Jangan Terkejut Lagi

Assalamualaikum wbt

Ucap tama untuk hari ini, selamat hari lahir untuk roommate saya, Fatt. Dah 22 tahun dah umurnya. Semoga dimurahkan rezeki dalam segalanya. Malam tadi kami serumah masak-masak dan menjemput kawan-kawan yang dah balik dari bercuti datang ke rumah. Buat ringkas saja.Kawan-kawan rapat saja.

Yang seronoknya, bila bertemu dengan junior-junior saya ni, banyaklah cerita yang keluar. Paling lucu, bila saya dan Wani Mohammad bersidang berdua atas katil bercerita itu ini sehingga hampir 1 pagi. Topik perbualan kami punyalah luas. Bermula dengan cerita haiwan peliharaan kucing-kucing di rumah, melompat ke cerita haiwan yang menggelikan lipas, katak pisang semua tu, terus ke cerita ular lidi, ular kapak masuk rumah, cerita macam mana kucing masing-masing mati pula, melompat pula ke cerita rumah hendak dimasuki pencuri zaman dulu-dulu dan diakhiri dengan cerita budak-budak minum ubat batuk.

Lengkap satu kitar dunia, barulah kami tiba ke topik yang boleh memberikan kesimpulan dan peringatan yang baik untuk kami. Cuba bayangkan kalau kami berhenti setakat cerita katak pisang melompat dari lubang jamban ke atas, apa faedahnya yang kami dapat ye? Nasib baik waktu kawan-kawan serumah Wani ni nak berangkat balik, kami dah tiba ke cerita ketagih minum ubat batuk tu. Ada juga pengajarannya. Hehe.

Selesai semuanya, kami mengemas meja, rumah dan dapur. Masya Allah. Banyaknya lipas bila musim sejuk ni. Serius. Esok servis racun lipas tu akan datang ke rumah untuk menyembur racun. Keadaan di sini pelik. Lipas memang banyak tapi kecil-kecil saja saiznya. Kalau nak dibandingkan dengan lipas Malaysia yang besar dan boleh terbang tu, memang jauh panggang dari api jawabnya. Lipas sini kalau ditemukan dengan lipas Malaysia memang akan merasakan kompleks inferioriti yang tinggi. Jadi tadi kami mengosongkan dapur kami kerana servis itu akan datang pagi esok dan demi kebersihan dan keselamatan pinggan mangkuk periuk kuali kami, semuanya kami pindahkan ke ruang tengah rumah.

Selepas selesai urusan pindah randah, saya mengambil pewangi rumah dan dengan sengajanya saya gunakan sebagai penyembur serangga. Haha. Berlonggok mati lipas kecil-kecil tu. Serba guna juga rupanya penyembur ni. Harum semerbak dapur saya. Selesai menyapu, masuk ke bilik dan terus hendak tidur. Tapi Fatt, Mily dan Sha baru hendak mula menekun menonton filem Rogue. Kisah buaya ganas yang telah membaham ramai orang. Saya tak berhajat hendak turut serta. Jadi saya duduk menyandar di katil hendak menyambung membaca buku The Last Tsar itu. Tapi posisi itu membolehkan saya melihat skrin laptop Fatt.

Kemudian saya baring. Dari celah kerusi dan meja belajar saya, saya dapat melihat skrin juga. Bila saya paling ke arah bertertangan, memang tidak dapat melihat apa-apa tapi suara memang jelaslah kedengaran kan. Sampaikan, saya yang dah baring tu pun dapat menerangkan apa yang terjadi kepada mereka yang menonton! Sudahnya, saya capai cermin mata, duduk di atas katil dan menonton dari jauh.

Ya Rabbi. Rasa nak tercabut anak tekak saya menonton filem itu. Asyik terkejut itu, terkejut ini. Saya yang paling jauh dari skrin. 3 meter kot jaraknya. Tapi saya yang paling selalu terkejut. Dah namapun penakut kan. Kena sergah sikit dek buaya besar tu, saya dah menjerit dah. Bila ada satu babak ni, saya dah mula ada semangat untuk menonton dari dekat (tapi saya tanggalkan pula cermin mata saya). Hahaha. Jadi saya menyelit di tepi Sha. Tiba-tiba, waktu itulah buayanya muncul. Saya terus cabut duduk di meja saya. Menonton dari jauh lagi baik untuk saya kot. Haha.

