaysia.
lebih terasa sunyi berbanding rasa kehilangan. sebab kadang2 kita tahu, dia tak hilang. dia ada. cuma bukan untuk kita lagi …
KS pun nanti bakal bina kehidupan sendiri jugak =D
Reply
Noha Reply:
February 5th, 2009 at 4:26 am
yeah..sy pn lbh rs sunyi berbanding kehilangan,tp sgtlh rs sakit bila tau dia ada tp bukan untuk kita..sebab tu mgkn sy prefer xde lgsg..bila ada tp bkn utk kita nnt akan buatkan ada rs kecewa.
yeah..masing2 dah mula punya kehidupan masing2..bukan macm dulu lagi..kena terima jugak.
Reply
kenapa akak pun turut merasakan perkara yang sama ketika ini..
simptom perantau di bumi asing kah?
Reply
Kerana… kita tahu dia tu dah jadi milik orang lain. Tak bleh dah kita nak manja2 mengadu nasib kat dia. Not much, at least.
Ya, kita rasa kehilangan.
Reply
setiap manusia akan merasa kehilangan seperti itu.Tak mengapa, kuatkan hati kerana kita tetap ada Dia.. InsyaAllah ada pengganti untuk mengubati kesunyian itu kelak..
Reply
Salam Sarah,
Ermm, betul2. Semakin menginjak dewasa semakin merasa sunyi pula. Klau dulu saya mesti tertanya2 knape org2 tua suka ckp, lagi dah tua kurg kwn. Tapi skrg saya faham, kawan mmg bertambah, ttp fikrah masing2 tak sama bila dah besar. Kalau kecil2 dulu, mungkin satu yg jadi persamaan. Main. Tapi sekarang permainan dunia semakin mencabar
p/s:btw, baru jumpe blog Sarah yg ini. ehehe. Nasib baik jumpa. Ingtkan Sarah nk berhenti terus dunia blogging.=)
Reply
saya tahu rasa itu kerana saya selalu merasakan itu.. π
kadang-kadang mmg timbul juga persoalan kenapa diri perlu rs terkilan, rs ditinggal dan rs keseorangan.. sy rs paling tepat untuk mengambarkan perasaan tidak kena itu ialah khuatir… khuatir jika diri tak akan pernah diingati lagi. tapi bila dikuatkan diri, saya redha, dan saya menerima… sekurang-kurangnya saya belajar pelajaran hidup, dah berpeluang mengenali dia..
nota cinta tertinggal di malaysia…? bagus la.. sekurang-kurangnya ada.. π
Reply
Sarah Reply:
February 5th, 2009 at 1:42 pm
Entri ni tiada kaitan dengan cinta atau putus cinta pun, Nono. Cinta tertinggal di Malaysia tu ialah keluarga.
Reply
nono Reply:
February 5th, 2009 at 2:27 pm
saya tersilap menggunakan dia.. patutnya, mungkin lebih sesuai jika saya gunakan mereka .. saya tujukan dia aka mereka itu pada setiap orang yang saya berpeluang jumpa selama saya hidup..
ps saya pun tak maksudkan ‘cinta’ untuk perenggan yang pertama
pss untuk cinta tertinggal di malaysia, saya hanya teka-teka.. haha.
Reply
Yeop Reply:
March 22nd, 2009 at 8:01 am
Cintamu tertinggal di Temerloh..!
Reply
entry penuh sayu je?
Reply
Bagi akak kehilangan & kesunyian adalah satu keadaan yg ‘melengkapkan’. Kehilangan seseorng pasti membuatkan kita kekurangan sesuatu dan sesuatu tu la yg menyebabkan kita sunyi bila ingatkannya. Eh..apa ni..sendiri dah pening..:) TibaΒ² rase rindu kat Sarah pulak..take care!
Reply
Nak saya tolong poskan ke? Tinggal kat mana? Tengok tepi TV macam biasa tak ada pun? hehe..ops!
Sunyi itu di hati kan? Biar seriuh mana manusia di keliling, ia hanya hingar yang pantas pergi selepas hinggap di telinga..
Oh hati!
Reply
awww…
siapakah gerangan ?
