Yang Berakhir
Assalamualaikum wbt
Saya baru saja menulis entri penutup di blog lama. Saya tak sangka saya menangis menulis entri tu. Banyak sungguh kenangan dan pelajaran hidup yang saya belajar di situ.
Saya sedih terpaksa meninggalkan kelompok kawan-kawan dan pembaca yang sudi membaca di situ. Sedangkan apa yang saya tulis itu sebenarnya untuk diri saya sendiri. Kalau boleh saya masih mahu terus mendengar khabar mereka tapi sengaja saya tidak memaklumkan tentang blog ini supaya privasi saya terjaga. Kalau ada rezeki kawan-kawan yang jumpa, alhamdulillah, saya gembira. Cuma, saya mengambil langkah untuk tidak membiarkan kelompok yang saya elakkan daripada tahu dan muncul di sini.
Sebenarnya ada banyak sebab kenapa saya akhirnya berpindah ke sini. Saya tak mahu ceritakan. Cukuplah saya dan keluarga saja yang tahu. Dan sebab itu saya sangat terharu dengan hadiah daripada adik saya ini.
Semasa sedang menulis entri ini, beberapa komen sudah mula masuk ke entri penutup itu. Saya menangis membaca komen-komen itu. Tambahan pula saya sedang memasang nasyid Fatamorgana nyanyian Hijjaz itu. Sebaknya rasa. Kalau ikut fe’el saya yang suka melambangkan perasaan saya pada apa tekak saya rasa, sekarang ini saya rasa sangat pedih tekak dan terasa seperti bergetar jiwa. Sebak dan sedih.
Saya sangat memaksudkan tanda apresiasi saya buat kawan-kawan di situ. Dan saya juga sangat memaksudkan apologi dari hati saya atas segala ketegasan, kedegilan dan kelantangan saya dalam menyuarakan apa yang saya rasa.
Terima kasih buat kawan-kawan di blog itu. Maafkan saya atas segala keburukan dan kelemahan diri saya kalau-kalau saya dah membuat kamu semua terasa.
Kalau-kalau ada yang sudah jumpa blog ini, saya ucapkan selamat datang dan semoga ukhwah kita dapat diteruskan di sini pula. Jangan risau. Saya masih saya yang sama.
Hai. Assalamualaikum. Nama saya Sarah. Sarah Mohd Shukor. Saya masih saya yang sama. Cuma saya sudah berjiwa baru, insya Allah.
Yang berakhir adalah di sana. Yang bermula adalah di sini.
assalamualaikum..
nama saya razinah..boleh dipanggil kak inah kerana usia saya 27 pada 1hb oktober tahun ni..
saya juga anak rantau..merantau mencari ilmu di bumi kanggaru..
boleh berkenalan?
ohh..saya baik orangnya, pandai memasak brownies, berminat dalam ilmu kaji DNA, suka mengajar, suka berceloteh dan sebagainya
boleh berkenalan?
ohh..dan lagi..saya suka baca blog kawan-kawan..saya juga suka bertemu mereka, bukan untuk berdating atau blind date, hanya sebagai kawan2..teman yang boleh berkongsi cerita
dan saya juga suka berkawan dengan doktor..kenapa?? sebab saya ingin sekali menjadi seorang doktor namun tidak dapat menjadi doktor perubatan, menjadi doktor lain mungkin boleh diterima 🙂
kali ketiga..boleh berkenalan?? (dengan harapan sarah sudi berkenalan dengan saya)
hahahahahaha..sorry sarah..akak sengal kat lab ni..hahahaha 😛
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 7:44 am
Haha. Kak Inah memang tengah sengal ni 😛 Saya terima perkenalannya itu. Ewah! 😀 Kak Inah tau tak yang Kak Inah adalah antara sumber motivasi saya. Sebab Kak Inah sangat hebat belajar. Fuh. Saya respect gile2. That’s why Kak Inah is 1 of my very important friends 🙂 Enjoy ur stay here Kak Inah. Sementara tengah cuti ni, rajin la kot saya update. Tapi nanti sem baru dah start semula, mungkin agak jarang la kot. Hehe.
