Saya Budak Berani

Assalamualaikum wbt

Di saat saya menulis entri ini, jam baru menunjukkan pukul 8.04 pagi. Di luar masih Subuh gelap. Sejuk sungguh hari ini. Angin kuat. Salji sudah mula menjadi ais di jalanan. Sudah beberapa hari salji tidak turun dengan lebat. Dan di saat ini, saya bersendirian di bilik. Juga di rumah. Dan saya akan bersendirian selama dua minggu mendatang.

Wanie telah selamat berangkat ke Korea pada hari Selasa lalu. Diba dan Emy pula telah bertolak menuju ke Itali pada hari semalam dan sekejap tadi, Fatt dan Pena baru saja berlepas menuju ke Swiss. Banyak tempat yang akan dikunjungi Diba-Emy dan Fatt-Pena. Saya? Saya masih mempunyai rutin hospital dan cuti musim sejuk saya masih belum bermula. Maka tinggallah saya seorang diri di rumah.

Ok. Entri ini sila baca dengan nada ceria. Seronok sebenarnya tinggal seorang di rumah. Tiada apa yang menyedihkan pun. Saya boleh studi sambil mendengar apa yang saya mahu tanpa perlu memakai earphone. Seronok, kan? Haha. Saya tak payah memasak. Untuk diri sendiri pun saya tak rasa saya akan makan sangat kalau tiada orang. Selagi ada roti, saya tiada masalah untuk hidup. Haha. Lagipun tak seronok makan seorang. Kalau saya masak, nanti saya yang hidang dan saya yang makan. Macam apa saja kan. Jadi, baik tak payah masak.

Saya teringat filem Taken yang kami serumah tonton bersama kira-kira sebulan setengah yang lepas. Sebaik habis menonton, mereka saling menasihati sesama mereka kerana mereka semua juga bakal bercuti ke beberapa buah negara dalam kelompok kecil. Dalam filem itu, ia berkisar tentang sindiket penculikan remaja perempuan yang mengembara dan disalurkan ke sindiket dadah dan pelacuran. Memang menyeramkan jika cuba membayangkan keadaan diri sendiri berada dalam situasi tu.

Tapi sekarang ni, sebaik saja rumah sudah kosong, perkara pertama yang saya terfikir sebaik mengunci pintu dapur tadi ialah, saya yang tidak ke mana-mana inipun boleh berhadapan dengan perkara-perkara yang sama. Duduk seorang, di negara asing juga kan, awal pagi gelap lagi sudah keluar ke hospital seorang diri. Kalau saya hendak diculik atau apa saja, boleh terjadi dalam sekelip mata. Sampai mungkin tiada yang sedar pun. Lagi dahsyat.

Lepas itu, saya boleh diseludup ke Siberia sana. Dihantar menggunakan keretapi gedek-gedek naik di bahagian kargo bersama ayam itik. Entah saya jadi apa di sana. Entah dadah apa yang diberikan kepada saya. Entah aktiviti apa yang terpaksa saya lakukan tanpa sedar. Entah masih sempurna atau tidak aurat saya. Entah kehilangan saya disedari orang atau tidak. Entah saya akan ditemui semula atau tidak.

Ok. Seram. Ini cuma imaginasi otak saya yang sangat mudah membayangkan sesuatu secara berlebihan. Takut, kan? Ok. Jangan takut. Saya tak takut pada manusia. Pintu rumah sentiasa berkunci. Segala pintu. Lampu bilik sebelah juga saya akan buka bila malam. Biar orang rasa seperti ada orang di dalamnya. Lampu bilik saya juga saya pasti akan biarkan terbuka siang malam. Haha. Nampak sangat akan tidur tak tutup lampu. Saya takut satu saja. Janganlah tiba-tiba bekalan eletrik terputus. Saya nak lari ke mana pun saya tak tahu. Seram saya duduk gelap-gelap. Nak tahu sebab apa? Sebab saya dengan mudah akan membayangkan bentuk-bentuk yang saya nampak dalam cahaya samar sebagai sesuatu. Ok. Seram. Haha.

Merepek apalah saya pagi-pagi buta ni. Bangunan hostel ini sunyi saja sekarang. Majoriti yang tinggal hanya pelajar-pelajar tahun 6. Tapi mereka nun jauh di tingkat atas. Saya seorang saja di tingkat 2 ini. Tapi di sekeliling rumah saya ada beberapa buah rumah para jejaka Arab kumis nipis badan sasa. Kalau saya butuh pertolongan, saya kira saya boleh menjerit saja.

