Gembira, Penat Dan Terkilan

Assalamualaikum wbt

Entri ini ditulis dalam keadaan malas tetapi tangan gian hendak menulis. Jadi semuanya ringkas saja. Dalam pada saya tidak tahu bagaimana hendak menempuhi kebosanan hari semalam, sudahnya semalamlah hari yang paling memenatkan bagi saya. Saya bangun awal pagi kerana cuba hendak membiasakan diri dengan jadual cycle baru yang mana hospital terletak jauh dari rumah. Terpaksa bertolak awal ketika hari masih gelap.


Dalam pukul 11.30 pagi, dua orang junior datang ke rumah mengajak saya ke tasik berhampiran dengan kawasan kami ni. Jadi, saya pun mengikut mereka ke sana. Serius sakit segenap sendi badan bermain-main di atas ais, berlakon menjadi snow angel, meluncur menuruni bukit curam, baring-baring di atas tasik beku itu dan seribu satu jenis aksi yang lain.


Di sebelah petangnya, hanya saya dan Wanie yang berada di rumah. Wanie bertungkus lumus menyediakan makan malam kami serumah (padahal yang lain makan di luar, tinggallah kami makan berdua saja). Selepas makan, saya pula yang bertungkus lumus di dapur. Memasak untuk satu majlis di rumah kami. Majlis apa, tunggu entri bila saya rajin nanti.


Dan awal pagi tadi, Subuh baru saja masuk, hari masih gelap, rembang siang masih belum kelihatan, saya sudah meninggalkan rumah seorang diri menuju ke hospital. Kisah ini berbaur unsur terkilan sebenarnya. Sebab terlalu banyak masa saya terutamanya sejak dua tahun kebelakangan ini dihabiskan seorang diri. Mungkin ada yang kata saya skema. Tapi prinsip saya ialah, meletakkan yang hak pada tempatnya. Jika kita ada tanggung jawab dan peranan yang perlu dijalankan dengan amanah, jadi kita perlu laksanakan dengan sebaiknya. Baik dari segi masa dan hasilnya. Berikan yang terbaik pada tanggung jawab kita itu. Kalau tidak, kita tidak amanah pada diri dan tanggung jawab yang kita pikul itu.

Tapi tiada yang berfikir seperti saya fikir. Jadi, hiduplah saya seorang diri. Dan terpaksalah Wanie menjadi mangsa saya menangis tadi. Ya. Tadi saya menangis terkilan.

Nota 1: Terima kasih Che Nab, Amil, Aainaa, kembarku Yan (hehek), Husna, Kuzie dan Anet. Kamu semua memang best!
Nota 2: Mengantuknya (-_-) Baru pukul 6.18 pm je ni.

37 Responses to “Gembira, Penat Dan Terkilan”

  1. pikir sendiri says on :

    kerajaan beri duit untuk belajar kat sana.so menjadi ur responsibility study and mendapat keputusan yang cemerlang..sesiapa yang diberi duit tapi bw balik malaysia segulung ijazah 3rd klas punya patut malu…

    Reply

  2. a.s.h.a.r says on :

    wah salji

    wah
    wah
    wah salji…

    Reply

  3. jejakalkindi says on :

    huhu…macam2 gaya dapat diperhatikan, memang cara yang baik menghilangkan kebosanan..

    Reply

  4. magnetic knee says on :

    salam

    Sendiri, bicara pada diri,
    sendiri, bisik pada diri,
    sendiri, renung jiwa hati,
    sendiri, kenang hati nurani,
    sendiri, ujian Ya Rab masa kini,
    sendiri,…..

    cewah….

    Reply

  5. FaYiisya says on :

    ohohoh rindunya snow!

    kepada pikir sendiri:
    waktu belajo kita belajo
    waktu enjoy kita enjoy..
    kalo belajo 24 jam 365 hari tanpa enjoy,mau masuk hospital sakit mental

    Reply

  6. NoktahHitam says on :

    fikir sendiri: adekah kau bercakap melalui pengalaman sendiri?

    Tasik beku menakutkan! Tidak!!!!

