1 Januari 2009

Assalamualaikum wbt

Saya tidak mahu ketinggalan mencoret sesuatu pada tarikh ini. 1 Januari 2009. Saya pernah ceritakan dulu, saya sukakan nombor satu. Bagi saya nombor satu adalah nombor yang istimewa. Termasuklah bulan satu, plat kereta bermula dan diakhiri dengan satu dan kalau boleh, nombor rumah pun saya suka kalau ianya bermula dan diakhiri dengan satu. Kebetulan, rumah saya pun bernombor 1100. Cantikkan nombor rumah saya? Hehe.

Tahun baru saya kali ini sangat tidak mengecewakan. Sebenarnya pagi tadi rumah saya terputus talian internet. Kami tidak menambah nilai akaun kami lagi untuk bulan ini. Sengaja kami semua tidak keluar untuk ke mesin top up di kedai berhampiran kerana tengaharinya kami bercadang untuk keluar. Waktu keluar itu baru cadangnya hendak membuat bayaran. Jadi di sebelah paginya saya menonton Twilight yang digilai ramai tu. Tapi separuh jalan saja. Saya tidak terasa hendak menonton sampai habis lagi waktu itu.

Selesai Zohor, kami ber-Asar pula dan sekitar 2.15 petang, saya megikut junior-junior saya pergi ke satu tempat. Tetapi hanya saya, Fareena, Fatt dan Diba yang pergi kerana Wanie dan Emy demam di rumah. Mily juga turut sama. Sebenarnya ini plan budak lelaki. Semuanya junior. Afi, Asyiq, Anep, Mun dan Paan. Saya sajalah yang terlajak umur di kalangan mereka semua. Haha.

Ke mana kami pergi? Dekat saja. Dua stesyen saja dari tempat kami. Gorky Park namanya tempat itu. Gorky Park ini merupakan antara taman tema tertua di Eropah Timur (sejak 1928). Ada sebuah lagu (saya lupa nama kumpulan itu) yang memahatkan nama Gorky Park di dalam lagunya. Tujuan kami ke sana ialah untuk meluncur ais. Ice skating. Sepanjang musim sejuk, kawasan lapang di taman tema ini diratakan saljinya dan dijadikan lapangan meluncur terbuka untuk orang awam. Sangat luas!

Ada dua orang di antara kami yang baru pertama kali hendak belajar meluncur. Adatlah kalau jatuh-jatuh dan tergolek tiga empat kali. Kalau tak jatuh, tak terasa nikmatnya bermain tu. Di taman itu, lagu-lagu dipasang kuat. Antara lagu yang berkali-kali diulang pasang ialah lagu Believe Me yang dinyanyikan oleh Dima Bilan, antara penyanyi terbaik di Rusia. Lagu ini telah memenangi Eurovision 2008 dan dalam video klip lagu ini ada peluncur ais Rusia, Plushenko, yang turut beraksi.

Hari ni, memang puas saya meluncur. Sudah lama tidak meluncur sebebas dan sepuas ini. Kebetulan, kesemua junior ini jenis yang meriah-meriah orangnya. Kami meluncur bersama orang tempatan dan luar yang turut menghabiskan masa bersama keluarga di sana pada hari ini. Saya paling suka melihat kanak-kanak meluncur. Sudahlah badan bulat-bulat dibalut pakaian tebal. Tapi meluncurnya punyalah laju. Bila terjatuh bergolek-golek, sedikitpun mereka tidak menangis. Kibas-kibas seluar, terus menyusup laju hilang di celah orang ramai yang nyata jauh lagi tinggi daripada mereka.

Tadi saya teruja melihat dua orang lelaki yang boleh menari-nari mengikut lagu-lagu yang dipasang. Antaranya lagu Believe Me dan Daddy Cool. Cayalah! Tapi saya tak reti nak buat aksi hebat-hebat. Setakat memecut biasa tu bolehlah. Lainlan Afi, Asyiq dan Fareena. Mereka bertiga ni sudah sangat cekap. Kami yang perempuan tadi menamatkan sesi kami lebih awal kerana hendak solat Maghrib di dalam bangunan. Sudah tidak tahan hendak bersejuk di luar. Ok. Saya sudahi dengan gambar-gambar saja.