Reply
Salam,
sarah.. awatnya ni? dun be sad dear. i’ll always here for u. its ok to feel bad about this thing. but please.. don’t u ever this thing ruin ur happiness. cause i feel sad when u’re sad.
sarah,
memang sakit bila dahan tempat kita berpaut selama ni hilang. tambah pulak bila duk sorang-sorang. Tambah rasa sunyi. Sedih. Rindu. Sampai kadang-kadang tu, Rasa nak patah balik je. Nak ulang semua masa lalu. Nak jadikan lebih baik. lebih indah dari sebelumnya. tapi dah jadi lumrah. akan ada kehilangan dan perpisahan selepas sebuah pertemuan
sedih jadinya bila baca entri ni. sabaq na. tak lama dah nak balikkkkkk
sarah..
saya kan ada.. smile smile! =)
Reply
Sarah Reply:
February 5th, 2009 at 1:44 pm
Ini bukan tentang tempat berpaut, Nadia. Cuma kawan-kawan baik dan orang paling rapat dalam hidup dari umur 1 hari dah ada jalan hidup masing-masing.
Reply
Isk3..
ngilu hati baca entri ni..
Reply
sarah π
sbb itu kdg2 saya x sukakan sebuah perkenalan. krn saya tahu, suatu hari nnt akan jd perpisahan, yg akan membekas dalam jiwa, dlm hati..tp dgn perkenalan juga, ia blh jadi suatu cerita indah, pahit, manis, masam dlm hidup π
Reply
Kesiannya Sarah. teringat saya satu sajak..
ps:air tidak mencari bukit untuk di daki,
malah bukit yang indah di tinggal pergi,
menuruni lembah dan sungai dengan kepayahan,
ke lautan yang abadi,
aku yang manakah,
bukit atau sungai mungkinkah lembah,
tetapi laut bukan layak untuk aku
aku sang pencita yang sepi
aku tinggalkan semua
hakikatnya mereka yang meninggalkan ku
jauh dan semakin layu dan lesu
tercari2 segala kenangan lalu
untuk ku ubati hati yang berlapuk dan tersepi ini..
Reply
Salam sarah sahabatku,
Moga sihat2 hendaknya ye..sy rasa awk alami sindrom yang sama sy alami masa kehilangan sahabat baik masa diaorg kawin dulu..memang rasa kehilangan dan sunyi walaupun kita tahu masih boleh jumpe mereka..sbnrnya kita rasa sedih bila teringan kenangan bersama mereka..itulah kot rasanya yang sy rasa..
Tapi bila fikirkan balik satu hari nanti kita semua akan lalui benda yang sama juga. ada kehidupan dan teruskan kehidupan dengan keluarga masing2..percayalah, benda tu takkan kita lupakan sampai bila2..cuma itulah lumrah kehidupan..smoga semuanya bertambah baik sahabat..
wassalam..
Reply
Sarah Reply:
February 5th, 2009 at 1:45 pm
Acai, apa yang awak tuliskan adalah yang paling tepat. Terima kasih kerana memahami.
Reply
sarah..akak pernah alami perasaan mcm sarah ni (mungkin sama kot prasaan tu)masa akak belajar di perak dulu.rasa sunyi cam apa ntah walau pun di luar hostel riuh rendah,bilik akak jadi port lepak dan aktiviti kolej..
terasa cam jauh jer,,ntah lah susah nak cakap.lwalaupun akak sahabatnya,tapi dia ada life dia yang perlu diutamakan.bukan sebab akak jealous tapi rasa sunyi.kalau dulu segalanya dia akan bercerita dgn akak,waktu tu,..sudah sedikit masa untuk kami mmdgkan mereka bertunang tak lama.
bila dia berkahwin dan ada life nya…walaupun kami masih bersahabat dan dialah yang ambil berat ttg hal akak,tapi ntahlah akak rasa sesuatu hilang.sampai akak menangis.masa dia ambil keputusan utk tinggal di rumah sewa supaya mudah suaminya berjumpanya,dan akak stay di asrama,lagilah akak sunyi.
sampai dia cakap,as..kak sayangkan persahabtan kita tapi mas kena faham ya..apa keutamaan kak sekarang nii.opss pjg pulak akak menceceh.sorry maaa
Reply
huhu..sayu nya..
ni wat dayah bepikir2 blik..
andai kate awak,kak long,nan..
sume dah ade kehidupan sendiri..
pasti kami,adik2 dibwh ni bakal hilang
sebhgian dr hidup kami skg..
btui kan??
sume org akan tempuh gak mse tu..
andai kate kiter akan hilang sesuatu nnt..
hrp yg hilang tu ttp kiter simpan kenangan manis bersama..
dan insyaallah kiter akan dganti dgn yg baru y lbh bmkna..
p/s:semoga ngangah ku ini sentiasa dlm mo0d bahgia n sihat2 hndaknyer..
Reply