Saya Tidak Kedekut Lagi

Assalamualaikum wbt

Tidak Kedekut #1

Selama ini saya rasa saya kedekut. Kerana kesemua pautan ke blog kesukaan saya tidak saya kongsikan di rangkaian blogroll saya. Bukan apa. Selama ini saya menjadi silent reader mereka. Memang diam sungguhlah. Saya membaca entri-entri terkini mereka menggunakan Google Reader saja. Apabila ada entri-entri yang panas-panas, barulah saya akan membaca di blognya untuk membaca komen-komen membina mahupun menjatuhkan daripada pembaca.

Tapi saya tidak mahu jadi kedekut dah. Saya kongsikan tiga buah blog kesukaan saya ini. Serius saya suka. Saya memaksudkannya secara telus. Saya sangat suka.

1) Puisi Tepi Jalan. Blog peribadi milik Kak Fynn Jamal. Sayakan pencinta bahasa yang tegar. Haruslah saya menjadi suka membaca karya-karya yang bagus dan mendidik jiwa. Tulisan Kak Fynn sangat terkesan untuk diri saya. Saya tak malu mengaku bahawa saya menangis banyak membaca apa yang ditulisnya. Kadang-kala sampai berhingus dan teresak-esak saya memuhasabah diri. Ada tazkirah yang sayup tapi mendalam. Saya yakin siapa yang mengikuti penulisannya akan bersetuju dengan apa yang saya katakan. Terima kasih, Kak Fynn. Blog Kak Fynn adalah sumber tazkirah harian terbaik untuk diri saya selama ini. Tepat mengena batang hidung dan hati. Masuk penghujung Januari ini, genap 8 bulan saya menjadi seorang yang kedekut tidak berkongsi link ini. Tapi mulai hari ini, saya akan senaraikan dalam blogroll saya. Saya mahu ramai yang mendapat muhasabah yang saya dapat daripada Kak Fynn.

2) Noktah Hitam. Blog peribadi milik Eddie. Dia menulis dengan seringkas mungkin tapi membuatkan kita berfikir dalam. Kadang-kala saya pelik kenapa dia ni terlalu kritis otaknya. Dia mengaku dirinya sebagai wicked mind tapi saya melihat blog ini sebagai bahan bacaan alternatif untuk rakyat Malaysia kerana bersifat mendidik. Ketawakah awak membaca fakta ni, Eddie? Sila jangan. Sebab itu saya sangat hormatkan awak. Sebab awak menjadi model seorang anak muda yang berfikir tentang pembangunan dan kematangan. Dan blog ini menjadi wadah saya mencari apa makna ‘menjadi pemudi negara dan agama’. Segalanya tersirat. Jadi, kena berfikir dengan dalam. Saya suka sesuatu yang mencabar otak seperti ini. Oh ya. Sudah hampir setahun saya menjadi pembaca yang kedekut kerana tidak mengongsikan link blog ini. Tapi tidak lagi. Saya mahu semua orang muda yang membaca blog saya turut membaca blog ini. Cari inspirasi di sebalik apa yang ditulisnya. Wajib. (Eh, pernah je saya kongsikan sebelum ni kan cuma tidak diletakkan di blogroll. Hehe)

3) Nurulism. Blog peribadi riang-ria milik Chika. Saya masih baru mengikuti Chika. Kira-kira dua, tiga bulan yang lalu. Tapi setiap kali saya membaca entrinya, saya mesti ketawa. Saya memaksudkannya dengan bersungguh-sungguh. Saya ketawa sampai rasa tidak cukup nafas. Seperti sekarang ini. Hidung masih selesema. Memang mustahil dapat bernafas dengan gembira. Bila ketawa dan bernafas dalam keadaan begini, boleh dyspnea jadinya. Dalam setiap yang Chika tuliskan, ada sesuatu yang terselit. Fakta dalam jenaka. Tapi memang kelakar. Semoga Chika akan terus menulis walaupun sudah kahwin nanti. Ok, Chika! Blog awak tak menjengkelkan langsung. Orang yang cemburu saja yang kata begitu.

Sila baca kesemua blog ini. Kutip ilmu, motivasi, jenaka dan tazkirah daripada mereka. Saya suka mereka. Semoga kamu semua pun suka.

