Saya Setia Jika Awak Setia

Assalamualaikum wbt

Kamu bersedia tak jika yang kita sayang pergi meninggalkan kita? Atau, paling tidakpun, dia menunjukkan tanda-tanda hendak meninggalkan kita? Mesti sedihkan. Saya tak punya apa-apa yang lain. Kerja tiada lagi. Harta apatah lagi kan. Jadi, saya sayang apa yang saya ada dan saya mengharapkan kesetian daripada yang sayangi juga.

Tapi, sejak kebelakangan ini, saya mendapat petunjuk bahawa diri saya sudah tidak diperlukan. Atau, adakah sebetulnya saya yang tidak menghargainya? Saya pernahlah menyebut-nyebut tentang nama baru padanya. Nama yang belum pernah didengarinya sebelum ini. Tapi, saya tak sangka dia terasa hati begitu sekali.

Bangun jam 6 pagi tadi, hendak studi, saya mendapat petunjuk jelas. Ya. Dia marahkan saya. Ataukah dia cuma merajuk?Hmm. Dia merajuk agaknya. Atau, hayatnya telah tiba? Apa-apapun, terima kasih ya, awak. Awak dah banyak tolong saya selama 5 tahun ini. 5 tahun kita bersama bukanlah satu jangka masa yang singkat. Saya sayangkan awak, tau.

Jika kita terus bersama, bergandingan berdua sehingga tamat Jun depan, awaklah hadiah terindah dalam hidup saya selama 5 tahun 8 bulan di sini. Awaklah harta terpenting yang saya miliki dan awaklah penjana kualiti diri saya dan masa depan saya.

Erm… Saya mungkin tak pernah buka cerita tentang cinta hati saya ini kan? Tapi saya rasa pernah. Sikit saja dulu. Dia lebih senang tidak diketengahkan kepada umum. Kisah dan gambarnya tersurat di entri ini, nombor 16 yang istimewa itu =)

47 Responses to “Saya Setia Jika Awak Setia”

  1. cikgu jawe says on :

    cait!. cerita lampu dia rupanya. saja je gempak sarah nih.

    namun ayat2 cinta awak mmg power. ibarat bait2 tun teja tatkala merenung hang tuah. hihi..

    hai le org itu, jgn le tinggalkan sarah ni ye. cuma 1 dlm sejuta. hehe

    eh!.. apa ni?. hehe

    Reply

  2. sarah mohd shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    sy kan tukang karut. ayat kena la power. haha. org mana pulak la tu cikgu oi. sarah ada berjuta dlm dunia ni cikgu. kekeke *gelak lg*

    oh. sempat lg sy mengarut sblm ke hosp ni ha. cikgu punya psl la ni =p

    Reply

  3. snm says on :

    salam sarah πŸ™‚
    untungle sape bakal teman sarah nanti. dpt le bhs puitis dr sarah πŸ™‚
    best jugak klu jd anak angkat sarah ni (even sarah muda setahun dr saya). mesti dpt bhs puitis dr sarah klu tiba2 saya putus fius :p

    Reply

  4. kylex says on :

    salam..

    Wawawa..ayat2 KS mmg meletup tu,hehe..Sy dah betul2 syahdu baca en3 ni..Bila baca di entri initerus tergelak sorang2,hahah..

    Reply

  5. WMH says on :

    Salam….awak mmg tak berubah, begitulah sejak setahun lalu saya kenal…

    Selamat hari raya Sarah di perantauan….Maaf segalanya, zahie dan batin….

    Lagu: Sy tak pernah sangka Sarah akan dengar lagu nih…sungguh tak sangka

    *Selamat study!!! Aja2 Fighting!!!

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    sarah:

    mmg le sarah ada berjuta dlm dunia nih. tapi sarah yg tuan punya blog DS ni cuma ada satu dlm sejuta. ekekeke.. *gelakkan dia lagi*

    snm:

    elelele.. nk jadi anak angkat sarah ke falin. rasanya awak wating list yg ke sejuta. huhuhuhu.. alaaa.. kalau ko jd mak angkat dia, ko kena le bela sarah mcm anak ko sendiri. ‘sponsor’ dia kt bumi tsar tuh. hehe. berani ke falin?. πŸ˜›

    mengarut dh aku ni.. :))

    Reply

  7. NoktahHitam says on :

    Waduh2.. Kak Sarah ni jiwangs tak hengat.

