Monolog Saya Dan Nisa

Assalamualaikum wbt

Pada mulanya terasa hendak menulis tentang hal lain. Tapi emosi sedikit terganggu. Maaflah. Tiada perkongsian untuk kali ini. Entri kali ini entri kosong saja. Tadi petang mengikut emak ke butik. Emak belikan saya baju. 2 pasang. Terharu kerana umur dah besar panjang masih dibelikan baju oleh emak. Banyak emak berbelanja untuk saya tadi. Terima kasih emak.

Keduanya, tadi saya berbual lama dengan sepupu saya, Nisa, di telefon. Memang sesi melepas rindu dan mengemaskinikan perkembangan kami berdua. Nisa juga pelajar perubatan. Yang paling melekat di hati ialah persoalan yang kami timbulkan. Kenapalah kami mengambil jurusan ini? Kenapa dulu kami tak terfikirkan jurusan-jurusan lain seperti Sains Marin, Kejuruteraan Elektrik, Security Technology atau lain-lain selepas SPM dulu? (Pengecualian kepada saya. Saya ada terfikirkan jurusan Perundangan. Dalam borang UPU, 2 teratas saja saya isikan dengan Perubatan UIAM. Lagi 6 ruang kosong, saya isikan dengan Perundangan. Saya mahu menjadi peguam. Tapi gara-gara bermain janji dan sumpah, lain pula jadinya. Tak mengapalah. Sudah rezeki saya di takuk saya sekarang. Lagipun, menjadi pengamal perubatan juga adalah salah satu minat dan impian saya.)

Kata putus kami, tak baik dikenangkan semua ini. Kami sudah hampir tamat pun. Saya lagi setahun. Nisa lagi dua tahun insya Allah. Cumanya, di saat kawan-kawan yang lain sudah boleh menanggung diri dan keluarga masing-masing, kami masih lagi ditanggung oleh emak ayah.

Puncanya kami boleh bercerita tentang ini ialah apabila terbuka cerita tentang Ana, adiknya yang kini sedang mengikuti kursus Survival, ada belajar scuba dan macam-macam lagi dalam jurusan yang diikutinya, Sains Marin. Dan kami kagum dengan sepupu kami Hidayah yang cemerlang dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik yang diikutinya sedangkan kehidupannya tidaklah sedahsyat kami berdua. Dan bagi saya pula, saya kagum dengan adik saya Adnan yang mengikuti jurusan Security Technology. Dia telah pun tamat dan kini telahpun berkhidmat di IBM Cyberjaya.

Betullah kata orang. Minat membantu persembahan dan mutu kerja kita. Saya doakan sepupu-sepupu saya semuanya berjaya dalam jurusan yang mereka ikuti. Kerana saya tahu mereka memilih untuk berada di situ kerana minat mereka dan bukannya dipaksa-paksa. Undur diri dulu. Esok terlalu banyak yang hendak dilakukan. Ada sesiapa yang mahu ke Pameran Pengantin di Mid Valley esok? Hehe =)

Nota: Baju itu sudah selesai. Tunggu hari itu pula =) Hihuu~ Buat Saufi, Selamat Hari Lahir. Tu mesti dah bedebar nak kahwin miggu depan kan. Hehe. Semoga dalam redha Allah selalu insya Allah.

21 Responses to “Monolog Saya Dan Nisa”

  1. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah….

    kak sarah, kak sarah temerloh kat mana?

    hmm dla ada roomate, nama dia nisa. ari tu dlm entri kak sarah yang mana ya, dla lupa, kak sarah ada mention nama nisa ni jugak, kn?masa tu dla terbayangkan roomate dla ni. sebab dia pun org temerloh. dia kata takde plak sepupu nama sarah.

    masa baca entri ni, sampai kat ayat ni…

    “…Saya lagi setahun. Nisa lagi dua tahun insya Allah…”

    dla dah….hmmm nisa[roomate dla] ke ni? dla tanya dia lagi skali. dia ada ke takde ni sepupu nama sarah. pastu dia cam..