Tidak Kedekut #2

Saya tiba-tiba demam semula sejak hari Sabtu malam Ahad lepas. Pagi tadi di hospital, saya melepek saja. Tanyalah kawan-kawan sekumpulan saya. Saya melepek semelepek-lepeknya di atas meja. Susah mahu tengok saya begini. Kaki saya pula asyik cramp saja. Kejang. Ya. Itu istilahnya. Ada orang sebut sebagai tangkap mengkarung. Ok. Apa-apalah. Sakitnya Ya Rabbi. Dalam pada saya hendak berjimat tidak mahu terlalu kerap menggunakan Avtoline (perkhidmatan awam berbayar), saya terpaksa juga balik menaikinya. Saya tak larat hendak berjalan jauh ke stesyen metro. Mahu menangis saya di pertengahan jalan kerana kekejangan.

Melalut pula saya ni. Balik tadi, saya sambung melepek di atas katil. Saya tertidur sampai pukul 7.30 malam. Bangun tidur saja, saya kata pada diri saya: Eh, tak boleh jadi orang yang kedekut dah. Allah marah. Mahu tahu apa saya mimpikan?

Saya berada di sebuah taman rekreasi air terjun di sebuah negara yang tak pernah saya lawati lagi. Pelik. Kerana semua yang terlibat adalah rakyat Malaysia. Tapi kami ditemukan di luar negara. Siapa yang terlibat?

Frederic Kanoute – Pemain bola sepak yang terkenal.
Hanif Mohsein – Saudara saya di Penang yang dulu juga merupakan senior saya di KISAS.
Faisal Aziz – Pacel. Senior bahas saya di KISAS.
Eddie – Pemilik blog Noktah Hitam.
Kak Salwa Salleh – Senior di KISAS merangkap kakak dorm saya dulu. Eh lupa. Merupakan isteri Abang Khairil.
Kak Fauziah – Pembaca blog saya yang sangat rapat dengan saya. Masih belum pernah berjumpa.
Ustazah Siti Nurafizah – Ustazah yang mengajar subjek Imlak dan Muthalaah saya ketika di SMA Al-Khairiah dulu. Juga merupakan isteri kepada kawan ayah.

Apa yang terjadi? Kami ini adalah satu team anak muda yang direkrut untuk menjadi tentera-tentera muda Islam yang berjuang dengan ilmu, pena, pengaruh dan kekuatan. Boleh teka siapa ketua jemaah kami? Ya. Eddie! Dialah Amir (ketua) kami. Boleh teka apa peranan setiap daripada kami?

Kami semua bergerak atas satu jemaah yang sama. Kami memperjuangkan Islam untuk semua dan keamanan yang dibawakan oleh Islam. Kami menggunakan segala kelebihan kami (setakat yang kami ada menurut mimpi) untuk mencantikkan semula nama Islam. Ustazah Siti Nurafizah dan suaminya adalah penasihat kami. Tapi, di dalam mimpi, saya lebih banyak berinteraksi dengan Ustazah saja. Lagipun, saya dah terlupa apa nama kawan ayah tu. Frederic Kanoute pula menjadi sumber insiprasi saya di dalam mimpi itu. Kerana semangatnya yang sungguh berkobar-kobar dan bersifat iltizam (istiqamah lah tu). Eddie pula sangat berwibawa. Dia menyusun strategi gerak kerja kami. Dia sangat lain daripada yang saya kenal. Macam pelajar lepasan Al-Azhar!

Saya, Kak Salwa dan Kak Fauziah ditugaskan sebagai penyebar maklumat. Sama ada berbentuk tulisan di blog atau risalah. Pacel dan Hanif Mohsein yang terkenal sebagai pendebat dan panelis forum ketika di sekolah dulu memainkan peranan sebagai jurucakap dalam sebarang program yang kami jalankan. Kadang-kala, saya dan Kak Salwa pun akan turun padang menjadi jurucakap bagi program bersama wanita. Kak Fauziah menjadi penjaga dana gerakan ini. Dialah juga yang melancarkan sebarang program berkaitan kutipan derma untuk disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukan. Seperti hebat kan gerakan kami ini?

