Nota Dari Eropah Timur (i)

Assalamualaikum wbt

Akhirnya saya dapat kembali menulis di sini. Rindunya pada blog. Huhu. Macam rindu pada siapa aje. Alhamdulillah. Percutian saya bersama Fareena (Pena) dan Fatini (Fatt) berjalan lancar. Sepanjang berkelana, saya hanya sempat menggunakan internet selama setengah jam saja.

Kami bertolak dari rumah pada petang 16 Jun lalu dengan menaiki metro dan bas menuju ke airport. Tanpa disangka-sangka, dalam 1km menuju ke balai berlepas, jalan jam dengan teruk. Sebaik turun dari bas, kami berlari-lari menuju ke kaunter check-in. Kamilah orang terakhir yang berada di situ! Lega, Alhamdulillah. Kami tiba di Vienna, Austria pada jam 11.30 malam. Ada beberapa insiden lucu berlaku di sini tapi akan saya ceritakan dalam entri khas nanti. Sebenarnya, pada malam kami tiba di Vienna itu, kami bermalam di airport saja. Pertamanya kerana hotel dan hostel yang murah yang menepati bajet kami telah habis kerana EURO 2008 yang berlangsung di sana. Keduanya memang kami hendak berjimat. Jadi tidak kisahlah terpaksa melepak di airport pada malam itu. Balai ketibaan lengang pada tengah malam. Ada 24h McDonald’s dan banyak kerusi kosong. Ada beberapa lagi pengembara muda (cewah) seperti kami yang bermalam di airport juga. Untuk sarapan pagi, saya dan Pena menyediakan sandwich tuna sebaik selesai solat Subuh pada jam 3 pagi. Selepas solat, baru saya terlelap. Sebelum bertolak ke pusat bandar menaiki aerotrain OBB, kami menikmati minuman panas di McD. Air sajalah. Makan tidak. Aiyo. Mahal oo. Cukuplah makan sandwich buatan sendiri, kan. Berjimat beb. Huhu.

Sebaik tiba di pusat bandar Vienna, kami terus menuju ke International Bus Terminal dengan menaiki subway. Kami bergerak 100% berpandukan peta dan maklumat daripada kaunter informasi pelancong. Vienna bandar yang cantik, sangat bersih dan tenang. Penduduknya sangat ramah dan sanggup menolong walaupun kita tidak meminta. Sebenarnya, ini kali kedua saya ke Vienna. Kali pertama adalah pada tahun 2005 seorang diri. Huhu. Di terminal bas, kami terus mendapatkan tiket petang ke Prague, Republik Czech dan kemudiannya menyimpan beg di tempat simpanan. Seterusnya, mengembaralah kami ke seluruh kota Vienna dengan dimulai ke Schonbrunn Palace. Sangat cantik! Oh ye. Kebetulan, dalam perjalanan ke sana, Pena yang bertopi (yang ada tulisan Rusia) telah ditegur oleh seorang gadis Jepun. Nasu Tomoko. Adakah Pena boleh berbahasa Rusia? (kerana tulisan di topi itu). Setelah bercerita sedikit sebanyak, rupa-rupanya dia juga menuntut di Moscow, lebih tepat di Pushkin Institute, dalam jurusan Linguistik dan Kesenian Rusia. Di situlah dulu saya tinggal ketika di tahun pertama dan kedua. Bermula dari situ, kami tidak lagi bertiga. Sebaliknya berempat. Tapi kemudiannya kami berpisah kerana kami bertiga mengejar masa untuk ke tempat-tempat lain. Kami berjaya menaiki Wein Ferris Wheel, ferris wheel tertua di Eropah! Gerabaknya juga sudah lama tapi masih sangat kukuh dan cantik. Dan juga unik! Di situlah juga letaknya stadium bola yang digunakan untuk EURO 2008.

Antara tempat-tempat lain yang telah kami pergi ialah Rathaus, University of Vienna, Parliament of Austria, Staatsoper Opera House, Cathedral St.-apa-entah (lupa nama, hihi), Stephansplatz dan City Center di mana cenderamata boleh didapati dengan banyaknya tapi dengan sangat mahal. Huhu. Kami ni kan kedekut. Beli mana yang berkenan dan perlu saja. Tak boleh melebih-lebih. Pokai nanti. Matawang di sini ialah Euro. 1 Euro bersamaan RM5.80. Jadi pandai-pandailah berpada, kan (Sebenarnya takut terlari bajet. Hikss). Dan pada petangnya kami menaiki Euroline Express Bus menuju ke Prague. Memang kami sangat penat setelah seharian berjalan. Dalam bas, memang kami tidur saja. Tapi, kawasan ladang gandum di sepanjang perjalanan ke Prague sangat cantik dan memukau. Pokok ros juga tumbuh merata di mana-mana saja. Yang boleh saya katakan, petani-petani di Republik Czech mempunyai taraf hidup yang jauh lebih baik berbanding di negara kita. Rumah mereka semuanya bagaikan kawasan perumahan 2 tingkat yang sangat selesa di Malaysia. Saya rasa mereka beruntung kerana polisi negara mereka yang tidak mengkesampingkan pembangunan para petani yang memberi sumbangan ekonomi yang tidak kurang besarnya pada republik tersebut.

