Khayal

Assalamualaikum wbt

Seharian saya duduk di rumah. Saya membelek buku-buku dan majalah-majalah pengantin milik Kaklong. Walaupun jemu jugalah berseorangan, tapi rasa terisi. Banyak maklumat dan ilmu baru yang saya perolehi. Spesifiknya tentang persiapan perkahwinan. Terlalu banyak rupanya yang perlu dipersiapkan sebelum berkahwin.

Kebetulan dalam majalah PENGANTIN Julai 2008, ada disediakan senarai semak yang boleh membantu bakal pengantin membuat persediaan. Terkejut juga saya kerana ada yang perlu dibuat seawal 8 ke 9 bulan sebelum majlisnya.

Teringat saya sekitar awal Mei lalu, saya ada online bersama Faaiqah, sahabat saya si cantik manis yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Dalam pada bercerita tentang persiapan exam, sempat saya menanyakan tentang persiapan perkahwinannya. Maka, tergatallah mulut saya bertanya tentang belanja yang diperuntukkan untuk majlis tersebut.

Menurut Faaiqah, untuk pakaian, fotografi dan hantaran, sudah hampir RM5000. Saya yakin, bagi orang lain, mungkin ada yang jauh lebih tinggi dari ini. Untuk kenduri nanti, hampir RM15 ribu kalau tidak silap. Banyak lagi info yang Faaiqah kongsikan. Waktu itu baru saya sedar bahawa saya tidak tahu apa-apa langsung tentang persiapan perkahwinan. Beberapa hari selepas itu, saya bawa berbincang dengan teman sebilik. Dia juga bersetuju jumlah ini adalah standard masa ini. Malah, kalau tidak pandai membuat anggaran, perbelanjaan akan jauh lebih tinggi daripada ini. Bagi pihak lelaki, mereka perlu memikirkan tentang wang hantaran pula. Ini pun satu perkara yang penting.

Jadi siang tadi, saya tegarkan juga mata menatap majalah-majalah tersebut. Paling kurang, saya dapat melihat fesyen-fesyen busana pengantin yang terkini dan sesuai untuk penampilan wanita bertudung. Juga persediaan barang hantaran. Ini yang paling kurang. Yang paling banyak yang saya serap ialah info tentang merangka majlis secara keseluruhan. Dahsyat rupanya. Terlalu banyak yang perlu difikirkan. Dari senarai jemputan, memilih kad, memilih tema dan baju pengantin, memilih cincin, menyediakan hantaran dan seribu satu macam yang lain. Oh terlupa. Juga mengikuti kursus perkahwinan dan membuat persiapan diri dan lain-lain yang perlu. Mandi lulurlah. Mandi susulah. Entah apa-apa lagi entah.

Saya lihat, sekarang sudah menjadi trend membuat lawan web untuk membuat jemputan secara virtual bagi pasangan pengantin. Menarik juga ya. Teringin juga satu hari nanti mahu membuat lawan web sebegitu juga. Hehe. Dan saya juga sempat meninjau-ninjau blog persendirian milik mereka yang bakal berkahwin. Asyik bercerita tentang persiapan dan bermacam-macam lagi. Teraca lucu pula apabila membayangkan suatu hari nanti blog saya pula yang seperti mereka. Cerita tentang baju pengantinlah, persiapan hantaranlah, berinailah, sesi fotografi pra-majlislah dan perasaan berdebar-debar serta bahagia amat yang mereka rasai. Ok. Tak boleh berangan banyak. Khayal nanti.

Sebenarnya seronok membelek-belek majalah begini. Yang menjadikan tak menariknya ialah KHAYAL! Lama betul saya memerap dalam bilik hari ini. Sehinggakan Mak Tam mengunci pintu rumah dari luar tengahari tadi kerana menyangka saya tiada di rumah. Dan petang tadi saya menyambung membelek-belek lagi. Kaklong ada banyak koleksi majalah-majalah ini kerana Kaklong berminat dalam seni hiasan barang hantaran. Berguna juga ada majalah-majalah ini. Sekurang-kurangnya tidaklah saya kosong idea tentang perkara ini dan sedikit sebanyak dapat membantu untuk membuat persiapan nanti.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.”

