Emak Panda
Saya tidak pernah merasa memiliki berat badan di bawah paras normal. Terlalu kurus adalah buruk. Tapi saya pernah merasa apa itu yang dikatakan gemuk, berisi, tembam, debab dan yang seumpama dengannya. Menjadi kurus itu memang pernah tapi selalunya tak kekal lama. Kekal dalam dua tiga bulan kemudian kembali menjadi berisi. Jika disusuli dengan senaman setiap hari, barulah akan kembali menjadi kurus.
Kegemukan paling dahsyat saya rasakan ialah ketika musim sejuk sewaktu tahun pertama dulu. Sesungguhnya musim sejuk adalah zaman kegemilangan untuk menyimpan lemak-lemak di badan dengan jayanya. Seperti beruang kutub, berat saya naik mendadak-dadak. Tambahan pula, cuti tahun itu kami semua tak kemana-mana. Duduk di hostel saja. Malam-malam main Uno Card sampai masuk Subuh dengan kawan-kawan se-batch. Biskut, air yang dibancuh, kadang-kadang ada bubur nasi dan macam-macam jenis makanan lagi mengiringi sesi persidangan Uno kami. Manalah tak naik badan.
Kekurusan yang paling dahsyat pula saya rasakan sepanjang tahun kedua dulu. Saya mengalami sedikit masalah peribadi. Adoi. Sangat menyeksa jiwa. Susah hendak berdepan dengannya. Sudahnya saya menjadi seorang yang sangat kuat belajar. Terperap dalam bilik saja. Kalaulah ada pelajar tahun dua yang membaca blog ini, kalau kamu nak tahu, saya dulu khatam buku Ganong untuk Physiology tu dan lunyai buku Biochemistry saya tu tau. Punyalah saya menghadap buku-buku tu. Nota peribadi Biochemistry sangatlah lengkap sehinggakan kalau siapa yang tiada buku besar tu, boleh ambil nota saya untuk dijadikan rujukan. Fail Physiology saya pula sangatlah tebal dan lengkap tapi sayangnya orang yang meminjam telah menghilangkan fail tu. Bengang petala kelapan. Tahun itu juga, insomnia saya sangat teruk. Pernah tidak tidur sehingga 6 hari berturut-turut. Mata macam panda, badan keremping macam papan lapis. Saya masak berasingan dengan rakan sebilik saya waktu itu kerana jadual kelas kami berbeza (Amnah, junior yang disayangi!). Jadi saya hanya masak bila terasa hendak makan. Tapi kalau dah menghadap buku, mana adanya saya rajin nak bangun ke dapur waktu tu.
Dan sekarang ni, disebabkan semakin dewasa barangkali, kadar peka-diri (baca: self-concious) saya semakin tinggi. Orang sekeliling saya rata-rata pandai melawa, pandai pakai tumit tinggi, pandai bersolek dan yang paling penting, mereka kurus dan cantik. Dan atas dasar peka-diri ini, saya rasa saya semakin gemuk sekarang ini. Sudah naik 3 kg daripada Ramadhan lepas. Musim sejuk pula tu. Saya rasa macam emak panda.
Saya mahu kurus semula. Saya hendak kembali ke berat normal berangka 4 di depan. Tapi bila mula skipping saja, kaki dah sakit sangat (kan saya konon-konon syak ada fracture di ibu jari kaki tapi masih belum ke klinik lagi). Bila buat sit-up, 10 kali sudah penat. Dulu-dulu buat 50 kali pun langsung tak rasa penat. Macam mana nak kurus kalau setakat buat regangan ringan setiap pagi. Tak berpeluh langsung.
Kalau ada sesiapa yang ke Mekah, tolonglah doakan saya kurus semula. Moga-moga makbul doanya. Aishh. Mana boleh begitu. Islam menyuruh kita berusaha. Maka, wajiblah saya berusaha. Matlamat jangka pendek saya ialah untuk Raya Haji ini (eh, dekatnya dah nak Raya Haji). Matlamat jangka panjang, mestilah untuk konvo saya nanti. Tak mahulah saya tengok muka saya bulat macam bulan dalam gambar konvo yang akan kekal seumur hidup! Kot nanti anak saya tanya, takkan saya nak jawab: Emak dulu-dulu bulat macam emak panda tau, Nasyra.
Eh, dah ada nama untuk anaklah pulak! Lariiiiiii =p
alamak ks dah gemuk ahakz
xpe2 fenomena biasa tue waktu musim sejuk……….hehehehe
alamak….ks….tembam hehehe
habisla…..
