Dengan Ini Saya Berjanji

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari terakhir untuk elektif O&G yang saya lakukan bersama Nazlin, Auyun, Faiz dan Iman. Auyun, Faiz dan Iman duduk sederet di dalam lecture hall ketika sesi bersama Prof. Davidov tadi. Saya dan Nazlin pula duduk sebaris di belakang mereka.

Prof. Davidov merupakan profesor yang sangat dihormati di hospital ini. Jadi, ketika lecture tadi, suasana sunyi dan hening. Sedang semua khusyuk mendengar lecture, tiba-tiba entah macam mana ada bunyi berkeriut yang kuat dan menyebab semua orang di dalam lecture hall itu menumpukan pandangan pada satu objek. Objek itu pula sedang berada dalam keadaan 30 darjah senget ke kiri gara-gara kerusi yang didudukinya patah di bahagian engsel sebelah kiri yang membolehkan kerusi itu dilipat jika tidak diduduki.

Pada mulanya seisi dewan diam. Mungkin bersimpati dengan nasib objek itu. Tetapi sebaik Prof. Davidov pun terangkat kening dan tersengih melihat kejadian itu, maka, gamatlah satu dewan menggelakkan objek itu.

Yang lebih malang, objek itu adalah saya!

Sampai saja di rumah pukul 9.10 malam, perkara pertama yang saya lakukan ialah mengira BMI. BMI saya hanya 21.9 saja. Saya adalah normal dan tidak obes! Itu adalah salah kerusi tua itu. Sungguh! Tetapi insiden tadi membuatkan saya nekad untuk melakukan senaman secara intensif sepanjang posting bulan Disember yang tidak sesibuk mana ini.

Ayuh, nekad!

Nota: Ini juga adalah cara balas dendam saya atas kebodohan setahun yang lalu. Sekarang saya ada terompah kayu. Ha. Beranilah mendekat. Nanti saya baling kuat-kuat. Padan muka.

36 Responses to “Dengan Ini Saya Berjanji”

  1. Ejalz says on :

    sarah.. sememangnya kerusi itu yang bersalah.. hehe..
    jangan risaukan berat, janji kena sihat kan.. kalau tak, tunggu la sampai sarah nak beranak dua-tiga orang dulu, musti boleh turun punya.. eehmm..ehhmm.. org dah ada pengalaman nih.. dulu berat tak pernah kurang 50kg, lps anak 2, susahnya nak smpi 50kg..kehkehkeh..

    Reply

  2. Ejalz says on :

    halu.. me again.. baru lepas balik dari blog mimi.. dia pun bercerita pasal senaman.. cuma tidak berkaitan dengan kerusi.. hehe..
    teruskan usaha gigih murni adik-adikku…

    Reply

  3. Shazwani Adnan says on :

    salam.

    Wah, KS memendekkan cerita. Huhu.. Wanie dah dengar cerita penuh dari ks! Bila baca balik entri ni, wanie senyum saja.

    *Ya KS, KTG (Kita Tak Gemuk)!
    *Fuhh.. Dah la masa wanie cycle obs, port wanie lebih kurang situ je. Mujur tak ada malang yang menimpa. Hihi

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    eleehh.. salahkan kerusi pula. =p. sbnrnya, kerusi tu masih elok. cuma posisi awk duduk sambil awk jongket kerusi tu yg sebabkan ia patah. lagipun kerusi tu tak tahan menampung berat objek di atasnya. ops!.. terlepas sudah.. hehe

    Reply

  5. Khairul says on :

    Kak Sarah,

    Saya cuba kira BMI saya kat satu website ni. Tau apa dia kata:

    “Height seems too low for the Age, so Age was changed.”

    Dia tukar umur saya jadi 11 tahun.

    Saya hilang kepercayaan pada teknologi.

    Reply

  6. Inah says on :

    21.9 jek sarah oii..huhu..jgn salahkan diri anda..sila salahkan kerusi πŸ˜‰

    Reply

  7. AiRynnz says on :

    salam sarah….

    akk hanya mampu tersenyum πŸ™‚
    ader hikmah tuu sarah hihihihi

    apapun, pastikan kesihatan sentiasa terjaga k πŸ˜‰

    Reply

  8. fathiyyah says on :

    akak,comel je..akak jatuh pun comel je..
    haa?baru 21.9? lorh,mmg normal la tu kak.. πŸ˜‰

    Reply

  9. snm says on :

    alahai sarah..bkn slh berat badan ok. mgkin kerusi tu dh smpi ajal dia agknye :p

    Reply

  10. (*-^) says on :

    hehe.comel je. πŸ˜‰

    Reply

  11. chmod says on :

    kakakaakakakakakakaka!!!! ok..ok..stop!..hahahahah…mungkin kerusi tu tak dapat tampung berat awk kot.. nak tanya prof davidov tu dia yang cipta sabun mandi dove ka?ahaks!

