5.24 Pagi

Assalamualaikum wbt

5.24 pagi. Saya masih belum lelap walau sepicingpun. Usaha saya naik ke katil barang sejam untuk menidurkan diri langsung tak berhasil. Indahnya malam bulan mengambang dengan ditemani bunyi rintik-rintik salji tak menjadi yang turun sebagai renyai di dini hari. Puas malam berbisik cuba menidurkan tapi sayangnya mata saya tak terpujuk. Tertekannya. Malam minggu sepatutnya saya nyenyak tidur beralaskan lengan dan hanyut diulit mimpi yang wardah. Sebaliknya saya terkebil-kebil di dalam pekat malam sendirian. Kalaulah dapur saya di sini kedap bunyi, sudah lama 20 biji kek tersedia rapi indah berhias dengan icing warna pelangi.

Heh. Mengarut sungguh. Kot ye pun, mana sempat siap 20 biji Sarahnya… Ah. Cubalah lelap wahai mata. Saya rindukan nikmat tidur…

24 Responses to “5.24 Pagi”

  1. abdrahim kassim says on :

    Telan je pil tido tu…lelaplah

    Reply

  2. Inah says on :

    kesian sarah..tdo tu satu nikmat 🙁

    Reply

  3. tiangpurnama says on :

    PIL SELSEMA DAN UBAT BATUK MMG POWER..CPT LALOX

    sihat ke sarah?

    Reply

  4. Khairul says on :

    tido la KS.. dak kecik tak elok tido lewat, tahu.

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    cuba minum susu suam segelas. pastu lelapkan mata.

    atau

    call le sapa2 kt malaysia ni sblm tidur. mak ayah kee.. hehe

    Reply

  6. fiqry_azmi says on :

    salam buat Dr Sarah..
    saya kawan lama waktu di SRA AL MUKMIN,TEMERLOH.Nabil Fiqri Nor Azmi. Sekelas dgn dr dari darjah 1 hingga 4. ingat lagi ke???
    skrg di UUM. boleh contect sy fiqry_azmi@yahoo.com or 0164216224
    salam ukhuwwah fillahi Azza Wajalla abadan abada.

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nabil Fiqry:
    Allahu Akbar. tak pernah sy lupa awk. serius tak sangka awk jumpa blog ni. rasanya last sekali nmpak awk wkt kita f4. awk sekolah di temerloh kan. sy penah nampak awk wkt tu. tp tak sure ye ke tak. jd sy tak berani tegur. mcm tak percaya je jumpa teman bergaduh wkt drjh 3 dulu. hehe.

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abd. Rahim Kassim:
    oh. tu tak boleh. tu menyalahi etika doktor.

    Kak Inah:
    tu la kak inah. dh 2 bulan mcm ni…

    Tiang Purnama:
    erm. ubat2 mcm tu tak boleh dimakan sembarangan.

    Khairul:
    hep hep. ks bukan budak kecik tau. hehe.

    Cikgu Jawe:
    oh. tu la yg sy minum mlm td betul2 sblum naik katil. hmm. tak lut cikgu.

    Reply

  9. 13may says on :

    sepicing tu camna???

    mcm pitching lagi plak…hehhe hehhe

    Reply

  10. Only me says on :

    Salam Adik Sarah,

    Dulu, masa zaman study, akak pun macam sarah juga. Susah sangat nak lelap. Kekadang, sesudah subuh baru rasa mengantuk. Kalu kelas tak der waktu pagi, boleh la tido. Kalu tak, petang karang dah mula sakit kepala sebab tk cukup tido.

    Masa futher study thn 2005 hingga 2006 pun kembali camtu.

    Agaknya, memang jadi student memang cam tu kot.. hehe..

    Reply

  11. Ainul Arina Madhiah says on :

    alahai, ingatkan semalam dah ok rupanya tak jadi gak.. takpe2 ks, cuba lagi! =) maybe kan, ks tak usah la dgr lagu cam semalam tu.. mungkin tu satu faktor gak kot.. hehe, memandai je.. ni tau dek kak nadia ni, ntah2 nanti dia tukar lagu, tolong ks biar bila ks masuk, dengar pastu tido… hehe…=P dalam medik, insomnia takde ubat ke? ke ks stress? selalu orang tak leh tido psal sress..

    Reply

  12. akak says on :

    “Ya Allah..telah terbenam bintang-bintang dan telah tidur segala mata. Engkau Tuhan yg hidup dan menguruskan segala urusan dengan sendiri-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur..tenangkanlah malam Sarah dan tidurkanlah matanya “. Amin.

    semoga lepas ni dapatlah lelapkan mata dan rehatkan diri. Jangan pk banyak² sangat..:)

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Maymay:
    sepicing tu maksudnya sedikit. hehe.

    Kak Su:
    hmm. berbulan2 sy gini. ok ok. takpe. dh lali dh. dh jd tak kesah dh skrg ni. hehe.

    Ainul:
    hehe. lagu tu bukan faktor utama. tu kebetulan je. tp mmg bila ks naikje katil, cuba nak lelap lps baca2 doa tu, langsung tak rasa ngantuk dh. hehe.

    Akak:
    akak, sy tersentuh dgn doa yg akak beri ni. sy akan amalkn. harapnya berkesan. terima kak fauziah!

    Reply

  14. Thia says on :

    kalau la suara sy sedap,at least boleh la dodoikan akak tidur..di mesia,kalau sy nyanyi mesti hujan..kalau kat moscow.,mesti turun salji,kalau kat mesir,nk turun ape? ribut pasir kot..hihi…
    take care kak sarah

    p/s: ari rabu ni sy nk ke embassy..huhu…tak sabar tunggu winter..lalalala

    Reply

  15. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah,
    nak cake….sy nak choc cake..lapar arrr
    sy dah start annual leave sampai 9th next month..but, will always have myself at the office or attending site until mama sampai this 24th..heheh
    sgt la tak bunyi cuti kann

    Reply

  16. doyot says on :

    Salam Sarah,

    Terbalik la dengan saya. Saya lately ni mmg cepat penat, jadi amat senang tidur. Saya kalau susah tidur, zikir2 sebelum tidur,alhamdulillah terus tertidur. Cuba exercise waktu ptg, n b4 tido try clear up minds..Moga sukses ye Sarah..=)

    Reply

  17. CritiCalThinKer says on :

    betol kata doyot, kalau petang exercise, malam letih sikit.. dapat tido nyenyak insyaAllah..

    Reply

  18. drbubbles says on :

    Salam Sarah,

    Saya sudah lama tak mendengar perkataan “Sepicing” ini.

    Reply

  19. nurmahani says on :

    sarah,

    saya nak kek coklat satu!! hee 😀

    Reply

  20. Pewaris Reformasi says on :

    salam kunjung. saya suka baca blog anda. tak pasti sama falin yg awak kenal tu sama dengan falin yg saya kenal.

    Reply

  21. kylex says on :

    sy dh kne imsomnia smlm,Mlm ni rasenye kne skali lg kot,huhuh..smpila semuanya kmbali sprti biasa 🙂

    Reply

  22. NoktahHitam says on :

    Tak tau pon Kak Sarah bace NH. Thanks for the link!

    (I read your blog daily!)

    Reply

  23. acai yang comei says on :

    errr, patutlah ada msge pepagi buta,kekekeke…

    Reply

  24. movers and packers charge says on :

    I was wondering if you ever thought of changing the page
    layout of your site? Its very well written; I love what youve
    got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could
    connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2 images.

    Maybe you could space it out better?

    Reply

Leave a Reply