“Ya Fahri. Fahri. Ana ihtajuka!” Hah. Mengarut apa dah saya ni. Siap ada Fahri pula. Pakai hentam saja ni. Jangan percaya ayat saya tu. Saya sudah lupa apa perkataan yang betul. Kalau ikut logik akal, maksud ihtajuka tu ialah berhajatkanmu. Hah. Tak pasal-pasal nanti saya hilang sebab kena bawa kahwin lari pula. Lagi naya! Haha.

Tengoklah. Mungkin kalau saya jemu, rajinlah saya menulis. Kalau tidak, memang saya berhibernasi dengan buku-buku sajalah. Dapat bayangkan meja studi saya sekarang bagaimana keadaannya? Penuh dengan alak solek pengantin! Hah. Tipu. Penuh dengan segala nota sebab malam tadi tertidur tanpa kemas meja. Inilah gara-gara melayankan sangat lagu Hindustan lama zaman Bobby tu. Mengantuk!

Nota: Kamu tak rasa tertipukah dengan tajuk entri kali ini? Haha. Satu-kosong!

32 Responses to “Saya Budak Berani”

  1. pikir sendiri says on :

    1st.ada typo “perkara-peraka”…2nd jaga2..hati2..
    3rd “saya berhibernasi dengan buku-buku” boleh ke? tak tau lak sya selama nie..:p
    4. terlalu berimigenasi hingga melangkaui boundary..luar expectation

    Reply

  2. Nurmahani says on :

    ya fahri hihih.kelaka betul la awak ni sarah..

    awak ni sarah, byk sgt imaginasi..kdg2 ia bagus..kdg2 buat lelah diri aje takut sana sini hihi.

    apa2 pon moga sume nye ok, insyaAllah. jg diri baik2.

    Reply

  3. diya says on :

    yang kena seludup pergi siberia dengan segala mak nenek ayam itik tu tak tahan nya. hahaha. you’re still the same lah KS =p

    p/s-diya tak reti nak komen ala2 baik macam orang lain komen kat sini [diya perasan, komen2 yang KS terima memang banyak yang baik2, sesuai dengan KS. tu yang diya jarang tinggal jejak]. huhu. ampun ya =D

    Reply

  4. ab geldofg says on :

    🙂

    Reply

  5. Inah says on :

    sarah!! kita bakal mengalami nasib yg sama..akak kena tinggal 2 hari, then kena tinggal sebulan..

    apelah nasibb duduk di perantauan 🙂

    hehehe..sarah comey..nak no tepon!! nak kaco sarah malam2 :P..lalalalalalala

    Reply

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    siang saya berani, malam saya lari gi rumah kawan! hehe… tapi hostel tu tak payah kot, cam selamat je.. lainlah rumah saya yang memang ditabalkan sebagai rumah antik yang penuh dipenuhi pokok buahan dan taman zaitun di belakang rumah di jordan ni. Orang lain duduk rumah bertingkat, kita duduk rumah berkembar..Kawan-kawan semua takut kalau sensorang, kami bertiga saja yang perasan berani.. hoho…

    Reply

  7. cikgu jawe says on :

    sarah!. tu bunyi2 tok tik tok tik kt bilik bunyi apa?. hehe

    Reply

  8. Dr Amad says on :

    Huhu…saya tak tertipu pun.Sebab dah pesan kat diri ni,kalu article ks ni kadang2 tiada kaitan dengan isi article..hik3.KS cuba check bwh katil…kot-kot ada……….hik3

    Reply

  9. akubudakkampung says on :

    adeyh..

    tertipu gue..

    lagu bobby tuh layan..lagu pe tu?
    euww3..^^

    Reply

  10. www,ahmad-izzuddin.blogspot.com says on :

    nampa sgt boring nih

    Reply

  11. ahmad says on :

    sorry silap type haha

    Reply

  12. Shazwani Adnan says on :

    salam.

    ks-ku sayang. jangan rindu wanie ok? Im ok here. dorg sangat baik. kalau agak2 bosan, pergilah melalak panggil nama wanie. =)