    There’s a profound Malay phrase, kalau 5 tahun tak kawen lagi, mmg takkan jadi. That’s just a saying, dont buy it.

    KS, good luck πŸ˜‰

    Reply

  8. Anonymous says on :

    KS dah kembali..Em..byk dah sy tertinggal nak baca coretan dari KS..apaun saya rasa belum terlewat nak ucapkan selamat Hari Raya.

    Reply

  9. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    sy sure takkan jiwang2 dgn dia tu nanti. sy geli. ahaks =p apa ke hey nye nak jd anok angkat kome plak ni ha. mcm2 la awk ni ye falin.
    p/s: nanti sy betulkan yg permintaan awk tu πŸ™‚

    Kylex:
    awk terkena. 1-0 :p

    WMH:
    sy mmg tak pernah berubah. sy tak perlu berubah walaupun dunia di sekeliling sy berubah. selamat hari raya utk awk jgk.

    Reply

  10. rattrapt11 says on :

    buat suspen je entry kali ni…ingat sapa la…kalu xkasi link msti byk lg tafsiran

    Reply

  11. sarah mohd shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    gelakkan sy semula ye. jaga la cikgu. cikgu, hari tu kan sy ada kata nk jd mcm ank murid cikgu yg perempuan tu sbb dia amik cikgu jd ayah angkat dia kan. ha..! kalau falin jadi anak angkat sy, skrg ni cikgu dgn automatiknya dh dapat gelaran Datuk. muahaha. datuk angkat kpd falin πŸ˜€

    Noktah Hitam:
    wah. terima kasih NH sbb sudi menyinggah ke sini. org hebat2 sudi menjenguk, kena la well behave skit kan πŸ˜‰ NH, awk tua dr sy la. toksah la panggil sy plak kakak :p huhu. btw, thanks for the sharing the phrase. nak kawin apanya kalau benda tu bukan manusia =p

    Anon:
    hehe. selamat hari raya =)

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    Amir:
    hehe. awk pun terkena jgk ye =p
    p/s: sy dapat sms awk hari tu. sy dah smpaikan salam drpd sheikh pd diorg semua. bila sy balas, pending lama sgt utk sampai ke awk. sy rasa, nombor sini takleh hantar ke sana buat masa ni kot. hari tu mak ayah sy reply msg sy pun sy tak dpt2 smpai skrg. tak lama lg ok la kot. nnti sy try lg k.

    Reply

  13. Ainul Arina says on :

    salam

    huh, ks kalau kalau bab jiwang karat-karat memang no. satu.. tak gitu?? hahaha.. owh, rahasia yer?? eleh, rahsia la sangat. kalau dah namanya entry sehari satu, apatah yang kacang mcm aktiviti tu. ntah2 berderet2 dah dalam simpanan, tinggal kasi aja.. kalau sy masuk pun, ks saya buang list dlm senarai nak lawan sbb ks dah jadi sensei aritu… hehehe…

    p/s: napa antologi dunia senyap? ks dan senior hafiz sedang bertapa sempena november kah? fuh, terasa cam ada aura lak…

    Reply

  14. sarah mohd shukor says on :

    Ainul:
    ahha.. ngutuk ks yek. eleh. dia tu lg la jiwang nya :p antologi dunia sepi sat sbb kami masing2 bz hari tu. skrg ks dh kurang bz. tak bz smpai khamis ni je. jumaat ni myb bz smula. erm. ks takde la buat byk pun. sikit je. kepala keras la yang oi. bukan mcm kamu. kat sana misti byk sumber utk kamu fikirkn sesuatu yg ilmiah n islamik. kt sini apa la yg ada. yg seksi lg porno byk la. sungguh ni. tak tipu. ks bukan sensei la 😐

