Nota Dari Eropah Timur (ii)

Assalamualaikum wbt

Menyambung kembali catatan percutian yang lalu. Pada hari keempat, kami sudahpun berada di Budapest. Sebaik sampai dari Prague, kami menginap di sebuah hostel yang dikendalikan oleh Viktor. Keramahannya sangat menyelesakan kami kecuali bilik hostel kami yang panas. Hehe. Kami memulakan pengembaraan hari keempat di Budapest dengan mencari tiket bas untuk ke Bratislava pada petangnya. Selesai urusan bas, kami terus menuju ke Castle Hill. Di sinilah letaknya Buda Castle yang gah tersergam di tepian sungai, di atas bukit. Kawasannya teramat luas. Ada dua istana di atas bukit tersebut. Pertama adalah Buda Castle dan yang keduanya ialah istana yang berfungsi sebagai gereja. Dahulu, Hungary mempunyai 2 agama utama iaitu Budha dan Kristian. Kini hanya agama Kristian yang masih kekal dan kebudayaan yang di bawa oleh agama Budha hapus sama sekali selepas perang dunia kedua. Mungkinah ada kaitannya dengan Perang Salib yang berjaya meletakkan agama Kristian sebagai yang teragung di sana? Saya juga kurang pasti tentang ini. Budapest membawa maksud Buda (Pemerintah) dan Pest (Rakyat/Sampah). Kawasan Buda adalah di atas bukit di seberang sungai. Kawasan Pest pula adalah di perlembahan sungai seberang sana. Kedua-dua kawasan ini dihubungkan oleh jambatan.

Cuaca di Budapest teramatlah panas. Saya sampai tidak boleh membuka mata ketika berjalan kerana hari teramatlah terik. Shades saya telah patah ketika di Prague. Jadi, terpaksalah harungi saja cuaca panas itu. Saya membeli sebotol besar air mineral dan dalam sekelip mata hampir habis saya minum. Kami menuruni bukit Buda Hill itu dengan berjalan kaki di bawah panas terik. Kemudian merentas jambatan utama di sana dan terus menuju ke bangunan Parlimennya. Kemudian kami menaiki trolley bus untuk berjalan-jalan di sekitar badan. Tak mampu lagi untuk berjalan kaki untuk ke destinasi yang seterusnya. Kota Budapest tidak banyak bezanya dengan Moscow City. Bangunannya hampir sama cuma bahasanya saja yang berbeza. Kemudian kami mengambil metro menuju ke Pusat Bandar di De’ak Ter dan kemudian menuju ke Feren Ter. Di sana letaknya beberapa lagi tempat yang hendak kami lawati dan kemudian hendak makan tengahari walaupun sudah petang hakikatnya pada waktu itu. Kami hanya ke McD saja. Fillet O Fish sajalah untuk hari itu. Selesai makan, kami ke jalan khas yang menjual cendera mata. Di sebuah kedai di sana, kami memborong sekali harung kerana harganya murah. Tambahan pula, anak makcik kedai itu sangatlah kacak ok. Oh. Dia ada mengajar saya sedikit bahasa tempatan. Tapi yang saya ingat hanya ‘kasenum’ (terima kasih). Huhu. Yang lain saya lupa kerana gabra ketika berbual dengannya. Hahahaha. (Jarang jumpa orang kacak yang berbudi bahasa dan pemalu. Rajin menolong emaknya pula tu. Huhu) :p

