Selamat Pengantin Baru Faaiqah Dan Saufi

Assalamualaikum wbt

Rindunya saya pada dunia saya ni. Saya menghilang hampir seminggu kerana saya ada majlis yang ditunggu-tunggu di Bangi. Majlis perkahwinan sahabat baik saya yang sudah 8 tahun jatuh bangun bersama saya. Nurul Faaiqah dan Mohd. Saufi. Saufi juga sahabat saya. Mengenalinya ketika di PASUM. Jodoh mereka kuat. Biarpun cuma 2 bulan di PASUM, akhirnya mereka bertemu kembali. Kalau nak diceritakan, banyak insiden mereka ni yang melibatkan saya. Boleh tersenyum seorang dan berair mata kalau dikenangkan kembali. Alhamdulillah. Setinggi syukur kepada Allah kerana segalanya telah selesai. Selamat pengantin baru diucapkan buat Faaiqah dan Saufi.

Saya ke Bangi pada hari Selasa lepas. Saya datang lebih awal untuk membantu Faiq dan keluarga membuat persiapan. Keluarga Faiq adalah keluarga saya juga. Petang Selasa itu, saya membantu membuat sedikit persiapan akhir hantaran dan belajar berzanji. Sebenarnya, pada malam sebelum majlis, akan diadakan majlis khatam Al-Quran dan berzanji di rumahnya. Tak semena-mena, saya disuruh berzanji sekali. Saya dapat verse ketiga. Tak panjang mana. Tapi inilah pengalaman pertama saya belajar berzanji. Nenek saudara Faiq, Atuk Inul, yang mengajar kami lagu zanji yang betul. Jadi, di atas inilah gambar sekitar majlis tersebut. Faiq memakai sepersalinan ungu. 3 orang adiknya juga turut khatam bersamanya. Selesai makan malam Selasa itu, saya balik ke Seri Kembangan. Malam itu saya tidur di rumah Ayah Long saya.

Keesokannya, saya datang semula ke Bangi. Saya membantu Faiq menyudahkan hiasan hantaran. Banyak yang saya belajar tentang persiapan majlis daripada Faiq. Kira menambah ilmu di dadalah ni. Huhu. Selepas Zohor, kami sambung berzanji dan selepas Asar, saya keluar sekejap bertemu seorang kawan. Sebelah malamnya, kami menyudahkan hantaran dan selepas Isyak, saya menginaikan Faiq. Gembira betul sepanjang menginaikan Faiq itu. Kebetulan ada seorang jiran Faiq sekali turut membantu. Cepat siapnya. Malam itu, saya dan Faiq tidur lewat. Walaupun lampu sudah dipadamkan, kami berbual di dalam gelap sehingga pagi buta. Terima kasih Faiq atas segalanya!

Keesokannya (Khamis), saya keluar rumah pada jam 7 pagi kerana perlu menghadiri mesyuarat di KL. Cerita selanjutnya tentang apa terjadi di KL, tunggu dalam entri berikutnya. Urusan saya selesai hampir jam 4 petang. Saya terus pulang ke Seri Kembangan dulu dan bermalam di situ pada malam itu. Penat sungguh hari tu. Penuh dengan kekhusyukan (mesyuarat) dan kegembiraan (tungguuuu~). Huhu. Awal pagi Jumaat, baru saya ke Bangi semula, bertemu dengan Amy dan Liyana, kemudian kami terus ke rumah Faiq. Kami memberi sentuhan terakhir pada hantaran dan yang paling gembira ialah menyediakan bunga rampai! Sebelum Asar, kami bertolak ke rumah keluarga Izu. Izu, silalah jangan marahkan saya. Kami tak sangka emak awak memang dah masak untuk kami petang tu. Huhu~ Emak ayah awak memang sangat cool =) Dan pada malam itu, berlangsunglah majlis khatam Al-Quran dan berzanji di rumah Faiq. Faiq memang berseri-seri malam tu. Saya dan Liyana menjadi orang kuat (hoho~) membantu keluarganya menguruskan majlis. Malam itu, saya bermalam di rumah Liyana. Kami bercerita itu ini jugalah sebelum terlelap. Memang penat hari tu. Sampaikan kami tak sedar tertidur macam tu saja sedang berbual-bual tu.