    Reply

  12. Acai says on :

    muahahahahahaahaha….
    sambung lagi, haahahahhhaahaha…
    eleh sarah, salahkan kerusi konon..kerusi tu orang lain duduk takdenya nak rosak camtu,hehehe..:) gaya awk duduk yang ter betul..asyik jongkit jongkit je…:) BMI 21.9 je?? samelah kita sarah..lebih kurang,hahahahaa

    Reply

  13. Sub says on :

    mungkin kamu perlu mengira percent lemak…
    hehe…
    pernah mengalami kejadian yg lagi buruk tp kelakar di mata kwn2…
    hahaha

    Reply

  14. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    oooppppppssssssss

    Reply

  15. Ainul Arina Madhiah says on :

    adeh la.. rasa ank gelak guling-guling je dengar ks yang kurus ni boleh duduk sampai patah kerusi.. nasib..nasib.. ^_^ takpelah.. lain kali test dulu dengan buku yang gedabak2 tu before duduk ye ks… =P

    Reply

  16. Acai says on :

    Sblm balik..
    ainul..sarah kurus ek? sy lagi kurus dari dia tau,hahahahhaa*laariikk..

    Reply

  17. one says on :

    ehheemmm… (sambil cek kerusi depan pc)

    ahh…elok lagi..

    Reply

  18. CriticalThinker says on :

    kihkihkih.. kasihan objek itu. *davidoff blue wangi baunya

    Reply

  19. Liyana says on :

    huhuhuhuh~
    kesian ngangah…tak pe2
    sweet je ble kng blik nnti…bleh buatkn diri tglak sorang2~

    Reply

  20. Only me says on :

    Tu la CriticalThinker.. Mula2 baca td, rasa cam pernah dgr jer davidov tu. Rupa2nya.. davidoff blue! hehe..

    Sorry Sarah..akak nk tumpg tergelak. Tapi tu la, kekdg kita memg tk sangka langsung ‘sesuatu’ itu bleh berlaku kt kita kan. Dan kemudian2 nanti, bila sarah dah habis study, bekerja, dan sarah terkenang semula peristiwa tu, sarah sendiri akan tergelak nanti..

    Reply

  21. akak says on :

    nak tak nak..bila baca entri sarah nie memang kene gelak. Aduih..kesian betul..jadi mangsa keadaan kan..emm..Tak nak komen panjangΒ² sebab mood Sarah tu..ee..tak pasalΒ² kan terompah kayu tu sampai kat sini.

    Reply

  22. zool says on :

    Sabar2.. Nak buat camne..
    Sesekali jadi tumpuan orang kan…
    Glamer sekali sekala…

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Ejalz:
    Aik. Kurusnya akak. Dengan 2 orang anak lagi tu. Biasanya, orang dah ada anak ni makin naik badannya. Hehe. Boleh dijadikan contoh ni. Erm. Saya dah lama tak jenguk blog Mimi sejak link hilang. Nanti saya akan updatekan semula la link semua ni. Ops. Sememangnya kerusi yang bersalah kan kak =)

    Wanie:
    KTG! Yang paling tak tahan, bila budak laki 3 orang tu bangun dan jenguk kerusi tu bila KS dah pindah tempat. Adeh la. Macam apa je. Diorang ingat patah habis kot palang tu. Huhu.

    Cikgu Jawe:
    *Saya menjeling tajam je ni*

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    Allahu Akbar. Meh bagi link website tu. Kot la kalau KS kira kat situ, dia kata KS pun tak proportionate dgn umur. Hehe. Khairul, yang penting, kamu sihat. Kita yang rendah2 ni comel apa kan. Ramai yang jealous tau. Huhu =p

    Kak Inah:
    21.9 ni dalam keadaan saya yang gemuk ni. Kalau dah turun semula ke normal, lagi rendah kot BMI saya. Haha. Tapi susahnya nak turunkan berat ni ha. Aduhai.

    Kak Airynnz:
    Hehe. Kak Ryn, saya rasa hikmahnya ialah saya menjadi glamour dalam sekelip mata. Huhu. Dengan prof sekali pun kenal saya. Dah la hujung bulan ni saya ada cycle dengan Prof tu. Sah2 dia ingat saya sebagai budak senget 30 darjah tu. Hehe =p

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    Ha.. Normal kan. Kecik je pun KS ni ha (tapi KS tetap rasa KS dah gemoook). Huhu

    Falin:
    Adeh. Kerusi yang sampai ajal yek =p

    (*-^):
    Hehe. Comelnya nama awak ye. Hehe.