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Fakta2 yang awak patut tahu sebelum nak mengomen kat sini:
    1. Semalam kami di sini cuti.
    2. Dalam degree of medicine, takde istilah 1st, 2nd, 3rd class honor. It’s either u pass it or u fail it.
    3. Kalau ada unsur2 nak mengutuk saya di situ, lain kali sila kenal dulu siapa saya dan apa cara hidup saya selama ni.
    4. Zaman sekolah dulu2, dari darjah 1 sampai penggal 1 tingkat 5, saya tak pernah dapat no. lain dalam exam melainkan no. 1. Dalam semua exam, saya bersifat stereotype kerana tak ada huruf lain yang menjadi result saya dalam UPSR, PMR dan SPM melainkan semuanya A. Sepanjang di sini, 28 subjects out of 35 saya dapat excellent marks. Hah. Sila buat penisbahan sendiri!

    Kalau awak baca point no. 4 ni sebagai point yang berlagak, mintak maaf, awak salah. Ini point nak celikkan mata awak je. Lain kali, kalau tak kenal seseorg tu, tak guna nak condemn dalam apa cara sekali pun.

    Ayah saya larang saya balas komen awak. Tapi saya degil. Saya balas juga. Sebab saya nak bagi awak sedar sikit. Pasal tanggung jawab yang saya sebut semua tu, takde sape yang tahu apa yang saya maksudkan kecuali kawan saya tu. Jadi jangan mengada nak buat kesimpulan dan kaitakn dengan cara duit digunakan. Dan saya nak bagitau awak satu benda, junior2 saya yang sama2 dengan saya tu semuanya scorer ok.

    Saya pernah warning dulu tak nak tengok dah awak mengomen. Kalau awak komen lagi, saya tak fikir dua kali dah nak delete terus.

    Oh ye. Lepas ni kami semua cuti panjang ok. So kalau ada lagi aktiviti bermain2 ke apa lepas ni, tak usah la mengada nak ingatkan kami tentang tanggung jawab ke apa. Macam la sepanjang awak belajar dulu 100% awak fokus pada study je. Macam la orang tak tau yang uni di Msia terikat dengan aktiviti koko la, itu ini la. Komen dari Fayiisha tu sangat betul. Dia yang tingkatan 2 tu pun faham apa yang patut dia buat. Holiday is holiday. Dan kami tak pernah lupa tanggung jawab sebagai pelajar tu. Kalau tak, takkan la kami semua boleh ada result yg bagus ok.

    Dan fakta terBAIK saya nak bagitau kat sini. Kalau awak rasa kami ni buang duit kerajaan ke, mak ayah ke kat sini dengan beraktiviti seperti dalam entri ni, awak memang patut malu besar. Aktiviti yang diceritakan dalam entri ni adalah percuma 100%. Harap maklum.

    Reply

  8. ytmz says on :

    Ajenye kuat cucuk kawan baik awak pikir sendiri ni, hehe.

    Reply

  9. raihan says on :

    ye,mmg pnt pun main kat tasik beku tu(sakit2 bdn gara2 nk pnjt tebing tu,huhu),kitorang pegi ptg sikit,sbb ada zachot therapy pg tu,kalau x,bole join korang sume…ptg gmbr xcantik,tp ttp best…bkn slalu boleh jln atas tasik beku,kan ks…adventure tu,hihi

    Reply

  10. Khairul says on :

    Salam Kak Sarah,

    Hari yang sibuk ye KS. Oke la tu, sekurang-kurangnya terisi penuh. Daripada hari saya yang dipenuhi DotA je nih. Huhu.

    You are not alone, at least Wanie kan ada. Tapi tahun last ni tumpukan la pada diri sendiri eh πŸ™‚

    Reply

  11. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    si pemikir sendiri ni awat tak berpikir secara rasional ni?
    baru putus nafas eh..eh ke putus cinta ke hape…
    adoi…kelakarullazi la plak kan..chill mate chill

    sarah…keputihan salju kat moscow tu buat kami kat sini envy sgt…sini dok hehari frost ajer…
    sampai nak cycle pon susah woo..
    ntah bile nak snow, at least bleh dok umah, takyah kuar g memane mase cuti neh…
    tak sabar tunggu 2009, n minggu2 yg mendatangnye..***WINK~****

    Reply

  12. Ainul Arina Madhiah says on :

    wa… seronoknya main atas tasik.. teringin betul nak buat camtu… T_T

    menangislah kalau itu yang boleh buat ks lepaskan rasa terkilan tu.. Ainul doakan ks akan jumpa gak nanti orang yang boleh sekepala dalam hal tu dgn ks. Kalau tak di rusia pun, insyallah nanti mesti ada.. Allah kan sayangkan kita? ^_^ Sabar yer..