Sebelah petangnya, selesai solat Zohor dan Asar, kami menunggu bas untuk ke Bratislava, Slovakia. Dalam bas, kami semua tidur saja kerana kepenatan yang teramat sangat. Kulit juga hitam berkilat kerana lama berpanggang di bawah cahaya matahari. Sebaik sampai di Bratislava, kami ada masalah untuk mengeluarkan duit kerana di Malaysia sudahpun lebih dari jam 12 malam. Kami terpaksa menukar mana-mana duit baki yang sedikit yang kami ada dan kumpul-kumpulkan untuk membayar baki duit hotel yang perlu kami bayar sebentar lagi. Slovakia ini baru saja mendapat kebebasan daripada USSR sekitar tahun 1993. Namun pembangunannya sangat pesat. Saya sukakan bandar modennya. Dan bandar lamanya pula tipikal seperti di Prague. Kecil-kecil dan unik. Kami berjalan kaki menuju ke hotel. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah supermarket untuk membeli stok air. Ya Allah. Harga barangnya seperti di Malaysia saja. Murah! Hendak dibandingkan dengan harga di Moscow, jauhlah perbezaannya. Hehe. Saya borong jus. Semenjak memulakan perjalanan lagi, saya sangat sukakan jus Cappy. Semua jenis jusnya sangat pekat dan sedap. Huhu. Promosi sat :p

Malam itu, kami hanya berehat saja di hostel. Hotel kali ini juga sangat selesa. Harganya murah seperti hostel tapi tahapnya adalah hotel. Sungguh! Kami memang tidur mati sekali lagi malam itu. Keesokannya, kami bergerak agak lambat dari hotel setelah siap bersarapan. Ini kerana kami tahu Bratislava bukanlah bandar yang besar. Kami studi dahulu plan perjalanan kami hari ini sebelum keluar. Destinasi pertama kami ialah ke stesyen keretapi. Kami hendak membeli tiket ke Vienna pada petang itu. Jarak antara Bratislava dan Vienna hanyalah 64km. Perkhidmatan keretapi merentas 2 negara ini sangat kerap dalam sehari. Mencecah 12 kali sehari. Sistem tiketnya juga adalah open tiket, tiada nombor tempat duduk (free seating). Keretapi ekspres yang selesa. Selesai membeli tiket dan memilih untuk bertolak dari Bratislava pada pukul 5 petang, kami kemudiannya menuju ke Bratislavsky Hrad (Bratislavsky Castle). Malangnya, istana itu sedang dalam proses baik pulih sejak awal 2008. Kami hanya berpeluang melihat-lihat dari luar saja. Cukuplah begitu. Seterusnya kami menuju ke beberapa buah istana lain di bawah bukit pula. Kami berjalan kaki di Old Town. Hari sangat panas tapi nasib baik berangin (di Budapest sangat panas dan tak berangin, hangit kami di sana).

Setelah penat berjalan kaki, kami bercadang hendak berjalan-jalan melihat pemandangan dengan tram saja. Sampai di satu stesyen ini, kami turun untuk membuat pertukaran dan kemudian menuju ke Historical Square. Di sini letaknya beberapa monumen penting, bangunan bersejarah yang masih belum kami pergi dan tempat membeli cendera mata. Memandangkan harga barang di Bratislava murah dan ini merupakan destinasi terakhir kami, kami bercadang untuk makan tengahari di sebuah restora tempatan. Dengan hanya 3 Euro (RM15++), kami makan dengan kenyangnya di sebuah restoran tempatan yang menghadap ke Main Tower. Selesai makan, kami pergi membeli cendera mata. Kebetulan pada hari itu, ada ramai pasangan pengantin (orang kaya raya pastinya) yang membuat majlis mereka di Historical Square ini. Selesai membeli barang, kami berjalan-jalan lagi. Tiba-tiba saya terpegun. Ada seseorang yang melintas di sebelah Fatt kelihatan sangat familiar. Wah! Muka orang itu seperti prince charming saya yang telah putus kasih dengan saya itu! Siapa? Farid Kamil lah. Huhu. Sungguh. Memang gaya. Tapi prince charming saya itu lagi tinggilah, kan. Hehe. Selesai semuanya, kami menuju ke Stesyen Keretapi. Perlu solat Zohor dan Asar dulu sebelum keretapi bergerak. Kami hendak sampai awal sedikit di Vienna kerana Fatt dan Pena hendak membeli sesuatu di Stephanplatz.