Reply
kalo btol2 nak hide taknak org tau, suruh nan hide dari search engine. skrang kalo google nama sarah shukor domain ni dlm ranking ke 3 kot.
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:02 am
Saya dah block dah pun tengah malam tadi. Tapi saya tak kisah kalau memang kawan-kawan yang jumpa. Gembira ada la 🙂 Tapi saya try google dari sini takde pun kat 1st page. Huhu.
Reply
keSatria Reply:
January 24th, 2009 at 12:03 pm
haha. kat sini masih ada lagi kat 1st page. 😛
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 4:44 pm
Oh yeke? Hot kot. Haha 😀
Reply
ya Allah. sejak bila kak sarah ada domain ni? alahai. baru kejap tadi bersedih, tetiba tersenyum pulak. hahaha. kak sarah nak teruskan kat sini ke? amboih la. senyap2 naaa. =p
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:05 am
Diya, KS memang agak Diya akan jumpa. btw, tadi waktu baca komen Diya, alamak, rasa perit tekak sebab hampir nak nangis. Blog ni masih sangat2 baru. KS dengan Acai buat lebih kurang serentak je. Hehe. Entri baru sikit sangat ni. Kalau Diya nak tau apa kisah di sebalik blog ni, masih tak memenatkan nak baca a few entries yang ada ni 🙂
Reply
rasa ter-bangga sikit. diya dalam top 20 link rakan kak sarah. owh. hidung tengah kembang berlipat2 neh. miahaha.
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:07 am
Hehe. Link yang KS letak ni memang yang KS rasa KS dapat ilmu dengan membacanya 😉 Sangat tak rugi KS terus kekal berkawan dengan kawan2 yang ada ni dan KS nak diorang tau yang KS tak hilang macam tu je. KS sedang buat penjelmaan semula 🙂 Ewah! Macam hantu je bunyinya 😛
Reply
sedang kak sarah nak berhenti kat sana, dan nak teruskan kat domain baru ni, diya pulak terfikir nak berhenti kan CK untuk teruskan kat TD. alahai. terbalik fulak =D
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:08 am
Dan KS pulak memang dalam proses nak khatamkan cerita2 di Tentang Diya 😀
Reply
diya Reply:
January 24th, 2009 at 4:26 pm
huhu. tak sangka jugak ks baca old entries TD. takdak apa yang best pun kat situ =p
Reply
cop2. ada satu lagi nak komen. hahaha [saje nak banyak kan bilangan komen =p ]. congrats ya untuk domain baru ni. selamat berkenalan, kak sarah. saya diya. diya kamaruzaman. hehehe
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:09 am
Hi Diya. Tak rugi kan kita mula berkawan hari tu kan. KS akan ingat sampai bila2 komen Diya yang 1st tu 🙂
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 11:10 am
Eh lupa. Wahaa. Diya spam comment. Hahah 😀
Reply
salam
Malas la eden nak cakap. Eden mahu kenal dengan awak la cik Sarah.
Meh kita nak kenalkan diri. *Ngada – ngada tak bunyik nya?*
Nama : Wanie
Umur : 20+
Jantina : Pasti kamu kamu tahu
Favourite : Makan, tidur
Saya seorang yang dengar cakap. Kalau dari orang yang lebih tua apatah lagi. Tambah suka dgr ckp bila yang bercakap tu dr orang yang saya saaaaangat s*y**g
*Gelaklah bila baca ini! Haha..
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 3:45 pm
Eiii. Wanie mengada-ngada 😛
Wanie, ada orang tu kan, dia pun sayang sangat kat kamu. Huhu 😉
Reply
KS, welcome to a challenging new world. If being on blogspot, you are that famous, now, I think you’ll be a boom here.
Be good, do good! 😉
ps: I got a pen tablet 😀
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 4:31 pm
I am not famous, Eddie. I never be one. Boom? Hoho. Bang bang boom 😀 Oh. How much does it cost? Complete set eh? What brand? Anyway, what are u gonna do with it? U want to start drawing or what?
p/s: Eddie, don’t call me KS la, please 😛
Reply
Salam sarah.