Jalan ceritanya kira baguslah juga. Cuma pelik kenapalah bantuan keselamatan lambat sangat tiba. Macam tak logik saja. Kalau dah namanya safari air, patutnya sebarang kehilangan dikesan dengan segera jika bot tidak pulang pada waktunya, kan. Ok ok. Saya bukan hendak buat review pun kat sini.

Tapi sekarang yang saya perlukan ialah air masak dan ubat batuk (Eh, ubat batuk? Baru tadi dapat pengajaran. Tapi saya bukan nak tonggak minum sampai ketagih tu. Hehe). Tekak sakit. Harap nanti saya kahwin dengan orang yang tak berapa nak berani macam saya juga. Jadi tidaklah dia ajak saya tengok cerita seram, hantu atau yang memerlukan kuasa tekak untuk menjerit ni. Menjerit dan terkejut (dan ketakutan) pada masa yang sama adalah sangat memenatkan.

Nota: Belajar tanpa terikat dengan jadual kelas adalah sangat santai. Cepat betul masuk. Alhamdulillah πŸ˜‰

21 Responses to “Jangan Terkejut Lagi”

  1. Fisol says on :

    salam..

    sarah ni memang rajin betullah masak-memasak ni….banyak entri2 yang sebut pasai memasak..

    waktu kami ada farmasi dulu memang rami budak2 yang cari ubat batuk, sib baik lah pharmacist kami beretika, tak jual sebarangan…tapi banyak farmasi yang kaut untung sebab jual ubat batuk..

    Reply

    Sarah Reply:

    Memasak ramai2 memang best. Sekejap je dah siap. πŸ˜‰

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    aiseh sarah. aku baru cdg nk buat n3 aku nampak hantu. betul2 punya pengalaman. tp rupanya awk penakut ye. hehe.. tp n3 ni aku cdg nk buat dlm masa terdekat. menarik nih, siap dgn gambar sekali. haha!

    safwan kalau tdo mesti nk kena pasang lampu. dia pun penakot amat. =P

    Reply

    Sarah Reply:

    Rasanya semua pun dah maklum saya memang penakut cikgu. Tapi untuk movie tu takutnya lebih sebab hantu2nya dilebih2kan. Dalam real life saya lagi berani sikit tapi kuat berimaginasi. Huhu πŸ˜›

    Ehem Safwan. At least Acik Sarah (tuanya saya!) ni tidur dalam gelap, tutup lampu, duduk rumah sorang2 pulak tu dan sebelum tidur tu siap boleh tengok cerita The Seeker sorang2! Huhuhu.

    Reply

  3. chi am says on :

    Sarah dan masak memasak adalah equal. tapi macam ada terbaca lipas+besar2+panggang. Resepi baru ke? ;P

    Reply

    Sarah Reply:

    Lipas tak datang rapat ke stove. Tu kawasan tulah dia. Beranilah datang kalau teringin mati atas hot plate. Kahkahkah. Am, lipas sini kecil gila. Besar sikit je dari kerengga!

    Reply

  4. haritz says on :

    bila sebut bab masak teringat dulu masa kecik2 suka main masak2, yang paling best jadi pengantin huhuhu. Bukan apa, teringat masa tu ader ke pengantin lelaki pun kena pakai lipstick hahaha malu betul.

    ps: lipstick made from buah cherry… muahahaha

    Reply

    Sarah Reply:

    Dah tu, simboliknya komen ni, yang jadi pengantin tu awak la ye? Huhhu πŸ˜€

    Reply

    haritz Reply:

    Saya la saper lagi hehehe, yang best kadang2 boleh kawin sekali 3 org sbb semua nak kawin ngan saya, masa tu la.. hehehe πŸ™‚

    Reply

  5. Ksu says on :

    Waa.. cam best jer citer tu! Tapi, biasa la tu kan. Dlm citer aper2pun, mesti penyelamat atau polis ker, dtg pada penghujung citer. Dan, lepas tu kita akan rasa cam tak logik jer citer tu. Hakikatnya.. memg itu jln citernya. Kalu penyelamt dtg awal, mesti jln citernya pasal lain plak.. Contohnya, yg diselamtkn jatuh cinta dengn penyelamt. Dan bla..bla..bla..