    “ohhh….kak sarah ke…”

    nisa[roomate dla] ni biar betul. dla dh cam excited ni…tetiba dia kata kak sarah sepupu dia tu dh kawin and amik engineering….

    hmmm hampa rasanya…..=(

    hihi….tapi kak sarah pun dh nk kawin kan….hihi…dla tau….(“,)

    terima kasih banyak kak sarah, atas segalanya. kak sarah, nk pinjam satu gmbr kak sarah ngan k.i tu, boleh?

    Reply

  2. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    pengamal perubatan… tinggi sungguh bahase..
    sy tak puas hati la awak..
    mane bleh awak pow mak awak baju..
    heish..duit g jenjalan bleh yer..beli baju, pow mak..takley takley..
    jeles ni awak boleh pow

    Reply

  3. hantu_siang says on :

    salam…..
    mmm…saya setuju dengan awk..apa yang kita wat mesti la ada minat.sama la juga bidang yg kita ceburi pun mesti ada minat..kalau tak da minat dan terpaksa kemudian hari kita juga akan susah….lagi satu, kita tak perlu risau atau bersedih kalau apa yag kita nak jadi than end of the day kita jadi lain. cam kes awk…mulanya minat sangat nak jadi lawyer tapi last awk jadi doc…so setiap apa yang berlaku nescaya ada hikmanya…mesti ada hikmanya awk jadi doc dari jadi lawyer…so kena terima dengan hati yang terbuka dan senyum selalu.ok..saya tahu awk gembira dengan memilih jurusan perubatan ini..semoga setahun lagi itu berjaya dilalui…
    -hantu siang-

    Reply

  4. Pijah says on :

    all the best kak sarah.

    silent reader,
    hafizah.

    hehe :p

    Reply

  5. Anonymous says on :

    Fairul

    Sarah..bagi saya jadi doktor lagi baik dari peguam..dari segi ekonomi, org sakit sentiasa ada..x kira time ekonomi gawat @ tidak..org sentiasa nak berubat..klu peguam..time gawat.ramai yg cuba utk elak bt bicara.mereka lebih suka mengaku salah@bayar saman je..maknanya sektor perubatan sentiasa ada permintaan..Em..dari segi moralnya..biasanya para peguam cuba sedaya upaya untuk menangkan kes anak guam mereka.wlaupn sudah terang2 anak guam mereka itu bersalah..pendek kata..em..fahamla sendiri ya.maaf ya para peguam semua..bukan semua mcm tukan..(”,).tp para doktor akan cuba sedaya upaya utk slmatkan nyawa para pesakit mereka..

    Reply

  6. fathiyyah says on :

    kak,nak ikut pegi paeran pengantin tuuu..tapi sy di cairo lagi niii…mcm mana ya?..hehe

    Reply

  7. shazwani adnan says on :

    salam.

    panjang betul cerita ks cuti2 ni ek. ada rasa la nk sama2 memeriahkan walimah kak faaiqah. tp takde member nk g. selalu asyik dgr ks bercerita je..

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua 🙂 sorry lambat. mmg mcm2 jd hari ni.

    Dila:
    oh. tu mmg bukak kak sarah yg ni la tu =) sepupu akak namanya khairunisa dan umurnya sebaya akak walaupun dia abis lambat dr akak. dia medic uia kuantan. nisa roommate kamu org temerloh ye? nanti kirim salam pd dia ye? aishh kamu ni. ks nak kawin? berita mana kamu dgr ni dila? siap disudahkan dgn ayat ‘dila tau’. mcm yakin je. ni yg bahaya ni. sat lg tak pasal2 org nak masuk meminang ks terus tak jd bila baca/dgr cerita ni :p gmbr mana 1 ni dila? jgn salah guna ye. hehee *lariii*

    Izu:
    sy tak pow tau. mak sy yg nak belikan. n mak sy yg pilihkn baju tu tau. sy cuma try n kata sesuai atau x je.. jgn la jeles tau cik oi. hehe.

