Selamat Tinggal Semua

Assalamualaikum wbt

Saya tahu saya tidak berkesempatan melawat ke semua blog kawan-kawan yang ada meninggalkan jejak di sini. Saya juga tidak berkesempatan untuk menjawab kesemua komen yang ditinggalkan. Saya juga tidak berkesempatan untuk memberi respon yang terbaik kepada komen yang diberikan. Saya meminta maaf dengan sangat atas kelemahan saya ini.

Saya tahu ramai yang menghubungkan blog ini ke blog mereka. Saya tahu ramai yang sudi menjadi pembaca. Baik yang ada meninggalkan jejak mahupun diam saja. Saya tahu ramai yang mengikuti blog ini. Sehinggakan, baru sekejap tadi saya melihat jumlah follower sudahpun 66 orang semuanya. Saya mengucapkan terima kasih dengan sangat atas ukhwah yang diberi.

Saya akui saya tidak sempat pun untuk mengenali setiap follower ini. Saya akui saya mesti telah membuat mereka berkecil hati. Saya akui mesti ada yang terasa jika saya tidak membalas kunjungan mereka. Saya akui mesti ada yang sudah mula bosan untuk membaca. Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya bukan seorang yang peka.

Saya yakin mesti ada yang benci membaca di sini. Saya yakin mesti ada yang marah dengan beberapa topik yang pernah saya kupasi. Saya yakin mesti ada yang meluat dengan bahasa saya yang skema. Saya yakin mesti ada yang menyampah dengan kelantangan saya bersuara. Saya memohon maaf dengan sangat kerana inilah kelemahan saya yang terbesar. Kerana saya bertegas dengan cara saya yang kasar.

Saya muncul dulu tanpa dijemput oleh sesiapa. Saya menulis di sini kerana ini dunia saya. Saya menulis kerana itu terapi saya. Saya berkongsi apa yang saya fikir dan rasa. Saya bukan mengharap sebarang populariti atau mahu dipuja. Saya menulis pendapat saya. Saya menegur supaya menjadi teguran semula untuk hati saya. Saya menulis sejarah saya supaya menjadi pengajaran untuk diri saya. Saya menulis kisah peribadi untuk saya kenang nilai dan memorinya. Saya menulis kisah hidup di sini bukan untuk berbangga sebaliknya inilah jalan perhubungan antara saya dan keluarga. Saya menulis supaya saya tidak lupa kenangan kembara hidup di Rusia. Saya menulis supaya saya sentiasa ingat siapa saya, kenang jasa, baiki kelemahan diri dari pengalaman yang penuh suka-duka dan supaya saya dapat mengingatkan diri agar tidak lari dari landasan agama.

Saya sayang dunia saya. Saya dapat berinteraksi dengan keluarga. Saya kenal ramai orang. Saya ada ramai kawan. Saya kenal kerenah manusia. Saya belajar ilmu dunia. Saya belajar menjadi kuat daripadanya.

Namun, saya tidak berhajat untuk terus hidup di dunia saya ini lagi. Saya perlu pergi untuk terus membina diri. Saya perlu pergi untuk menjadi lebih kuat lagi. Saya muncul dulu dengan lafaz salam dan sedikit kata-kata perangsang untuk diri sendiri meneruskan kembara di Tanah Tsar ini. Maafkan saya, saya tinggalkan semua dengan selaut kemaafan penuh ikhlas dari sudut hati dan lafaz salam sebagai tanda Dunia Sarah ini sudah tamat tempohnya.