Sedang bersiap sedia

Ada adik Ana Raffali dalam gambar ini, Asyiq Raffali (last, in black)

Keretapi terpanjang hari ini!

Bukti saya selalu dikenakan oleh Fareena budak nakal tu =p

Yang perempuan semuanya sedang kesejukan

Nota 1: Bila sudah sampai rumah, baru saya habiskan menonton Twilight. Saya tak rasa Edward Cullen itu kacak (-_-) Saya lagi suka pada ayahnya yang sangat tenang. Haha.
Nota 2: Dalam perjalanan balik, Afi bertanya: KS, berapa tinggi KS? Saya menjawab sekian-sekian tingginya dan bertanya kenapa. Afi membalas semula: Tadi waktu KS kat tepi saya dan KS menunduk, saya rasa KS macam budak kecik. Haha. Saya terasa awet muda dan comel. =p
Nota 3: Selamat hari lahir buat groupmate saya Fizy! (2 Januari)

39 Responses to “1 Januari 2009”

  1. cikgu jawe says on :

    wah! wah! seronoknya korang main salji ye. tu yg aku rasa nak naik bas je skrg pergi sana. haha!

    serius, aku sendiri pun tak reti naik kasut roda. apatah lg kasut ski tuh.

    hujan kt meru sepanjang mlm td hingga pg nih. sejuk.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    haha! 1st pengomen pd 1st entry 2009. hihi

    Reply

  3. one says on :

    sejjjuujjkk
    layan tido mesti best nih

    salam tahun hijrah

    Reply

  4. Inah says on :

    boleh merasai kesejukan di sana..seronok eh ice skating 🙂

    kami di sini pulak summer yang sejuk..kata musim panas tapi angin sejuk..malam2 kena masuk duvet 😛

    Reply

  5. chi am says on :

    wowo.. nak ais kepal satu..

    Reply

  6. snm says on :

    Sarah..dia x kacak..tp dia cool..isk 😛 flirty pun iye jgk :p

    Mesti best kan main ski? smg sihat slalu yek.

    Reply

  7. haritz says on :

    Selepas baca blog Sarah hari tu terus teringin nak ke Genting. Sampai sana tak sejuk pun.. mgkn pokok dah banyak tebang..huh sedih.

    Reply

  8. kak mas says on :

    Salam adik sarah,
    bestnya main dlm snow. teringin sgt nak pi Moscow. tp tak berkesempatan nmpaknya. Adik pun dah nak balik M’sia.Tak sempat kak nak plan.
    macam mana nak contct sarah?email or hp plz..

    Reply

  9. Hasrul Halid says on :

    Gorky Park????? Hah! Scorpion..

    “Follow The Moskva, Down to Gorky Park.. Listening to the wind, of change…”

    Wooohoooooo…!

    Reply

  10. Kita orang KL says on :

    Salam. Just asking, are U in red tudung?

    Reply

  11. djambu puadovich says on :

    betul…gorky park…sad gorkovo…dlm lagu ‘winds of change’ oleh scorpions…

    Reply

  12. jejakalkindi says on :

    x sukalah entri nie…ada snow, ice-skating..menjeleskan..

    Reply

  13. Zack says on :

    Dear Sarah Mohd Shukor,

    You will never disappoint me in giving wonderful n constructive comments. I feel ease listening to u. and da only thing im thinking now is not to let others hurt u no matter wat cost it takes. sacirficing for u is out of da question and i’ll do anything to make u feel happy.

    i dun care bout da others or wat do they think bout me. cuz i know far away up north in a cold land of an ex-soviet soil, dere’s you who will be wif me through da iups and down.

    forever and ever our love is unconditional.

    and wishing you da same (if not better) for da coming 2009. cant wait to see u back home for good as Doctor Sarah Shukor

    Love u too,
    A Wann
    (^_^)

    Reply

  14. Nurmahani says on :

    Gorky park mcm dalam lagu scorpions…

    ape khabar sarah? harap sume sihat2 aje ye..

    Reply

  15. pikir sendiri says on :

    last picca..u looking cool man…not bad…

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Wah. Kita saling ‘menembak’ ye cikgu. Cikgu buat rekod kat sini. Saya buat rekod kat sana =D Cikgu, meluncur la dalam hujan. Mandi manda dengan Safwan ke. Hehe.

