Alangkah Indah Kalau Ada Anak

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi hari ini, saya rasa sangat selesa. Celik Mata sebelum azan Subuh. 6.30 Subuh pun masuk. Selesai solat, saya ada banyak lagi masa sebelum bertolak. Sempat bermain-main bersama Stewart dan Mickey. Alangkah indah kalau ada anak, kan.

Bertolak macam biasa dan sampai awal. Tak lama di hospital hari ini. Kami diberikan tanda tangan sebagai tanda telah lengkap credit hours untuk posting kali ini dan dibenarkan pulang. Maka, dengan rasminya bermulalah cuti musim sejuk saya. Saya tak bertangguh. Balik terus. Singgah pasar, membeli sedikit barang dapur dan makanan si kecil berdua di rumah tu. Alangkah indah kalau ada anak, kan.

Bila saya kata saya singgah membeli barang dapur, bunyinya seperti saya hendak memasak, kan. Sebenarnya saya balik rumah dan kemudian memanaskan lauk dan nasi semalam. Semalam adalah kali pertama saya makan nasi dalam tempoh dua minggu ini. Berat badan semestinya turun (Serius teringat Nadia dan Faiq. Mereka juga seperti saya. Kita sahabat sehati sejiwakah?).

Bila sedang makan, saya menerima mesej daripada emak. Selepas dibalas sekali, emak kemudian menyudahkan mesejnya. Mesejnya pendek tapi dipenghujungnya ada pesanan penting.

“Take care. I miss my girls.”

Ya Allah. Emak rindukan saya dan Kaklong. Sedih kan? Saya pun rindukan emak juga…

Nota 1: Alangkah indah kalau ada anak, kan. Tapi kalau anak-anak berjauhan, mesti rindu di hati emak ayah tu tak terkata. Untuk anak-anak yang duduk jauh dari ibu bapa, jangan lupa hubungi mereka. Jangan malu menjadi yang memulakan menunjukkan kasih sayang. [Untuk impak yang lebih berkesan, sila dengar nasyid di sebelah. Boleh senyum, boleh menangis, boleh rasa nak belajar tak tidur-tidur, boleh rasa nak balik rumah sekarang juga. Hehe]
Nota 2: Saya nak buku. Saya nak buku. Saya nak buku untuk mengisi masa cuti ni! Nampaknya kenalah mengeluarkan duit untuk membeli buku cerita baru. Adoi. Duit lagi. Kepada junior-junior yang ada membaca blog ni, kalau sesiapa yang mempunyai novel Inggeris yang berkaitan dengan sejarah atau seni, silalah maklumkan. KS sangat berminat dan berhajat untuk meminjam. Terima kasih!

26 Responses to “Alangkah Indah Kalau Ada Anak”

  1. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks.

    i’m counting every last paragraph how much you say those word “alangkah indah kalau ada anak, kan?” . Nasib baik baru dua tapi sudah ada peningkatan nih. Hehe.. Boleh la mak ks bersiap sedia lagi setahun dua, ye dak? =P

    Sejak exam ni asyik melayan video janji semalam je. Sama gak effectnya. Dari nak baling buku, terus peluk buku tu tak lepas-lepas tatap walaupun kepala dah berasap. Mesti mak ainul pun rindu girls dia jugak sebab yang kecik tu pun dah nun di KL. Tetiba terfikir sapalah nk tolong mak kat rumah.. *Waa, nak balik!*

    k, nak tido balik. Tadi baru setel hadam utk next exam. Doakan ya! Tata~

    p/s: Jawapn ks kat entry lepas sgt lawak la. Awww?? Gelak guling-guling bayang ks malu.. hehe..

    Reply

  2. chi am says on :

    sarah, impressed betol baca tajuk post kali ni. hikhik.

    Reply

  3. KA says on :

    hmmm…ks nak buku pasal sejarah n arts? klu dlm bentuk pdf nak? saya ada byk buku camtu dlm bentuk ebook…

    saya boleh hantar melalui emel…
    btw nak buku sejarah apa??