    Reply

  13. cikgu jawe says on :

    awk sgt kuat dn jarang menangis kan sarah. tp bila awk tulis yg awk menangis, aku dpt rasa ia betul2 mengganggu emosi awk.

    buatlah apa yg adil bg awk. biarlah mrk nk kata apapun, yg penting awk dh lakukan yg betul.

    seronok main salji. jeles!

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro ASHAR:
    Hehe.

    Abg. Fisol:
    A sudden plan. Tempatnya jalan kaki je dari rumah =)

    Magnetic Knee:
    Puitis πŸ˜‰

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    Insya Allah 1 hari nanti mesti kamu ada peluang utk ke UK semula =) Kamu sendiri pun faham bila masanya belajar dan bila masanya berehat. Hmmm.

    Eddie:
    Ais tu tebal gila dah tau. *saya tarbayang saya tolak awak turun atas ais tu. Hahaha. Ada yang menjerit kot terbayang ais retak* =p

    Yasir:
    Entah le. Atenye hobi kot.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Raihan:
    Oh. Kamu pun pegi jugak ye petang tu. KS dah expect dah petang ramai org. Tak best dah sbb bukan kita yg 1st touch the snow. Hehe.

    Khairul:
    Terima kasih Khairul. Ye. KS ni kira masih untung sbb ada housemates yang semuanya sgt memahami.

    Izu:
    Entah la Izu kenapa dgn dia. Ooo. Frost je ke. Harap2 nanti London akan bermandi salji dengan lebatnya =) Wah. Ada orang tu dah terbayang-bayang. *Jangan angau sudey* =p

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Apa kamu kata tu betul sangat. Terima kasih! Memang sumber kekuatan KS ialah mak ayah KS tapi dalam sesetengah hal, tak dapat tak, ada benda yang mak ayah kita tak faham apa yang kita lalui. Jadi kena cari orang di sekeliling untuk bagi semangat kat kita. KS dah lama tak bukak YM. Kalau tak, maybe KS terjah kamu kot =)

    Cikgu Jawe:
    Rindu pulak sama cikgu. Maaf cikgu. Saya tak jenguk blog cikgu dalam 2 hari ni. Tak memang tangan. Tekaan cikgu memang tepat. Memang sangat2 mengganggu emosi saya sejak kebelakangan ni. *kalau cikgu ada atas tebing tepi tasik tu, saya nak tolak cikgu turun menggelongsor ke bawah. Hihi*

    Reply

  18. Inah says on :

    hey dear..sometimes we do need a break jugak kan..some people are too cocky to understand what we are dealing now..

    bila diupdate blog berkenaan aktiviti yg menarik, dikatakan kita tidak belajar, tidak berusaha, menghabiskan duit kerajaan dsb

    takkan kita nak update time kita x tdo malam untuk siapkan proposal, x tdo malam untuk baca jurnal, x makan x minum sebab nak study and buat eksperimen..

    we are who we are dear..know urself well and u’ll survive in this community who are just too judgementalist

    dedicate lagu michael buble utk my dear sarah – lost πŸ˜€

    Reply

  19. Inah says on :

    eh..lupe..tasik beku sgt bahaya ok πŸ˜›

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    I love you Kak Inah! Thats a brilliant answer. Oh. All of Micheal Buble’s songs are my favoritoooo =)

    Reply

  21. Nadia Yuna says on :

    salam sarah,

    seronoknyaaa dia main salji. bilalah nadia nak merasa ni =p

    uhuh. tak sangka entri yang sejuk macam ni pun boleh jadi panas ye? heheh. macam2 dunia ni.

    miss u sarah

    take care ya!