    Reply

  15. Ainul Arina says on :

    adehla ks, jordan ni pun dah banyak kena tempias la ks.. overdose sangat fesyennya.. kat universiti tu pun dah pening kepala tengok, kesian budak-budak lelaki… memang ramai terkejut bila datang jordan. Nama je negara islam, tapi pengamalannya takla menyeluruh. Dengar kata negara ni antara negara arab yang paling demokrasi dan ‘terbuka’.. ntah.. Nasib baik masih ada baki-baki yang betul-betul kuat pegang pada tali Allah.. T_T

    eii, ainul dah anggap semua yg terer2 dalam tu sensei ainul la.. ks, kak ainaa, fahd, asyraffdini dll.. semua sensei saya! haha.. orang kasi naik pangkat, tak mau plak dia.. ish…

    Reply

  16. Dr Amad says on :

    Huh…terkena.Ingat ape la..dalam duk baca tu dah peringatkan diri bahawa mesti ada samtin atau ada udang disebalik mee goreng mamak( waa sedap)..tetapi tertewas dengan ayat-ayat yang penuh kejiwangan…rupanya Lampu. Cis jebat,turun kamu…wa kena beb..haha

    Reply

  17. Anonymous says on :

    ish.

    i tot u r talking abt ur ex and that “nama baru” is me.

    ok. saja perasankan diri. =P hahaha.

    keSatria

    Reply

  18. sarah mohd shukor says on :

    Ainul:
    kawan ks dr Tunisia claim yg Tunisia adlh negara Islam yg paling sekular. haha. sila la Tunisia dan Jordan berebut utk mendptkan takhta ‘yg paling sekular’ tu. hmm. nauzubillah. semoga kita terpelihara sbg muslim yg praktikal. ye la. ye la. sensei ke sifu ke, sempai ke, layan aje la. hehe. ks tunggu ‘hasil’ kamu jgk =)

    Fahmi:
    hehe. 1-0 :p erk.. aku anum. bukan teja. aku anum yg mencintai tuah. hanya tuah. tiada jebat atau sekutunya. πŸ˜€

    Salman:
    ceh. mahu skandal sama sy pulak ye. yg lain2 mahu campak mana? kita kembar. tak boleh. huhu. nanti azra pun marah sama kakak nanan ni =p oh. ini kakak nanan Adnan. bukan nanan anak sedara awk ye. peace~

    Reply

  19. akirasuri says on :

    Huhu..

    Malam ni nak buat entry jiwang gak la

    haha!

    Reply

  20. reza says on :

    salam KS
    usah gusar.saya faham, memang sukar untuk mengkekalkan kesetiaan dalam jangka masa yang panjang. kalau si 16 terasa hati,agaknya dia cemburu dengan rakan-rakannya di dalam bilik yang jauh lebih muda,lebih mahal harganya,atau lebih terang suluhannya.angka 16 membawa diri x bermaksud si nombor 5,7,9,12 terutamanya nombor 1 turut berkecil hati kan..haha.

    Reply

  21. akak says on :

    ish..Sarah. Terkene lagi. Tapi mcm CJ cakap ayatΒ² cinta Sarah tu memang membuat org terharu..hihihi.

    Kawan Sarah tu merajuk je.Dia penat tu. Tolonglah check dia..tengok ape yg sakit. Kurang rehat barangkali..:))

    ‘Cinta hati’ yang low profile ye..mmm..jangan berselindung di sebalik lampu yg special tu..adekah apeΒ² di sebalik itu??..

    Reply

  22. Ainul Arina says on :

    doa-doalah sama.. pernah menghantar gak tapi takde rezeki lagi kot… kita tunggu dan lihatlah nanti.. 6 years in jordan wajib ada satu keluar at least.. ^_^ aminn…. sayalah penerus generasi yang masih muda remaja belia.. hakhak… perasannyerr.. ^_^

    Reply

  23. sarah mohd shukor says on :

    Cik Ati:
    haa. kalau cik ati pulak buat, sy tak tau la apa cikgu jawe akan kata. dan apa pulak la peminat2 cik ati yg itu, itu dan itu akan buat πŸ˜‰

    Reza:
    wah. teori kamu amat ks senangi =) sbb saingannya semua muda2 ye. huhu. kalaulah si 16 tu adlh ‘org’, ks taknak pun yg ‘muda-muda’ tu. hihi. betul jgk apa kamu kata tu ye. yg lain2 kan ada. tp bg ks, yg lg setia sampai skrg ada dgn ks adalah no.2 =) the one and only =)

