Rutin Baru

Assalamualaikum wbt

Siang tadi, saya tertunggu-tunggu Maghrib masuk. Saya tak sabar hendak solat dan tidur. Saya tak bersemangat hendak membuat benda lain. Tapi selepas selesai solat, Fareena dan Diba mengajak saya menonton filem lama tentang sejarah Rasputin. Sambil itu, kami semua makan nasi. Elok saja nasi sepinggan habis, mengantuk saya pun datang. Sebenarnya saya bukan mengantuk. Tapi saya bosan. Lebih-lebih lagi bila hari sudah gelap sekitar 5 petang, saya tak tahu hendak buat apa. Sesiapa yang ajak saya menonton apa-apa filem pun saya dah tak lalu dah. Bosan dengan rutin yang sama saja.

Bila bangun saja, saya rasa tak bersemangat sungguh. Nak buat apapun rasa tak menjadi saja. Rasa nak makan, nanti gemuk menjadi-jadi. Rasa nak mula belajar, mood memang tiada lagi. Rasa nak mengemas almari, saya nak tunggu roommates saya tidur dulu. Rasa nak memasak, bekas bakar kek rumah saya ada orang pinjam tak pulang-pulang. Rasa nak telefon orang, semuapun dah tidur di Malaysia. Rasa nak makan lagi, tak boleh. Nanti berat makin naik.

Sudahnya duduk di meja, belek-belek jadual untuk Spring Semester ini yang ada 9 posting yang pendek-pendek saja tempoh setiap satunya. Bila saya belek jadual ulangkaji yang perlu saya buat, baru rasa tersentap sikit. Apa lagi yang saya buat? Belek-belek nilai normal untuk segala jenis analisis dan mengosongkan laptop daripada segala fail yang tak diperlukan.

Esok siang (hari nilah tu), segalanya akan bermula. Insya Allah saya akan bangun awal pagi dan memulakan semula revision saya yang dihentikan sepanjang cuti sejak 21 Januari lepas. Malam ini malam terakhir untuk rasa tak bersemangat, malas-malas, tiada mood dan segala yang negatif ni. Kasi peluang untuk otak lepas tekanan dengan moody doody begini. Esok semuanya mesti berubah. Mesti.

Resolusi: Usaha lebih kuat, kurangkan tidur, kurangkan bercakap, kurangkan bermain, kurangkan internet dan lebih ignorant.

Bila tengok semula jadual Spring Semester ini yang tertulis di bawahnya ‘MALAYSIA, HERE I COME!!!’, rasa bersemangat sangat hendak memulakan hari esok dengan sebaik mungkin. Semoga tempoh seminggu sebelum sem baru bermula membolehkan saya mempersiapkan diri dengan mood belajar yang maksimum.

Nota: Bila berbual dengan Kaklong, mesti bermula dengan gembira-gembira, selisih pendapat sikit, geram-geram, gembira-gembira semula dan akhirnya akan sebak. Kaklong tetaplah Kaklong di hati saya.

24 Responses to “Rutin Baru”

  1. NoktahHitam says on :

    It goes without saying, “Air dicincang takkan putus”.

    Makan nasi + tido = syurga dunia + gemok. Hehehe. (rutin baru ialah, mengunyah tanpa henti!)

    Bile nak tayang cake?

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak buat kek pun sepanjang cuti ni. Duduk sorang2 je hari tu, takde mood nak baking. Syurga dunia best tapi gemuk tu menakutkan! 😛

    Reply

  2. chi am says on :

    oh kak long kita macam same.. 🙁 rindu

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi Kaklong awak dah kawin. Kaklong saya solo lagi 😀

    Reply

  3. diya says on :

    uhu. lebih ignorant dari segi apa ye KS?

    best aje ada kakak. boleh kongsi apa saje =D

    Reply

    Sarah Reply:

    Lebih ignorant dari segi menghadapi atau berdepan dengan manusia yang tak reti bahasa.

    Reply

    Sarah Reply:

    At least Diya ada adik perempuan. KS nak adik perempuan! Huhu.

    Reply

  4. snm says on :

    hai sarah 🙂
    ignorant pd pkara lagha..perhaps?
    tiba2 teringat adik2 yg jauh. pagi td, ms pegi kerja dgn mama (drive kete dgn mama sbb mama cuti, Hari WP), mama minta saya advise adik bwh saya. wuhuuu..relationship-thingy. dr segi study dia okey. tp dr segi kwn2 lelaki, blh hilg sabar dibuatnya! tgh fikirkan pelbagai cara nk sembur2 dia :p

    sarah..jgn mamam byk sgt :p nnt takut bila jumpa awak di sini, mcm x kenal pulak nnt 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha. Sebagai kakak, nasihatlah adik tu sebaiknya ye Falin. Bahaya ni time belajar2 ni ada masalah pulak dalam hubungan cinta ni. Mungkin sekarang study dia sangat okay, tapi risau je kan kot2 jadi apa2 dengan feeling dia, dengan study dia pun jadi apa2 jugak. Hehe.