    =)

    Reply

  22. Ainul Arina Madhiah says on :

    sila-sila… saya tak kisah pun menerjah diterjah nih… hehe~ apapun, keep up the spirit, sis! u can do it.. ^_^

    Reply

  23. Dr Amad says on :

    Setuju tidak perlu melambung puji dan tidak setuju tidakperlu mengeji…

    KS,saya tahu orang ya open pd teguran,tetapi lontarkan dengan cara yang betul bukan nada “teguran” sarcastic…bukan KS,anda dan orang lain pun akan terkesan jika nada itu ada insan lontarkan…

    KS,udah-udahlah nangis…malu ke ayam itik..hik3

    Reply

  24. haritz says on :

    Syoknya main ais, bila Malaysia nak turun ais.. ehh salji. Yang selalu jumpa, ais kacang dan ais kepal bubuh sirap..emmmm sedapnya. Sarah kau tak bawak sirap ke, boleh makan ais kepal.. hehehe

    ps:pikir sendiri cuba nak jadi hero disini dengan komennya yang bangang. Ini blog org jgn la kacau, nak komen tu guna nada yang baik, bahlol.

    Reply

  25. Ana Amir says on :

    WOW!!!! You look really cool in the picture when you play with the snow. I always dream of playing the snow with my family and friends. I wish one day my dreams will become reality.

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Saya akan delete komen awak kat atas ni lepas ni macam yang saya dah cakap sebelum ni. Kalau awak rasa apa yang awak cakap tu ialah teguran atau nasihat, kaji dulu bab intonasinya. Dan saya bercakap di sini bukan mewakili diri saya seorang tapi mewakili pelajar2 di luar negara. Saya rasa awak ni memang suka cari salah orang. Dan rasa apa yang awak lakukan je betul. Tu sebab awak boleh mengomen macam tu. Terima kasih in a way sebab ‘ingatkan’ manusia2 yang pakai duit kerajaan kat luar ni (duit rakyat hakikatnya) supaya kami tak lupa diri. Tapi bukan di blog ni. Carilah blog lain. Saya dah penat layan komen2 awak yang sangat tak membina langsung. Boleh pulak awak kata komen orang lain penuh kepuraan ye. Sekali lagi jelas awak seorang yang pessimistic, judgementalist. Kalau term arabnya, cepat sangat su’uzzon pada orang lain. Awak tak kenal mereka jangan cepat2 sangat kata mereka tu pura2 segala. Awak mungkin deny apa saya kata ni tapi kita tak nampak sifat ‘kita selagi orang tak sedarkan kita’. Dan ayat awak yang ni: “selagi saya tak guna any perkataan yang tak baik
    selagi itu la komen saya perlu diterima..saya tak condemn awk pun..” – saya rasa awak kena fikir balik la. Ayat tu adalah satu suruhan supaya menerima apa yang awak komenkan. In a way, benda tu adalah ‘nasihat’. But 99% of it awak nak mengajar orang supaya jadi macam apa yang awak harapkan. Kalau rasa nak menasihat orang banyak2 dengan kata2 yang tajam, dan MEMANG bernada negatif, tulislah di blog sendiri. Bukannya dengan anonymously tanpa sebarang link atau pengenalan diri datang mengomen, tuduh orang itu ini (saya merujuk pada komen di entri lama, bukan yang ni) dan kemudian menyuruh orang menerima apa yang awak katakan tanpa mengkaji dulu di mana silapnya bahasa yang awak gunakan. Saya ulang sekali lagi ni, komen awak di atas akan di delete dan begitu juga komen2 yang akan datang. Itu adalah isyarat saya bahawa saya tak memerlukan pengunjung yang asyik mencari salah orang dan sentiasa merasakan dirinya betul.

    *Sejak awak mula mengomen di sini, saya menjadi seorang yang pemarah. Sebab awaklah satu2nya pengomen yang tak reti nak jaga bahasa dan ketara sentiasa pessimistic pada orang lain. Saya selalu pesan pada diri saya, jangan menilai orang pada awal perkenalan supaya kita sentiasa berlapang dada mengenali orang tu. Supaya kita dapat meletakkan niat berbaik sangka sesama manusia. Tapi dengan kehadiran komen2 awak yang dulu, saya tak mampu nak husnuzzon pada awak dah. Kaji la balik apa yang saya maksudkan. Awak kena belajar menghormati orang lain dulu, sama ada dari segi bahasa atau tingkah laku, supaya orang lain dapat belajar untuk menghormati awak.

