Kisah Date Saya

Assalamualaikum wbt

Kalau ikutkan perancangan, saya bersama tiga orang kawan yang lain akan ke Murmanks untuk melihat Aurora Borealis. Sayangnya, jadual keaktifannya masih negatif sehingga Februari ini kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Maka kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan lagi trip ini. Terkilan sangat sebenarnya. Tapi daripada membuang masa berhari-hari menaiki keretapi dan sudahnya kecewa tidak dapat melihat Aurora, baiklah kami batalkan saja dulu niat ini.

Maka, kami berempat pun bercadang untuk ke tempat lain. Tapi ada pula yang tidak cukup bajet. Maka terpaksalah kami memikirkan keadaan kawan kami ini. Maka kami memilih untuk bercuti-cuti Moscow saja. Maka hari ini merupakan hari pertama kami mula berjalan-jalan. Pada malam sebelumnya, semua telah sepakat tapi tengah malam tadi semua terpaksa membatalkan penyertaan atas urusan masing-masing kecuali saya dan En. Z.

Haha. Saya sudah mula terasa bahang kelucuan entri kali ini. En. Z pula jadinya. Kelakar pun iya ni. Intro tadi punyalah skema susunan ayat saya. Ok. Mari sambung. Sebenarnya kami berempat ni dikenali kawan-kawan sebagai budak-budak nerd lah kiranya. Tiba-tiba pulaΒ  nak beraktiviti pun kena bersama-sama. Huhu. Tapi disebabkan lagi dua terpaksa menarik diri, tinggallah saya dan En. Z. Saya memberitahunya mengenai perkara ini melalui mesej. Plan kami pada hari ini ialah photo outing di sekitar Center. En. Z ini memiliki DSLR. Memang minat kami semualah bab-bab bergambar ini.

Sudahnya, saya sajalah yang keluar dengan En. Z. Ha. Itulah yang namanya date kononnya tu. Maka, date kami hari ini penuh dari tengahari sehinggalah saya tiba semula ke rumah pada pukul 5. Destinasi fotografi kami ialah Tverskaya Street, jalan utama yang merentasi pusat Kota Moscow. Kami berjalan kaki hampir 2 km di sepanjang jalan itu. Cuaca memang tidak sejuk langsung. Kami ambil kesempatan mengambil gambar sebanyak mungkin. Tapi ada yang lebih menarik terjadi.

Dulu ketika tahun pertama, saya pernahlah bermusuh dengan En. Z ni. Pandang muka pun tak nak. Hahaha. Tapi siang tadi, punyalah kamceng berdua. Inilah berkat fotografi dan studi. Kami ni turut berada dalam study group yang sama walaupun kami tidak menuntut di universiti yang sama.

Dalam pada sibuk berjalan menangkap gambar dan berceloteh panjang lebar tentang dunia pelajaran (nampak sangat budak nerd, tak boleh pisah daripada bercakap tentang studi!), saya ternampak sebuah kedai buku yang besar. Saya pun apa lagi. Saya paksa En. Z singgah sebentar di situ. Terujanya saya melihat kedai buku itu! Besar Ya Rabbi! Dia tanya apa yang saya hendak beli. Saya dah tak sempat nak terangkan dah. Saya terus meluru ke bahagian Bahasa Inggeris dan menyelongkar buku-buku di situ.

En. Z memang tercengang saja melihat saya. Dia pelik apa yang saya hajatkan sangat di situ. Lepas seketika diam membelek, baru saya terangkan yang saya teruja melihat banyak sangat pilihan buku sejarah Russia yang dijual dengan harga yang murah (jika hendak dibandingkan dengan yang dijual di Dom Knigi, sebuah lagi kedai buku besar di Moscow). Dipendekken cerita, saya membeli dua buah buku: The Last Tsar- The life and The Death of Nicholas II dan The Illustrated Encyclopedia of Russia. Tak sabar nak baca (ni tidur lambar ni sebab membaca buku yang pertama tu).

Waaa. Teruja betul saya membeli di sana. Ikutkan hati saya hendak membeli dua buah lagi buku tapi saya perlu berpada dengan duit saya. Pada mulanya En. Z memang terkejut dan merasa pelik dengan minat saya tentang karya-karya tentang sejarah dan politik kepimpinan tapi sudahnya saya berjaya menghasutnya membeli sebuah buku juga; ensiklopedia itu.

Kami teruskan berjalan sehingga perut mulai lapar. Memang lapar sungguh. Kamu ambil keputusan untuk masuk ke mana-mana metro yang kami jumpa dan menuju ke Evropiesky Shopping Complex (Kievsky). Terus kami ke food court untuk solat dan makan. Selesai semuanya, bermula pula sesi kedua kami untuk siang tadi: membeli-belah di tingkap! Huhu. Tapi sudahnya memang masing-masing ada membeli beberapa barang. Yang peliknya, En. Z lebih kuat berbelanja berbanding saya. Serius saya tak reti shopping segala bagai ni. Malah dia jauh lebih tahu tentang jenama barangan dan fesyen. Hah. Terasa pelik pula. Saya minta benda-benda sejarah, dia pula yang kaki shopping.