    Reply

  13. snm says on :

    salam sarah
    blergh! saya mcm blh agak. awak tulis apa yg awak imagine kan. hehehe :p

    awak dh blh tulis sajak ttg hidup keseorangan la. x pun, melukis la. mcm awak buat dlu. melukis tepi tingkap 😀

    Reply

  14. haritz says on :

    Saya ader seorang kawan pompuan, dia kat UPSI, dia kata kat UPSI di berhantu. Kalau kawan2 dia takder dia telan ubat tidur supaya cepat tido dan tak diganggu hantu. Hampeh betul dia ni.. hehehe

    Reply

  15. Mohd Hazreen Rashid says on :

    amboi la cuti2 ni pandai betoi dia buat lawak…

    huhu…

    Reply

  16. Cinta says on :

    Salam,
    walau apa pun…just be careful k :), pssstttt…kalau jumpa fahri bagitau dia akak kirimsalam…hehehehe

    Reply

  17. chi am says on :

    sarah, kamu janagn takut2 sangat. handset perlu sentiasa di sisi. perlu charge dan kredit juga. 🙂

    Reply

  18. ababina 328 says on :

    Sarah, kalau tak silap Pak cik, inilah kali pertama, org setua Pak cik ni yg beri komen di blog Sarah,
    Pak cik ni, berasal dari kg.Kuala Triang,Pahang, dekat je, dng kg.asal Sarah tu…inilah kemajuan zaman Internet, Sarah yg berada di moscow pun boleh berinteraksi melalui blog dng org di kampung…..pandai-pandailah jaga diri ditempat org.
    sekian.

    Reply

  19. Dr Amad says on :

    Fahri tu org Indonesia lah cik ks oiiiii….hik3.Kalu jmpa,suh dia pulang balik “aisha” saya…huhu

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Terima kasih. Dah betulkan dah. Bukan setakat berimaginasi tapi ni peringatan untuk diri sendiri ni.

    Nurmahani:
    Sebab saya nak cari orang macam Fahri. Kalau selalu sebut, jadilah doa kan. Hehe. Saya tak takut pun. Dengan menulis ni jadikan peringatan untuk diri sendiri je =)

    Diya:
    I’m sill the same eh? Hihi. Mengarut meraban entah ke mana kan =p Oh takpe Diya. KS tak kisah pun. KS pun macam tu jugak. Bila ada rasa urge nak sergah Diya, baru la KS menyergah. Huhu.

    Ab Geldofg:
    =)

    Kak Inah:
    Akak kenapa? Housemates balik Malaysia ye? Sana kan tengah summer break kan? Akak nak phone number saya? Wahaa. Akhirnya handphone saya akan berbunyi jugak. Hahaha.

    Ainul:
    Dulu waktu tahun 2006, pun KS duduk seorang2 jugak. Kat rumah di luar. Sama je duduk luar ke, duduk hostel ke, keadaannya dikelilingi orang luar jugak. Takde beza apa pun. Dan sikit pun tak takut sebenarnya. Lagi best pulak sebab boleh buat semua benda ikut suka =p

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Ngarut betul cikgu ni. Jam dinding rumah saya ni langsung tak mengeluarkan sebarang bunyi. Haha.

    Fahmi:
    Katil KS tak mempunyai bahagian bawah. Tiangnya berbentuk dinding katil yang mengepung segenap 4 penjuru. Hahaha.

    Miji:
    Lagu apa tu? Hahaha. Lagu euww euww euww kan. Sempat lagi kenakan saya tu. Sabar je la =p

    Ahmad:
    Mana ada boring langsung.

    Wanie:
    Aishh. Sempat lagi oline tu. Sabar je la. Buat apa jerit nama Wanie. Baik KS nyanyi2 lagu raya. Haha.

    Falin:
    Saya buakn saja-saja nak imagine. Ni benda-benda yang berkemungkinan terjadi. Apa saya tuls ni peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Menulis sajak, melukis semua tu is out of my interest sekarang ni. Otak saya tengah bekerja keras untuk menyumbat segala input medic ni. Takde ruang untuk berkarya buat masa ni. Huhu. Malas pun iye sebenarnya Falin. Sebab takde perangsang nak bagi galakan menulis semua ni.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Haritz:
    Oh. Tu kat UPSI. Sini bukan UPSI dan jauh sangat dari UPSI. Dan adalah menyalahi etika kedoktoran kalau makan ubat tidur. Kami boleh dibuang daripada uni kalau cuba makan. Tu lagi menyeramkan. Elok-elok dah nak abis belajar, kena buang pulak. Adeh. Hehe.