Di dalam keretapi, semuanya tidur. Saya mengeluarkan buku sajak dan menulis. Pemandangan yang cantik di sepanjang jalan sangat memberikan inspirasi. Di sepanjang perjalanan dari Prague ke Budapest pun begitu juga. Dalam bas ketika itu, 4 buah sajak sekali gus yang saya sempat hasilkan. Sajak ngokngek-ngokngek je lah, kan. Setibanya di Vienna, saya terus menuju ke airport, Fatt dan Pena pula ke City Center. Setibanya di airport, saya terus mengurus diri sementara menunggu mereka tiba. Apabila mereka tiba, kami pergi ke McD untuk makan sedikit sebelum check-in. Malam itu ada perlawanan bola. Kami pastilah menyokong Rusia. Hehe. Kami berkampung di airport beramai-ramai dengan peminat bola yang lain menonton di TV di sebuah restauran yang ada di sana. Hanya apabila masa telah tiba, kami berangkat ke Passport Control.

Di awal pagi Ahad, kami berlepas pulang ke Moscow meninggalka segala kenangan manis sepanjang pengembaraan di Eropah Timur ini. Di dalam kapal terbang, kami semua tidur kepenatan. Kami selamat tiba ke rumah semula pada jam 7.30 pagi waktu Moscow. Berkemas ala kadar dan kemudian sambung tidur semula sehingga jam 11.30. Saya bergegas bangun di saat yang lain masih tidur untuk membasuh baju dan berkemas. Berkemas untuk pulang ke Malaysia pula.

Inilah antara catatan percutian kali ini. Sebenarnya, ada beberapa persamaan antara keempat-empat negara yang kami lawati ini. Kesemuanya mempunyai istana yang terletak di atas bukit di tepian sungai utama negara tersebut yang mana sungai ini memisahkan kawasan pemerintahan di raja dengan kawasan rakyat kebanyakan di seberang sungai yang sebelah satu lagi. Hal inilah yang menyebabkan rakyat menjadi tidak puas hati kerana rakyat tidak dibenarkan mendekati kawasan bukit tempat letaknya istana di raja. terutamanya di Prague. Revolusi yang terjadi pada tahun 1300-an adalah bukti kebencian rakyat terhadap sistem pemerintahan pada waktu itu. Yang lebih tepat, rakyat bencikan kuasa suara yang dipunyai oleh paderi-paderi yang mengetuai gereja-gereja di istana kerana pihak istana sangat mendengar pendapat mereka. Sedangkan pendapat mereka lebih berbentuk untuk menjaga kepentingan masing-masing. Begitu juga dari segi agama. Kenapa agama Islam kurang sampai ke tempat-tempat ini? Kerana adanya suara paderi yang menghalang kemasukan pedangang-pedagang Islam yang datang untuk bertemu pihak di raja pada waktu itu. Satu lagi persamaan nagara-negara di Eropah Timur ini ialah pertalian di raja antara mereka semua. Ini dimulai oleh Maria Theressa dan keturunan kerabatnya yang berkahwin dan dihantar menjadi wakil pemerintahan di hampir kesemua negara di Eropah Timur. Siapa Maria Theressa? Dialah Puteri Kerajaan Austria yang telah melahirkan 16 orang anak yang mana kesemuanya menjadi watak penting dalam revolusi dunia termasuk zaman gelap dan kebangkitan semula (Renaissance).

Sekian dulu Nota dari Eropah Timur kali ini =) Saya nak sambung main dengan baby!

22 Responses to “Nota Dari Eropah Timur (ii)”

  1. faisal says on :

    ehem, update dari mana nih?hehehe..:)

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    dari rumah tao :p

    Reply

  3. faisal says on :

    Slm sarah(baru bak bagi salam,hehe..
    tadi komen dulu baru baca entry sarah ni,hehe..:) sy kena save perjalanan sarah ni..manalah tau nnti satu hari nnti sy kesana,ceewaahh..sbb benda yg diceritanya semua detail je..

    suke tengok gambar2 yg sarah tangkap tu ngan member2 tu,hehe..pakai kamera pe sarah? nampak jelas dan cantik je..:) amboi amboi, dalam baspun sempat lagi buat sajak..macam marco polo jelah sarah ni,hahaaha…:) err ada bawak jus Cappy tak? nak rase gaklaa…