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”

Amaran: Azwan, sila jangan tag saya tau. Nanti saya nangis. Huhu~

33 Responses to “Khayal”

  1. cry4freedom. says on :

    Yah, menjadi orang yang pertama komen sebelum yang lain belum bangun tido.

    Persiapan sekarang 15k masih normal, termasuklah benda2 kecik mcm fotografi, persalinan, doorgift dan lain2. Lebih jimat kalau mcm saya di sini masih amalkan gotong royong jiran tetangga, semuanya urusan jiran akan datang bantu, tak perlu nak keluar duit banyak nanti untuk bayar caterer dan lain-lain. Jimat banyak di situ time inflasi tengah sibuk melanda ni.

    Saya nak maroon putih juga. Awak nak? Taknak? Ok fine. Hehe.

    Reply

  2. a.s.h.a.r says on :

    sarah,

    ada persiapan yang harus d buat
    setahun lebih awal…

    confirmkan pengantin lelakinya.

    zaman sekarang,
    kalau tunggu lelaki bersuara
    lambatlah kita boleh buat persiapan seterusnya.

    bersuara padanya …
    demi kebahagian bersama.
    tak salah dik.

    percayalah…

    Reply

  3. hantu_siang says on :

    salam..
    sebenarnya la kan kebanyakkan pasangan yang nak kawan skrg nie banyak yang dah lari dr konsep perkawinan islam itu sendiri….contohnya ada pihak pempuan yang meletakkan duit hantaran yang terlalu tinggi hingga membebankan pasangan lelaki..sebab itu banyak lelaki yg kawin lambat. selain itu kena buat sesi fotografi la,tempah sound system untuk karaoke la, cenderhati untuk tetamu jemputan la,kena tukar pakaian beberapa set dan sebagainya..ini semua sedikit sebanyak lari dari konsep perkawinan islam yang sebenarnya…
    majlis perkawinan yang benar dan berteraskan islam adalah bukan bergantung kepada betapa mewah ataupun meriahnya majlis itu tapi ianya bergantung pada kesederhanaan kita amalkan dan bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t… -hantu siang-

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    kalau kt sini sewa khemah siap meja kerusi satu khemah RM400. paling kurang 7 khemah nak kena pakai.

    tu belum lagi sewa pelamin. paling murah RM500.

    mak andam RM500..

    daging, sayur, beras, cincin, hantaran, sewa baju pengantin..

    isk! apa aku melalut nih. hahaha!

    ada kawan tu nak kawen hutang bank rakyat. dh anak 5 baru abis bayar. huhu

    Reply

  5. hawa says on :

    salam,

    sarah. Awak kat mesia sekarang kan? Pegi tak kenduri faiq?

    Reply

  6. bulanbiru says on :

    Salam,
    hi..dah belek2 busana pengantin..tu tandanya semakin dekat seru pengantin kut..
    mmg pun sarah, persiapan utk jadi pengantin bukanlah mudah..
    kalau dpt semuanya sponser kan best..heheh

    *sarah ,
    ada tak kawan sarah dr selangor balik sama ke m’sia???

    wassalam

    Reply

  7. nOnnie_sayang says on :

    ks, kenduri kawen adik ipar akak baru2 ni pun telan belanja dekat RM23K. itu tak campur duit hantaran lagi tu.

    sapa yg plan nak kawen skang ni kena struggle cari duit kalau nak langsungkan dalam masa terdekat. kalau tak, kenalah tunang 2-3 tahun sementara nak tunggu cukup duit dulu.

    so, kalau ks plan nak langsung tahun 2012, kenalah simpan duit dari skang.. takut nanti barang2 naik harga lagi.. dah sedia ker?