Sebaik tibanya di Prague, persepsi pertama kami ialah ‘Alamak, macam Rusia!’. Jahat betul mulut kami :p Terus kami ada rasa sedikit kurang senang kerana bandar tempat kami turun dari bas adalah tipikal seperti bandar kecil di Rusia. Bahasanya juga hampir sama cuma tidak menggunakan alfabet Rusia yang pelik-pelik itu. Kami terus menuju ke hotel. Ya Rabbi. Selesanya hotel kami walaupun harganya sangat murah. Sebaik sampai ke bilik, perkara pertama yang kami buat ialah mandi. Yahuu. Dan pada malamnya kami bertiga tidur mati kerana kepenatan. Kaki dan badan memang sangat lenguh. Bangun Subuh dan kemudian sambung tidur. Jam 6.30 pagi baru bangun untuk bersiap memulakan pengembaraan hari ini. Kami berada di Prague selama 2 hari. Pada hari pertama, kami menjelajah ke seluruh bandar Prague. Pada mulanya kami menaiki mtero dan tram menuju ke istananya yang terletak di atas bukit. Kawasannya sangat luas! Kami turun naik bukit dengan berjalan kaki. Penat sangat. Tapi kawasannya sangatlah segar, bersih dan cantik. Dan apa yang membezakan warga Prague dengan orang Rusia ialah keramahan mereka. Kami berkali-kali, tanpa meminta, telah dibantu oleh seorang pakcik orang tempatan dan menceritakan pelbagai sejarah republik tersebut kepada kami dan mencadangkan kami ke beberapa buah taman yang didakwanya adalah ‘Taman Romantik’. Hehe. Tapi kami tidak pergi pun. Setelah menyeberangi Charles Bridge, kami berjalan dari Stary Mesta (Old Town) tanpa arah yang spesifik dan akhirnya sampai ke Novy Mesta (New Town). Jika mengikut peta, jaraknya adalah sangat jauh dan kami hanya berjalan kaki merentas dua tempat ini!

Di sebuah kedai, saya ditegur oleh seorang lelaki berbangsa Arab. Warga Tunisia. Selepas berbasi-basi lebih kurang dan dia menguji tahap Bahasa Arab saya, saya mengambil kesempatan bertanyakan tentang kedai makan halal. Terus diberikannya arah yang terperinci untuk ke situ. Dan pada petang itu, kami makan malam (merangkumi makan tengahari) di kedai itu. Sebelum tiba di kedai itu, di tengah-tengah alam yang entah mana punca, saya terdengar nama saya dipanggil. Kak Sarah Shukor. Dua kali. Mata melilau sekejap dan terpandangkan muka 2 orang perempuan bertudung. Orang Malaysia pastinya. Setelah dia menerangkan siapa dia dan kenapa dia mengenali saya, barulah saya dapat mengecam siapakah itu. Kecilnya dunia. Yang memanggil nama saya itu ialah Aina Mardhiah. Junior saya ketika di KISAS. Yang lebih saya terkejut, rupanya itu adalah adik angkat kepada Aizuddeen, kawan saya yang kini bekerja di London (Izu, kantoi dah! Kecil je dunia ni. Baru saya tahu awak kaki chatting ye zaman sekolah dulu. Huahua). Tak sangka sungguh Aina dapat mengecam saya setelah 6 tahun tidak bertemu.

Sebenarnya, kami bertiga merancang untuk menikmati keindahan malam di Prague. Kota muzik yang romantis. Lorong-lorong kecil yang bersimpang-siur di tengah bandarnya sangat cantik. Sistem pengangkutannya sangat bagus. Saya berikan 10 bintang untuk sistem pengankutan di Prague. Baik metronya, basnya mahupun tramnya yang sangat sistematik. Peta yang kami miliki juga menyenaraikan segala nombor bus mahupun tram yang melalui jalan-jalan yang ingin kami tujui. Jadi tiada istilah sesat di sini. Dan dari jam 12.30 malam sehingga jam 4.30 pagi, ada tram malam yang disediakan untuk menikmati keindahan malam kota Prague. Inilah yang kami rancang mahu nikmati. Sebaik sudah makan di kedai halal tersebut, jam hampir mencecah pukul 8 malam (masih cerah). Kami pulang dulu untuk solat jamak ta’khir Zohor dan Asar. Ikut perancangan, sebaik selesai Maghrib kami akan keluar semula. Yang lucunya, masing-masing tertidur kepenatan dan terbangun pada jam 11 malam untuk solat Maghrib dan Isyak lalu menyambung tidur. Tersangat penat! Seharian kami tertlalu banyak berjalan kaki. Lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan tapi rasa sangat berbaloi. Lepas bangun Subuh pada pukul 3.30, kami sambung tidur dan hanya menyambung pengembaraan hari kedua di Prague pada pukul 7 pagi.