Apresiasi dan apologi terdalam dari saya,
Sarah Mohd Shukor

Assalamualaikum wbt

86 Responses to “Selamat Tinggal Semua”

  1. feeza.yusoff says on :

    kenapa KS?
    kenapa stop blog ni?
    ada apa?
    jangan angah.ucu selalu singgah sini.
    πŸ™

    Reply

  2. KA says on :

    ehhhhhh?????????
    knapa ks? hmm…sedey nya…
    tp saya pasti ks ada sebab yg kukuh knapa berbuat sedemikian…
    tp sy rasa terkilan sbb saya baru hendak berjinak-jinak dgn blog ks…
    semoga apa yg ks impikan akan berjaya

    Reply

  3. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks

    i bet i can’t say anything. You are big enough to think which is better for you. Don’t worry, kalau itu yang terbaik, terpulanglah. Just hopefully, kalau ks ada terdetik ke nak menulis balik, jangan segan-segan ye buka rumah balik.

    All the best in the future. Allahu yusahil alaik.~

    Reply

  4. Cinta says on :

    Salam,
    Sarah kenapa? ada masalah?ada yang menyakitkan hati sarah?aduhai adik bagaimana la kakak nak mengetahui tentang diri mu lagi?
    Tapi,
    jika ini keputusan Sarah, dan ini yang terbaik…maka buat la apa yang perlu dan akak doakan Sarah berjaya…
    Hidup baik-baik adikku..kerana kamu adik manis yang akak pernah kenali :)…

    Reply

  5. angah says on :

    sunggup sekejap knl blog ni..hmmm

    Reply

  6. alang says on :

    eh silap..bkn angah sendri,,alang

    Reply

  7. Izzah Marzuki says on :

    alaa… nape ngah..?? ape yg berlaku..? πŸ™

    Reply

  8. Pewaris Reformasi says on :

    Sarah,

    Kita tak akan mampu puaskan hati semua orang. Apa yang penting ialah kita sedaya upaya ikhlaskan niat dan dari masa ke masa belajar mengerti realiti jamak (pluralisme). Semuanya telah nyata dalam di dalam Al-Quran (surah al-Hujurat) bahawa tujuan Allah s.w.t. menjadikan kita terbeza ialah untuk saling litaarafu (berkenalan antara satu dgn yang lain) dan kayu ukur pembeza ialah taqwa yang kita sendiri sulit mengukurnya. Hebat kan Allah s.w.t.?

    Reply

  9. kimot says on :

    sarah…

    kimah pon ade berfikir byk kali gak tuk tinggalkn dunia blog wpon baru berjinak2..

    terasa beban pon ade kadang2… insyaAllah.. satu hari nati, kimah akan ikut jejak sarah jugak.

    wpon jarang kita berhubung, doakn kejayaan bersama..

    salam

    Reply

  10. Hafizatul Akmar Hussin says on :

    wee! sarah! sy suke baca blog kamu-

    tp sy juga mengerti ape yg kamu rasakan- takpelah- klu kamu rasa ini yg terbaek-lakukan aje okeh!

    all the best dr sarah!! hee =)

    Reply

  11. Aya Yus says on :

    Salamm…

    Ksu sangat berharap dapat terus keep in touch ngan sarah. Good luck for your future undertaking.. Ksu sentiasa doakan Sarah.

    Reply

  12. NuRuNnUhA says on :

    ks..
    saya hormat pada keputusan akak. ya, macam yang ainul cakap: u are big enough to think which is better for you. πŸ™‚

    sy nk ucap terima kasih ya sebab selama ini saya menumpang mencari ilmu di sini. banyak gak yang saya dapat. terima kasih untuk semuanya! =)

    anyway, all da best ya kak! moga akak menjadi seorang doktor Islam yang hebat! ameen.. πŸ˜‰