    Ada satu gamabr ngah makan tu, err makan pe tu sarah? ikan ek? byknye sarah makan,hahahahhahahaa….ok, nnti sambun glagi, gtg…:)

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam acai. uiks. mana ada sy byk mkn pun wkt tu. sorang sepinggan je. hehe. ikan kukus la lebih kurangnya. n side dish nya tu yg mcm2. sampai dh tak larat nak makan. sume map, brochure etc sy ada simpan lg. saje kot2 ada yg nak guna nnti. sy guna sony D55 je. Pena plak guna Olympus. dua2 kamera2 biasa aje. tp ikut teori kitorg la kan, klu amik gmbr bawah cahaya matahari n gmbr tu plak outdoor, biasanya mmg cantik n clear. hehe. so, klu awk rasa nak nmpak lg comel, silalah bergambar di luar rmh wkt hari yg cerah :p pakai songkok ke, baju melayu kotak2 ke, sure nampak smart la. lalala~

    Reply

  5. myfisol says on :

    salam,

    update dari M’sia lah nie..wah!..masih rasa letih berjalan atau dah segar kembali…apa2 pun enjoy your holiday okay..

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    salam bro. yup. dh di rumah dh ni. hehe. letih dh x rasa dh. asyik tido je smlm 😀

    Reply

  7. Liyana says on :

    oooo..jalan x mo ajak yna ye..x pe2 org jlan nnti plak x nak ajk ngah..huhu~~

    Reply

  8. a.s.h.a.r says on :

    Selamat bercuti di tanah air.

    bila datang KL ?
    nanti boleh makan donuts…
    bawa rakan skali.

    nota dari dunkin donuts Avenue K KLCC.

    Reply

  9. Rynn Cowbra says on :

    sarah shayang!~

    sonoknyer.

    mau ole2.

    hahak!

    da kat mesia eyh?hoho!

    Reply

  10. akak says on :

    senibina bangunan² dia menarik la..mmm..bertambah jeles ngan Sarah nie..:p. Nanti tidur kene mimpi ke tempat² ni la..:)

    Reply

  11. *~dEWiSoULhAa~* says on :

    salam sarah…
    saya dari dulu bc blog sarah ni.. tp tak penah tinggal komen…tetibe kali ni terdetik lak nk komen….entry kali ni menarik sgt..saya pn ade plan nak pi jln2 eropah timur next yr nye summer, blehla buat rujukan ape yg sarah ceritakan nih…tang bratislava tu, teringat lak movie ‘eurotrip’… mcm betul la pulak ‘kemurahan’ yg digambarkan kt bratislava ni ek…hehe.

    Reply

  12. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hehe…
    last prgrph tu indicates sarah tak sabar nak ade baby…wahahaha..

    alamak…rindu kat cik sayang adilla sy arr…windduuuu

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Liyana:
    alaa.. nk ajak macam mana kan dear.. by the time yana nak gi jln2 nnti, ngah dh bz keje kot. mmg x dpt la nak ikut 🙁

    Bro Ashar:
    wah. bro tgh makan donuts ke? ni jealous ni. hehe. insya Allah next week akan ke KL 🙂

    Rynn:
    haah. dh di msia dh ni. ole2 utk awk mmg ada. sy nak pos kat awk. nnt sy amik alamat dr awk eh. sbb alamat hri tu tertinggal di moscow. hehe :p

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    haah. tp di prague dan di bratislava hampir sama je bandarnya. vienna unik. budapest mcm moscow skit gayanya. hehe.

    DewiSoulhaa:
    salam kenal dewi 🙂 oh. dh lama ke baca blog ni. terima kasih. ambillah mana2 yg boleh dijadikn panduan utk trip awk nnti 🙂 harapnya dpt la membantu sikit sebanyak ye 🙂

    Izu:
    ewah3. pandai2 je dia ye. tp mmg sy nak dpt anak cepat. hahaha. oh. rindu adilla yg comel n berat tu ye :p hihik.

    Reply

  15. a.s.h.a.r says on :

    nanti datang KL boleh cuba Alcapone @ J.Co Donuts & Cafe. really love the donut where white Belgian chocolate meets crunchy Californian almonds!

