Sahabat Dunia Maya

Assalamualaikum wbt

Orang kata, kita tidak boleh mempercayai 100% kenalan yang kita temui melalui internet. Sebetulnya begitulah. Tapi tak dinafikan juga, bukan semuanya palsu dan berniat buruk ke atas kita.

Kalau ada orang mendakwa dia ditipu oleh beberapa kenalan di dunia maya ini, saya turut bersimpati atas nasib mereka. Bukannya apa, tapi kerana saya memahami apa yang mereka rasai. Atau dalam maksud lainnya, saya juga pernah mengenali watak-watak penuh kepalsuan melalui dunia maya. Marah? Itu sudah pasti tapi lama mana sangatlah kita boleh terus kekal hidup dalam kemarahan dan kebencian. Bagi saya, memaafkan dan melupakan adalah ubat terbaik untuk melepaskan benda lama berlalu pergi. Namun, peristiwa-peristiwa sebegini tidak dominan di dalam hidup saya. Kerana yang buruk itu hanya satu, sebaliknya, yang baik-baik pula ada seribu.

Sepanjang menulis blog, saya menemui beberapa rakan baik yang sangat memahami. Jika dulu saya berblog menggunakan platform Friendster, maka yang mengikuti tulisan saya hanyalah rakan-rakan di Friendster saja. Tapi sejak saya mula berblog menggunakan platform Blogspot, skop pembaca yang singgah di sini lebih ramai dan luas. Hit ke blog juga mencecah 400 kali sehari. Saya tahu ini tidaklah tinggi mana berbanding blog-blog milik ramai lagi blogger yang lain. Cuma bagi saya, 400 kali lawatan daripada rakan-rakan pembaca ini menunjukkan ada yang mengingati saya (atau blog saya) walau di mana kalian berada dalam pada saya di sini terasing daripada kehidupan normal bersama rakan-rakan.

Sejujurnya, di saat saya masih menulis di blog lama (Friendster) dulu, saya selalu meninjau blog adik saya. Saya cemburu melihat dia mempunyai domain sendiri dan aktif dengan update terkini yang lebih berbentuk perkongsian ilmu dalam bidang yang sedang dipelajarinya ketika itu. Walaupun ianya berkisar tentang Security Technology, tapi di situlah titik permulaan saya mula mencari platform yang lebih baik untuk berblog.

Ternyata, sejak menulis di sini, saya menemui beberapa orang kawan baik yang tidak saya miliki dalam kehidupan harian saya di sini. Mereka sungguh baik dan tak dinafikan, mereka ini antara sahabat yang saya hargai kewujudan dan kemunculan mereka dalam hidup saya. Ada di antaranya yang pernah saya temui dan ada yang belum tapi hampir setiap hari kami mendengar khabar melalui dunia maya ini juga alat telekomunikasi yang lain.

Buat Faiq dan Cik Ati, mereka ini istimewa sekali di hati saya. Faiq sahabat baik saya sejak sekolah yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia dalam banyak hal. Hanya dia yang tahu! Cik Ati adalah ibu saudara Faiq yang telah saya temui ketika majlis perkahwinan Faiq dulu. Cik Ati merupakan sumber nasihat paling bernas yang boleh saya jadikan rujukan. Saya juga ada Kak Fauziah (Akak) sebagai salah seorang yang rapat dalam dunia saya di alam maya ini. Tak ketinggalan, saya ada Yasir yang sangat seronok untuk dibawa berbincang dan berdebat tentang banyak perkara. Nak berduet mesra pun boleh juga. Juga pernah membantu saya menyelesaikan beberapa perkara. Terima kasih! Dan yang paling istimewa, saya mengenali Nadia dan Acai yang menjadi teman terbaik saya sepanjang menulis di sini. Terima kasih Nadia, Acai kerana sangat memahami saya!

Dan pada hari ini, genaplah dua tahun saya bertapak di sini. Dan saya masih lagi percaya, dunia saya ini membawa saya mengenali ramai orang yang pelbagai watak dan ragam. Dan saya masih percaya, dalam keburukan yang pernah saya lalui sepanjang berblog, masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kebaikan yang saya peroleh.