Reply
ayyaks..harus la akak pun bermotivasi untuk lose weight 😛
Reply
wahhh Nasyra…mesti comel nih (cam anak panda)…heheh 😛
-adeep-
Reply
Salam Sarah,
Entry ini buat akak tergelak sorang-sorang..klu sarah mak panda..biau akak jadi nenek panda…susah betul nak kurus kan(alasan utk org yg pemalas mcm akak)
Reply
aduhhhhhh
samalah kita. cemana nak kurus ni. semester ni memang paling worst lah! fuh, badan naik x hengat! yang paling x best, naik cepat. nak turun. adoyaiii. berjanggut lama!
heh.
Reply
waaaaaaa…siap dah fikir name anak sekali…Nasyra pulok…heheh..nak ank pempuan dulu..hehe..tapikan yang tak tidur 6 hari tu..melampau tu..tak dapat bayangkan..mesti kepala dah berat cam tukul besi ms tu..usaha tangga kejayaan..so usaha la bersenam..jangan give up bila penat..kalau tak dipecahkan ruyung mana nak datang sagunya!!!
Reply
“Terlalu kurus adalah buruk.”?
erk.tapi kesian tau spesies yg kurus sebab gene:family yg dah anak 6-7 pun kurus mcm lidi.mkn weight gain pun hanya menambah di pipi.
kami tak mintak dilahirkan begini!
ya, bersyukur.tapi jgnlah dikecam smpai begini.hu=(
Reply
semalam akak baru tengok satu cerita kat tv pasal perempuan nih nak kurus. Kurus melidi sampai satu ketika kalau dia jalan jer mesti tersadung kaki dan jatuh. Tak kuat nak bangun lak tuh. Orang tengok dia dah macam jerangkung. Puncanya, dia terlalu nak kurus sampai bila doktor kata dia ada sakit aneroxia pun dia tak percaya.Last sekali, dia dapat kawan yang baik dengan dia dan nasihatkan kat dia, makanlah selagi boleh makan. Kalau dah sakit, satu apa pun tak boleh makan.Sekarang nih dia dah sihat balik, dah kahwin dan dia buat buku kisah dia nak kurus nih…Sorry terpanjang lak tulis…
Reply
salam sarah 🙂
baca dlm entry saya :p pola pemakanan harian. yok yok jek saya ni. tp smlm kembang jek hati. aduss..ada sorg kakak ni ckp “knp lin nmpk cm kurus ni?” pegi kursus mkn x sedap ke? ahhahaha:p
smg kte sma2 SIHAT..x kesah le gemok atau kurus kan. tp nk jgk le rs kilo kt dpn tu angka no.4 😀
Reply
salam..okeyla tu gemuk..jgnla gemuk sgt n kurus sgt…kureng suke ckit pmpuan kurus melidi nie.ngam2 je..baru sedap mata memandang.huhuhu.
pergh.tak tito selama 6 hari berturt2..masalah ngan pakwe ker nie.masalah peribadi gak kan.mata cam panda n kurus melidi.ni macam mentadak mentadu(gegancung)..wakakaka..jgn marah haa
Reply
kalau sarah suh doakan kurus,sesiapa yg nak ke Mekah leh doakan sy kaya n berjaya dalam bisnes n forex yek..leh ker..tlg yek..mekaseh
Reply
salam sarah,
aahhh tidakkk..saya juge alami pertambahan berat bdn yg mendadak lepas kawen huhuhuk. serius, saya pon tak sedar, tp mkn mmg la berselera. kwn2 kat uni pon ade yg tegor dah (kalau diam tu, diroang risau saya terasa hati) oh mcm mana ni…
kwn2 ade yg kata “ko dh kawen takpe la gemok..org fhm”. tapi sy rs..dh kawen lagiiii la kene jaga body hihihi.
mmg susah la nk kawal mkn time2 mkn ngn suami, sbb org laki mkn byk2 pon terbakar aje ape yg dorang mkn tu. tak mcm pompuan suke simpan lemak merata2 huuu 🙁
btw, to anonymous yg kurus komen kt atas tu, saya faham perasaan anda, suami saya pon kurus, mkn weight gain pon tak bape berkesan, tapi saya tetap cintakan die 😀
cantik dan buruk itu kan universal… 🙂
Reply
kak sarah nak tau rahsia saya maintain 40kg selama 4 tahun?
malas makan.