    Reply

  13. Anonymous says on :

    Adik SMS, saya sering juga mengikuti blog adik. Kadang2 seronok dan kadang2 bosan pun ada tapi tujuan saya sebenarnya adalah tidak lebih dari mengikuti perkembangan seorang anak Malaysia yang mengikuti kursus perubatan diluar negara, jauh di perantauan apatah lagi dari ibu bapa yang disayangi. Menjadi doktor juga adalah impian saya semasa kecil tapi hajat tidak kesampaian. Jadi saya seboleh-bolehnya inginkan anak2 saya meneruskan kesinambungan impian saya itu. Saya galakkan anak2 saya yang sudah boleh berfikir agar baca blog seperti ini agar dapat mengikuti perkembangan seorang perempuan yang tabah dan mempunyai semangat kental diperantauan, bukannya bukak site2 yang merapu, main game, myspace dan yang sewaktu dgnnya. Tapi sayang kiranya penulisan blog ini hanya setakat ini kerana anak2 saya yang sudah boleh berfikir belum sempat masuk kesini, adik SMS pula ingin mengundurkan diri. Apapun saya ucapkan selamat majujaya dalam bidang yang diceburi dan semoga adik SMS akan sentiasa dilindungiNya

    Reply

  14. Inah says on :

    i guess u have ur own reason right mate?

    perhaps i would do the same in years to come πŸ™‚

    Reply

  15. sakinahshuhaimi says on :

    salam buat KS..

    rasa sedih bila dunia sarah ini akan tamat di sini..
    walaupun saya baru kenal blog ni beberapa bulan..tulisan KS mampu memberi inspirasi&motivasi buat saya yg turut sama di perantauan ni..

    anyhow..thanks so much for those things u hve share…Allah always with us..

    Reply

  16. Lee says on :

    salam cik sarah,

    mohon pertimbangan untuk meneruskan penulisan blog ini tanpa memberhentikannya.

    sungguh ramai yg melawat blog siti sarah sebenarnya. tapi jika itu keputusannya utk tidak berblog lagi, saya dn yg lain2 akan menerimanya.

    mungkin awk ade reason sendiri. cuma, diharap reason awk bukanlah krn kecewa akn sesuatu atau ade yg dah melukakan hati awk.

    harapan saya (mungkin yang lain juga), supaya awk meneruskan blog awk ini.

    kuatkan semangat.

    senyum selalu sarah, wslm. πŸ˜‰

    Reply

  17. ahmad says on :

    salam.. erm.. ntah.. tatau nk kata apa.. tp kadang2 kita perlu berubah.. berat yg amat.. ya.. berubah.. berubah dan berubah.. tp?.. nape nk berenti masa ni?.. tunggu la bila balik mesia?.. why 3x?

    Reply

  18. one says on :

    assalaamualaikum wbt
    lama rasanya saya tak bersantai di blog secara serius..sekadar baca laju2 sebab saya selalu dikalahkan kepantasan masa…
    tup10…
    nak selamat tinggal..
    oh ya..happy (belated)birthday
    moga panjang umor murah rezki
    biarlah ada jodoh boleh jumpa lagi

    kemaafan juga dipinta

    Reply

  19. Dr Amad says on :

    Salam selamat tinggal…

    Semoga sukses untuk kemudian harinya.Jika on balik,dont forget inform me back…wokeh KS

    Reply

  20. Panglima Hikayat says on :

    Dah tutup ya. Banyak kenangannya cik Sarah blog ni. Ok. Askum. Jumpa lagi.

    Reply

  21. diya says on :

    erk, kak sarah? angin takdak, ribut takdak. kenapa mesti sekarang? tak sampai sebulan, diya btl2 ikut blog ks, tetiba pulak … aiseh.. diya rasa, dulu ada sekali kak sarah stop. masa tu, diya mungkin tak rasa pape. sbb cuma baca blog kak sarah senyap2 gitu. tanpa hubungan dua hala [sedang2 masing2 sebenarnya saling memerhati =)]. tapi, bila kali kedua ni… diya rasa… LAIN ah kak sarah… sebak pun ada… =(

    diya taknak balas ucapan selamat tinggal kak sarah. maaf…

    Reply

  22. yOnnA says on :

    kak??
    ape ni kak??
    πŸ™ πŸ™ πŸ™

    baru yonna nak kenal akak πŸ™
    yonna pon tanak balas ucapan selamat tinggal akak.. πŸ™