    Hazreen:
    KS buat lawak ke? Ni peringatan untun orang yang hidup solo molo sepanjang masa macam KS ni je =p Untuk lelaki, entri ni adalah pengecualian besar ye =D

    Kak Cinta:
    Ok Kak. Don’t worry. Saya ada guardian angel yang ‘tengok-tengokkan’ dari jauh =p Tadi saya terlelap dah mimpi Fahri! Huhu. Ni la gara-gara menonton video klip ayat-atay cinta. Hehe.

    Am:
    trima kasih banyak-banyak Am. Nasihat ni paling berguna antara semua. Tadi saya dah pergi top up handphone dan saya dah tak silent kan phone. Senang nak dengar kalau phone berbunyi =)

    Ababina 328:
    Oh. Pakcik asal Kg. Kuala Triang ke. Saya punya rumah jauh dari situ sebenarnya. Rumah saya nama je di Jalan Triang tapi jauh lagi nak sampai Triang. Saya pun waswas saya pernah sampai sana Triang ke tak. Setakat lalu waktu nak ke Negeri Sembilan ada kot. Tapi terima kasih sangat sudi tinggal jejak kat sini. Setidak-tidaknya saya tau ada juga orang Temerloh/Triang yang singgah di sini =) Terima kasih atas nasihat Pakcik =)

    Fahmi:
    Agama bukan letaknya pada bangsa. KS memandang Fahri sebagai Muslim. Tak kisah bangsanya apa =)

    Reply

  23. nono says on :

    Hahaha.. Macam seronok sanga je sarah. Haha is everywhere.. Hyper tetiba ka?

    Reply

  24. Ami Farhani MNA says on :

    jage diri baik- baik KS.
    baguslah dah fikirkan kemungkinan- kemungkinan. barulah kita berwaspada, iya tak?

    p/s: KS, Kuala Triang tu bukan di Triang (namanya saja Kuala Triang), tapi masih dalam daerah Bera. Malah kedudukannya lebih dekat dengan sempadan Temerloh-Bera berbanding Triang sendiri. Setakat yang saya tahu berdasarkan jalan besar. Hee, maaf menyampuk.

    Reply

  25. Dr Amad says on :

    Owh,saya bg komentar berdasarkan real filem ye ks.Kan fahri tu,hero kurus dr Indon..huhu.

    Reply

  26. Inah says on :

    still waiting for the number 🙂

    Reply

  27. Khairul says on :

    Ketapi gedek-gedek eh. Jauh benor berangannye KS 🙂

    Reply

  28. djambu puadovich says on :

    fahri? adoii…

    memang dah terkena la maknenye ni…adoii skali lagiii..haha!

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nono:
    Huhu. Memang hyper pun semalam! =p LOL~

    Ami:
    Oo yeke. Entah la. Mana la KS ni tau. Sebab KS memang jarang ke hilir sana nun. Paling habis pun lalu je. KS ni, Felda Kumai, Sebertak, dan yang seangkatan dengannya tu, semuanya KS tak pernah sampai pun lagi. Adeh.

    Fahmi:
    Tapi KS tak memandang filem tu dari sudut bangsa. KS memandang dari sudut agama =)

    Kak Inah:
    Alamak! Lupa nak email lagi. OK. ASAP after this sis!

    Khairul:
    Hehe. Nak buat macam mana. Otak KS ni ha! =p

    Yeop:
    Huhu. Ada orang terkena ke? Huhu. Eh, sila doakan saya dapat seorang seperti Fahri ye 😉 Hehe =p

    Reply

  30. djambu puadovich says on :

    terkena tipu dgn tajuk…huhuhu.
    nak fahri ke? sarah ni watak yg mcm mane? maria ke nurul ke gadis turki? hehe

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Entah. Kalau ikut novel, saya suka Aishah la. Tapi kalau dalam filem, watak Aishah tu sedikit keras. Tak seindah Aishah yang sangat luhur akhlaknya. Kalau ikut filem, Maria jauh lebih berhak untuk Fahri. Tapi, saya nak jadi saya je. Hehe.

    Reply

  32. ytmz says on :

    Maria, ana batakh, ana.. ana batakh.. ente ilaasha’ati..

    Reply

Leave a Reply