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shamsul:
    *Saya menjeling tajam je pada awak dengan Cikgu Jawe sambil ketuk2 jari kat meja* Haha.

    Acai:
    Kerusi tu bersambung dengan kerusi sebelah. Fixed. Mana boleh jongkit-jongkitkan kerusi tu. Huhu. Sebab ramai orang lain dah guna sebelum tu la yang buat kerusi tu jadi camtu =p Ewah2. Dia pun 21.9 jugak la ye. Saya ingat lagi kat blog lama awak dulu ada tulis camni. BMI: 24!!! Hahahahahaha =D

    Sub:
    Wahai Encik Sub, apakah pula kenangan kamu tu ye. Hehe.

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    Aaaaa. Perli orang la tu eh 😐

    Ainul:
    Untuk ke elective course, mana ada orang bawak buku gedabak2. Memang dah kebetulan time tu kerusi tu nak patah engselnya tu. Nasib la badan ni. Jadi tumpuan umum. Gila glemer dalam masa yang sekejap. Huhu.

    Acai:
    Tidak. Sila jangan percaya pada Acai!!

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    Haa. Nasib baik ye =p

    Am:
    Davidoff coffee lagi best. Ahaks πŸ˜‰ Oh. Adakah Davidoff blue yang awak beli utk summer collection yang dicari-cari?

    Liyana:
    Ha tu la. Sampai saat ni pun, teringat semula apa jadi semalam, Ngah senyum sorang je. Terkekek-kekek sorang2. Huhu

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Su:
    Sebenarnya saya syak, segala jenama minyak wangi ke, coffee ke, rokok ke yang dikeluarkan oleh Davidoff berasal dari Rusia. Sebab Davidoff ni nama Russian tau. Hehe. Kak Su, kalau akak pun tergelak, apatah lagi saya ni. Duduk sorang2 satgi tersenyum teringat apa jadi semalam. Hehe. Akak sehat? Lama saya jenguk blog akak. Sorry tau.

    Akak:
    Akak!!!! Bila baca komen akak tadi, terus saya kata: Dalam ramai2, akak jugak la yang selalu peka dengan keadaan saya. Serius ni. Akak je yang ‘nampak’ apa yang tersirat ye. Mekasih sgt2. Hehe. Saya memang mangsa keadaan tau semalam tu. Huhu. Tapi kalau lepas ni jadi lagi, tu maksudnya memang ada sesuatu yang silap dengan saya. Huhu. Lagu Francisca Peter memang sangat sodap dan mengena gitu. Ngeehee =D

    Zool:
    Haa. Itu la pasal. Sekali-sekala je pun boleh glemer sekelip mata camni. Huhu =p

    Reply

  30. Chekgu BaniHassim says on :

    mengkaji sebab dan akibat sesuatu kejadian.
    nak salahkan BMI ke kerusi usang??
    huhu…

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Chekgu BH:
    Kerusi usang!!! =D

    Reply

  32. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    wut else can i do.
    dats the best i cud do for now .
    ngeh ngeh
    takde laaa

    Reply

  33. Ainul Arina Madhiah says on :

    =P takpe2.. nanti kita amik satu penimbang yang betul2 accurate pastu check sapa gumuk lagi.. acai ke ks… lalalala…~

    Reply

  34. Kobe says on :

    sesungguhnya kerusi itu hanyalah sesuatu benda yang tidak bernyawa dan tidak seharusnya dipersalahkan πŸ™‚

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    Itu je la awak ye Izu. Kesian la kat saya. Memang bukan salah saya mahupun badan saya mahupun berat saya mahupun apa2 saja yang ada pada diri saya. Salah kerusi tua itu! :'(

    Ainul:
    Serius memang Acai! Ahahaha.

    Kobe:
    Belum tengok belum tau, tau.

    Reply

  36. Cinta says on :

    Salam Sarah,

    Anggap saja insiden itu satu kenangan manis sebab sarah berjaya buat professor itu tersenyum :). Biarpun sarah rasa malu, satu hari nanti pasti sarah akan tersenyum bila terkenang peristiwa ni semula :)..memang best kan baling org dgn terompah..akak rasa pun nak buat juga..kejap lagi nak bersihkan terompah lama..

    Reply

Leave a Reply