    Hantu Siang:
    sy tak menyesal pn pilih bidang ni. mmg sy minat. dr kecik lg. cuma wkt lepas SPM tu, sy masih lg ada aura n semangat bahas yg tinggi. tu yg buat sy nak sgt amik law. sbb sy rasa sy boleh bawak kos tu. n sy rasa sy mcm sesuai je. huhu :p tp sy pertimbangkan byk benda. termasukla faktor tak semua org mampu bawak kos perubatan ni. n utk muslim, bidang ni boleh jatuh hukum fardu kifayah utk mencukupkan adanya muslim yg menjada aurah dan kemashlahatan sesama muslim itu sendiri =) sy x penah menyesal.

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pijah:
    terima kasih dik =)

    Fairul:
    terima kasih berkongsi pndpt ni fairul. sy pernah pertimbangkan faktor yg ‘bela yg salah’ ni dulu. ayah sy ada jugak la bg sy input psl ni. tu yg buat sy pertimbangkan dgn sebaiknya. n ada seorg kwn sy yg buat law kata mcm ni kt sy: jd lawyer ni, ibaratnya kaki sebelah dalam syurga, sebelah dlm neraka. bergantung pd hati n lidah kita nk letakkan kita kt mana. tp faktor duit tu, yg tu tak tersenerai langsung sbg faktor knp sy proceed dgn medic. langsung tak. klu nak buat duit, utk dunia skrg ni, TESL lecturer, programmer, oil n gas (engineers etc), n networking la bidang yg mmg boleh buat duit. tp doktor ni tak ye. mungkin ye bg yg duduk dlm private sektor. tp personally sy tak terfikir nak bukak klinik sndiri sbb sy tau bukan semua org mampu utk seek for help drpd private klinik. sy nak duduk dlm gov hosp sbb dgn cara tu dpt tolong semua golongan n peluang utk kembangkan diri pn lebih luas. tp klu ada private hosp yg offer utk keje dgn diorg, yg ni insya Allah sy terima. sbb bidang yg sy minat utk specialize hanya boleh diteruskan/dicapai jika sy kekal di hosp. bukannya dgn membuka klinik sndiri. mcm tu la lebih kurang. tp sy akui, yg awk sebutkan tentang moral/etika peguam tu ada yg ‘tetap buat’ walaupun dh tau ‘salah’. sy harap kwn2 sy yg jd lawyer nnt akn bijak membuat keputusan. sbnarnya, apa2 bidang pn ada je dilema mcm hal ni. mcm doktor. dia tau yg dia x boleh jual MC. tp ni bila org dtg klinik, kasi duit lebih, dia pun sains surat MC. huhu. sama jgk tu kan. salah jgk mcm tu :p

    Thia:
    tak dapek den nak nolong. hehe.

    Wanie:
    wanie, jom la. jom pakat dgn fatt jom!

    Reply

  10. Khairul says on :

    Assalamualaikum, Kak Sarah!

    Setiap orang dah ditakdirkan untuk satu profesion. PC untuk saya, dan Stetoskop untuk Kak Sarah ^^

    BTW my blog has moved, just so you know.

    P/S: KS cuti bape lama ek? Boleh kite dating.. ^^

    Reply

  11. myfisol says on :

    bro xde masalah nie, sebab memang cita2 nak jadi engineer pun cuma profession lecturer je yang berlaku tanpa sengaja tapi minat datang kemudian..

    apa2 pun, minat memang perlu..cam sarah minat nak pergi pameran kat mid valley jugak..amboi2..:)

    Reply

  12. fattnieniey says on :

    hey ks!

    pameran pakaian pengantin kat midvel?
    cam syok je?

    kami dijemput ke ks?
    kehkehkeh.
    kalo ye,saya bole jee.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    glad that u lemme know abt it!!! yeay! dh live bookmark dh *wink*
    we must meet. so called dating kan kan kan =)

    Bro Fisol:
    huhuhu. yg pameran pengantin tu sampingan je tuh. x sempat pegi pun smlm. bz amat wkt di KL. hehe.

