Selamat Hari Lahir Wanie
Pada pagi-pagi yang menyinsing
pada malam-malam yang hening
adalah kau matahari
adalah kau bulan bersemi
juga seluruh detik masa
antara keduanya.
Aku takkan mampu
membawa satu tamsilan.
Atau menggubah sesuatu
untuk kubuat bandingan.
Kalau itulah kejayaanku
maka itulah kejahilanku
kerana mencipta kau yang kedua
tak tertanding pada kau yang sedia.
Kerana kau lembut budi, sopan diri,
senyum manis, luhur terpuji.
Kerana kau berani berdiri, teguh sendiri,
diam bernyawa, riuh berjiwa.
Kerana kau keharumanku yang indah
kerana kau sahabat yang setia.
Assalamualaikum wbt
Saya tak perlu menghurai panjang. Sajak ini menceritakan segalanya. Betapa ‘kau’ itu istimewa orangnya. Mustahil ada taranya. Hanya satu dalam dunia. Selamat hari lahir yang ke-22 buat Wanie. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan segala yang terbaik buat kamu.
KS selalu berangan, kalaulah KS sebaya kamu, mesti lebih seronok meniti hari-hari di sini bersama-sama. Kita boleh ke kelas bersama, berpasangan dalam pingpong untuk tempoh yang lebih lama, berkongsi nota, berbincang isu semasa, bermuzakarah agama dan yang paling berharga mencari erti hidup bersama-sama. Mesti ada hikmahnya kenapa Allah temukan kita dengan dua tahun beza. Supaya kita lebih menghargai setiap detik yang ada dan supaya kita lebih sayang sesama kita. π
Selamat hari lahir Wanie!
Nota: Selamat datang kepada yang baru menemui blog ini. Sepuluh jari disusun sekali lagi. (Masih kena ucap ni selagi penemuan tak sudah-sudah ni masih terjadi) π
huhu. lebih kurang ja diya tengok KS ngan wanie. memula ingatkan sama umur, rupanya wanie sama umur ngan diya. wihihi. happy birthday wanie! [kawan baik diya pun nama wani jugak π ]. owh. birthday pun dalam bulan yang sama ngan KS. may ur friendship lasting forever. God bless =)
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:45 am
Diya, Wanie ni tinggi. KS ni pendek rendang renek. Kalau berjalan dengan dia, orang ingat dia lagu tua dari KS kot. KS macam budak. Kena la banyak bersabar dalam hati. Huhu.
Reply
Selamat hari lahir wanie! Semoga dipermudahkan segalanya untuk wanie. Di dunia dan di akhirat sana. Bilalah kita nak berkenal-kenalan ni cik wanie? heheheh. Oh Sarah. Gambaq itu sangat cantik. Tambah cantik dengan adanya kamu berdua. Teruslah menyemai ukhuwah yang harum dan subur. Jangan jadi macam saya. Sangat sedih bila persahabatan itu utuh tapi rapuh. sob.sob.sob. Ok. tak mau sedih2. Happy2 dan senyum2 untuk birthday girl kita. Cik wanie!
** Kalau sarah perasan, kawan paling baik dengan saya disini namanya waniey juga. Sungguh kebetulan sarah kan? =)
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:47 am
Thanks on her behalf π Nadia, kawan baik saya yang kat sini pun nama dia Nadia. Nadia Hamimah π Tapi dia dah kawen. *pikirkan penaakulan mantik yang setara dengannya* Hehe. Btw, banyak la kebetulannya kita ni eh.
Reply
salam
terima kasih banyak2 KS. ini satu penghargaan untuk wanie sebab :
1. ini ucapan birthday kedua di blog baru ini selepas birthday ks.
2. ks sudi buat sajak untuk wanie yg menyebabkan mata wanie terbuka besar selepas bgn tidur.
3. ks membalas isi hati wanie yg wanie tulis masa birthday ks.