Di sini saya temui rakan-rakan baik saya dan di sini saya temui dunia saya.

Nota: Lagu di sebelah adalah nyanyian Yasir, diberikannya kira-kira setahun yang lalu. Yasir, harap awak izinkan saya muat naik lagu ini di Imeem ye. Hehe. Awak kan tengah kumpul playlist Skoobedooparp =) Saya yakin awak senyum bila baca ni =p Terima kasih! Ada lagu nanti kasilah saya lagi =D

38 Responses to “Sahabat Dunia Maya”

  1. CriticalThinker says on :

    wah cantek profile pic sarah. kalau bakal engineer pula saya cadangkan digantung piston, spanar dan screwdriver di tengkuk! hahaha 🙂

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    haa. awk buat la dulu. nanti ramai la yg menyusul =D

    Ainul (deleted):
    maaf sgt2. ks kena delete komen kamu td.

    Reply

  3. Ainul Arina Madhiah says on :

    eh, saya ada tersebut something yang tak sepatutnya ke? aiseh, sori2.. saya terlepas pandang kot… sori tau ks..

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    ye ada. but it’s ok. no problemo 😉

    Reply

  5. menteil says on :

    kalau 400 unique visit itu dah kira ramai la tu cik sarah..

    2 tahun? memang boleh ramai kenalan la..

    aku tak sampai setahun berblogging..
    dan memang punya ramai kawan..
    boleh kata hampir semua tak pernah bersua di luar waiba webcam sekalipon..

    tapi aku dah lama di internet..
    cuma baru di blog..
    selama berinternet memang ramai kawan termasuklah rakan forumer, fs, ym dan macam2 lagi la..

    berkawan bukan ada had bilangannya tapi hadkan pada pergaulannya..

    lagi sekali aku komen panjang2 dikala otakku fenin2..

    Reply

  6. Nini Marini says on :

    wah!!

    tahniah akak,sempena 2tahun usia blog akak ni.kagum2..

    one thing yang nini perasan,dalam tulis blog, sgt kena konsisten.

    tapi apa2 pun memang Islam mengajar kita utk istiqamah kan.

    goodluck akak! keep blogging yea!=)

    Reply

  7. Inah says on :

    waah..and i’m glad to have the opprtunity to know u lil sis 🙂

    Reply

  8. KA says on :

    tahniah di atas kejayaan blg ks krn menginjak kaki ke usia 2 tahun…seoga dipanjngkan umur ke 30 thn lak cewah hehehhehe

    selamat berblogging!!!

    Reply

  9. Anak sulong singa says on :

    Salam.

    Selamat menyambut ulang tahun ke 2 untuk Dunia Sarah (a.k.a My World). Teruskan menulis dan menyampaikan 🙂

    Moga sihat dan bahagia selalu.

    Reply

  10. cikgu jawe says on :

    slmt ulangtahun MW aka DS. kalau aku ada salah silap sepanjang kenal kt alam maya, mohon maaf jua. dn aku maafkan sarah jua. 🙂

    peace!

    Reply

  11. chmod says on :

    واااااا…….تق تاهو نق چاكڤ اڤ!!!

    Reply

  12. .:dudu:. says on :

    sy prnh jmp ngan someone yg sy knl di friendster.. oh sgt x leh lupakan kenangan indah itu…;P

    Reply

  13. Nadia Yuna says on :

    Selamat ulang tahun MW. Huhu. Nak kasik hadiah ape ni. Hah. Pi amek gambaq saya buat peace di umah incik Acai =p Simpan leklok na. Bila terasa rindu. Tataplah gambarku. ewahhhhh. Bukan main saye ni. Sat lagi sarah juga yang pening dengan spekulasi. hehehe =p

    by the way,

    saya pun seronok dapat mengenali awak sarah. banyak sungguh perkaitan awak dengan saya kan. Heh. terutama kalau dipusing-pusing orang disekeliling kita =)

    Moga saya dipanjangkan umur. Moga saya dapat jumpa awak! =)

    Reply

  14. kylex says on :

    Selamat Ulangtahun Ke-2 Dunia Sarah(DS).Inila blog pertama yg saya lawati dan bagi komen..Tq sbb kongsi semua cter yg bes2 :). Sy ni budak br nak belajar,heheh 😛

    Reply

  15. Hafiz says on :

    400 hit setiap hari untuk blog yang baru berusia 2 tahun. Itu sudah dikira banyak tu 🙂

    Kenal blog ini pun pada awal tahun lepas.