Kami ada terserempak dengan budak-budak Malaysia yang lain. Huhu. Ada pula yang ingat saya ni tengah keluar dating dengan En. Z ni. Tolonglah adik-adik sekelian. Kami ni geng bergaduh. Takde maknanya nak ber-dating bagai dengan dia.

Sebelum berpisah membawa haluan masing-masing, kami berpakat lagi untuk keluar lagi esok. Kali ini, ahli rumah saya pun hendak turut serta. Saya jamin mereka, mereka tidak akan berasa kekok sedikit pun dengannya kerana dia sangat ramah dan pandai berseloroh. Tadi dia mesej, katanya ada anak pegawai kedutaan akan turut serta untuk aktiviti esok. Wah. Meriahlah hari esok nampak gayanya.

Eh, dah hilang dah unsur lucu entri ni. Tapi sesungguhnya, memanglah sangat lucu segala apa yang terjadi siang tadi. Tambah-tambah pula, En. Z ni sesedap hati saja mengungkit cerita lama yang kami tekakkan dulu-dulu dan sesedap hati juga mengatakan saya ni adalah klon kepada Abang Khairil. Sabar sajalah. Dia memang tak puas hati dengan saya dan Abang Khairil sejak dulu lagi. Hoho. Nasib baik Abang Khairil dah tiada di sini. Kalau tidak, memang balik saja dari luar tadi saya akan bersesi mesyuarat tingkap macam biasalah dengan Abang Khairil.

Ok. Dah tak reti dah nak cerita. Ada sesuatu berlaku dalam perjalanan balik tapi saya ceritakan kemudianlah. Carca merba jadinya entri ni. Saya pun dah tak tau nak ceritakan macam mana. Ok. Selamat pagi Malaya. Selamat malam Moskva.

Nota: Entri merepek lagi. Maaf! Tajuk pun tak senonoh sungguh bunyinya. Haha. πŸ˜›

36 Responses to “Kisah Date Saya”

  1. Ksu says on :

    Betul sarah, entri ini sangt carca merba.. mula2 citer pasal aurora borealis (pernah tgk kat tv, dan Nauzubillah.. sgt cantik!), pastu pasal g jln2 plak, ngan en. Z (i miss my Z jugak! Hehe..), pastu dang lg citer pasal kedai buku! Hahaha…

    Err.. ksu org pertama ker yg tukang komen ari ni.. well, congrate to myself! πŸ˜€

  2. Ksu says on :

    Ehh.. pesal Nauzubillah plak.. Subhanallah la! Ni gara2 rumah kawan kena pecah la ni!! Hehe.. sempt lg buat pembetulan!

  3. inah says on :

    ayyakss..cerita dating pulek πŸ˜›

    πŸ™‚

  4. snm says on :

    hohohoho πŸ˜€ En.Z πŸ˜€ adakah doa saya telah dimakbulkan Tuhan? :p

  5. nadinezuharra says on :

    Assalamualaikum sarah,
    Salam perkenalan..
    Gembira jg sbb 2-3 hari ni dpt jg nadine membace entri2 sarah yang berbagai warna..(sampai nadine ke sini kerana diya; yang menyebut ttg sarah.. ^_^)
    InsyaAllah,kalau boleh mahu baca semua cerita sarah termasuklah di Dunia Lama Sarah tu.. : )

    Ttg kisah ‘date’ ni..nadine dapat membayangkan suasananya.Ya..sesuatu yang tak dijangka,kdg2 banyak manisnya.. Semoga sarah terus gembira bersama teman2..have a nice day..!

  6. loque says on :

    wah…
    ni rupernyer kisah date tu yerk…
    haha…
    Encik Z?
    sapekah?
    jeng jeng jeng!
    Encik Zorro kah?

    anyway,first time loque singgah sini..hehe

  7. diya says on :

    hehehe. tersenyum aje diya baca entri ni. amboih la. tak tahan nya part ni

    “Ada pula yang ingat saya ni tengah keluar dating dengan En. Z ni. Tolonglah adik-adik sekelian. Kami ni geng bergaduh. Takde maknanya nak ber-dating bagai dengan dia.”

    hahaha. geng bergaduh, tapi siap shopping bagai. =p

  8. Sarah says on :

    Tapi semua plot masih melibatkan En. Z la. Huhuhu.

  9. Sarah says on :

    Terkebetulan tinggal berdua je sudahnya. Padahal plan berempat. Adoi.