Reply
Alahi. ramai la yg salah faham plak maksud sy kali ni. hmm.
Khairul:
ohoo. ks naik skit la drpd ks yg kamu tgk hari tu =p naik sikit tp sbb skrg ni winter, maka wajib la dikhuatiri. kamu pn faham2 je la moscow ni sejuk camne kn =D
Kak Inah:
jom pasang azam sama2!
Adeep:
haha. yg tu yg kamu paling sedar ye adeep. shhh. jgn bgtau nan =p
Reply
Kak Cinta:
eh, akak mana tua lg. jd takleh la jd nenenk. jf mak sedara panda utk anak2 panda sy nnti ok =D sy ni pn pemalas jgk nak bersenam heavy2 time winter ni. sbb tak berpeluh pn. kalau kt msia, buat2 keje rmh pn dh berpeluh. tak yah nak susah2 pikir badan naik sbb ada je aktiviti yg boleh menguruskan. hehe.
Nadia:
haaa. exactly! tu la yg sy tgh lalui. eheh. after all, kita mmg sokmo selalu je kan =p mcm awk cakap tu la. nak naik kejap je. tp nak turunkan semula, masha Allah lambatnya. boleh sakit jiwa. huhuhu.
Shamsul:
wkt insomnia teruk tu, kepala tak rasa berat ke apa tp rasa mcm berdengun je dlm kepala. nak buat apa2 pn tak lalu terutamanya makan. tp study boleh la plak. ajaib je =D
Reply
Anon:
sy bukan mengecam golongan yg kurus. awk salah faham maksud sy. tolong la jgn anggap sy ni sesuka hati je nak mengecam org kurus. sy pun tak lah sampai tak sedar yg dlm hidup ni mmg ada org yg naturalnya mmg kurus. maksud sy kt situ, org yg terlalu berdiet sampai kurus sekeping yg sampai mcm anorexia tu. sy sikit pn tak maksudkan org2 yg genetically thin. kalau tak, sama la sy mcm mengecam ciptaan Allah.
Kak Hanny:
mcm yg sy terang kat anon kt atas ni, sy bukannya maksudkan kurus melidi sampai anorexic tu. sy maksudkan, kembali menjadi normal utk diri sy yg biasanya 46++ je. adui. sy rasa ramai plak yg salah faham dgn apa yg sy maksudkn dgn enrti kali ni.
Pencacai Tua:
hmm. sy bukan la gemuk gedempol. sy pun bukan la nak jadi kurus sekeping. sy mksdkn utk kembali ke berat biasa sy. kira lg rendah drpd yg skrg ni la. bukan masalah pakwe sume benda ni la. buang masa je fikir psl laki. awk mungkin tak abis baca blog sy. bilik sy dulu ada gangguan. tu pn kira peribadi. tak semua org dlm dunia ni penah atau suka sakitkan diri fikir psl teman lelaki/wanita.
Reply
Falin:
sy dh baca dh yg petua tu. alahai falin. bestnya awk turun berat. huhuhu. tak kesah la turun ke tak berat sy ni asalkan happy. 😉
Mahani:
ops. lepas kawin ni berat awk naik ye? oh. nampaknya awk betul2 kena jaga badan ni. ke tgh pasang badan ni? hehe. tu la kan. org laki makan byk tp diorg sentiasa gunakan semula tenaga yg diorg dpt drpd makanan tu. diorg tak simpan2. mcm kita, bila dh makan banyak lepas tu kurang aktif, mmg la senang nak naik kan. awk pn misti faham apa sy tgh rasa ni sbb dulu wkt awk kt UK misti dh rasa mcm ni jgk kn =p
Khairul:
adakah berat kamu hanya 40?????!! mak aih…
Reply
berat badan unggul la tu KS.
sebab tu la saya tak layak nak derma darah, isk T_T
Reply
normal la ks berat badan naik time winter tapi saya terbalik.. winter maintain, summer plak yang naik sket.. huhu.. kalau cenggitu, silalah exercise selalu.. hish, janganlah sampai tak tido 6 hari.. metabolism terganggu tau nnti.. kata orang siapa cukup tido, badan senang turun.. hehe, CUKUP tau bukan OVER tido..=P
p/s: eh, nasyra?? amboi2… hahaha~ *gelak mode nakal* (^_^)Y
Reply
wah….no komen. hehe…
Reply
waaahhh! dh siap nama anak. bakal somi dh ada ke.. hehe
*kenyit mata kt sarah*
Reply
haha betul la tu sarah..masa kat UK, bila balik ke msia, mak sendiri pon tak brapa cam ank sendri..kahkahkah..
