Dan Tangan Pun Didepangkan

Assalamualaikum wbt

Dan langit pun menggugurkan perlahan-lahan.
Dan kami pun kegirangan.
Dan tangan pun didepangkan.
Menyambut tiap guguran.
Salji putih menawan.
Selamat tinggal musim luruh.
Selamat memutih musim sejuk.

Keluar saja dari bangunan hospital tadi, saya yang kebetulan berkot hitam menjadi tumpuan tamparan kawan-kawan kerana di kot saya kelihatan dengan jelas butir-butir salji yang tumpang menempel. Hari ini hari pertama salji turun. Ya. Musim sejuk terakhir untuk saya di sini. Kali terakhir saya akan berhibernasi dalam suhu serendah -30’C. Semuanya untuk kali terakhir. Selamat datang musim sejuk.

Nota: Saya suka winter =) Layan syahdu seorang diri best tau.

20 Responses to “Dan Tangan Pun Didepangkan”

  1. cikgu jawe says on :

    dulu kan waktu kecik2.. teringin nk rasa salji tp berangan je lee..

    akhirnya buka pintu peti ais. dok melepak dpn tu. rasa sejuk kononnya berangan sdg berada kt kutub utara sambil main salji. pastu hembus2 nafas, keluar wap nipis dr mulut. hahaha! perasan mcm kt oversea masa tu.. hehe

    Reply

  2. Anonymous says on :

    huhu..ngangah..

    Reply

  3. Ainul Arina Madhiah says on :

    wah, tak aci…! mr. snow gi sana dulu… T_T bila mr snow nak dating ngan ainul kat sini nih…??!!

    Reply

  4. chmod says on :

    salam
    waaaaaaaaa..bestnyaaaa..syiokkk ooooo!!!!….cik sarah nak tgk salji. 😀 ..nanti snap la gambar satu than upload dalam blog nie…huhuhu…

    Reply

  5. CritiCalThinKer says on :

    adu.. sini panas.. baru nak summer.. sabar je la..

    Reply

  6. media guai says on :

    sarah, ini first time koi melawat awok ni. Bila awok cerita pasal salji teringat koi masa kerja di taman pertanian malaysia, bukit cerakah,shah alam 15 tahun lepas..ada salji buatan..pun dah seronok. topazaniq@gmail.com

    Reply

  7. mfadlimusa says on :

    Salam Sarah,

    Syoknya..saya kat sini dari dulu asyik dpt berangan je nak main salji.

    Reply

  8. Ainul Arina Madhiah says on :

    ks,
    bleh tak kasi ks punya email yg lagi satu tu? senang sket karang ks nk check. sori menyusahkan…

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    penah tak cuba2 jilat peti ais yg atas tu pastu lidah melekat kat peti? hahaha.

    Anon:
    iye. kenapa?

    Ainul:
    sebulan lg sampai la sana pulak kot 😉

    Shamsul:
    sy mana ada kamera skrg ni. kamera sy kan kena curi. duit pun takde lg nak membeli itu ini 😐

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    CT:
    tu sbb kulit awk merah2. huhu =p

    Media Guai:
    la hai. aok org guai rupanye yek. tak sangka pulok ada org guai nyinggoh sini 😀

    Bro Fadli:
    erm. mcm mana eh sy nak tolong.. erm.. 😐

    Ainul:
    senang aje: sarahmohdshukor[at]gmail[dot]com =)

    Reply

  11. cikgu jawe says on :

    sarah >> cit! awk jahat tau. mana ada aku buat camtu? eeerr.. awk buat ke sarah? ehehe

    Reply

  12. faridmw says on :

    salam.. seronoknya salji dah turun..
    main puas2.. jgn lepaskan peluang..
    yang penting ingt didunia tiada yang kekal… semua akan berakhir.. hehehe

    Reply

  13. Thia says on :

    kalau la cairo ni ada salji mcm moscow dan irbid,kaan bagus.hihi..ni kan tidak..main debu dan pasir je..takpe2,thia redha..hihi
    akak,nak hanta email senanya,tp slalu je tak sempat..akak nantikan email sy tau..byk benda sy nk minta pandangan akak ttg plan kami tuu..huhu

    waa,winter sonata..sayu je dgr lagu ni

    Reply

  14. Ijot says on :

    sarah,

    lama tak online..akak tertunggu jugak kdg2. selamat berjaya

    Reply

  15. snm says on :

    salam sarah 🙂
    syahdunya hari ni..selamat datang winter sonata dlm hidup sarah utk kali terakhir di bumi tsar.
    hehehe 😛

    Reply

  16. missricky says on :

    hai..meet u again..
    akak bosan la kt ofis ni, xder aper nk bt, tu pasal rajin sgt2 layan blog sarah ni..
    erm..mesti best kan dpt merasa salji, takpe pas ni leh g utk holiday lak, he2..
    ok, goodluck n take care…

    Reply

  17. a.s.h.a.r says on :

    wah winter, wah salji
    kenangan indah di Fujiyoshida April 2006

    Reply

  18. mohd fisol osman says on :

    salam,

    bestnya snow…x cuba bermain ski ke?

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    sy tanya tu sbb sy ada pengalaman la cikgu. huhuhuhu =D tp yg letak adlh tgn sy. rasa nak nangis sbb sakit. tp berani buat main2 ais tu, berani tanggung la kan. hikss 😉

    Farid:
    tak main2 pun. ni baru permulaan je. baru sikit je saljinya.

    Thia:
    haa. dr hari tu ks tunggu emailnya. nanti ada masa send la ye. send ka gmail ks: sarahmohdshukor[at]gmail[dot]com

    Kak Ijot:
    erm.. sat. sy tak cam sape ye ni? sy mmg tak online waktu weekdays. hujung minggu je sy on ym sy.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    hehe. harap nnti dpt sambung belajar kt luar lg. upssss~

    Kak Nawwar:
    sama ada gi holiday atau sambung belajar kt luar lg. tp sbnarnya tak best klu gi holiday time winter ke negara org yg tgh winter ni. sbb sejuk. limited skit nak berjln. baik la pegi time spring atau summer. tak sejuk n cantik sgt. dpt nengok bunga2. hehe.

    Bro ASHAR:
    jepun? wohooo =)

    A. Fisol:
    sy tak pernah skiing. lain2 penah la. tgk la kali ni mcm mana.

    Reply

Leave a Reply