Kembar (ii)

Assalamualaikum wbt

Masih ingat akan kisah kembar imaginasi saya? Ini pula kisah saya menemui kembar nyata. Siapa sangka dalam berimaginasi sendirian, akhirnya saya temui kembar di alam nyata pula.

Dipendekkan cerita, dia merupakan salah seorang di antara kawan baik adik saya. Umur kami sebaya. Tapi dia lahir awal sedikit dari saya. Dia seorang anak yang baik. Juga seorang kawan yang mementingkan kawan-kawannya. Bagaimana kami mula berhubung, semuanya kerana kelompok kawan baik adik saya ini yang menamakan diri mereka Jinggo. Golongan computer geek yang saya sangat senang dengan kesemuanya. Disebabkan kami sebaya, maka sedikit demi sedikit kami menjadi sekepala dan banyak pula persamaan yang dikongsikan.

Dia baik hati. Suka cuba tolong adik beradiknya juga kawan-kawannya dengan sedaya upaya. Saya tahu dia seorang yang tenang. Tapi jangan cuba diuji api kemarahannya. Dia juga seorang yang kuat bermimpi. Kemudian suka cuba mengingati mimpinya semula. Mimpinya selalu pelik-pelik. Tapi saya suka melayan apa yang diceritakannya. Walaupun pelik, tapi ada sesuatu yang boleh buat saya ketawa.

Dia suka memberikan pendapat kepada saya. Kalau saya ada soalan pelik-pelik, saya boleh tanyakan saja padanya. Kami boleh berbincang tentang banyak perkara. Kalau dia terlupa untuk memberikan respon kepada soalan saya secara cepat, walaupun sudah berbulan selepas itu, dia masih ingat akan apa yang ditanya dan akan cuba memberikan pendapatnya berkaitan apa yang ditanya. Hebat betul memori dia. Mungkinkah berkat mengasah minda menggunakan teknik mengingat mimpi?

Dia pernah mengalami masalah dengan keretanya yang dirosakkan orang. Saya tumpang simpati dengan masalahnya. Jelas dia sangat terkilan dengan apa yang terjadi pada keretanya. Waktu itu, saya pula sedang berhadapan dengan masalah peribadi. Semuanya tentang kehidupan di sini. Tapi sengaja saya tak ceritakan padanya. Sebab saya tahu dia sedang pening dengan masalahnya sendiri. Jadi, tidaklah kami berhubung melainkan mengikuti perkembangannya melalui blognya saja.

Pernah suatu hari saya menemaninya pergi membaiki keretanya itu. Pada mulanya pusat baiki kereta itu tidak mahu menerima keretanya kerana sudah penuh kereta lain menanti. Saya berusaha memujuk mekanik kedai itu supaya menerimanya juga dan akhirnya keretanya siap dibaiki dengan harga yang berpatutan. Selepas itu saya hendak pulang terus. Tapi datang sekumpulan manusia yang paling tidak saya gemari kewujudan mereka berhampiran dengan saya. Saya dijerkah berkali-kali dengan sekuat alam menggunakan bahasa yang kasar. Alasan mereka, saya sengaja memburukkan nama mereka. Kisah di bahagian ini tidak perlu difahami sangat. Cukuplah tahu bahawa ini sebahagian daripada apa yang saya alami.

Kebetulan dia ada berhampiran dengan saya. Dengan semangat kesatriaan yang tinggi (seperti yang selalu didakwanya), dia berbalas hujah demi saya. Dia bukanlah jenis yang begini. Tapi demi saya yang sedang berhadapan dengan situasi itu, dia sanggup bertegang leher menyebelahi pihak saya yang sedang dikerumuni sepuluh orang yang dikelaskan sebagai orang jahat itu. Saya menangis kerana masalah yang saya alami diselesaikan olehnya dan dalam pada saya berdiam diri tidak dapat menolongnya tentang masalah keretanya selama ini, akhirnya dapat juga saya berbakti sedikit kepadanya.

Selepas apa yang terjadi ini, saya tidak lagi sedih memikirkan apa yang saya alami selama ini. Sebab saya tahu saya ada seorang kembar yang sentiasa bersama saya. Dia mungkin tidak memahami saya 100% tapi dia sentiasa cuba menjadi kembar terbaik selagi mana yang dia mampu.