    Reply

  8. hantu_siang says on :

    soalan cepu emas” dah sedia ke?..hehehe :p -hantu siang-

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    alamak..8 – 9 bulan..perghh lame tuh..

    camne plak kalo sy terus2 jer nak kwin, sah2 la takkan sompat nak prepare for dat long period…ngan kat sini lagi.. unless kawin ngan orang london kan…sy ingt nak cuti sminggu jer kalo balik kawin…hehe..psiapan selebihnye, delegate pada msian..molek dok gitu? 3 tempat kenduri…msia, doha, london ..hahaha…3 themes
    kepale dah terbayang2 my theme neh…alahai..eishh

    takleh comment dah..nnt get carried away lak..

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua 🙂

    Azwan:
    yeay. org pertama :p tu la. bg sy RM15K tu normal la tu. cuma yg pasal hantaran tu, sbnarnya tak perlulah sampai buat pihak laki rasa terbeban, kan. bukannya nak jual anak kan. sy respect family bestfren sy ni tau. diorg tak kesah pun berapa dr pihak laki. mcm ni la bagus kan. nak bg anak2 mendirikan rmh tangga, kalau dh berabis banyak utk kendurinya, nnti lepas kawin makan apa la agaknya ye. hehe. tp kadang tu pengantin tu sendiri yg nak majlis meriah kan. sbb kahwin ni sekali seumur hidup. kalau boleh biarlah memorable katanya kan. hehe. ye. sy tak nak maroon putih. sy tolak :p hehe.

    Bro Ashar:
    tp kalau perempuan mulakan dulu, dikatanya perigi cari timba (dlm bab menyatakan hasrat hati) n klu dlm bab persedian kawin, nnti dikatanya beria-ia. mcm2 kan. tp takpe. masa sy belum sampai lg. hehe.

    Hantu Siang:
    tu la pasalnya kan HS. byk yg membazir. tak salah kalau nak meriah lengkap semua serba serbi tp jgn sampai membazir sakan n membuatkan ada ada unsur fitnah dan maksiat. yg pasal persalinan 3-4 kali bertukar2 baju tu, hehe. tak reti sy nak komen sgt. sbb dlm hidup sy yg simple ni, sy tak jumpa lg pengantin tukar2 baju 3-4 kali. takat 2 kali tu mcm normal je. mula2 yg akad nikah punya baju. lepas akad, yg kahwin/sanding punya baju. tu je. hehe.

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    bajet yg cikgu beri tu mmg sejibik mcm yg dlm majalah pengantin tu. mmg tu anggaran org sekarang ni kot utk benda2 ni. lebih kurang je kt mana2. erk.. tp perlu ke sampai nak kena buat pinjaman bank utk kawin? x best nya gitu 😐

    Hawa:
    yup! dh di malaysia! oh. wajib la sy ke kenduri dia nnti 🙂 jom jumpa kt sana ye hawa 😀

    BulanBiru:
    BB, ye ke tu tandanya seru dah dekat? hihik. ntah. tatau :p huhu. kwn yg balik sekali duduk di selangor? ada. yg 1 batch sy ada 3 org hari tu. yg batch junior ada dlm 5-6 org kot. knp?

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Nonnie:
    tu la. sy tgk majlis adik ipar akak tu besar jgk ye. kalau dh tambah hantaran, berapa plak la ye? insya Allah mak ayah sy tak letaknya hantaran tinggi2. hehe. sy dh sedia ke belum? susah nak jawab tu. ada org yg dh sedia nak terima sy, sy sedia la dh kot. huhu. memandai je jawab sy ni :p tp sbb tu la skrg ni pn dh mula berjimat utk masa depan. *lariiiii :p

    Hantu Siang:
    ulang soalan kak nonnie ye. hehe. ntah la HS. sedia tu bukan pd sebelah pihak je kan. kena dua2 pihak pun sedia. jd jawapan sy ialah, sy sedia kalau ada org yg dh sedia. klu dia x sedia lg, mksdnya sy pun x sedia lg la.