    Reply

  23. Syed Danial says on :

    walaupun saya baru sahaja mengikuti blog ini, tulisan anda kadang kala membuat saya berfikir.walaupun kak berhenti blogging di sini, tulisan2 anda tetap menjadi pedoman :).terima kasih

    Reply

  24. chi am says on :

    sarah, kami semua suka baca blog kamu. tapi jika memang solid keputusan kamu ini. apakan daya kami. pasti kamu ada sebab yang utuh. selamat sejahtera selalu ke atas kamu sarah.

    Reply

  25. Shumierain says on :

    Salam,
    where r u going..

    anyway, thanks sebab sy mendapat manfaat dari coretan Sarah selama ni..

    Saya akan selalu mendoakan yang terbaik buat Sarah..

    Assalamualaikum..

    Reply

  26. cikgu jawe says on :

    bg awk mungkin DS ni cuma sekadar coretan. tp cerita yg awk tulis ni menjadi inspirasi kpd org lain.

    harap awk berfikir semula. tp kalau awk dh nekad nk berenti, harap dihalalkan sgl yg dibaca dn dimaafkan sgl yg terusik.

    dn kalau awk nk kembali semula, kwn2 semua akan rasa gembira.

    kalau awk majuk, aku pesan kt wanie tlg piat tinge awk.. hehe *kiddin*

    Reply

  27. Khairul says on :

    Kak Sarah..

    Jaga diri baik2 ye πŸ™‚

    Reply

  28. minang says on :

    KS dh nk stop ke? nasib baik sy tggl kt 1st floor jer.blh jmpa lagi.hehe.

    Reply

  29. Nadia Yuna says on :

    Sarah.

    Awak tetap dekat walau jauh!

    hah.

    Saya da start cuti ni. Dah mula makan dahhhhhhh. adoiii. Gomok balik la.. hehehe =p

    Reply

  30. Sweet Thinker says on :

    jauh di belog dekat di hati!

    Reply

  31. dhiyauqalbii says on :

    dear sarah

    1. syukran masih ingat birthday kak tikah.

    2. All the best untuk apa jua yang dilakukan.

    3. Dik, k.tikah harap Sarah akan terus menulis. Tanpa Sarah sedar, sungguh banyak pahala yang mengalir bila ramai menjadikan tulisan sarah inspirasi untuk mereka buat baik dalam apa2 jua aspek. Then, itulah pahala yang berpanjangan, bila mereka buat dan amalkan. Benarlah pesan junjungan (kalau akaktak silap)- KATA_KATA YANG BAIK ITU SEDEKAH.

    dan ingat kembali firmanNYA dalam surah Ibrahim- kata kata yang baik tu umpama pohon besar, akarnya kukuh di bumi dan pucuknya menjulang ke langit.

    Maknanya, di sini ada ruang untuk kita mencari pahala, mendidik diri dan diri orang lain. Dakwah hikmah yang seharusnya kita ambil peluang.

    Apapun, u know the best for yourself.. Take care selalu dik..

    Reply

  32. N a b i L says on :

    KS, saya rs awak tak patut stop berblogging.I hope this is not true

    Reply

  33. doyot says on :

    Sarah, will miss your writing so much. Terima kasih atas semuanya. Sangat memberi inspirasi. =)Moga bertemu apa yang dicari.IAllah

    Reply

  34. Kasawari says on :

    Salam Sarah,

    Lama Kasawari tak meninggalkan jejak di sini.. tapi masih minat membaca penulisan Sarah..

    Harap Sarah meneruskan ya penulisan di sini.. mungkin berehat seketika tidak mengapa kan..

    Mengharap masih dapat membaca di sini..