Hari ini 15 Januari 2008. Kembar saya sudah genap berumur 24 tahun. Selamat hari lahir buat Salman Faris. semoga Allah makbulkan segala yang awak idamkan selama ini. Semoga berjaya membina kerjaya dengan baik dan segala rancangan masa panjang awak akan terlaksana. Kata nak jadi kaya, kan. Hehe.

Ya. Kembar saya itu bernama Salman Faris. Safuan sudah lama hilang dari bayangan.

Nota 1: Cerita di penghujung entri ini berkaitan kereta dan dimarah orang itu hanya sekadar di dalam mimpi saya. Tapi saya menangis bila terkenangkan apa yang terjadi. Salman, inilah yang saya janji nak cerita tu. Tapi dah diringkaskan.
Nota 2: Apa agaknya kejutan daripada Jinggo sekelian ye? Farah, Nan, Najib, Azra, Adeep dan Faezah, apa kamu semua buat ye untuk si Salman ni?

19 Responses to “Kembar (ii)”

  1. Inah says on :

    selamat pagi sarah dr bumi kanggaru 🙂

    ohh..inilah kembar sarah :)..hehehe..feels good when u have someone yg nak defend u..right sis?

    dah dah..pi tdo 🙂

    akak baru nak memulakan hari khamis dengan senyuman dan lab work 🙂

    Reply

  2. fakhruddin says on :

    Mungkinkah berkat mengasah minda menggunakan teknik mengingat mimpi?
    bgs gak idea ni..br perasan,kl sy ingt btl2 sesuatu mimpi,lm2 smpi sy sendri konfuis,mimpi or realiti..
    10 org tu skinhead kn…?
    dan HE dlm plurk tu salman kn…?

    Reply

  3. Khairul says on :

    Salam KS,

    Kumpulan jinggo? Waa, sangat kool. Saya layak tak kalau nak join? Huhu.

    Saya dulu ada gak berminat untuk mengingati mimpi. Tapi disebabkan memori saya yang memang tak boleh harap ni, saya putus asa. Agaknye kalau saya praktis balik, mesti boleh jadi pengingat macam Salman Faris (nama yang cukup, aestetik ^^)

    Happy birthday to Salman Faris. He seems like a very, interesting person. KS ni memang dikelilingi computer geek ye, bertuah.

    Reply

  4. chi am says on :

    salam puan. sampai mimpi2 kamu ye. ade yang tak selesai ke dalam kepala?

    Reply

  5. nurmahani says on :

    salam sarah,

    selamat hari lahir buat kembar awak, Salman. Moga2 semuanya baik2 belaka.

    sarah, jwb pertanyaan saya di entri tidak kedekut lagi please. sangat eager nak tahu hehe 🙂

    thanx!

    Reply

  6. keSatria says on :

    terima kasih pada yg wish. =)

    dr sarah. malu la puji melangit. hahaha. =P

    tu la dok muskil. bila masa plak kita berjumpa pasal kereta tu. hahaha. agak dah. mesti mimpi. =P

    fakhruddin,
    ya betul. igt byk sgt mimpi boleh confuse mana satu mimpi mana satu realiti. mcm matrix. =D

    Khairul,
    nak igt mimpi ada cara dia. =)

    Reply

  7. kimot says on :

    sarah ade kembar??? xpaham..

    huhuhu

    Reply

  8. jejakalkindi says on :

    salam..

    bestnya kalau ada anak kembar..:)..

    selamat hari lahir buat salman faris..juga buat Sarah in advance..4 hari lagi kan?..kot2 terlupa nanti..

    Reply

  9. ::SRISUFI:: says on :

    salam sarah..

    ku pikirkan kembarmu itu perempuan…macam suprise jer baca…

    hehehehe

    selamat hari lahir bt kembar awk tu..

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Saya tido awal malam tadi. Puas je rasa bila bangun pagi ni. Hehe.

    Fakhruddin:
    Sorry but I don’t like the idea of guessing over things u don’t know precisely. Takde kaitan dengan skinhead dan sama sekali takde kaitan dengan plurk. Best friend and twin are 2 different persons.