    Izu:
    hamboiiii…. siap dh terfikir 3 tema ye. ngengada betul ye :p kenduri di msianya buat dgn penuh adat istiadat ye. di doha arabian style. di london mat saleh style. lengkap gitu! ewah3. ni mcm dh nak sampai seru je izu. hehehe

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam ks,

    wah3. cerita pasal kawen ni. da sampai seru eah? cakap psl kawen td pergi ke blog k.i, dia pun nak kawen ka? ramai sungguh ni. musim kawen agaknya sekarang.

    ks bila lagi? ;p

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    aih. sape ni ye? ki nak kawin ye? hihi. ntah =) tanya la dia. ks bila? huhu. no comment la dek non oi ;P

    Reply

  15. nadia yuna says on :

    salam cik sarah..

    uhuk uhuk uhuk.
    terbatok2 saya neh, sapelah sebut2 nama malam2 cenggini =p

    haip!
    baca majalah pengantin nampak?
    tuan punya badan yg baca tu bila plak? takde plan2 ke cik sarah? hehehe.. sesi penerokaan dalam kaunseling =p

    saya xleh tengok lelame majalah pengantin ni, nanti berlaku kesesakan di dada. Teringin jugak. =p

    betol la tu cik sarah. nak buat majlis kawen sekarang ni, banyak kena plan. Duet pun nak kena ada. Lagi2 kalau duduk bandar mcm saya ni. waaaaaaa.. Tapikan nadia tak pulak mengimpikan majlis yang besar2. Yang penting bg nadia ‘nikah’. kenduri ala kadar cukuplah rasanya. Bukannya banyak fulus pun. Nak meriah2 tak kawenlah saya! huhu.. lagipon, bg nadia lebih elok duet banyak2 tu diguna selepas kawen daripada habis dibuat belanja kawen.

    ** ada bau nasi minyak ni =p

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    hehe. siap batuk2 plak ye. mau ubat tak :p sy saje je belek2. timba ilmu dlm bidang yg mmg sy tak tau apa2 ni. huhu. klu mcm tu, sy belek2 pasal enjin kereta sume tu, sy ni nak jd mekanik la ye. hehehe :p klu org yg tgh hangat bercinta, akn jd mcm awk la. terasa sesak dada :p ups. jgn marah na.. nanti kena jual :p

    sy pun teramat sangat la setuju dgn awk nadia. yg penting, selesaikan nikahnya. hantaran tak besar tak pe. tu tak kesah pn. sbb yg penting ialah kehidupan lepas kawin tu. bila dh kawin, lg byk benda nk difikirkn. ada rezeki klu cepat dpt anak, kan nak guna duit lg kan. nak beli rmh, kereta. baik la duit disalurkn utk benda2 tu kan. drpd berabis utk kenduri besar2, grand2 kan. ni yg suka kt nadia ni sbb kita selalu sekepala 😀

    erm.. yeke ada bau? :p hoho. sy bau nasi lemak je ni. huhu

    Reply

  17. cry4freedom. says on :

    Maroon putih taknak.

    Ok, hijau putih? Taknak gak.

    Brown lah. Brown putih. Ehehe.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    hijau putih pun taknak. brown putih pun taknak. tp kenapa misti kena ada putih? kalau suka putih, kenapa taknak buat serba putih je? huhu.

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    amboi..
    itu cam awak plak yg tetapkan theme utk sy..apehall…since lahir kat scotland..theme sy scottish…ahahha
    seru?
    sarah…seru sampai utk sy dok sengsorang kat hi table n pelamin..
    tiada pengantin perempuan..bolehla camtu kalo betul tak sabar nak bermajlis..
    tapi betul la kater orang, confirmkan dulu bakal pengantinnye..