    Oneib:
    Memang best tido. Tapi setiap malam tak penahnya tido awal. Hehe.

    Kak Inah:
    Baru je berapa hari lepas saya baca di BBC news pasal laporan keadaan summer di Australia yang tak sepanas biasa. Perubahan suhu global katanya. Jadi, don’t hesitate to bring your jacket along ok 😉

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    Ais kepal siap!

    Falin:
    Ye. Dia sangat flirty. Saya tak berkenan. Huhu. Ni bukan ski Falin. Ni ice skating. Ski lain. Nanti kalay saya pergi skiing plak, saya cerita ye =)

    Haritz:
    Pernah lalu jalan lama KL-Genting tak? Kalau lalu kat situ kan, awak akan nampak kawasan tanah runtuh dan penebangan balak yang berleluasa. Ayah saya selalu bawak ikut jalan tu. Dah elok2 hutan tu cantik je, ada pulak yang buat dajal kat situ.
    p/s: Kenapa saya tak boleh bukak blog awak hari ni? Loading nya sangat lmbat dan lepas tu terus error.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Mas:
    Sempat lagi kot kalau nak datang. Hehe. Saya habis bulan 6 nanti insya Allah. Tapi tak best datang time winter ni. Sejuk sangat. Orang tak larat nak berjalan time ni (untuk orang luar). Kalau datang sekitar April/Mei nanti memang best. Tulis dah penuh dah. Ni email saya: sarahmohdshukor@gmail.com

    Bro Hasrul:
    Haaa! Tu dia. betul! Scorpion! Serius saya terlupa semalam. Terima kasih banyak2. Memang Gorky Park ni letaknya sebelah Moscow River je. Tu sebab liriknya mcm tu. Terima kasih!

    Kita Orang KL:
    Ye. Yang tudung merah. Oren sebenarnya. Hehe.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Spasiba balshoi ingatkan tajuk tu!!! Serius saya terlupa sangat semalam. Puas nak ingat! Huhu. Bila nak datang sini? Saya dah dengan geng2 kita dah nak abis dah tak lama lagi. Mari mari mari!

    Abg. Fisol:
    Adeh. Tergelak saya baca komen ni =p

    Abg. Wan:
    Because I know u are always there for me and for that reason, I am always here for u. Forever our love is unconditional =) Love u too!

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mahani:
    Tu la. Lagu Scorpion tu. Saya ni yang terlupa sungguh semalam =p Saya tak berapa sihat nanti.

    Pikir Sendiri:
    Gambar budak yang dah gemuk. Huhu~

    Reply

  21. pikir sendiri says on :

    it that any wrong if i say im falling love wif you?

    Reply

  22. Dr Amad says on :

    Haa..haa..tak tahu kkkkkssss..hik3

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Apakah??

    Fahmi:
    Tak tahu apa? KS tak faham.

    Reply

  24. akak says on :

    jeles..jeles..jeles..:) Kene main ice skating gak dalam mimpi nie..hahaha.

    wah..ade komen ‘panas’ lg..:p

    Reply

  25. a.s.h.a.r says on :

    wah…
    meluncur pulak
    salji lagi
    lagi salji
    aduh… salji

    Reply

  26. Nadia Yuna says on :

    Ohoh. seronoknya dapat main skate eh. nadia dulu teringin je nak main kat the mines tu, tapi skg da xde da. kempunan nak main ice skating. huhu. hah. sarah, kamu memang da comelness pon. =p

    ** wah, saye terasa bahangnye ni. mmg panas la itu olang =p

    Reply

  27. Nadia Yuna says on :

    Oh Sarah!

    I’m just cry. I’m just touch by dat song. Adekah saya memang seorang yg sgt cepat tersentuh atau lagu itu yg bersifat sedemikian?

    suka tengok org pegang camera tu. kenapa ntah =p

    i believe he can flyyyyyy! =)

    take care dear!