tapi satu la yg best, masa winter kite npk extra cerah hehehe 😀 kat malaysia ni, 1 bulan je dh start nk terbakar kulit hihihi.panasss.
ouh sarah, nasyra ye? heee..mana calon suami nye? meh2 tjk skit :p saya suka nama najiha (tapi saya masih merancang ek bab anak2 ni heee 🙂 maklumla, study pon tgh tonggeng2 lagi nih)
Reply
nasib baik ai kurus dan slim..serta menawan hati sesapa yang melihat ai tau…*
*lawannya…
Reply
Kalau Sarah Emak Panda, Cik Ati ni agaknya dah Macam Papa Panda gamaknya.. Huwaaa!!!
Cik Ati adalah debab sampai bila jumpa semua orang akan tegur, ‘apsal kau/awak/kamu besar sangat sekarang..”
Huwaaa kuasa dua!!!
Reply
Khairul:
haah ek. utk kamu tu ideal la kan =)
Ainul:
cukup tido tp makannya pun byk camne nak turun =p nasyra itu nama yg comel n bagus maksudnya *ks senyum sambil pakai spek hitam*
Radzi:
eh, sampai jgk kamu ke blog ks ye. hehe.
Reply
Cikgu Jawe:
haha. itu la payahnya. ayah budaknya takdok lg. haha =p
Mahani:
klu balik msia, sy tak berani merungut panas. tu nak kena penampar lupa daratan la tu. huhu. oh. najiha. sweet =) sy dh ada bape org sedara nama najiha jd sy takleh letak dh nama anak2 nanti nama2 camni. sy suka nama2 yg ada bunyi huruf ‘syim’. kiranya huruf SY la dlm ejaan kita. hihik. ngada2 je kan. elok la merancang dulu kan. awk pn muda lg (maksudnya sy pun muda lg-ahaks-). sudah kn master awk dulu n nanti ada la rezekinya kan =)
Acai:
wkt sy baca komen awk kt email td, sy dh gelak besar dh baca statement tak hengat doniya awk tu. tp rupa2nya sy termiss part yg bawah tu! ahaha. tu la kenyataan sebenarnya tntg awk =p
Cik Ati:
sape la yg kata cik ati debab tu. sesungguhnya cik ati kecik molek. lg kecik dr sy ni sy rasa. ni fakta tau.
Reply
Sarah.. Badan cik Ati dah naik naik naik naik naik berbanding masa sarah jumpa aritu la.. :))
Sekarang mmg dah bulat betul2.. :))
Dah buleh lawan sumo ngan sarah tau.. :p
Reply
Salam Sarah,
cantik b/ground blog sarah..
sbnarnya saya tak sempat nk habiskn membaca semua entry yg tertulis..apapun kalau sarah nak kuruskn badan..jgn makan malam. entah la betul ke tak..tapi saya pun ada kes badan yg berat tak menambah sejak 10 tahun yg lalu..masih perlukan vitamin utk membesar dgn ketinggian sekrg..
take care sarah..
wassalam
Reply
saya suka la langsir baru..cantik dan kemas..=) btw, sy pon jadi anak panda jugak.huhu..tu lah,susah jadik rendang mcm saya ni, tmbh berat siket dah nmpk gemuk..hehe..btw, bila awak sebut Nasyra tu, saya teringtkan seorg budak ASASI ni nama dier Nurul Munasyarah.hehe
Reply
hehe..jadi mak panda ye..mm..comel tu. Geramnya..nak peluk boleh?..:p
Akak nak masuk kategori anak panda pun tak boleh lg nie..:(.. Kasi la petua wahai emak panda..hehe..
Reply
Hi Sarah,
Emmm…Nasyra?
Reply
wah, akak..
respect la akak khatam buku Ganong untuk physiology tuh!!.. saya pun x habis2 lagi studi buku tuh..adoi la~~
nasyra ye? amsyar lawa tak? lariiii :p
Reply
sarah, di KSA ada shopping place nama Panda.. ala-ala giant/tesco kat malaysia.. so kami kat sini siap masuk dalam panda lagi.. hehe..
Reply
Masuk kamus istilah baru ni, peka-diri =)
Reply
beli weight scale utk timbang beg dorang, tp bile timbang diri sendiri..wahh 12 kilo in 2 weeks?????
Reply
awk mmg cute n klakaa lagi!
Reply