    Reply

  4. Mohd Hazreen Rashid says on :

    salam.

    saya ada crime and punishment by fyodor dostoyevsky pasal psycopath in 19th century russia. dah baca kah? selain itu saya turut mempunyai isms…understanding arts…mcm coffee table book je pasal visual arts, saya beli lepas semangat gila tgk paintings kat hermitage st petersburg…skrg mcm tak smangat sgt dah…hoho…

    Reply

  5. Inah says on :

    benci benci dengar lagu ni 🙁

    Reply

  6. Aya Yus says on :

    Hmm.. kalau anak dah besar pjg, cam tu la kan. Kalu kecil lg cam my Dania Aisya.. tinggal jer, mesti nk kena tepon 2,3 kali sehari. Pastu plak, mesti cam ada something missing jer.. Tu baru tinggal 1,2 hari tu. Blum lg masa dia meraung tak nk kena tinggl, ngan akak2 sekali la mengalir air mata jawabnya! Hahaha…

    Reply

  7. Kita orang KL says on :

    Any plan for vacation? Europe? Middle east? Elsewhere? Enjoy your holiday.

    Reply

  8. doyot says on :

    saya juga suke lagu tu..ngee. Rindu mak juga. Mak sya suka tanya, tiada cuti kah??padahal baru saje balik Malaysia sebulan lalu.uhuhu.

    Reply

  9. Dr Amad says on :

    umur 24,cepat nak nangis,hari ini dah tidak lambat ke kelas,dan ingin punyai anak…huhu.Ampunnnnn ks..hik3

    Reply

  10. jejakalkindi says on :

    salam..

    I miss my girls too..always..

    Reply

  11. ytmz says on :

    Lagu Rabbani Anak Soleh pun boleh bergenang bijik mata. He He.

    Reply

  12. kimot says on :

    nk anak tikus ke sarah?? kedai byk.. beli la..

    komik baca x? one piece. melambak ni hahaha

    Reply

  13. nadia says on :

    best kan bila ada anak..Ada ‘ikatan’ yang rapat.dulu masa masuk mrsm pun mak nangis2.Nadia pun pelik jugak sebab mak tak pernah2 nangis dalam hal2 macam ni.. Sedih kot berpisah dengan nadia..huhu.

    Reply

  14. kak mas says on :

    Salam Sarah,
    amboii dik sarah sejak mningkat ke-24 tahun ni berangan lebih tinggi..hehehe
    InsyaAllah..semuanya akan tercapai nanti.Sebab anak tu menyambung warisan.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Peningkatan apanya. Takde unsur gatal nak kawin kat sini. Ni unsur keibubapaan je =) Video semalam tu KS tengok pun KS nangis jugak.

    Am:
    Tajuk je la yang lelebih =p

    Khairul:
    PDF ye? Kalau PDF takpe dulu. Mata KS ni tak betah mengadap skrin lama2. Ni la dia mata orang tua. Haha.
    p/s: Soalan kamu pasal blog KS yang lagi satu tu, maksudnya yang sajak tu ye? Antologi Dunia? KS hidden kan daripada profile KS tapi boleh tengok linknya pada blogroll kat sebelah ni.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hazreen:
    Ya rabbi Hazreen. KS nak pinjam buku tu. By Fyodor Dostyevsky. KS ada baca sebuah buku dia sebelum ni. Yang pasal underground life tu. KS nak pinjam boleh? Ni sungguh2 ni. KS sebenarnya memang nak spesifikkan buku sejarah yang KS maksudkan tu kepada sejarah Russia atau Eastern Europe. Tapi kot2 kalau ada orang lain yang ada cerita pasal sejarah lain, tu sebab KS umumkan je statement tu. Tapi ni kamu ada yang KS nakkan. Teruja KS tau. Hehe. Yang pasal art tu pun macam best je. Yang macam ni la yang KS cari tau! Macam mana nak contact kamu ye?

    Kak Inah:
    Kan kan? Ada rindu yang dalam kan. Tapi saya suka nasyid ni. Hehe.

    Kak Su:
    Alalalahai… Ni la dia kasih ibu dan anak kecik yang tak boleh dipisahkan. Nak nak pulak kalau dia nangis kan. Memang sah2 la emak budaknya pun nangis kan. Hihi =D

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kita Orang KL:
    Tak berhajat nak bercuti ke luar pun.

    Doyot:
    Bestnya awak Doyot. Boleh sokmo balik. Indonesia tu macam ulang-alik Penang-Johor je ye. Hehe. Tapi mak awak memang comel la =D

    Fahmi:
    Aduh! *tepuk dahi* Adikku yang sorang ni pandai sungguh putar2 ayat ye =p

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Fisol:
    U always do. I know it.