    Akak:
    sy takde cinta hati lagi kak. so, mmg takde yg tersorok2 pun. akak carikan la sorang ye. huhu :p

    Ainul:
    ha. wajib tu. sebelum tamat belajar, wajib paling kurang ada 1. wokeh? πŸ˜‰

    Reply

  24. Ainul Arina says on :

    yes bos!!! ala ‘aini wa ra’si!!! ^_^

    subtitle: menjunjung perintahmu atas mataku dan kepalaku.. ayat arab! hehe

    Reply

  25. sarah mohd shukor says on :

    Ainul:
    aiwah. Allah yuftah alaik =)

    Reply

  26. snm says on :

    sarah..pandai Dato’ cikgu J jwb soalan saya. yeahh! kita bg dia title Dato’ eh? terimala title tu dgn senang hati yeh Dato’ Cikgu Jawe πŸ™‚

    Reply

  27. Adeep says on :

    iskk lampu stadi rupenyer…buat saspen jek…hahah… slamat hari raye ye kak ngah πŸ˜€

    Reply

  28. cik fizz says on :

    salam sarah,

    wah ayat awak mmg hebat, sehebat ayat-ayat cinta…kalau buat novel, pasti laris di pasaran…

    Reply

  29. Thia says on :

    Wah,bc ayat cj tu.lampu eh kak? Sy tahu lmpu yg mana.yg macho tu kan? Hehe.sy rasa sy pun da makin puitis.sjak kenal akak. Hehe

    Reply

  30. cikgu jawe says on :

    hahaha!. baru aku terfikir. adakah ada gambar seseorang di sebalik lampu tu. hehe. cover! kekekeke.

    ni dpt gelaran dato, le pulak. falin ni saja je tau. okeh. aku bg ko datin falin. utk sarah, datin seri dr sarah. sbb dia ahli politik to be. hehe

    cik ati jgn buat ayat2 cinta. nanti tersalah masuk teori ekonomi dia. hehe

    Reply

  31. Nadia Yuna says on :

    Sarah.

    Wah wah wah
    hebat sungguh kata-kata =p

    mcm surat cinta pun ada ni
    selamatlah ade entri utk dirujuk
    kalo idak, penuhla spekulasi kat sini =)

    ** sarah, saya rindula pd mereka tu. sob sob sob. agak2 diorg rindu saya tak? isk! =(

    Reply

  32. snm says on :

    utk cikgu jawe:
    sbb tu x mahu jd mak angkat sarah..mahu jd anak angkat je..memandai betul cikgu jawe menaip laju kt cni yeh?

    sarah thanks eh πŸ™‚

    Reply

  33. snm says on :

    lupe lagi satu..
    sarah..hati sarah wardah ke?lagu pun wardah semacam πŸ™‚

    Reply

  34. bulanbiru says on :

    Salam Sarah,
    cinta hati yg tersirat disebalik lampu tidur ke???
    hehehhe….

    Reply

  35. Fey says on :

    ciss kek…lampu rupenye…hari tu ks tnya bhsa sarawak kan?kat blog tu dh ada contohnye siap dengan sebutan sekali!hehe

    Reply

  36. CritiCalThinKer says on :

    sabarlah.. kumbang bukan seekor.. inikan pula meja study..

    Reply

  37. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    terasa tua dh cikgu jawe bila kita panggil dia datuk. Tok CJ. kekeke :p

    Adeep:
    hehe. adeep terkena. yes! oh. baru kak ngah sedar. kak ngah tak link pun lg blog adeep kat sini. akan diuruskan segera πŸ˜‰ selamat hari raya adeep!