Dan di awal pagi Sabtu itu, saya sudah sampai ke rumah Faiq. Risau juga saya memikirkan Mak Andam yang terlewat tiba kerana ada ahli keluarganya yang sakit di hospital. Baru je saya dan Faiq nekad untuk menyolek Faiq ala kadar mengikut apa yang saya mampu, Mak Andam pun tiba. Kalau tak, entah apalah yang jadi pada muka Faiq disolek dek saya yang tak pernah pegang alak solek pun. Huhu. Sebetulnya, saya diberi mandat oleh Faiq untuk menjadi pengapitnya. Awal-awal lagi Faiq dah booked. Besar hati saya tau, Faiq =) Alhamdulillah. Sekitar 10.15 pagi, Faiq dan Saufi telah selamat diijabkabulkan. Saya pula yang terharu waktu tu. Hikss.
Persalinan pernikahan mereka berwarna krim. Selesai akad nikah, mereka kembali ke rumah untuk sesi fotografi. Kemudian, pengantin lelaki dihantar balik untuk bersiap di tempatnya dan Faiq pula bersiap di rumah sebelum tibanya masa berarak selepas Zohor. Persalinan pengantin berwarna biru terqois. Sangat cantik =) Untuk sesi fotografi, ada 3 lagi persalinan. Gown, Jawa dan dress. Sangatlah cantik tau!

Ramai rakan 1 batch di KISAS datang ke majlis kali ini. Kebetulan, ramai yang sedang bercuti. Macam reunion batch pula pada hari itu. Sangat gembira! Walaupun saya kurang sempat berbual panjang dek kerana kesibukan ke hulu ke hilir, tapi saya tetap gembira kerana dapat bertemu semula dengan kawan-kawan yang memang sudah lama tidak saya temui.

Yang paling berharga, Faiq dan saya dapat bertemu dengan seorang lagi sahabat baik kami, Hidayah Hassan. Kami bertiga dulu memang gila-gila. Waktu prep malam, orang lain study, kami bertiga berborak. Dah penat berborak, kami tertidur. Bila terbangun je, orang dah mula beredar balik ke asrama. Haha. Inilah kami bertiga dulu-dulu. Kali terakhir kami berkumpul bertiga adalah pada tahun 2004. Saya melawak pada Dayah dan Faiq. Nak tak bergambar macam kita bergambar 4 tahun sudah. Gelak besar je kami waktu itu. Kalaulah kamu semua tahu apa gaya kami bergambar tu dan cuba bayangkan Faiq dengan baju pengantin bergambar begitu lagi, memang pecah perut dibuatnya. Begitu juga Liyana. Kami berempat sekelas. Bagi saya dan Liyana, kami berdua banyak menghabiskan masa bersama kerana kami Ketua Pelajar. Liyana dan Dayah pula duduk di kumpulan meja hadapan. Saya dan Faiq budak meja belakang yang selalu tidur ketika kelas BM. Huhu. Saya yakin, tak lama lagi majlis Dayah dan Liyana akan menyusul pula, insya Allah. Istimewanya Faiq dan Dayah kerana mereka berdua berdarah kacukan Melayu-Cina dan wajah emak mereka seiras! Faiq, Dayah dan Liyana, nanti kita berkumpul lagi ya (^^,)

Faiq dan Saufi, awak berdua jangan duk ulang-ulang dah ye ayat tu. Karang tak pasal-pasal saya merajuk panjang. Hehhe. Kalau teringat balik gaya awak ajuk, saya rasa nak ketuk je awak Saufi. Huhu. Faiq, saya nak awak percaya saya tau. Terima kasih atas segalanya. Rasa nak tergelak pulak teringat mimpi malam tu :p

Haa.. Ini antara rakan blogger yang bertandang ke majlis Faiq. Yasir Tamizi, Azwan Ngali dan rakan serumah saya di Moscow, Wanie Adnan. Maksu pun ada. Tapi tak sempat pula bergambar dengan Maksu. Dengan Cik Ati tak usah ceritalah. Sejak hari Selasa lagi sudah bertemunya. Cik Ati merupakan emak saudara kepada Faiq. Mula-mula kami malu-malu. Bila dah mula kenal, rancaknyalah kami bercerita itu ini. Cik Ati sangat best! Dan kami sekepala 😉

Selamat Pengantin Baru buat Faaiqah dan Saufi. Semoga awak berdua sentiasa dalam redha Allah dalam meniti alam rumah tangga. Semoga cinta awak berdua membuahkan syurga. Insya Allah persahabatan kita akan berkekalan selamanya!