    BEEP BEEP

    Reply

  35. Anonymous says on :

    salam sarah
    akak silent reader blog ni. sgt2 suka sbb blog sarah ni sgt berinfomasi dan akak ada suggest kat adik akak yg study kt dublin utk bc blog sarah. hrp2nya keputusan sarah ni adalah yg terbaik.

    *cuma kalo x stop, pon lg bagus πŸ™‚
    semoga sukses ya

    k.hana

    Reply

  36. Anonymous says on :

    salam kak sarah…

    saya harap kak sarah tak stop blogging.

    seperti sesetengah orang lain juga, blog akak menjadi inspirasi.

    selamat maju jaya akak.

    Reply

  37. djambu puadovich says on :

    oh tidaaaaaaaaaakkk!!!!!!!!!

    Reply

  38. atah says on :

    cukuplah sekadar menempelkan link ini
    http://drmaza.com/home/?p=358#more-358

    ive been ur silent reader since early 2007.2 tahun sudah.
    =)

    Reply

  39. Kita orang KL says on :

    Good luck to U. May success in all. Allah bless all of us.

    Reply

  40. mfadlimusa says on :

    Salam Sarah,

    Selamat memulakan kehidupan baru selepas kembali ke Malaysia nanti.

    Kiranya “Dunia Sarah” akan hidup kembali jangan lupa maklumkan kepada saya. Mungkin saya akan lebih mengerti tugas seorang Dr. melalui “Dunia Sarah” yang baru.

    Reply

  41. chika says on :

    Alaaaaaa. Mana Sarah? mana sarah?

    Reply

  42. cikgu jawe says on :

    ahahahaha! :))

    *gelak guling2*

    Reply

  43. mohd hazreen bin abdul rashid says on :

    salam KS…

    if you think this is the rite thing 2 do then go on… πŸ™‚

    btw buku2 yg saya cadangkan tu ada atas meja saya kat hostel m2, tak sempat nak pass kat sapa2… kalau rasa2 dtg m2, konteklah rumet saya arre bilik 3-06. dia tak ke mana2…

    sorrylah yerr kalau spanjang 4 tahun lebih kenal sy pernah terkasar bahasa etc

    Reply

  44. Anonymous says on :

    alaaaa….

    anyway, we just have to respect ur stance what ever the reason(s) might be. tq for everything.

    -joe-

    Reply

  45. syzn says on :

    kenapa kak??
    patut tergerak hati nak lawat sini…rupanya πŸ™
    harap akk x stop DS nih, sbb dpd DS nih lah sy boleh terus bangkit kalo sy down. Bukan nak sanjung, tapi tuh lah hakikat… πŸ™‚
    Selamat Maju Jaya~
    *ada skype??

    Reply

  46. Lina says on :

    salam Sarah..
    mm..surely u got ur own reason kan??good luck to u~

    btw,igt x amirah mohd rashid kelas 5/11 dulu?yg kecik2, pakai spek tu..dia br kawen sabtu lepas..

    Reply

  47. adik says on :

    salam, kak…adik baru je explore blog akak…tapi akak dah nak stop dah…sedihnyer rase…jgn lah, kak…adik dah khatam dah blog akak slama sminggu…besh sgt…bagi adik panduan n semangat nak kejar cita2 adik nak jadi cam akak…

    kak..pertimbangkan lah dulu…

    Reply

  48. [S]itie [B]Um [B]Um says on :

    nape??

    Reply

  49. Acai says on :

    Hoyeaaahhh dapat jadi pengkomen ke 50,hehehe…nak kena mintak blanje nih,hehe..semoga terus maju kedepan sarah..lagi dan lagi,chaiyok2!!!!! blanje tetap blanje,hahahaa..

    Reply

  50. Acai says on :

    cikgu jawe, nak kena piat telinga nih..orang sedih dia pegi guling2,hehee..