    Khairul:
    Kalau kamu kenal diorang bertujuh ni, KS rasa kamu akan suka karakter mereka. Bagi KS, KS nampak kamu pun ada karakter macam tu jugak. Hehe. Aestetik? Mak aih. Kembang je dia nanti =p

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    Mimpi terjadi sebab ada hajat yang tak kesampaian waktu dalam jaga la kan. Tu sebab masuk mimpi. Tengah ada problem pun boleh mimpi problem selesai sekelip mata =D

    Nurmahani:
    Thanks for the wish. Tu la. Saya dah baca komen tu tapi takde masa nak repson pada komen2 kat situ. Banyak. Nanti makan masa pulak. Huhu. Kami sedara ikut sebelah ayah. Ayah saya orang Penang. Sama la dengan dia. Berkait antara ayah saya dengan mak dia. Rumah tok kami sebelah menyebelah je. Saya tau pasal sepupu dia di Ampang tu. Pernah tengok gambar. Ha. Macam tu la ceritanya. Tapi saya kenal dia bila dah masuk KISAS. Sebelum tu tak pernah jumpa. Kiranya tak pernah tau la yang kami ni sedara sebelum tu. Clear dah? Hehe.

    Salman:
    Happy birthday Salman! Ok. Takyah dah nak wish panjang2. Semalam dah wish cukup dah. Huhu. Mana ada melangit pun. Kalau tak, saya cerita yang awak pandai memasak. Awak selalu teman mak dan Akak Kecik. Awak selalu tolong Along. Awak selalu jagakan anak sedara. Buatkan biskut untuk kawan-kawan. Ha. Tu baru melangit membintang meroket ke bintang! Haha. Yang pasal mimpi tu, kan hari tu saya dah janji nak cerita tapi bentangguh je kan. So, tu la ceritanya. Kasi effect sikit, hujung2 baru bagitau tu sebenarnya mimpi. Huhuhu =p Happy Birthday!!

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kima:
    Kena baca entri kembar imaginasi tu dulu baru awak faham *wink*

    Abg Fisol:
    Aik. Macam teringin aje ni. Hehehe. Eh yeke 4 hari lagi. Silap orang ni kot.

    Sri Sufi:
    Kalau awak ada baca entri kembar imaginasi tu dulu, awak mesti dah tau kembar ni lelaki. Saya dah cerita dah dulu =) Terima kasih atas ucapan tu Sri =)

    Reply

  13. jejakalkindi says on :

    sarah lain lah tu…hehe…

    Reply

  14. Azra Ain says on :

    oh, si faris ke rupanya si kembar itu. suprise betul! =)

    hari ini tiada apa-apa planning kerana semuanya bekerja dan hujung minggu pula semuanya sudah ada aktiviti sendiri. tetapi macam biasalah kami, mesti mencari jalan untuk berkumpul lagi seperti minggu lepas.

    Reply

  15. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam

    happy birthday to bro salman faris.. *dengar nama pun cam dah teruja —> history of salman faris is really great tau!brilliant man punya orang.. smoga jadi orang yang sama macam sejarahnyer..*

    wish u all the best in the future.. ^_^

    Reply

  16. haritz says on :

    Selalu kalau ader org nama Salman mesti terbayang Salman Khan, adakah dia sekacak Salman Khan hohoho:)

    ps:teringin nak anak kembar kalau boleh pompuan, mesti cute mcm saya hahaha (puji sendiri nampak..)

    Reply

  17. kimot says on :

    besnya ade kembar…nk gak haha

    Reply

  18. fathiyyah says on :

    dari dulu lagi sy tahu kisah JInggo ni dr blog akak..rupa2nya bro salman faris ni pun salah seorang dr grup tu..

    ape nk ckp?
    hihi..Selamat ulang tahun kelahiran ke 24 bro Salman!

    boleh pulak sy ni ucap Selamat Hari Lahir pada org yang sy tak kenal..best sungguh sapa2 yang bertuah disebutkan hari lahirnya dalam DS nii..

    hihi,lately sy asek teringat akak..mengapa ya?
    ngeee

    Reply

  19. nzuhdi says on :

    tunggu sarah balik pastu baru celebrate. amacam?

    Reply

Leave a Reply