    Honestly, these donuts are definitely better than Donik Donik. It’s irresistible. After trying it , you will thinking of going back there the following day to get more of the donuts. The donuts are soft and spongy. Just the right amount and not too much of flour are used, which is a very common practice in other donuts. The donuts won’t give you a bloated feeling after that. It’s nice, really!

    yump.. yump..

    Reply

  16. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Formula mendapatkan anak cepat

    KAWIN LA CEPAT MAKCIK OII..

    Reply

  17. hantu_siang says on :

    salam…
    im wonder…nak tanya skit..macam mane awk tentukan waktu solat ye..maklumla waktu dia kan berbeza than awk lompat dari satu negara ke satu negara yang lain pula.. -hantu siang-

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Ashar:
    cara bro describe ni buat sy terliur. huhu. next week akan ke kl. nnti la sy serbu cari J.co ni. hehe.

    Izu:
    NAK KAWIN DGN SAPENYA PAKCIK IZU OI :p

    Hantu Siang:
    sebelum bertolak, kami study dulu pasal tempat2 ni. termasuklah waktu solat. sy ada install islamic finder dlm laptop sy. boleh tentukan waktu2 solat hampir 2 juta bandar di seluruh dunia. bila sy setkan tempatnya di vienna, jd, waktu solat di tempat tersebut akan keluar di jadual solat. kami salin, catat dlm buku. lepas tu carilah di tmpt2 lain plak. di prague, di budapest n di bratislava jgk. bratislava dan di vienna tak berbeza waktu solatnya. jaraknya 64 km je. semua waktu solatnya sama. dan kami bawak kompas. utk tentukan arah qiblat. qiblat bg setiap tmpt tu ada dlm buku kompas yg kami bwk. jd mmg takde masalah. hendak 1000 daya, taknak 1000 dalih kan 🙂 kita pergi bercuti ke tmpt org tu pn bukan takat nak gembira2 je kan. tp sbb nak tgk ciptaan Allah. sedangkan dlm Quran disuruhnya kita mengembara belajar dr kisah silam, tp klu yg fardhu ditinggalkan, tak jadi ibadah jgk apa yg kita buat tu kan 🙂 harap ni menjawab persoalan awk ye HS.

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    baru nak marah, apsal la sy dipanggil pakcik..ingatkan sbb awak dipanggil TOK..rupenye, sy carik pasal dulu yer..hehe..

    kawin mesti dgn manusia..bukan haiwan..tp kawin ngan kerja, dibenarkan

    Reply

  20. a.s.h.a.r says on :

    J.CO hanya ada dua shj d malaysia

    1. Pavilion, Bukit Bintang
    2. Sunway Piramid

    ianya masih baru d malaysia
    asalnya dari indonesia

    ptg ni kami sekeluarga mkn J.KO
    bungkus sedozen bawa balik rmh
    cadangnya nk mkn d pavilion,
    namun ramainya org membantutkan
    hasrat mkn d outlet.

    makan kt rumah pun sedap
    apatah lagi kat kedai dia…

    “Wuih enak banget donatnya. beda ya sama doni donik. manisnya pas, lembut pula. paling ku suka Alcapone. tapi kalau dikasih yang lain, juga gak nolak ….”

    terliurlah..
    terliurlah lagi…

    “don’t blame me if making you an addict” slps rasa.

    Reply

  21. "in the know" says on :

    “on front page”

    “[…]y Howdy are using WordPress for your site platform? Im new to the site world 6s[…]”

  22. sex doesn't feel good says on :

    Hello there!
    Will any person have the very same complications when i complete?
    I can’t apparently any more gratify our associate from the sleeping quarters.

    Soon after acquiring several little ones I’ve got lost this baby-belly body fat nevertheless
    I am unable to seem to re-tighten the vagina.
    I must constantly perform other things to make them satisfied from the master bedroom due to the fact penile sexual intercourse no more excites him.
    Aid! We have started out taking a look at goods as well as approaches to fix that,
    can certainly everyone advocate a fantastic just one?
    Thanks!

    Reply

Leave a Reply