    Reply

  51. kak mas says on :

    Salam Sarah,
    Jika itulah keputusan sarah, tiada kak menghormatinya walaupun sekejap je kenal. Sebab setiap orang tentu ada alasan tersendiri dalam melakukan sesuatu.
    Patut la, email kak pun tak berbalas, rupanya dik sarah nak ucapkan selamat tinggal.
    Btw, jaga diri baik-baik dan belajar serta fokus yang terbaik untuk final exam.
    Good luck.

    Reply

  52. nono says on :

    Saya kehilangan teman yang sangat thoughtful di dunia blog ini. Nice to meet you Sarah.. Walaupun kita tak bersua di dunia nyata, tapi persahabatan dalam alam maya ni sangat bermakna pada saya tau!

    ps: maaf saya tak bertandang disini agak lama juga. saya sangat sibuk πŸ™

    pss: saya hormati keputusan awak jika awak benar benar nekad mahu berhenti menulis, tetapi jika terdetik dihati mahu kembali, jangan lupa untuk war-warkan pada saya ya!

    *peluks kuat-kuat*

    Reply

  53. pcuserz says on :

    good luck.
    wishing you all the best.
    ps.: still hoping you will be back blogging anytime soon!

    Reply

  54. FaYiisya says on :

    I’ll missed you!

    *waaaa!!!*

    Reply

  55. pencacai tua says on :

    salam…awak dah berhenti menulis ke nie..mungkin awak ade perancangan lagi besar utk hidup awak..awak teruskan kehidupan ye..em,manusia tiada yang perfect kan..tapi Tuhan dah cakap manusia adalah sebaik2 kejadian..malaikat yang memang hebat blh sujud tanda hormat kat manusia..sempurna tak kite..fikir2 kanla..jaga diri ye..ade rezeki trjumpe awk kat tmerlh,lehla sy tegur..

    Reply

  56. Areefah says on :

    Cerita tentang diri anda di perantauan sungguh mengujakan diri saya. Tapi saya terasa pelik kenapa anda mahu berhenti menulis serta merta? Dunia blog atau alam maya ini memang terlalu mengasyikkan sebenarnya. Tapi tidak semestinya anda terus berhenti serta merta kerana mahu menumpukan pada sesuatu matlamat yang lain. Tapi semua keputusan di terletak pada diri anda. Apa yang boleh saya katakan, penceritaan anda ketika diperantauan sungguh menarik sekali. Saya doakan anda akan berjaya dalam hidup ini dan selamat bergelar DOKTOR

    Reply

  57. Sifu Mirza says on :

    salam cik sarah…

    saya baru ajer menjengah ke sini…

    penulisan yang baik…

    apapun doa saya awak terus sukses dalam jihad ini…insya Allah

    πŸ™‚

    Reply

  58. haritz says on :

    Sekali terpukul bukan selalu terasa sakit.

    ps: ada ilmu jgn sia-siakan,
    ada bakat jangan sorok-sorokan.

    Reply

  59. WanHidayat says on :

    Salam Sarah…awak apa khabar?, harap sihat selalu…

    Pertamanya….nak ucap selamat tahun baru 2009…semoga tahun ini lebih menjanjikan perkara yang baik2 untuk awak di sana….

    Tahun terakhir untuk awak di sana…semoga kepulangan awak ke Malaysia kelak bakal memberi kesan positif dalam industri kedoktoran…hehehe…tak tahu nak tulis apa sebenarnya….

    Keduanya: Selamat maju jaya untuk awak…

    Teruskan menulis…awak penulis yang baik…perkongsian awak sentiasa ber’roh’…

    Ok…Aja2 fighting Cik Sarah!!!!!!!!!!!!

    Reply

  60. callister says on :

    what happened sarah???

    Reply

  61. bio_addict says on :

    kak sarah..all d best to u!sy pembaca tetap blog akak..tp skng dah xde..sedey plak..blog ni always igtkn saya pada kehidupan sebenar…thanks..blog akak byk tlg saye bangkit. pape pon..sume keputusan kat tgn akak. Good luck!