    Wassalam.

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    Entah la. Saya pun dah rimas sangat dah. Hmm. semoga awak sihat2 je ye.

    Ainul:
    Semangat sungguh ayat kamu kali ni ye. Hehe =D

    Fahmi:
    Terima kasih kata2 tu =) Intonasi tu penting kan dalam nak menegur. Jangan biar orang ‘mati’ kerana kata2 teguran yang membunuh. Eh, sini nak jumpa ayam itik pun jalan kedek2 pun susah. Hihik.

    Haritz:
    Saya ada bawak sirap tau datang sini. Tapi takde la pulak nak try guna salji utk dibuat ABC ais kacang semua tu. Sebab salji nikan dah jatuh atas bumi. Sure dah ada kena habuk macam2 waktu turun di langit tu. Tak terbayang saya makan kesan asap kereta semua tu =p Heheh.

    Amir:
    Keep on with your dream, Amir. May it drive u to work harder to accomplish your dream one day =)

    Reply

  28. lee says on :

    mm..apabila menegur, jadikan ia secara berhikmah.

    rujuk An-Nahl, ayat 125.

    kadangΒ² manusia mmg tak reti berbahasa. hanya tahu mencari silap dan salah org. mungkin dia ingin memberi message, ttpi x kena caranya.

    jika anda benar, tunjukkan siapa anda. barulah betol! (eh, apsal aku yg emosi?)

    so kepada cik siti sarah, bersabar je k. πŸ˜‰ smile always. biarkan luncai dengan labu2nya.. πŸ˜‰

    Cara paling cun, jgn marahΒ². barulah cun. smile ;).

    wallahua’lam..

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Lee:
    Terima kasih Lee. Saya dah berjanji pada diri sendiri tak nak layankan dah apa2 yang berbentuk emo kat sini. Susah nak buat semua orang puas hati pada kita. Hmm. Apa2pun terima kasih. Teguran yang macam ni yang saya suka. Ada dalil, ada nasihat, ada sarannan =)

    *Hari ni memang patut saya senyum sebab hari ni dah mula cuti =D

    Reply

  30. lee says on :

    ha cmtulah..baru bagus..
    jgn lupe lawat blog sy ek..mane tau bleh hiburkan hati ke..hehe..

    smile always πŸ˜‰

    Reply

  31. Anonymous says on :

    To Sarah, dont give a damn with Pikir Sendiri comment. He’s realy a mangkuk person in this world, damn really mangkuk….He’s never thinking positive, and think he’s really a smart person. Piiiirah! Enjoy your holiday and skiing, if possible.

    Reply

  32. put3yaNn says on :

    hai ks kembakuu!!!!! jgn sedih2 ks. kalau sedih meh naik kat bilik ktorg. takpon kte gi park main gelongsor lagi. nak nak nakk??? =P

    Reply

  33. diya says on :

    salam KS. hihi. sampai jugak seru diya nak tinggal komen kat sini [mungkin penangan 01/01/09 kot =p]. entri ni macam dah agak ketinggalan untuk diya komen. mungkin KS pun tak perasan komen ni kot. tapi, takpelah. diya nak tinggal komen jugak =D

    apa yang menarik perhatian diya … balasan komen KS untuk “pikir sendiri”. ya Allah. terkesima diya baca. memang betul tanggapan diya pada KS selama ni. dari 1st impression [melalui komen KS di blog acai dulu], diya suspect KS seorang yang takkan mengalah dengan apa pun yang berlaku. semua cabaran mesti kena telan jugak. orang nak kata apa pun, bak kata orang utara, biaq pi depa lah. janji KS dengan cara KS sendiri. fuhhh. tak sangka firasat diya betul *eceh*. kalau diya dapat komen macam tu, rasanya delete aje lah. takde nak berdebat dah. orang cenggitu, toksah dok layan pun takpa. tapi, itu lah … KS ada cara sendiri yang tak sama dengan orang lain. you’re special, the way you are =)

    p/s-sekali sekala diya jenguk jugak ke sini. sejak dari blog acai yang lama. bila tahu sikit2 pasal KS ni, rasa macam sayang pulak acai bukan dengan KS. hahaha. [mampuih kena sekeh ngan acai kalau die baca] =p