Apa kaitannya dengan kedekut? Ada satu program kami ini, ada dua orang anak kecil bernama Abdullah Badawi dan Mahathir hendak turut serta menjadi sebahagian daripada kami. Tak tipu. Nama dua orang budak lelaki itu adalah seperti yang tertulis ini. Setelah bermesyuarat, kami terpaksa menolak mereka. Saya tidak faham kenapa kesukarelawanan mereka tidak dihargai. Sebaik usai mesyuarat, muncul Ustaz Hasrizal di luar bilik mesyuarat. Katanya, jangan kedekut untuk buat benda baik bersama-sama. Selagi niat mereka betul dan ikhlas hendak bekerja bersama untuk agama, jangan dinilai perkara kedua yang kita tak nampak. Terima mereka dengan tangan terbuka. Baru Islam itu nampak mesra dan memesrakan. Jangan kita menjumudkan agama kita.

Oh. Saya sungguh tersentak dengan kata-kata itu. Semua kami, terutamanya Eddie, bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hasrizal. Mulai dari saat itu, team kami yang kecil itu mula disertai oleh ramai sukarelawan agama. Yang bekerja untuk melihat agama kita diadun mesra dalam masyarakat dunia (bukan di Malaysia saja) dan kami berpuas hati kerana gerakan kami menjadi wadah gerakan tentera-tentera muda Islam yang bersifat berbilang kaum dan negara yang pertama di dunia.

Alhamdulillah, mimpi saya disudahi dengan laungan azan oleh Frederic Kanoute di puncak Al-Hambra. Indah kan mimpi saya? =)

Nota 1: Jangan kedekut. Allah tak suka.
Nota 2: Saya jenis yang tak memeriksa semula apa yang saya tulis/eja. Saya suka jika ada yang membetulkan apa-apa saja yang saya silap. Boleh beritahu saya secara terus di komen atau mahu tegur saya di mana-mana tempat yang relevan. Bukankah teguran atas sesuatu kesilapan itu boleh memperbaiki diri kita? =)
Nota 3: Saya tak study langsung lagi ni. Bangun tidur, saya memasak sedikit. Selepas itu, saya tidak kedekut masa bermain-main sebentar bersama Stewart dan Mickey. Tapi mereka zalim membiarkan saya bercakap seorang diri. Zalim kan? Gambar mereka masih belum ada. Mereka kaki tidur. Terkurung dalam rumah kecil mereka saja.
Nota 4: Maaf. Entri ini panjang dan merepek dan tidak diberikan amaran di permulaan cerita. Maaf bagi sesiapa yang terperangkap.

28 Responses to “Saya Tidak Kedekut Lagi”

  1. NoktahHitam says on :

    You linked to me at such a wrong timing.

    You got to read between the lines. And I’ve carefully etched at least one on every post.

    Me being the leader of an intellectual team? I can see that someday. But not in the near future. *wink*

    Reply

  2. Inah says on :

    what a dream..if u can remember ur dream..perhaps it is so important to u 🙂

    perhaps it can be a reality one day 🙂

    perhaps 🙂

    if its a reality..dont forget to recruit me in..maybe as ahli biasa pun ok..i dont really have talent 😛

    saya x kedekut..konsep yang sama boleh diaplikasikan dalam pembelajaran..rahsia akak dapat dean list almost every sem – study group di mana akak selalu menjadi cikgu dan menerangkan kepada kawan2 lain :)..berkongsilah bila ada ilmu..itu yang sebaiknya

    got ur email already!! hehehe..x sabar nak kacau 😛

    sorry komen terlebih panjang..gotta run to waite campus..catch u later lil sis

    a big hug!!

    🙂

    Reply

  3. norsaritanaini says on :

    assalamualaikum sarah..
    salam jengah…ini kali kedua akak jengah blog sarah..dan terdetik hati nak tinggalkan jejak…blog sarah akan dilinkkan…sbb akak suka blog ni…

    keep it up dik…

    Reply

  4. Sweet Thinker says on :

    owh si eddie. si eddie nie mmg baek. dia yg tlg sy ke dunia belog wordpress dlu scr tidak sengaja. yg buruk2 ttg eddie? haha. xnk kasik taw ah :p

    ehhe. pehhh. tangkap mengkarung. pesakit buah pinggang selalu kena benda nie. ponat den nk setelkan. ahtoiii!

    ps: puisitepijalan – hehe fav gak tue. nurulism pun same – tp biasa la, tettttt! (biarkan ia berteka teki :p )

    Reply

  5. mfakhruddinm@yahoo.com says on :

    waaa..bgs la ingtan ks.leh int sume td..harap2 mimpi tu jd kenyataan,tarik la sy dr ahli skali..kedekut?sy mungkin kedekut,sy xske kongsi ilmu dgn org y mls stdy.dh la mls,pastu nk suh org ajar,padahal bkn ajar,nk copy…camne kes ni?