    Reply

  62. fazemy says on :

    ????

    Reply

  63. pembaca senyap says on :

    wlpn sy dah bc entry ni dr awl kaksarah post, sy tetap jgk dtg sini, mengharapkan miracle akan berlaku. tp nmpknya dh tak ada apa2. moga2 kaksarah dirahmati Allah.
    Halalkan segala ilmu yg sy dpt dr blog kaksarah ni. Halalkan jgk sedikit sbyk ilmu yg ada dlm blog ni utk sy kongsikan dgn rakan2 sy. Terima kasih.

    Reply

  64. riqzmie says on :

    hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank

    Reply

  65. riqzmie says on :

    hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank

    Reply

  66. en_me says on :

    its oke my dear dr sarah tewww.. kalo dah abes sengal sengal nanti update larr lagikks blog kamoo nih..

    salammmz jugerr dr me dikejauhannnns

    Reply

  67. 13may says on :

    saya hormati keputusan sarah…

    take care πŸ™‚

    Reply

  68. lavenderdesa says on :

    salam….sedih bila dah xde entry dpd KS..i used 2 b ur silent reader..everyday,i’ll visit ur blog..searching for ur new entry..
    sumhow,i become inspired by ur writings..im a med student too n hope to perform well..juz like u!
    All the best KS!

    Reply

  69. norsaritanaini says on :

    salam…
    sah2 dah berenti memblog ke ni…alaaa dik, akak baru jer nak berlepak-lepak kat sini..best baca blog nih…boleh bg inspirasi…mehla berblog semula sarah…huhuhu…

    Reply

  70. Hafiz says on :

    I respect your decision. The final year will be tough. All the best for your studies.

    Good luck

    Reply

  71. AA says on :

    jangan berhenti menulis ye ks walaupun bukan di sini. saya akan rindu dunia sarah~

    Reply

  72. sinar_islami says on :

    salam~huhu terkejut sha..papepun mesti ada hikmhnya kan…

    namun sgt manis berkenalan ngan akak..sha harap yg terbaik utk akak

    Reply

  73. 'sNatasha.M' says on :

    Assalamualaikum sarah…

    Tak sangka dengan keputusan yg sarah ambil. Kita mungkin tak pernah bertemu mata tapi ukhwah yang terjalin melalui bait2 kata sarah, seolah-olah lebih kuat dan kukuh dalam diri saya.
    Saya minat dengan penulisan sarah, namun saya sedar siapalah saya untuk memberi pendapat apa yang patut dan apa yang tidak.
    Saya pasti sarah bertekad begini kerna ini yang terbaik.
    Saya doakan semoga kesejahteraan dan pedoman sentiasa menerangi hidup sarah.
    Andai di ruang waktu yang lain, terdetik di hati sarah untuk menulis kembali, jgn teragak-agak, kerna yang pasti saya akan menyokong sarah selalu.
    terima kasih atas penulisan sarah selama ini yang byk membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam erti kehidupan.

    Wassalam
    Salam sayang,
    Su Natasha M. =)

    Reply

  74. masyitah says on :

    salam sarah.akak silent reader blog sarah.banyak manfaat yang kakak perolehi dari blog ini.memandangkan akak salah seorang pesakit SOPD,urologi,orthopedik dan gyne, sememangnya sedikit sebanyak blog sarah membantu akk dlm mngurus diri.

    apa pun akak doakan sarah berjaya dalam kehidupan sarah dunia akhirat.

    wassalam

    Reply

  75. Nini Marini says on :

    kak sarah…
    seriously, rindu akak n all ur writings..
    =(

    Reply

  76. adik says on :

    kak..jgnla stop blogging..please..rindu sama kamu punya writings..
    :(( huwaa

    Reply

  77. Kasawari says on :

    masih mengharap lagi…

    Reply

  78. Muqreez says on :

    Assalamualaikum w.b.t

    Bermula dengan Al-Ukht Sarah
    Kemudian Sis. Sarah
    Sekarang lebih sesuai sebagai adik Sarah

    Syed Qutub ada menulis,
    “di dunia ini tiada ruang untuk kebetulan” (muqaddimah fi zilal)

    Namun izinkan saya gunakan kalimah kebetulan kerana perkara ini berlaku tanpa kita rancang, tapi Dia.