    Semoga blog ini mampu kekal untuk jangka masa yang lama 🙂

    Reply

  16. Cinta says on :

    Salam,

    Selamat ulangtahun :), blog sarah di antara blog yang akak tunggu setiap kali ada entry baru…dan puisi2 sarah di dunia yg satu lagi juga sangat digemari..tq to Mr.faisal/Acai sebab letak link sarah kat blog lama dia dulu….wish u all the best my dear sis n may Allah will always be with u…

    Reply

  17. Khairul says on :

    Salam,

    Selamat ulangtahun MW, blog 1st yang saya singgah, dan KS sahabat dunia maya 1st yang saya jumpa. Berbanggalah KS :p

    Keep on writing 🙂

    Reply

  18. NoktahHitam says on :

    Ya sayalah yg berniat jahat terhadap orang di internet.

    400 ratus hits atas platform blogspot? Belum ade platform sendiri. Mesti meletup2.

    ps: Selamat hari lahir blog KS.

    pss: Hari lahir NH terlepas (29 Nov 07) 😛

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Menteil:
    ramai ke 400 tu? sbb setahu sy ada je yg sampai >500 sehari. tak kesah la. yg pasti sy blogging sbb sy dpt release tension dgn menulis. boleh tak gitu? hehe. sy setuju dgn apa awk ckp tu. kita bukan hadkan pd bilangannya tp pd pergaulannya. hidup menteil!

    Nini:
    tp ks tak konsisten pn. ikut mood n kelapangan masa. but most of the time, ks menulis purposely to kill my time. ks ni takde social life sgt kt sini. u know what i mean rite. so, kt sini la ks 'melepak' setiap hari. hehe. anyway, merci!

    Kak Inah:
    ouch. how could i forget u???? arghhh. u're 1 of the best that met thru blogging! sayang kak inah!

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    erk. klu 30 thn drpd skrg, ks dh berumur 53 thn. masihkah mampu org tua ini nanti berblog? bakal digelakkan oleh Nasyra dan anak2nya aje. hehe. apa2pun terima kasih!

    Anak Singa yg semakin gagah:
    terima kasih byk2 alif. kamu antara kenalan terawal yg berkunjung ke sini by chance. hehe. kalau la kamu masih boleh ingt segala peristiwa lamu tu, that would be very touching =)

    Cikgu Jawe:
    insiden setahun yg lepas dh cukup membuktikan cikgu antara pemberi semangat n nasihat yg best utk sy n MW/DS ni =) terima kasih cikgu!

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shamsul:
    uiks. guna jawi plak dia ye. hehe.

    Dudu:
    oh. sy plak tak jmpa dgn org2 yg sy tak yakini kebenarannya. mcm kwn2 blogger yg sy dh jumpa bape org ni semuanya yg sy kenal latar belakangnya =) ehem. tu someone special eh dudu? *kenyit mata kt dudu*

    Nadia:
    ahaha. spekulasi yg tu!!! kalau sy letak plak kt sini gmbr tu, agaknya apa la yg akan org tu kata. adeh. keras pipi sy senyum sorg ni ha. nadia, thanks sgt2! *peluk cium dr jauh*

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kylex:
    eh yeke? alamak. terkedu sat ni. terima kasih encik khairul yg kuat berjalan mengikut mamanya=) (ramai nama khairul yg ada di DS ni. dh tak reti camne nak bezakan nama setiap org ni. hehe)

    Hafiz:
    haah kan. lama jgk dh kita kenal kan. awal thn lps. sy ingt lg insiden nasyid Tombo Ati tu. sampaikn sy ingtkn awk org jawa wkt tu. hehe. terima kasih hafiz atas persahabatan maya ini *tgh senyum lebar2 ni*