    Reply

  6. chika says on :

    akum sarah.
    🙂

    Alahai. terharunya tiba-tiba baca entry ni ada kredit untuk Chika. At least, walaupon ada yang tengah membenci blog Chika, ada jugak yang suka nak baca jugak. Thanks Sarah.

    Blog noktah hitam pon chika da baca 🙂

    Reply

  7. diya says on :

    hihi. diya ada bagitahu KS pasal blog NH tu [kalau kak sarah ingat lagi lah =p]. pity on me, my english is sucks. tapi, diya baca lah jugak … sebab tahu ada yang tersirat beliau nak sampaikan =)

    dan chika. owh. walaupun tak pernah khatam entri beliau yang sangat banyak perkataan, tapi always nak baca [at least satu perenggan] setiap kali ada new entries chika [kat google reader]. awak “bomoh” diya ye chika, hahaha.

    p/s-jaga diri ye kak sarah. ikhlas ni =)

    Reply

  8. magnetic says on :

    salam.

    fuhh!!!

    mimpi yang baik.

    moga mnjadi kenyataan walaupun mungkin peranan yang berbeza.

    Reply

  9. haritz_ramly@yahoo.com says on :

    Kedekut pada manusia itu lumrah tapi kedekut pada Allah zalimnya kita sebagai hamba.

    ps:pengertian kedekut boleh diterjemah dlm aspek yang sgt luas.

    pss:kedekut pada yg paling ditakuti (amalan)

    Reply

  10. haritz says on :

    ????apahal keluar email lak ni?????

    Reply

  11. jejakalkindi says on :

    salam..

    abg ada juga melawat bloggers2 yang sarah sebutkan itu..mereka sememangnya bloggers2 yang handal..termasuklah sarah sendiri. semoga mereka & sarah dapat terus berblog demi kebaikan bersama..

    dah abg berblog untuk diri sendiri je..hehe..

    alahkah baiknya kalau mimpi sarah itu menjadi kenyataan, pasti penuh rahmat masyarakat kita..:)

    dan lepasan al-azhar itu abg nampak sudah tidak sehebat dahulu..tidak seperti Yusuf al-qaradawi atau gurunya Hassan al-bana…memang kita banyak lepasan al-azhar dinegara kita tapi mana kesannya…they don't speak up…riba menjadi2..dan ustaz2 vokal cam Ustaz Asri atau Ustaz Hasrizal bukan Al-Azhar graduate!..tapi kesannya terasa..yang mana kuliahnya sentiasa berkumandang..mungkin kita patut kembali ke zaman Dar-ul-ulum bagi melahirkan genuine sufi…

    sori panjang sikit…just my 2 cents dari yg masih jahil tentang hal2 agama but know where he should stand..

    Reply

  12. chika says on :

    Diya : Chika dah jadi bomoh eh? Terbayang muka Chika macam nenek kebayang rambut kusut. HAHAHA

    😛

    Reply

  13. akubudakkampung says on :

    aduh sarah..

    baca entri ni, kelu lah.. takde komen.. susah jugak jd silent reader ye..isyh..

    tidaklah kedekut..

    Reply

  14. kimot says on :

    hehe.. xde komen

    Reply

  15. mahani says on :

    salam sarah,

    hanief mohsin tu sedara awak? mcm mana pula yer? sebelah siapakah?

    hanief tu sepupu best fren saya di SSP dulu, hanif tinggal di rumah kwn saya tu di ampang (dekat aje dgn rumah saya)

    masa raya haritu saya dan suami dtg opn house rumah best fren saya tu dan borak panjang lah suami saya dgn hanief sebab satu batch di KISAS haha. mcm mana tu sarah?