4. ks mendoakan wanie yang terbaik.
ingat ks, wanie selalu sayang ks. terima kasih sudi jadi kakak ke-7 wanie
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:50 am
Wanie, tapi kamu tak nangis kan? Yang kamu buat hari tu KS nangis π Tapi KS memang taknak kamu nangis. Apa kelas kan nak nangis2 time birthday. Hehe. KS ni lain la. Cengengeng π Ni kamu dah besar dah. Dah boleh buat keputusan sendiri dah π
Reply
Wanie Reply:
January 26th, 2009 at 8:19 am
salam.
KS cengeng? hik.. hik.. Sejak bila guna perkataan tu? Bila baca entri ni, ia terjadi dlm beberapa peringkat.
disebbkan wanie baru bgn, peringkat 1 : Mata jadi terbuka besar.
peringkat 2 : mata hampir berair.
peringkat 3 : sepatutnya dah nangis, tapi peringkat ni tak sempat sebab di akhir peringkat 2, wanie dah baca sampai ‘Nota’. Hehe..
Reply
Selamat Hari Lahir Ke-22 ye Wanie π
semoga ikatan silaturrahim yg terbina di sana kekal berpanjangan dan mewangi berkembang bila balik ke Malaysia π
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:50 am
Terima kasih bagi pihak Wanie π Doakan Wanie cepat ikut jejak langkah awak ye π
Reply
snm Reply:
January 28th, 2009 at 5:31 am
ngee~~ Saya doakan utk Sarah juga! π
Reply
Salam Sarah,
Sarah sihat? Tk sempt nk cari blog sarah baru ni. Ari ni, kebtln jumpa bila buka blog chi am. Anyway.. its really good to see u again. Betul2 ni!
Anyway, tk sempt edit ur link at my blog lagi. Really hope to know the new u here!
Hehe.. hepi besday Wani! Ksu doakan semoga bahagia juga sentiasa mengiringi hidup wani!
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:55 am
Salam Kak Su. Alhamdulillah saya sihat. Sebenarnya kan, saya sedih bila baca komen Kak Su yang hari tu. Tambah pula saya ikuti kisah Kak Su dengan Aisyah (saya subscribe blog Kak Su di google reader saya. Hehe). Tapi saya tak sempat nak lawat blog kawan2 yang saya hargai ni untuk tinggalkan link blog baru ni. Sorry sangat ye Kak Su.
Reply
‘Kerana kau keharumanku yang indah’
rupanya bau sarah ketika bercantik2 adalah sama dengan bau wanie.. kah? hahaha
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 6:37 am
Kesabaran je la awak ni Am π Sebenarnya nama penuh Wanie ialah Shazwani. Maksudnya ialah Keharumanku π
Reply
pertama kali sampai di blog ini.
ayat2 yg puitis. uhu.
Reply
Sarah Reply:
January 26th, 2009 at 2:12 pm
Thanks Alone. Awak ni kira antara yang terawal yang jumpa blog baru ni.
p/s: Pagi tadi kali pertama saya boleh bukak blog awak. Sebelum ni tak boleh langsung.
Reply
huhu.. dah pakai WP..
congraz!!!
Reply
Sarah Reply:
January 27th, 2009 at 2:24 am
Huhu. Thanks Menteil! π
Reply
semoga persahabatan Sarah & Wanie akan utuh sampai bilaΒ². Seronok bila kita dah jumpa seseorang yg kita boleh panggil sahabat. Malah wanie dah lebih dr itu kan..?
Untuk 2 ‘wanita’ berkurung hijau..semoga berada di dalam redhaNya sentiasa. π
Reply
Sarah Reply:
January 27th, 2009 at 2:25 am
Saya pun terselit dalam doa Akak untuk Wanie eh? Terima kasih Akak π Akak, doakan Wanie ni cepat temu jodohnya. Saya rasa jodoh dia dah on the way dah tu. Huhhu *sungguh ni tau!* π
Reply
Wanie Reply:
January 27th, 2009 at 9:03 am
salam.
ada ke macam tu ks. memandai je.. π
Reply