    Kak Cinta:
    aaa. terharunya sy. rupanya akak kenal sy melalui acai ye. oh. sy kena belanja acai nampaknya ni. hehe. terima kasih byk2 kak. s pun selalu singgah blog akak. nak baca sajak2 yg terbaru. dpt la jgk sy belajar sesuatu yg baru =)

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    psl ks ni 1st sahabat maya kamu yg tu ks tau. tp psl 1st sahabat maya yg kamu jumpa in person, yg tu ks taktau. aish. terkedu la plak kan. tp sblum tu kamu tak pernah ke jumpa NH ke atau yg lain2? kebetulan je dh kita duduk bandar yg sama kan. ada peluang hari tu, knp tak kita jumpa je =)

    Eddie:
    awk tu baik sgt sebenarnya tp berselindung dgn nickname yg nama evil n very secretive. hehe. org kata, tak kenal maka tak cinta. kalau sape dh kenal n ikuti blog awk lama2, diorg akan nampak siapa awk sebenarnya. sbnarya sy noticed psl NH’s anniversary. senyum je sy baca wkt tu sbb dekat2 je tarikhnya =)

    Reply

  24. acai seorang budak baik.. says on :

    Slm sarah,
    waaaa dah 2 tahun ye..apesal rasa sekejap je,hehe..waaa, popularlah awk skrang ngan hits yang tinggi,hihi..sy je yang tak popular,kakakaka..:P apapun chaiyok2 sarah..awk memang ada bakat menulis..tulisan awk ‘hidup’..dan ramai yang suka baca termasuklah sy..

    walaupun tak pernah jumpa tapi memang rasa rasa dah kenal je,ceewahh..camne ek awk mula2 kenal sy?hihi..rasanya awk yg jumpa sy dulukan,hehe..ok, dah melalut ni..cinta,suka dapat kenalkan sarah ni kat awk,hehe..meh blanje sy kfc,hahahaha…

    Reply

  25. Cinta says on :

    Sarah,

    Jangan la dik..puisi akak x seberapa…hanya menulis mengikut rasa…entah betul entah tidak tertibnya..hehehe…akak lagi suke tulisan sarah dan puisi2 sarah…bak kata faisal hidup…a’ah kenal melalui Incik Faisal/Rangga yg konon-konon comel iteww…hehehe…jangan kata KFC Faisal..atok KFC tuh pun saya bagi…heheh..sorry sarah tumpang membalas pertanyaan si acai tuh pula kat sini..hehehe..

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    heh. popular ke apanya. awk pn tau sy tak mau sbnarnya sy nak yg mcm mana kan. hehe. haah. dulu sy jmpa awk dulu. sy search for permainan tradisional di msia. sbb wkt tu blog sy klu tgk referral masuk misti psl carian permainan tradisional di msia. bila sy try search sndiri plak, sy ada jumpa link ke blog awk psl entry awk main tuju selipar dlm opis. ape kehalnya la main tuju selipar dlm opis. adeh =p di situlah segalanya acai. hehe.

    Kak Cinta:
    erk. acai tu merepek aje kak. mana da ‘hidup’nya. tu semua sy merepek2 time sy tgh jemu dgn buku. huhu. sy seorg budak medic yg sgt ntah apa2 je =p bila bosan dgn buku, sy bersajak plak. *abis la kalau jps tau*

    Reply

  27. .:dudu:. says on :

    sy rs dia mmg someone special pun bg sy…;P tp klu lah dia tao yg dia tu special bt sy kan senang citer.. ;P *eh ks,mcm paham2 jew kan*

    Reply

  28. akak says on :

    Selamat ulangtahun jugak..Baru 2 tahun tapi dah cukup kematangannya. Tak pernah jumpa tuan empunya diri..tapi terasa dekatnya di hati. Tak ade hadiah utk ulangtahun cuma doa je akak kirim dr jauh. Semoga terus sukses dan terus menulis blog ni walaupun digelakkan anak cucu pun..:p (Tapi tulisan kene besarkan sikit sbb nanti pembaca setianya dah sedikit rabun..hahaha)