    Fatt:
    dijemput la syg oi. jom la nnti. nnti ks kasi link map to her house ye 🙂 pameran pengantin tu sampai hari ni. ks x sempat gi pun smlm. bz sgt ke hulu ke hilir di kl smlm 😐

    Reply

  14. warx.hensem says on :

    salam kak sarah,

    jadi doktor bagus ape..hbs blaja dah confem ade keje..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shafiq Hensem:
    salam shafiq =) eheh. klu nak kira camtu, baik bukak kedai. sndiri. konpem ada keje jgk. hehe :p

    Reply

  16. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah….

    oh maaf…..ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun..(“,)….

    ehem ehem

    sesiapa yang berkenaan,

    saya adalah seorang yang tak ada kaitan langsung dengan jodoh sesiapa jua. saya tak tau apa-apa mengenai hari bahagia kak sarah ni. pendek kata,saya tarik balik apa yg saya cakap hari tu..maaf ya…yg nak masuk meminang tu, masuk ajelah…abaikan je apa yg saya caka hari tu.

    ok, boleh ke cmtu kak sarah?hihi.

    ha ah roomate dla tu org temerloh jugak…insyaALLAH, salamnya akan disampaikan…

    nisaaaaaa….[lari lari gi bilik roomate]

    hmm dla bersyukur dan suka sangat dapat kenal k.s dan k.i. so, ade la dla nak buat sesuatu nnt, dah banyak yg dla belajar dr kak sarah ni…so…hmmm adalah…tungguuuu…insyaALLAH tak salah guna….(“,)

    Reply

  17. ~young mango~ says on :

    salam..
    semua dijemput..housemates ks ke,pak we ks ke,sume bule dtg=D..

    jom wanie,jom fatt!mai pakat dtg ramai2 naaa=)

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dila:
    ya rabbi dila ni =) mcm tu plak ye. apa la yg dila nak buat ni. suspen je. hehe.

    Faaiqah:
    haa.. tu dia! jemputan dh mai dh =) nnti sy suruh diorg dtg jgk ke majlis awk. hehe.

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    awak tak pow directly..cume indirectly…sbb awak main bg2 hint kat mak awak..alahai, saye tau la..
    dah arif sgt dah…tp bukan belajar dr pengalaman okayyy

    Reply

  20. Fairulhisham says on :

    Betul tu Sarah..kerja apapun semua ada dugaan.hatta ustaz sekalipun ada peluang utk bt silap..salah guna kuasa..”pengalaman mengajar saya”.inilah yg dikatakan dunia..tempat ujian ilahi kepada para hambanya..yg penting jika tersilap..terleka.cepat2lah kita kembali ke pangkal jalan..sebab kita semua sebagai manusia biasa x akan terlepas dari menerima dugaan2 tersebut..em..pasal “buat duit” tu betul gak kata Sarah tu..sekarang ni mmg banyak sangat ruang utk “buat duit”..cuba kita perlu tahu guna peluang yg ada je..p/s..sy mmg suka ada duit..he..

    Reply

  21. faisal says on :

    alaaa, tak lama je lagi sarah..bukan bestpun kerja awal2,hehehe..:) tapi dulu sy mmg abis awalla..sbb takde matrix..dah abis sorang memebrpun lum abis lagi kat universiti lain,huhu..tak best gak sbnrnya,hehehe..:)yg penting kita kena minat dengan apa yg kita buat..err, sarah tak minat kahwin skrg ker?hahahahaa

    Reply

Leave a Reply