    Reply

  28. djambu puadovich says on :

    datang sana? sebenarnye ada niat jugak…

    tapi hari tu ada tgk ‘the amazing race’, lepas tu ada babak peserta2 ni ambil teksi dari domodedovo ke town, tambang teksi ada dekat beratus USD.

    terus terbatal niat…:D

    Reply

  29. Sweet Thinker says on :

    edward cullen mane kacak. yg kacak sweet thinker. kekekke!

    Reply

  30. nono says on :

    Hahaha! At last Sarah tengok jugak Twilight walaupun Edward Cullen tak kacak bagi Sarah. Hahahaha! Kelakar la Sarah nie…

    Reply

  31. nono says on :

    Saya ada novel Twilight.. 5 kesemuanya. Tapi softcopy, dalam format PDF. Sarah nak? Saya leh send melalui email. Saya belum baca lagi novel Twilight tetapi kwn2 saya cakap novel dia lagi best. 🙂

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Tak yah jeles kak. Sebab lepas main terus demam teruk =p Erm. Saya pun tak faham apa maksud dia…

    Bro ASHAR:
    Ops. Ada orang tak keruan plak ni =D

    Nadia:
    Hehe. Sunway Piramid ada kan. Pegi kat sana la plak. Hehe. Erm. Saya kurang pasti apa maksud dia 😐 He makes me feel unease. By the way, u were touched by that song? Which song? Quando quando quando? Oh. I should have changed for a new one. I know u’re a little sensitive lately. Tapi, siapa pulak yang pegang kamera ni? Saya confius pulak dah. Hehe =p

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Oh. Yang dalam Amazing Race tu memang la semuanya yang mahal2 je diorang tunjuk. Tu sebab diorang guna yellow taxi service. Huhu. Kalau betul awak datang, saya amik la kat airport nanti. Hehe.

    Sweet Thinker:
    Oh. U really made my day! Saya gelak macam apa je tadi. Dengan batuk2 nya ni. Aduhai.

    Nono:
    Tu la. Saya tengok tu sebab nak tau jalan cerita je sebenarnya. Edward Cullen bukan priority la kononnya. Hehe. Nak! Nak! Hujung bulan ni saya ada masa nak membaca 😀

    Reply

  34. pikir sendiri says on :

    maksud dia simple je.. saya dah jatuh hati dengan awk! simple tapi meaningful.

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Saya tetap tak faham apa maksudnya awak cakap macam tu.

    Reply

  36. kimot says on :

    sarah…sy kt sini hehehee

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kima:
    Ha! okeh beb 😉

    Reply

  38. anon95 says on :

    Adakah anda seorang muslim yg sejati..juz remember that holding hands with opposite sex is HARAM bertaubatlah anda sebelum anda meninggal dunia dalam keadaan hina dina oh and i forgot to say that do u know what covering aurah really means..let me tell u a bit considering tht u dunno.well ur jeans are too tight..u definitely know right..pakai pakaian yg longgar dan tudung labuh menutupi dada REMEMBER it is the end of time judgement day is juz around the corner yet we still disobey Allah law..its better for you to rempve ur picture coZ this is not how muslim sho7ld acy..ur showing a bad image to islam..sorry to say im not good with words and i m a straoghtforward person so critisize me for all u want coz u are actually critisizing ur maker

    Reply

    Sarah Shukor Reply:

    Salam.

    Saya rasa saudara ni meroyan atau tengah demam panas kot.
    Jangan menghakimi kalau saudara tak kenal siapa dan bagaimana saya.
    Entah2 dengan menghentam melulu dalam komen begini dengan menggunakan nama samaran, saudara sebenarnya tak tahu pun yang mana 1 saya.
    Tight jeans? Tudung pendek? Pegang tangan dengan ajnabi? Hah. YOU BETTER KNOW ME FIRST BEFORE YOU SLASHED ME WITH ALL THOSE WORDS.
    Ye saya emo. Emo bila orang takde asal usul, takde adab sopan, konon cakap straight forward tapi sebenarnya tak kenal pun yang menulis ni macam mana pendirian dan pembawakannya tiba2 je menghentam melulu. Nak tegur tu boleh tapi biar betul pada salahnya kalau iya saya yang buat salah tu. But if it was not me, you better watch out your words, man. You are just merely annoying anonymous here. Do some research first if you want to slam people in their face.

    Reply

Leave a Reply