    Fizz:
    hehe. novel tu nampaknya mmg dlm khayalan aje la tu :p

    Reply

  38. sarah mohd shukor says on :

    Thia:
    aaa. tak pasal2 akak plak yg dijadikan asbab kamu menjadi puitis. huhu. takde takde. kita budak macho. tak main la overdose-puitis kan =)

    Cikgu Jawe:
    mana ada gambar orgnya. belakang lampu tu dinding. skrg ni, tepi lampu tu ada soft doll kura2 warna hijau biru je. tak kuasa sy tepek gmbr org kat situ. huhu :p

    Nadia:
    kalau wujud lg spekulasi kat sini, hah, sy tau la nak tunding jari kat sape. tu ada sorg cikgu tu dia suka suki je kata ada gambar itu la, ini la. kita boleh saman dia atas tuduhan palsu lepas ni. huhu. nadia, kalau awk rindu diorg, awk mulakan je jd org yg cuba start balik dgn at least hantar msg ke, email ke. klu diorg tak nak balas, tu lantak la. tp paling kurang, awk dh jalankn tgjawab awk sbg seorg sahabat =)

    Reply

  39. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    sy musykil ni. awak faham ke apa yg sy maksudkan dgn wardah? oh. kalau awk faham, adalah sesungguhnya sy sudah kantoi dgn awk. hehe. lagu tu takde apa la. sy saja2 je letak. lagu2 yg sy dgr time sy wardah adalah lagu2 lain. hehe *kenyit mata kat falin*

    BulanBiru:
    aaa. tak tak. belakang lampu tu takde gambar cinta hati sy. gambar cita hati sy ada atas rak buku sy. cukup 10 org dlm gmbr. lengkap satu keluarga =)

    Faresya:
    yeay~ kamu pun terkena dah! erm.. ks dah tak berminat dgn bahasa sarawak dah. cam pelik je 😐

    Critical Thinker (CT):
    hah. panjang amat namanya. panggil CT aje la. kekeke. lampu sudy la cik. meja study dah bertukar byk kali dah. bila pindah tempat, bertukar la mejanya. tp lampunya, satu ni aje la yg setia di sisi menemani. ewah~ =)

    Reply

  40. thia says on :

    waaah..akak,baru perasan..lagu my heart!! waah,biar betuull??? huhuhu akak terkena aura kak faiq eh?? hihi..main2 je..

    akak ooh akak,nak pergi moscow!! jumpa akak!!

    Reply

  41. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks. takpe, sy pun pernah kematian sahabat tersebut. yg pertama cuma btahan 2 tahun cuma. sedihnyaa time dia mati. sedih sbb tpaksa bkejar ke novi ceremushki utk dptkan yg baru. kalau tak susah nak belajar.

    Reply

  42. sarah mohd shukor says on :

    Thia:
    aura kak faiq? belum lg. tu tahap terakhir dh tu. hehe. ni mcm rasa bru lepas kehilangan je. nak beraura apanye kan 😐 thia, dtg la winter break ni. insya Allah ks tak kemana-mana. tmpt tinggal makan minum settle dah πŸ˜€

    Judin:
    ks pun pernah berkejaran ke novi cheremushki semata-mata hendak menyelamatkan Tuan Lappi. sedih. mati dah buah hati pertama. tp ketika ke sana, berjodoh pula dgn Sensei Asusa. Angkut terus bawak balik malam tu. demi menemani hidup yg kekosongan tanpa Tuan Lappi itu πŸ™ kini Tuan Lappi di msia sudah. Berkhidmat utk bapa mertuanya pula, Hj. Shukor πŸ˜€

    Reply

  43. Nadia m2 says on :

    hehe etry yg kreatif..! :p

    Reply

  44. Anonymous says on :

    knapa saya tak tau saya ada kembar?

    keSatria

    Reply

  45. Jerrold says on :

    Greetings from Idaho! I’m bored at work so I decided to browse yopur website onn my iphone duuring lunch break.
    I really like the knowledge you present her and can’t wait to take
    a look when I get home. I’m amazed att hhow
    fast your blog loaded on my mobile .. I’m noot even using WIFI, just 3G ..
    Anyways, fantastic blog!

    Reply

  46. john garfield says on :

    I all the time used to read piece of writing in news papers but
    now as I am a user of web therefore from now I am using net for articles or reviews, thanks to web.

    Reply

  47. Hyman says on :

    For hottest news you have to pay a quick visit the web and on world-wide-web I found this web page as a most excellent web page for hottest updates.

    Reply

Leave a Reply