Alamak. Dah pukul 3.27am. Pagi esok ayah ajak saya ke Taman Negara. Dia ada kerja di sana. Tapi saya tengah demam. Mungkin pergi dan mungkin juga tidak. Malam yang selamat. Daa~

23 Responses to “Selamat Pengantin Baru Faaiqah Dan Saufi”

  1. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hehe.pengantin lelaki memang version kakaknye yang lelaki..ehhehe…betul la kate rakan2 smap yg bertandang ke kenduri.

    sy nak lancarkan perang pade mama n papa n jugak korang betiga; sarah, amy n bawang…

    Reply

  2. shazwani adnan says on :

    salam. kesian ks, demam. penat sangatlah tu layan tetamu sampai demam2. tapi demam2 dia pon, sempat lagi update entri. entri ks la yang wanie paling tunggu, tau! mohon permisi curi gambar ek. buat simpanan. haha.. first time jumpa kawan2 ks. rasa macam kawan2 ks, kawan2ku jua.. lol

    Reply

  3. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah..

    kak sarah demam?ala…kesiannya…takpe2, makan ubat, rehat lebih skit, ye…thanks tinggal jejak di entri ‘ALHAMDULILLAH’ tu…risau jugak dla, takut2 kak sarah marah dla wat entri camtu…

    padanlah senyap je ‘My World’ ni, kak sarah sibuk ke hulu ke hilir uruskan banyak hal, ya…takpe, penat pun mesti berbaloi, kan..rasa puas dan senang hati dapat turun padang tu mengatasi rasa penat…

    haa nisa tanya, apa nama penuh SMAKT..dia kata, yg dia tahu SMKT je…kalo SMKT tu, mak ngan ayah dia pernah la ngajo kat situ..tapi dh lama lah…

    ok, semoga semuanya selamat..take care~

    Reply

  4. Inah says on :

    padan la bz..rupanya ade kenduri..bila sarah punye kenduri?? 😀

    rindu sama sarah 🙂

    Reply

  5. hantu_siang says on :

    salam…
    waaaa……busy sungguh..macam bee…hehehe…any way jaga diri baik2 ya.tak lame lagi akan jadi doc..so tak perlula sy mengingatkan suruh makan ubat..pandai2 la ye…bangun dan makan ubat.. :). -hantu siang-

    Reply

  6. Liyana says on :

    laaa…ngah awat tak cakap ngah pi selangor…tak jenguk yana pun kat cni…uuuu~~~sob3…

    nway yana sihat2 kat sni…tapi pening kepala skit belajar…ye la..dh 6 blan x pgg buku…

    p/s:takkan nak jdi pengapit je…bile n jadi pengantin???hiii~~~

    Reply

  7. fattnieniey says on :

    ceh…syok nye!
    rugi tak dtg..ish3.
    melepas nasi minyak.

    p/s:pegi melahap seafood kat langkawi!hehe

    Reply

  8. Ainul Arina says on :

    bz nyer dia.. patutla sunyi sepi semedang.. pergi jd org kuat kat majlis kak faiq rupanya.. ks, kalau secara adatnyer, org jadi pengapit dulu.. pastu baru bleh jadi pengantin.. ops, kebarangkalian tarikh comey 20.09.2009 mcm nak jadik jer.. bagus2! ada usaha nih.. ahaks! chaiyok!! ^_^

    Reply

  9. cik ati says on :

    Uit apsal jauh sangat amek gamba tu.. kakaka! :))

    Ekhem.. pic jadik tukang kepit tadak ke? ngeh ngeh ngeh..

    Hey demam? ni mesti sbb rindu kat cik ati ni.. kakaka!

    *larikkk!!

    pssstt.. Sarah dan Yana adalah besh.. 😀

    Reply

  10. Anonymous says on :

    😉
    sidia itu memang begitu kan sarah,kalau tak boleh tengok versi tutup mata..

    Salam
    moga sihat..

    Reply

  11. Rynn Cowbra says on :

    sarahhhhh!

    sgt jeles oke!
    da lew jumpe yasir,amang wan.

    dpt jumpe cik ati ngan maksu yg terkenal suke tutup muka bile bgambor :((

    jeles! jeles!

    *membawa hati yg luka berlalu pergi*

    Reply

  12. shazwani adnan says on :

    ryn jeles? tak jeles ke bila ks dapat jumpe wanie ni? kitorang jejak kasih lepas terpisah selama sebulan? haha.. ni jeles ks jumpe encik yasir dan encik amang wan, ada mana2 udang yang terselit belakang mee ke? lol

    Reply

  13. Khairul says on :

    alhamdulillah panjang jodoh faiq dan saufi tu.. ^^

    bizi betul kak sarah ni ek. banyak je meeting die. jaga kesihatan tau. da~~

    Reply

  14. akak says on :

    mm..kenyangla Sarah makan nasi minyak cuti kali ni nampaknya. Jari pun dah siap berinai tu..:p. Patutlah sunyi sepi je..Banyak ilmu yang dapat kali nie ye..berzanji, buat hantaran, nasib baik tak sempat solekkan pengantin. kalau tak untuk majlis Sarah nanti..sure boleh buat sendiri semua..:). Sibuk² jugak..kesihatan jgn diabai..take care!

    Reply

  15. Fairulhisham says on :

    em..asyik kenduri org je..Sarah bila lagi??he.he..