  10. Sarah says on :

    Doa apa ni Falin? No way. Takde kaitan dengan perasaan ke apa pun ni

  11. Sarah says on :

    W’salam Nadine. Oh. Ni jumpa melalui Diya ye. Terima kasih sudi menjenguk ke sini. Memang tak jangka pun sudahnya kena keluar berdua je. Tapi memang takde apa2 pun la. Sekadar geng sekepala je. πŸ™‚

  12. Sarah says on :

    Loque, En. Zorro eh? Hebat gak nama tu. Tapi kalau kenal orang dia, fuh, tak macam Zorro langsung! πŸ˜› Thanks Loq sudi singgah sini πŸ™‚

  13. Sarah says on :

    Diya, dulu zaman muda2 dulu memang kami tak ngam. Ada je benda yang tak elok dipandang mata ada kat dia ni. Huhu. But getting older, time has changed us a lot. Diya, dia ni kira2 ala cina sikit, kulit gelap sikit, sangat minat fotografi. Amacam? Boleh tak yang ni? Huhu πŸ˜‰

  14. acai yang comel says on :

    eiiii, ni yang jeles ni..bila nak ngedate ngan sy sarah..sypun reti gak amik gambar apa,hahahahahah…sy seorang yang percaya perhubungan lelaki perempuan sebenarnya boleh sahaja tidak menjurus kepada cinta cintun asalkan kita tahu jaga batasnya kan sarah? Ia boleh juga menjadi sebuah persahabatan yang sangat berharga πŸ™‚

  15. acai yang lagi comel says on :

    Yaaaa, bagus betul sarah kenankan ngan diya..dia memang minat photographer2 nih,hihi….*larriikk

  16. Sarah says on :

    Abis tu, dah awak busy je hari tu, nak date macam mana. Huhu. Padahal saya pun busy juga πŸ˜› Puas dah cuba nak adjust masa, mintak adik saya teman la, itu la, ini la, tapi takde rezeki la kan. Insya Allah kat majlis awak kot πŸ˜‰ Terima kasih atas pendapat peribadi awak tu. Sebab pendapat awak tu menyokong pendapat saya. Acai, ingat. Kita bersahabat sampai tua ye. Hehe.

  17. Sarah says on :

    Kita tunggu je la dapat cubitan dari Diya πŸ˜€

  18. kak izzah says on :

    fuh.. dah petang baru akak sempat bace cerita dating berdating nih.. hihi.. mesti hari yg menyeronokkan bg sarah kan??

    *kekadang kuar shopping ngan kawan lelaki skali skala pun best gak.. tehehe.. senang nak deal.. kan.. =)

  19. Sarah says on :

    Penat jugak tau. Sebab dia ni hebat bab2 shopping ni. Saya kena mengekor dia ke hulu ke hilir! Tapi dia ni banyak tau info pasal dunia dan banyak bercakap. So saya ni tukang dengar cerita dia je la πŸ˜›

  20. miji says on :

    aah..

    betullah, entri ni macam perca2 kain, macam2 warna, gabung leh jadi satu sarang bantal..hahak..

    antara marah dan sayang, ade something tuh..ahhahahak..oppsss..^^,

  21. Aizat says on :

    Assalamualaikum n Hellop..

    cantik blog.. walaupon tak berkenaan dalam blog ni.. tapi teruskan berbincang.. hehe

  22. diya says on :

    hahaha. terkedu jap diya. =P

    encik Z tu dok jauh sangat le KS. tapi, err… die sama umur ngan KS ke? [sekadar bertanya semata2, hahaha]

  23. diya says on :

    hahaha. nak kena ajelah KS ngan acai ni. erk, acai yang comel dan lagi comel? siapakah? hahaha

  24. nadiah says on :

    ohoh. sarah ngedate sama incik z. Bila mau ngedate sama nadia plak? nadia ngn acai ngedate sudah. huhuhu. nak jeles gak ah! =p

  25. Sarah says on :

    Haa. Tu la. Kuasa paduan kami ni memang ada ummphh tau! πŸ˜‰

    p/s: Acai memang selalu perasan comel!

  26. Sarah says on :

    Haah. Sebaya KS. Aik. Macam berminat je nih πŸ˜› Sekarang memang jauh, Diya. Tapi kitorang kan dah nak habis dah. Huhu πŸ˜‰

  27. Sarah says on :

    Aishh. Takde maknanya Miji. Takde apa2 yang terselit di tengah2. Hahaha.

  28. Sarah says on :

    W’salam. Hi Aizat! Thanks for dropping by πŸ™‚ Erk, my blog is kinda empty πŸ˜›

  29. Sarah says on :

    Hoho. Toksahlah nak jealous eh. Dengan awak dan Acai wajib disempurnakan dengan date yang sangat best. Tunggguuuuuuuu πŸ˜‰

  30. snm says on :

    saya dh agak πŸ˜€ saja2 nk usik awak le Sarah :p btw, saya suka baca sesuatu yg awak tulis sbb selalunya mbawa mksud the other way around πŸ™‚ kan?

  31. Sarah says on :

    Muah muah! Thanks for understanding me! *hugs*

  32. loque says on :

    abeh kalau tak macam zorro…
    macam ape ye?

    no problemo
    πŸ˜€

  33. Aizat says on :

    empty? nope. tak lah..
    seronok je bace komen2 yang meriah sakan nih

  34. djambu says on :

    haha…sarah? dating? haha…mcm xcaya je…;)

  35. Sarah says on :

    Oit oit oit. Tu temankan kawan je. Huhaha πŸ˜€

  36. packers and movers charges in delhi says on :

    Thank you for the auspicious writeup. It in truth was a amusement account it.
    Look advanced to more added agreeable from you! By the way,
    how could we keep up a correspondence?

Leave a Reply