Huhu. Memula baca cam sedih je. Tapi bila baca komen-komen kat sini. Nadia tumpang gembira! =)
Humm, Doktor Sarah,
Cikgu nak tanya ni, Doktor rindu sama cikgu tak? Cikgu rindu sama doktor sampai termimpi-mimpi tau. Heheheh.
Jaga diri ya cik sarah.
=)
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 4:32 pm
Eh, awak mimpi saya ke? Wow. 2 orang mimpi saya ni. Dua2 orang rindu kat saya. Bertuah saya 😉 Serius rindu Nadia. Kalau ikutkan, ada macam2 nak cerita ni. Hehe.
Reply
Yang dah nangis dekat blog lama, kena la kesat laju-laju bila terjumpa website ni. Ha Ha. Tinggal sudah blog Sarah lama. Ceria-ceria weh, apa nanggis lagi ni.
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 4:41 pm
Harapnya yang dah jumpa tak marah saya sebab rahsiakan. Tadi eak ayah pun tanya. Tapi saya kan ada alasan saya sendiri kan. Hey, apa nangis-nangis ni. Mari nyanyi-nyanyi.
Reply
ohh..salam perkenalan diterima yea..saya nak rasa kari portugis..boleh tak??
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 6:22 pm
Alamak hari ni bukan saya memasak la pulak. Hoho 😀
Reply
akhirnya dah sampai rumah br. Ketinggalan betul kan..hihi. Tahniah tuan rumah. Dah dapat umah sendiri. Tak payah bayar sewa dah lepas nie. :).
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 9:03 pm
Akak, harap2 lepas ni takde dah jadi macam dulu2. Penat dah saya nak deal dengan manusia semua. Disebabkan dah takde sewa, orang lawat pun free. Lawat sokmo eh Akak 😉
Reply
hi kak ngah sarah! farah pun dah tau dah blog akak nie..tapi as usual laa farah nie jenis yg jarang komen kat blog orang..baca jer rajin tu pun kekadang termiss banyak…hopefully kak ngah sarah bergumbira dgn blog baru nie k??
Reply
Sarah Reply:
January 24th, 2009 at 9:05 pm
Hi Farah. Kak Ngah tau kamu misti tau punya la. Hey. I’ve linked u! See, u’re important in my life 😉 Memang Kak Ngah happy sangat Nan hadiahkan this blog for me and setup almost 97% of it! Thanks to him!
Reply
alaaa ngah..
mak leh join kat sini tak..??
sedih dah x bley follow & ‘busybody’ lagi..
buleh ke?? buleh la yerr… sayang angah! =)
Reply
Sarah Reply:
January 25th, 2009 at 1:43 pm
Mestilah boleh!!! Mak sangat hebat dapat jumpa blog ni. Mak jangan beritahu pada yang lain lagi ye. Kalau depa jumpa takpa la. Hehe. Selamat datang ke Dunia Sarah 🙂
p/s: Lucu pulak panggil mak jugak kat sini. Nak panggil Kak Izzah la kat sini. Mak di plurk 😀
Reply
Yea. Ks dah buka kat sini. Kat blog lama Nad selalu stalk, tapi tak pernah nak tinggal jejak. Seganlah dengan orang hebat2. Baca diam2 suda, cukup untuk amik kata-kata motivasi dan pinjam semangat KS 😛
Reply
Sarah Reply:
January 25th, 2009 at 8:01 pm
Terima kasih Nad sebab sudi baca blog KS tu. Insya Allah KS akan cuba terus kongsikan apa yang boleh memotivasikan KS untuk kawan2/adik2 semua juga 🙂
Reply
at last i found u.. wah ader domain sendiri tak habaq noo.. awat merajuk ka cheq.. any way selamat datang kedunia baru kamu..
ps:self hosting u ni lebih laju dari yang free huhuhuhu..
Reply
wah…akhirnye jumpe kak sarah..walaupon agak lmbt tp jumpe gak..hoho..xsia2 mengorek blog org…hihi..papepon…welcome to new kak sarah!
Reply