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. sorry lambat respon kt sini.

    Izu:
    dia ada kakak di smap ke dulu? oo.. bru ni tau.. ohhoo.. klu nak lancarkn perang, sila lancarkn pd amy. dia yg atur. bukan sy n yana :p

    Wanie:
    kamu mmg survivor la hri tu 😀 ala.. wanie pn mmg dh kenal nama diorg lama dh kn. hehe.

    Dila:
    demam tu ada sbb lain sbnarnya. SMAKT tu short form utk sekolah menengah agama al-khairiah temerloh. klu xde, maknanya ks salah org la kot. nisa yg ks kenal tu namanya anneesa klu x silap. rumah dia di seberang temerloh. di paya pulai kalau tak silap. salam buat nisa ye 🙂

    Kak Inah:
    kenduri sy? kenduri doa selamat ada la nnti. huhuhu~

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hantu Siang:
    hehe. sepanjang demam 3 hri, sikit pn sy x makan ubat :p tak perlu pun. asalkn dpt rehat yg cukup. n mmg dh terlebih rehat pun! :p

    Yana:
    sorry sgt. ngah bukannya ke sana nak jln2 cuti2 je. pack. xde masa nk ke sana la yana. nnti la ngah plan dgn dayah. lg pn, awk kenal ngah ni camne kan. x minat sesak KL tu. jd pengantin not listed in my aim now. so, say good bye to it for the mean time ok :p

    Fatt:
    yg dia tu gi langkawi senyap2 je yek. huhu~

    Ainul:
    kak faiq n saufi ada baling bunga n ks sambut. apa maknanya tu. hahhaha. doakan ye. 20.09.2009. hahahha. ks suka betul merepek dgn kamu. sbb kmau layan. heheh. ni syg lebih kt kamu ni =)

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    sy x de gmbr jd pengapit melainkan sekeping je yg sy curi dr blog azwan. huhu. demam ni sbb lain tau cik ati. klu cik ati tau, sure sedih jgk. hehehe. cik pn sgt best! nnti mau jumpa cik ati lg 😉

    Oneib:
    takde maknanya oneib. versi tutup mata atau yg seangkatan dgnnya x sempat berlaku disebabkn semuanya bz utk kenduri tu.

    Rynn:
    oh. jeles ke? jeles dgn yg mana 1 ni? jumpa yasir pujaan ramai (pujaan awk jgk) ke, atau sbb jumpa azwan ke? klu pasal jumpa cik ati n maksu, tu bukan jeles. tu kepingin namanya. haha.. semua yg sy jumpa semuanya best2. berbudi pekerti plak tu 😉

    Wanie:
    soalan tu sgt tepat wanie! kita tunggu jawapan rynn ok. kot2 la ada udang balik mee kan. hahah~

    Khairul:
    amin… meeting sume ni pencukup syarat je. harapnya lancar la progrm tu nnti =)

    Akak:
    sy tak berinai pun kak. sy cuma menginaikan faiq je. klu sy berinai jgk, jatuh la saham nnti kn. hehe. klu sy nak kawin, sy nak simple2 je semuanya. asalkn selesai semuanya. hehe. mcm iye je la sy ni kn :p

    Fairul:
    takde maknanya fairul oi…

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah..
    sy dah lancarkan perang kat amy..
    tp to be fair…sy kene lancarkan perang kat sarah jugak…
    yeszza

    Reply

  20. faisal says on :

    slm cik sarah,
    waa lamanya tak singgah sini..:) tengok gambar ni cam kurus skitlah sarah,moga dikekalkan ye,kekekeke..:) selamat pengantin baru buat sahabat sarah tu..yelaa, taknak jumpe kita dah sampai bangi,huhu…:P

    Reply

  21. djambu puadovich says on :

    selamat pengantin baru kpd Faaiqah n Saufi…
    kalo sarah ada melawat SBC02.macfis.com…sila jgn percaya ape2 yg tertulis kat situ…

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    sy pun? 🙁

    Faisal:
    kurus apanya acai oi. dh duduk rmh je ni, faham2 je la kan :p laa.. awk bz time tu. sy pn x berani nk kacau 😐 sorry acai…

    Yeop:
    haa.. yeop! sy ada baca psl tu. betul ke tak ni? baik cite cepat. hehehe~

    Reply

  23. nabilahani says on :

    salam k sarah. seronok rasanya baca posting ni. maklumlah, pasal orang kahwin hehe.

    rindu rasanya setelah sekian lama x baca yr blog. ive got a new blog now. rasa mcm nak ‘gila’ bila xde blog for almost 6 mths ni, had to make a new one.

    ok sarah, teruskan ceria. Allah bless.

    wassalam.

    nabilahhani.

    Reply

Leave a Reply