    Secara kebetulan, terdetik untuk saya menyelongkar blog saudari setelah secara kebetulan saya juga telah mengundur diri dari dunia blog ini, sedang lidah ini semakin tawar untuk blog dan segala yang berkaitan dengannya.

    Yang membezakan kita, adalah sebab untuk kita mengundur diri…

    Yang bezanya juga..saya memberi harapan untuk muncul kembali..walau usaha ke arah itu masih lagi kabur…

    Setelah apa yang berlaku pada zaman sekolah yang menggila, kita lalui hidup antara dua…remaja ke arah dewasa…

    Kita dapati wadah ini pernah menjadi satu nuansa untuk kita bersuara….samada mesej itu sampai atau tidak…telah kita cuba berpesan dan membisik pada dunia.

    Kita temui blog menjadi medan untuk kita berkongsi nikmat hidup, pengalaman dan ceritera.

    Namun tidak semua biasa diungkai di sini.

    Kita pelajari tulisan dangkal dan mentah kita mengundang kegusaran dan salah faham jua khilaf. Namun itu bukan sebab untuk berhenti.

    Namun yang pasti,kita telah dimengertikan bhw blog ini pernah menjadi pelengkap diri, suara bicara hati, jambatan kekasih, kitab kuning pendita, pentas protes, jalan-jalan demonstrasi dan dunia untuk pemiliknya..

    Sepertimana ia telah pernah menjadi Dunia Sarah.

    Doa untuk langkah seterusnya..

    Reply

  79. one of ur silent reader says on :

    Assalamualaikum,

    sy pon spt pembaca lain juga, amat mengharapkan keajaiban akan berlaku. Namun, harapan hanya tinggal harapan.

    namun diharapkan agar Dunia Sarah kembali “hidup” dgn entry terbaru. Mungkin Dia akan membuka hati Sarah nanti suatu hari nanti, agar sudi mencoret kembali di Dunia Sarah, yg sudah utuh di sanubari pada pembaca setia.

    Namun, sy amat menghormati keputusan Sarah. Di harapkan agar Sarah terus maju jaya dlm ape jua bidang yg diceburi. Dan jgn lupa perjuangan kita utk kehidupan “seterusnya”.

    Akhir kata, andai kata Sarah mahu kembali mencoret disini, kami semua amat mengalu-alukan. Jauh sekali untuk mengata.

    Salam ukhwah.

    Reply

  80. Anak Pendang Sekeluarga says on :

    jang tinggal kerja agama….

    Reply

  81. future phenomenon says on :

    salam…tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke http://www.nusanaga.blogspot.com

    selain tu boleh eratkan tali persaudaraan…nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu…

    wassalam

    Reply

  82. Kasawari says on :

    ohh blog ni masih wujud lagi.. hu hu

    Reply

  83. nurimo says on :

    Salam Sarah,

    wau hebat blog ni,inilah kali pertama ana kujungi blog ini,cantik

    salam perkenalan,ada masa kujungi blog ana dan komen2lah sikit.

    Reply

  84. Mr Black Gagak says on :

    woot2

    Reply

  85. Melody says on :

    Vachement attractif, mon petit doigt me dit que cet article intΓ©resserait un pote

    Reply

  86. Vickey says on :

    I’m no longer certain where you’re getting your information, but good topic.

    I must spend a while finding out much more or understanding more.
    Thanks for excellent info I was looking for this info for my mission.

    Reply

Leave a Reply