    Yasir:
    Tapi maknya suka lagu ni dengan lagu Mirwana. Tapi kali ni kita pilih lagu ni pulak =)

    Kima:
    Saya tak baca sebarang komik mahupun tengok anime. Hehe. Tu pantang larang saya =D

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    Ooo. Kamu MRSM dulu ye? Dia sebak teringatkan kamu kena hidup sendiri la tu. Tapi kamu pulak nangis tak waktu tu? Hehe. Ikatan tu special. Sebab tu syurga di bawah telapak kaki ibu =)

    Kak Mas:
    Ni takde kaitan dengan berangan pun. Ni tentang ikatan mak-anak. Tu je.

    Reply

  20. haritz says on :

    Percayalah mempunyai anak tak semudah yang disangka. Dari umur sehari sampai lah besar. Lebih2 lg bagi si ibu. Cukup memeritkan. Tapi semua ini dibayar dengan kepuasan. Kepuasan yang tiada tolok bandingnya. Percayalah..

    ps:kalau lihat muka anak hilang penat, hilang marah

    Reply

  21. enar arshad says on :

    bila dah ada anak tiba-tiba dunia ni lain sangat.ada satu lagu lama dari m.daud kilau rasanya tajuknya anak ku yang pertama..bila dengar lagu tu memang sedih.

    selepas kehilangan mak lagilah terasa besarnya kasih sayang mak.saat-saat bergaduh pun dirindui,inikan pulak saat bermanja.bertahun-tahun sudah terbiasa menelefon ke rumah ptg-ptg dr pejabat menanyakan khabar anak dan mak.bila mak tiada, anak pula dihantar ke rumah org, rasa kosong sangat..selama ini juga maklah yang sentiasa mendoakan anak-anaknya tanpa jemu dan tanpa meminta apa-apa balasan kecuali mohon tuhan lindungi anaknya.

    Reply

  22. Ainul Arina Madhiah says on :

    haih, sapa plak kata peningkatan unsur kegatalan..? orang kata peningkatan unsur keibuan jer.. hehe.. ibu-ibu kan selalu rasa macam tu.. (^_^)Y

    Reply

  23. nadia says on :

    yup2. Kat Taiping.. Tyme tu nadia tak nangis pun (sebab before tu pernah masuk sek teknik kl, dah puas nangis sebab rindu kat family). Yang aneh tu, perasaan rindu kat family datang bila selesai solat jemaah ramai2.Tyme tu memang menangis la tapi takpe sebab takda orang nampak..hehehe. Sebab tu masa masuk mrsm tak sedih2 dah. Cuma teringat-teringat tapi tak smpai nangis..Kali kedua berpisah dgn family so, da biasa sikit..huhu

    p/s: saya pernah rasa perasaan macam mana hilangnya emak. But i’m glad, mak saya ‘tak hilang’ sebenarnya. She still alive. Dan perasaan itu truly, deeply sad 🙁

    Reply

  24. Cinta says on :

    Salam,
    Boleh tak akak off topic jap…halal yer sarah…hehehe..akak nak ubah tajuk ” alangkah indahnya kalau ada adik macam sarah”…serba serbi dengan pakej…terima kasih sarah…dari dulu akak nak ucapkan terima kasih sebab cerita-cerita sarah selalu menghiburkan akak…kalau sarah sedih akak ikut sedih…kalau bole tak nak sarah sedih-sedih tau…akak terasa sarah dekat di hati mungkin sebab akak ni x adik beradik agaknya…akak tau sarah kuat, dugaan2 kecil itu insyallah sarah boleh harungi dan konvo dengan jayanya…all the best dik 🙂 dan hidup baik-baik…btw, memang seronok kalau ada anak 🙂

    Reply

  25. Izzah Marzuki says on :

    yer..memang best bila ada anak.. akak penah rasa bahagianya.. =)

    Reply

  26. nOnnie_sayang says on :

    Alangkah indah kalau ada anak, kan?

    statement yang menikam jiwa raga pada orang yang tidak mampu mempunyai anak. pd orang yang mampu dan sudah mempunyai macam akak, mmg berbunga jiwa dan hati. rasa tak terucap kat mulut. biar penat macamana pun bila balik kerja, terpandang muka anak2 yg tengah memanjat grill sambil terpekik mama! mama!, trus senyum lebar sampai ke telinga. indah, memang indah, malah teramat indah. moga Allah memberi nikmat yang serupa pada Sarah, jika bukan hari ini, esok lusa. insya Allah, Amin.

    Reply

Leave a Reply