    Reply

    snm Reply:

    mmg risau. klu drop ckit jek, mmg saya sound dia kaw-kaw. saya kisahhal kwn2 lelaki dia sbb, nnt bila hbgn tu bmasalah, yg jadi mangsa ni, SAYA 😛 x psl2 saya jadi kaunselor cinta x btauliah utk si lelaki2 tu.

    sarah 🙂 mamam byk2 ms blaja..nnt lagi 2 bulan nk konvo..stop mamam 🙂 kang amik gmba x shantek :p

    Reply

  5. Yasir Tamizi says on :

    Makin kuat azamnya nak jadi ignorant nya, entah ke mana ignorantnya di hala tu, hehe, pengabai. Rutin Baru, Rasputin Baru.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi awak faham kan kenapa saya nak jadi lebih ignorant? Saya si pengabai yang tegar.

    Reply

  6. kaklong says on :

    erk… kaklong takde buat salah pape ye kawan2 sarah… cume kaklong tetap lah kaklong….=) yg pelupa, bukan seorg yg well-planner tp sgt2 la innocent… hehehehe. yeah dat’s me!!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Awak memang tak salah apa2. Disebabkan awak bukan well-planned, innocent, pelupa, tu yang buat awak unik tu Long. 😀

    Reply

  7. nadiah says on :

    Salam my dearie sarah

    tak sempat nak baca abes

    tak sempat nak komen

    tak sempat sebab susah nak guna tenet kat sini

    Waaaaaaaa

    Selamat berusaha dengan gigih sarah!

    chaiyo!

    LESS EVERYTHING except my thought for u!

    huhuhu. Take care!

    =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Take care Nadia ye. Saya tau awak ada banyak benda nak kena uruskan sekarang ni. Nanti dah abis dah sesi lawatan penyelia awak, lapang la sikit kan. Hehe 😛

    Reply

  8. acai says on :

    sarah cakap “Rasa nak makan, nanti gemuk menjadi-jadi..”
    sy cakap ” hahahahhahahahhahahahahahaa….” kikiki..

    cik sarah oii, kalau nak makan, makan jelah..sy dah gemuk ni tetap cute pun..sy tak kisah..(padahal dalam ati kisah,ahhahaha) dah spring semester maksudnya semakin hampir tarikh awk untuk balik ke malaysia sarah..tahniah sahabatku..:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Erpp. Alhamdulillah. Tadi berbuka saya makan nasi banyak 😀 Huhu. Nanti dah tak sejuk la baru saya diet semula, kan. Haha. Untuk sekarang ni, makan je la kalau nak. Nanti dah takde salji, dah masuk musim bunga baru saya intensifkan diet dan exercise saya 😉 Baru la gambar konvo nanti cantik 😀

    Reply

  9. acai says on :

    oh lupa, betul tu..kurangkan internet..:)
    hidup sebenarnya lebih nyaman, bahagia dan menyeronokkan diluar sana tau,hehe..
    sy memang ke arah itu sarah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hajatnya macam tu. Tapi bila saya kata kurangkan internet tu, saya maksudkan untuk kurang youtubing dan plurking macam waktu cuti ni! Huhu. Biasanya kalau tak cuti, saya takde pun melayan youtube sangat. Series satu apa pun saya tak pernah follow. Orang kata saya takde life. Tapi inilah life saya: Belajar 😀

    Reply

  10. Adz Ariff says on :

    Salam Sarah…
    Hehe..saya rasa, makan saje apa2 yg sarah nak makan skrg ni, nanti dah keje tak tersempat2 nak makan. Mcm saya, time belajar mmg gemuk sampai 76kg, bila dah keje terbalik jadinya dah jadi 67kg je. Keje memanjang, sampai boleh lupa makan. Especially lepas oncall, macam terkena sindrom loya nak makan pulak… tu dah bypass stage lapar and rasa nak membuta je. Perut menyanyi pun boleh buat dekk je bila katil dah memanggil-manggil tersenyum….hehe.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Adzrul. Wah! Awak dah jumpa blog saya ye. Kita sambung di sini pulak ye 🙂 Nanti saya updatekan link awak. By the way, tadi saya cerita pasal awak hilang berat banyak sangat macam ni pada housemate saya. Diorang ni junior lagi semuanya. Semua macam terkagum. Siap berazam baru, tak kisahlah kalau naik berat pun sekarang sebab nanti HO mesti mengurus semula. Hehe. Selamat berkhidmat di Malaysia!

    Reply

  11. Lee says on :

    salam,

    akhirnya..jumpe juga blog sarah ni..
    ish saya punyela korek2 blog kwn2 yg lain mane tau jumpe.
    lastly jumpe juga..

    oo..dah tukar rumah blog skrg ye..

    bagus! seronok dpt jumpe blog sarah smule.

    keep updating okay..

    saya doakan awk berjaya dlm apa jua yg awk lakukan..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Lee. Akhirnya sampai jugak awak ke sini ye. Selamat datang. Saya sengaja tak maklumkan di blog lama sebab taknak diekori olek stalker2 dan budak2 Moscow yang tak sukakan benda2 dan teguran2 yang saya tulis. Tu la alasan utama saya. Selamat datang ke dunia saya yang baru ni 🙂

    Reply

Leave a Reply