    Reply

  20. nOnnie_sayang says on :

    reply ks tu cam dh bg clue ‘single but not avaiable’ je.. hehehe. elok jimat dr skang. ekonomi pn makin hr makin truk. at least kalu dh smpi ‘masa’ taklah sibuk pinjam sana-sini.. kalau berlebih bleh wat blanja pas kawen.
    hantaran pn kalu tinggi sgt sian kat pengantin lelaki. hantaran biras tu RM8,407.03 tp pas campur kos BUAPAK, IMAM n SAKSI, tinggal RM12 je nak ke RM9K. adoi.. tepuk dahi masa tu. within 6 months nk kn cari duit byk tu. so, ks nnt jgn seksa husband ye.

    Reply

  21. a.s.h.a.r says on :

    zaman sekarang org tak pakai timba-timba sarah.
    semua air paip
    sistem paip pula ada yg PVC, galvanized dan PP.

    pilih yang tahan lama paipnya utk supply air ke rumah
    biar puas hati memilih
    tak nanti airnya bocor “underground licking”

    suarakan kehendakmu dik
    tak yah cari perigi, cari timba
    semua tu melambatnya hasil airnya
    penat, jenuh, jemu pun kekadang ada

    cadangan soalan:

    “kita ni macam mana ..?”

    soalan power utk si teruna impian.

    cubalah.

    Reply

  22. hanny says on :

    sarah
    lama tak tinggal komen. baca pun cam sekali lalu ajer. kali nih pasal entri kawen akak boleh terbayang muka sarah dalam tengah berangan tuh senyum-senyum kambing. Sambil tuh dalam hati kata”bestnya kalau dapat cam nih…”..hehehehehe..betul tak?

    Reply

  23. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah….

    hmmmm dah cakap pasal kawen2 ni…ade pa pe ke???hihi…

    hmmmm kalau dla la….dla pun nak simple2 gak…malas nak pening2 kepala pk untuk majlisnya, biarlah ala kadar yang menepati dengan tujuan diadakan majlisnya…memangla sekali je seumur hidup [insyaALLAH], tapi biarlah bermakna dari merana selepas tu….

    dla ingat nak je guna barang2 kawin mak ngan ayah dla masa dulu2….barang2 sume yang lama2…yg ada modified sket2…hmmm apa2 lah…makanan pun nak sediakan yang simple,sihat dan mengenyangkan…

    huh, panjang pula melalut…penatla posting paeds sbb kna gi HKL…hihi…tapi seronok sebab sibuk…(“,)

    oh ye…biarlah majlisnya tak gah…yang penting, biarlah ikatan yang terbina kekal hingga ke akhir hayat….

    membebel macam dah ada calon..[senyap-senyap menyorok bawah selimut]

    Reply

  24. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    wah agak lama sis xmsuk sini ye.sampai xtahu sarah balik bercuti malaysia.wah sudah belek2 majalah pengantin ye.hehehe.erm kalau sarah balik bercuti ke penang boleh la ctc sis.insyallah ada masa terluang kita berjumpa.erm ni email sis,mhoneyz82 at yahoo dot com

    Reply

  25. Tyra says on :

    Ikut kata kawan saya, kawin masa bulan puasa. Jimat duit kenduri, khemah dan sewa kerusi meja.

    Abang saudara saya kawin belanja RM10K ++ (semua skali; baju, kad, kenduri, hantaran… tp tak campur dari pihak perempuan.) Simple dan cukup syarat.

    Reply

  26. myfisol says on :

    salam sarah,

    ehem2..ada berita baik ke nie?..perkara baik eloklah dipercepatkan..:)

    tapi baguslah sarah ni, berpandangan jauh…nanti bila masanya dah tiba, idea dah ada, taklah ter miss sana, miss sini..

    *00.10 am – baru sampai dari KL, terus singgah sini*

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    oo.. lahir kt scotland ke. bru ni sy tau. huhu. tu la kan. apa2pun, confirmkan pengantinnya dulu ke.