    Reply

  29. Ainul Arina Madhiah says on :

    terima kasih.. erm, rasanya dah tau tang mana ainul silap.. asiff katheer jiddan-jiddan..

    lagi satu, eid sa’id milad DS!! dah dua tahun rupanya.. kalau budak kecik tumbuh dah gigi, DS ni tumbuh apa plak? peminat ek? hehe.. DS ni kira kak long nasyra la ek ks?? haha~

    btw, teruskan menulis tau! ks banyak buat saya semangat nk jadi lebih baik dalam sesuatu. Sebabnya banyak benda kita sama, so scra tak langsung ainul terdorong nk capai apa yg ks dah tercapai juga. ^_^ terima kasih banyak2 sbb jadi senior yang best dan cool. Mintak maaf juga kalau ada salah silap sepanjang kita kenal ek ks..

    Reply

  30. Khairul says on :

    sebelum ni, tak pernah pun jumpa NH ke, atau sape2. YM ada la. laipun NH orang jahat xD

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dudu:
    ehehe. ks ni lagi dulu makan cornflakes dr kamu la *kenyit mata*

    Akak:
    sy takmo ckp byk. sy nak ucap terima kasih kt akak sbb kata2 akak selalu jd peransang utk sy. sy sayang akak!

    Ainul:
    mungkin apa yg kamu faham tu lain kot. hehe. takpe2. tp buat sementara wkt ni ‘yg lg satu’ tu tutup sat. takde apa nak buat pn kat situ. haha. org masuk satgi boring je sbb berhabuk bersawang merata =p eh, kalau senior yg best n cool, tu bukan ks tu. tu org lain tu. ks ni macho je. *lariiiiii

    Khairul:
    erm. knowing him, i dont think he’s bad *sengih*

    Reply

  32. AliF says on :

    Owh…aku sungguh terharu…
    nie kawan u yang baru…huhuhu

    Reply

  33. one says on :

    saya lupa..when was the 1st time saya “jumpa” Sarah..er..doktor am dulu kot(x ingat dah alamak)..nak masuk 2 tahun dah kan

    Reply

  34. syazana says on :

    salam kak sarah.

    saya suka baca blog akak. saya mula kenal blog akak sejak awal tahun 2007.

    oh, jeles pada kawan2 baik akak yang akak sebutkan nama mereka di sini.
    huhu.. agaknya, saya belum sampai tahap jadi kawan baik kepada sesiapa. best nya kalau ada orang yang cakap (dan anggap) saya ni kawanbaiknya ;)(kak Faaiqah kamu sangat bertuah ada kak Sarah!)

    apapun, teruskan blogging, selagi ada kesempatan, even dah masuk alam pekerjaan nanti. sungguh, tak jemu membacanya!

    Reply

  35. ytmz says on :

    Selamat yang setahun.. eh yang kedua.. setahun hari tu.. =) taip lagi.. taip tak penat.

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tiba2 rasa balas komen2 kat sini =)

    Alif:
    Hai kawan baru. Hehe 😉

    Oneib:
    Ye. Awak jumpa blog ni melalui blog Dr. Am =) Dah 2 tahun dah kan.

    Syazana:
    Hari tu KS ada dapat komen daripada seseorang guna nick syzn. KS rasa tu mesti kamu jugak kan. Maaf reply komen ni lambat. KS terniat nak balas komen ni sbb KS ternampak nama kamu ni =) Terima kasih sebab sudi baca blog ni. Kamu macam kenal Faaiqah je? Kamu study di Mesir jugak ye? =)

    Yasir:
    Berkat selamat. Dah 2 kali saya sambut ni dengan awak. Ups~ =p Awak pun. Taip terus taip. Kita ada misi =)

    Reply

  37. movers and packers new delhi says on :

    Thank you a bunch for sharing this with all of us you actually know what you’re speaking about!
    Bookmarked. Please also discuss with my website =).
    We may have a hyperlink exchange contract among us

    Reply

  38. Jayson says on :

    The resultant guitar is going to be a really excellent guitar that is
    worth a lott of funds.

    Reply

Leave a Reply