    saya harap betul la hanief yg kita ceritakan ini hihi

    Reply

  16. Dr Amad says on :

    Terpikir bagaimana muka Pak Lah dan Mahathir masa deme kecik2…hik3. Sampai dalam mimpi abu saif masuk…marah kak muna kang..haha

    Reply

  17. Hafizatul Akmar Hussin says on :

    hehe-

    blog oyh blog!-

    sy suke baca blog kamu! =D

    Reply

  18. fathiyyah says on :

    akak,panjangnyaaa mimpi akak..boleh pulak akak ingat balik mmpi akak eh..kalau sy,mmg lupa terus la..tapi kalau yang indah mcm pegi oversea sambil makan ais krim itu mmg sy ingat..

    hihi

    akak jaga diri.akak sorg2 aje kan kat rumah? aish,kalau la sy boleh pegi moscow.mahu aja temankan kakak sy sorg ni

    Reply

  19. callister says on :

    blog second and third saya ada baca..
    yang 1st 2 xpernah baca..
    jap lagi nk g usha..

    ye tuhan xsuke org kedekut..

    Reply

  20. NoktahHitam says on :

    Em.. siang tadi saye komen tak kuar? Aduh.. jgn la makan komen.. bukan kenyang pon.

    Reply

  21. kak mas says on :

    Salam dik Sarah,
    kesiannya..cakap sorang2..
    bg no hp..nanti kak telepon sarah..

    apapun, sarah jgn risau, semua tulisan sarah sentiasa dibaca oleh teman-teman sekeliling, termasuk juga kak..

    kak sebenarnya salah seorg silent readers..tp sekrang kak rasa nak kenal dengan dik sarah ni.
    boleh kan??

    Reply

  22. akak says on :

    adoii sarah..rase nak gelak pun ade nie. Ni mesti penat sangat nie. Macam mana akak boleh masuk sekali nie.. Kalau macam nie kene cari maklumat lebih, team sendiri tak kenal batang hidung nie..:p

    Tak sabar nak tengok gambar Stewart, Mickey & the harolds tu. Nasib baik ade mereka temankan Sarahkan..Jangan lupa jaga diri ye!

    Reply

  23. Ainul Arina Madhiah says on :

    owh, hebatnyer mimpi tu.. dapat terbayang-bayang gak nih.. boleh buat novel ala2 detektif indigo pun ada rasanya.. hehe.. nama groupnya apa ks?

    Reply

  24. Shumierain says on :

    Salam,
    Sy akan cuba utk xjadi kedekut utk benda2 yg relevant

    Reply

  25. Acai says on :

    Awk memang kedekut sarah..kopi nak blanje saya pun tak tunaikan lagi ek,hahahahahahaha..sy selalu gak pergi blog diaorg dan blog awk kalau berkesempatan..maklumlah sy kan nak jadi jutawan, kenalah berusaha tingkatkan usaha,hahaha..

    sy baca blog chika tu dari dia hingusan belajar lagi tau,hahaha (jgn marah chika)..sampailah dia nak kahwin nih..cuma jarang tinggal jejak..:P

    Pelik2 mimpi awk ni sarah..awk tertinggal satu watak tu sarah, sy kan ada pegang cangkul kat belakang awk tu..alaa yang sentiasa bawak cangkul setiap kali awk nak berhimpun tu,hehe…

    Reply

  26. yOnnA says on :

    salam kak sarah 🙂
    yonna datang sini disebabkan cerita seseorang haaha eceh :p

    akak same ngan yonna. dulu mmg tak suka share blog2 yang suka yonna masuk.org slalu tny kat ym semua, jarang yonna nak ckp.hahaha taknak minat nnt terjejas :p

    blog kak fynn tu kan kak,mmg super duper best. yonna baru follow blog 2-3 bulan ni. tapi dah khatam the whole entry blog dia :p ngeee..

    one more blog chika. blog dia mmg suka buat gusi yonna tertanggal betullah (?) hahaha. super duper lawak gila! blog mcm tu pun org tak suka 😀

    eh eh byk pulak mengomen ni hehe. salam kenal akak 😀

    Reply

  27. djambu puadovich says on :

    lain mcm mimpi awk ni sarah…mimpi berisi ilham…sy tido gelap gelita je…sampai esok pagi…haha

    Reply

  28. Izzat Eshak says on :

    Jangan kedekut lagi 😉

    Reply

Leave a Reply