    Hahaha… Betul tk sarah?

    Reply

    Sarah Reply:

    Dalam cerita tu, ada dah penyelamat datang awal2 tu. Ada kawan yang datang tolong dengan speedboat diorang tapi bot diorang ditelingkupkan dan mati la jugak sudahnya. Pasukan penyelamat pulak mungkin dah lama datang tapi waktu tu diorang terkurung dalam gua kecil tempat sarang buaya tu. Ohho. Macam2 la cerita2 ni πŸ˜›

    Reply

  6. zool says on :

    Oo penakut rupanya cik sarah ni..

    Saya tak berapa gemar tgk citer hantu.. Lebih suka tengok citer katun anime sebab karektornya bermotivasi dan yakin…

    Reply

    Sarah Reply:

    Sama la kita Zool πŸ˜€ Saya tak gemar cerita hantu. Sebab bagi saya nanti tertakut pada benda alah tu pulak. Terpesong dah akidah. Tapi kartun anime semua tu lagi laaaaaa saya tak layan. Benda2 fantasi kartun dan fiksyen tak mendatangkan logik akal untuk saya. Huhu. Tapi saya tau budak laki memang sangat minat engan anime semua ni. Apa alasannya ye? Sekadar nak isi masa lapang ke apa.

    Reply

  7. Yasir Tamizi says on :

    Lewat ini, kapan saja ayat-ayat berbau harap kahwin dengan computer geek, harap kahwin dengan tak berapa berani, di sisip di ujung perenggan dengan pengharapan semacam satu doa kesimpulan sebelum akhiri entry. Ha Ha. Lipas Malaya pastinya gagah dengan cecair putih yang mengalir bila terpijak. Ho.

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang tu harapan saya. Biar dapat orang yang sekufu tak berapa nak berani macam saya. Minus the computer geek. Cover line beb. Huhu. Eh, kat mana ye saya terbaca pasal pijak lipas keluar cecair putih? Awak pernah cerita ke? Atau tulis kat entri mana-mana? Ke saya ni tengah deja vu je.

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Mungkin pernah barangkali, dejavu itu macam mimpi yang berulang di dunia kenyataan.

    Reply

  8. snm says on :

    Sarah πŸ™‚ apa sj dokumentari mcm Animal Planet yg bkaitan dgn BUAYA adalah sesuatu yg pantang ditukar channelnya jika di rumah. Abah saya seorang peminat binatang mcm tu. heheh :p no wonder ms saya kecil2, klu pulg ke Muo, mesti sggah Ayer Keroh, melawat Taman Buaya!

    Reply

  9. nono says on :

    Secara jujur, saya tak baca lagi post awak kat atas tu.. Saya terkejut awak dah berpindah! Di Dunia Sarah (Blogspot) awak tak mention pun πŸ™ πŸ™ πŸ™ πŸ™ Nasib baik hati tergerak nak menjenguk profile Plurk awak…

    Welcome to dot com family Sarah!

    ps: Nanti saya gi baca apa yang saya tertinggal yea! πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Jujurnya Nono, saya dah pernah tinggalkan link saya yang baru di salah satu entri awak. Tentang Palestin dan yang seterusnya. Tapi mungkin awak tak sedar kot. πŸ™‚ Saya sengaja taknak maklumkan di blog lama sebab saya nak elakkan diekori oleh stalker bengong πŸ˜›

    Reply

  10. Lee says on :

    selamat hari lahir pd kawan awk tu ye..

    lipas tu menggigit ke? bahaye tu. haha!

    kalau x sihat cepatΒ²lah pergi mkn ubat..hehe.. πŸ™‚

    Reply

  11. loque says on :

    kawan sy yg juga seorang photographer sudah ada laman web sendiri
    haha
    i love cooking too!!!!

    Reply

Leave a Reply