    Reply

  34. diya says on :

    tak sempat nak baca komen “pikir sndiri” yang KS delete tu. huhu. entah apa lah yang die dok kata, sampai komen KS berjela macam entri. curious =p

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Lee:
    Ok Lee. Terima kasih banyak2 ye =)

    Anon:
    Tak apa la ok. Sekarang ni saya nak betulkan semula konsep saya. Wajib berbaik sangka dengan orang. Apa2pun terima kasih sebab memahami =)

    Put3yaNn:
    Apasal susah bebenor nak eja nama kamu ni ha. Huhu. KS tak sedih dah pun. Hehe. KS tak elok batuk lagi ni. Kalau tak, dah lama KS nak jalan2 kat luar, gi tasik ke, gi park Frunzen ke. Huhu.

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Diya:
    Salam Diya. Saya dah baca lama dah komen Diya ni. Tapi tak terjenguk2 nak balas kat sini. Baca hari tu kat email je. Tersenyum busuk saya bacanya. Hehe. Apa2pun, terima kasih sebab sudi jenguk2 blog ni kadang2. Saya sebenarnya selalu bukak blog Diya tau. Sebab selalu ada recent update di blog Noktah Hitam. Saya selalu ke blog tu sebab NH tu kawan saya. Saya bukak dari situ la biasanya =)

    Saya tertanya2 apa la 1st impression Diya dulu2 ye? Hehe. Apa yang boleh saya kata, saya ni ego sebenarnya. Lagi2 pulak kalau kita dipersalah pada benda yang kita tak buat. Saya mudah ada rasa urge nak bertindak mempertahanka hak. Bukan untuk saya je. Untuk orang lain yang saya rasa saya patut bertindak pun, saya akan buat hal yang sama. But in reality, saya ni inert orangnya. Kaku je. Huhu. Dah la tak berapa bergaul sangat dengan orang. Menulis je kencang =p Tapi kalau dalam bab2 hak ni, hah, wajib la skills as debater diasah balik kan. Hehe. Saya yakin sebenarnya ramai je lagi yang akan bertindak macam saya ni bila ada jadi hal macam ni kot. Ntah2 awak pun sama Diya. Mungkin2 la mula2 tu rasa nak delete terus je kan. Tapi bila rational thinking kita lagi dominant, kita terus rasa nak bersuara semula. Hehe.

    Komen balas yang dah di delete tu, erm, saya pun dah lupa dah. Huhuhu. Serius dah lupa sepatah pun tak ingat =p Sekarang saya nak jadi saya yang normal dulu. Tak emo2 dan saya nak perasaan baik sangka tu ada pada semua. Tak best nanti kalau kita asyik terfikir itu ini. Hehe.

    Aishh awak ni Diya. Pasal Acai tu, adeh, tak reti nak kata =p Takde jodoh kot kami ni. Hehe. [a loooong hidden story from both sides] hahaha. (mati kalau Acai tau!)

    Reply

  37. diya says on :

    heh? ada ke recent updates CK kat NH? adeh. langsung tak perasan. hahaha [nampak sangat jarang jenguk NH =P].

    diya lemah betul baca blog NH. english die high class sangat. kadang diya baca 3/4 kali pun tak paham jugak. hahaha lari topik pulak =D

    pasal 1st impression tu, macam yang diya mentioned tu lah. KS jenis yang ketegaq. tapi, ketegaq tu dari sudut yang baik =)

    pasal acai tu pulak, takpalah kalau KS bukan dengan acai. mana tahu nanti, KS dapat yang lagi hemsem macho kacak bergaya dari acai. rezeki namanya tu. muahaha

    p/s-boleh aje nak link kan CK. my pleasure =)

    Reply

Leave a Reply