    Kak Nonnie:
    single but not available. ermm, hti dicuri org dh kot tp org nya tak tahu *lariii sorok muka* hohoho. alaaa kak nonnie. sy x sempat lg nak fikir hal ni. ada org nak ke? :p aloh. RM12 je lg ye. kira cincai RM9000 la ye abis utk hantaran. uh. ni yg kena menyimpan dr skrg ni. hihi :p

    Bro. Ashar:
    waaa bro. apa bro ckp ni semuanya betul. sambil2 ni, sy cakap kt mak sy paal nasihat bro ni. sy kata, betul kan nasihat ni. hehe. erm.. sampai masa nnti, insya Allah akan dipratikkan nnti 🙂 ayat yg bro bg tu, sgt tepat 🙂

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Hanny:
    kak hannay! rindu la plak sama akak n anak2 🙂 lama jgk sy x menjengah. sorry sgt. erm… psl sengih2 sorg2 tu, bila tang tgk gmbr pasangan yg dh kawin la. huhu. tp idak le plak sy berangan melebih. takde org utk dy angankan bersama. hehe.

    Dila:
    itu la dila. akak pn just nak yg simple. tak kisah pun psl hantaran sume ni. selesaikan yg wajibnya. janji nikahnya tu selesai dgn baik. peds mmg penat. akak dulu pn smpai x sempat nak beraktiviti harian yg lain sgt pn. smga kamu tenang2 aje ye dlm kesibukan harian 🙂 oh ye. btw, entri ni takde apa2 makna ye =)

    Sis Honey:
    salam sis 🙂 sy betul2 seminggu bru sampai msia. eheh. sy saja2 je belek2 majalah ni. sy mmg akan balik penang. nnti sy contct sis. sy akan emailkn contct no sy nnti ye 🙂

    Tirah:
    haaa tu la. kakak sy pun ckp benda yg sama. wah. sy kagum n respect sama abg sedara awk. bagus tu. tak membazir kan. biar simple asalkan segalanya settle 🙂

    Bro. Fisol:
    bro tgh sibuk ye skrg? ke KL ada meeting or short course? tgh mlm bru smpai rmh. penat ye gitu. ehehe. perkara baik tu ntah la plak. tak boleh nak kata apapun lg. tp ni sekadar nak tambah ilmu je. kalau tak, mmg sy tak tau apa2pun psl hal ni. setidak-tidaknya dgn membaca psl ni, dapat la idea skit psl persiapan semua ni kan 🙂

    Reply

  29. myfisol says on :

    huhu…tapi kalau ada perkembangan terbaru jangan lupa bagitau kami ye!..

    fasa sibuk bro dah reda sikit, cuma k.mai plk sibuk..temankan dia ke KL meeting lah ni, dan seperti biasa bro jadi pengasuh *fasa selepas 12 tahun kahwin*..hihi..so, bila nak turun penang nie

    Reply

  30. nadia yuna says on :

    kepak kepak kepak kepak
    kebung kebung kebung kebung
    kepak kepak kepak kepak
    kebung kebung kebung kebung
    kepak kebung kepak kebung

    hah.

    saje nk kasik ada background music!
    hehehe. nak lari ke tak ni. humm. tamo larilah.. teruskan maen.

    kepak kepak kepak kepak
    kebung kebung kebung kebung
    kepak kepak kepak kepak
    kebung kebung kebung kebung
    kepak kebung kepak kebung

    selamat.. pengantin baru..
    selamat.. ke alam baru..
    bla bla bla

    (^.~)

    Reply

  31. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    bakal pengantinnya baru 4 tahun la sarah..camne ni

    Reply

  32. Anonymous says on :

    entry ni byk mengundang komen dan harapan ye?

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    kalau ada, ye insya Allah sy tak lupa bro n family. sy x pasti lg bila balik penang. sy akan tinggalkn di ym bro contct no sy ye. sng skit nnti.

    Nadia:
    aishh nadia ni. nakal sungguh. sy pulangkn bunyi-bunyian ni kat awk semula. nak amik! huhu :p

    Izu:
    oh. si kecil yg cantik comel itu rupanya 😀

    Anon:
    ‘mengundang’ tak bereti ada yg tersirat dlm entri ni. harapan? ada unsur2 tu ke? entri ini sungguh literal.

    Reply

Leave a Reply