Cadangan Untuk Blog
Assalamualaikum wbt
Saya rasa, untuk memeriahkan blog ni nanti, saya bercadang untuk memperbanyakkan gambar. Tapi masih ada tapisanlah kan. Saya nak kongsikan keindahan musim sejuk terakhir saya ni, juga musim bunga terakhir saya nanti dan tak ketinggalan musim panas terakhir nanti juga.
Dulu saya pernah rasa pissed off bila ada yang mengkaji, belek sana, belek sini bila saya letakkan gambar saya sendiri. Hey, bila seseorang tu berblog, itu hak peribadi dia hendak buat apapun. Gambar-gambar yang saya letakkan dulu pun bukannya gambar melampau cam-whoring tak ingat dunia. Sampaikan gambar jari semata-mata pun hendak dikomen. Manusia, manusia.
Jadi disebabkan ini blog rasmi saya, domain saya, saya lebih berhak menentukan apa yang saya mahu. Kalau masih ada lagi yang mahu cari pasal tentang hal-hal remeh yang boleh buat saya piss off, saya akan spam dia. Beranilah tempah maut. Oh. Mentang-mentang dah reti pasal hal ni, sudah naik tocang pula saya. Haha. 😀
Saya yakin, Faiq dan Nadia bersetuju dengan saya. Mari, mari. Kita give-me-five bertiga. Kuasa tiga wanita adalah lebih kuat daripada kuasa Barack Obama. Kan? Sungguh merepek saya tengah malam ni 😀
Nota: Entri yang bermanfaat pasti akan menyusul juga nanti.
Gambar banyak menarik. Melegakan mata. Lepas baca-baca wah dapat gambar. Dapat bayang. Baca-baca lagi wah Wonder Pets.
Nota entry lepas boleh tahan lucu: Pencerobohan adalah dilarang.
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:03 pm
Akan diusahakan untuk rajin mengecilkan saiz gambar dan susun lawa-lawa. Hehe. Lucu? Wow. Saya dah ada peningkatan ye =p
Reply
slm sarah,
waaa bagus..sy memang suka tengok tpt yang tak pernah sy jejak..cepatlah taruk sarah,hehe..ooo, orang2 seperti itu memang tak dialu-alukan dalam mana2 blog pun..:) semoga awk dapat elakkan pencerohonan tersebut..amboi2 siap ada kuasa lagi tu..terasa macam power puff girl je,kekekek
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:05 pm
Tapi tu la masalahnya. Saya ni malas nak resize gambar =p Kalau ada masa, saya memang akan buat. Kasi ceria sikit blog ni 😉 Saya bukan power puff girl tau Acai. Saya adalah Sailor Jupiter. Hahaha. 😀
Reply
mcm achik *perasan muda lagi* ckp dlu, org mcm tu, kita abaikan. sbb nnt blh buat kita dpt byk penyakit jiwa 🙂
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:06 pm
Aish orang perasan muda tak sudah2 ni =p Kali ni memang saya akan abaikan habis-habisan orang2 yang macam ni 😉
Reply
Hijau! Bukan ungu dah. Layout Hijau lebih stabil barangkali.
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:08 pm
Ungu tu ada bug. Malas nak betulkan dah. Yang hijau hari tu pun tak berapa lagi. Yang hijau kali ni, insya Allah akan kekal tapi masih dalam proses baik pulih. Sebab kalau sedar yang ni masih bertindih dengan theme hijau yang sebelum ni. Leceh kan. Kena rajin belek coding pulak saya lepas ni.
Reply
salam untuk sarah..
berpindah ke rumah baru nampaknye :P..sudah dikesan 🙂
Reply