Hari kedua kami peruntukkan untuk mencari cendera mata. Terutamanya kristal. Republik Czech popular dengan kristalnya yang berjenama Bohemia (mesti ramai yang tahu, kan). Kristal Austria (Swarovsky) juga popular di sini. Maka pada hari kedua kami penat menjelajah sana sini mencari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan. Memborong jugalah kami di sini. Matawang republik ini ialah Crown (Koruna). 1 Euro bersamaan 246 Crown. Pada jam 2 petang, kami menuju ke terminal bas. Bas kami untuk menuju ke Budapest, Hungary akan bergerak pada jam 4 petang. Sengaja kami datang awal. Untuk berehat-rehat di Cyber Cafe yang berdekatan. Huhu. Sangap kami tidak mendapat internet selama 3 hari. Huhu. Baru 3 hari kami mengembari, kami bertiga sudah hitam garing di bawah terik matahari musim panas. Saya seorang budak hitam. Haha. Oh ye. Ada seorang budak sepet tu telah mencalit tahi kambing kering pada saya dari jauh. Saya akan balas satu hari nanti. Jagalah ye :p

Gambar terakhir ini saya ambil ketika dalam perjalanan ke Budapest merentasi ladang gandum di kawasan luar bandar Republik Czech. Gambarnya agak kabur kerana bas sedang bergerak. Tapi gambar ini betul-betul membuatkan saya teringatkan blog saya, rakan-rakan blogger dan pembaca-pembaca My World. Langit biru, rumput hijau dan sebatang pokok =)

Cukup ini dahulu Nota dari Eropah Timur untuk kali ini. Saya akan sambung nanti. Sekarang jam menunjukkan pukul 2.55 pagi. Saya masih belum tidur. Menunggu Subuh dan mahu habiskan mengemas barang. Siang nanti saya akan terbang lagi.

Kali ini terbang menuju ke kampung halaman tercinta pula, Malaysia!!! Jaga diri ye semua. Insya Allah berblog dari Malaysia pula nanti =) Daa~ Salam.

20 Responses to “Nota Dari Eropah Timur (i)”

  1. myfisol says on :

    selamat pulang wahai perantau..:)

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    welcome home sarah. =)

    kalau gi klang atau kuala selangor, jgn lupa bagitau ye..

    Reply

  3. myfisol says on :

    oh ya!..dah sampai wein, prague..bila pula nak ke paris, londres, muchen, barcelona..hihi, jeles pulak kami tgk you all…bila lagi kami nak jenjalan nie..

    Reply

  4. hantu_siang says on :

    selamat kembali…. :)..ok nak baca entry “nota dari eropah timur”dulu…-hantu siang-

    Reply

  5. faisal says on :

    slm sarah,
    dekat 10 minit sy baca entry ni sambil tengok gambar,hehehe..:) bestnye bestnye bestnye bestnye,huhuu…bagus gak sesekali tengok negara org, siap pandai berjimat lagi tu..:)tapi EURO RM5.80 ke sarah, rase cam rendah lagi..mybe sy dah lama tak check,hehehe..:) berani betul jalan bertiga je sarah nih..nasib semuanya selamat..bleh jadi kenangan yg tak dapat dilupakan tu..

    Oh ya, selamat pulang ke tanah air..siap ada lagi balik kampung lagi tu,hehee..kalau pulang nampak masjid klia tu umh sy 10 minit je dari situ tau,hahahahaha…:)

    Reply

  6. Mimie Azrin says on :

    cepat! cepat! pulang ke temu sarah jr. πŸ˜›

    Reply

  7. Rynn Cowbra says on :

    sarah shayang! welkambek!~

    mau ole2.
    mau ole2.
    mau ole2.

    hahak!

    Reply

  8. Ejalz says on :

    wah.. bestnya jalan2.. enjoy girls while you can…
    selamat balik kampung.. sarah smpi mesia dulu nampaknya, walaupun lagu Balik Kampung saya dulu yg menyanyi kat blog.. hehe.. jangan lupa nanti ke Perak, mesti hubungi saya ok..
    Have a safe journey..

    twit..mencelah kat faisal, 10 min dari masjid klia tu, ke Kota Warisan ke?

    Reply

  9. akak says on :

    bestnya..akak kene baca 2 kali entry nie. sekali baca kadang-kadang ‘hilang’ di tengah jalan. Banyak sangat nama tempat pelikΒ²..hehehe. Dua kali baca baru dapat sikit apa yang Sarah citer..Rase kene baca kali ke tiga kot..:D Apa pun..memang best. Rase macam nak gi sekali..Bestnya!!!!

    Reply

  10. faisal says on :

    kalau org sambut kalungkan bunga semua, nnti calit muka ngan errr…kambing punya tahi,hahahaaha..

    Reply

  11. shahril aley says on :

    wah orang itu jalan sakan nooo
    mana adiah untuk aley dari prague?
    hehehe kidding dik ooiii

    dah nak balik malaisia?
    nanti kite boleh dating2 gi william plak πŸ™‚

    Reply

  12. nur'ain says on :

    Salam!

    saya rasa sangat gumbira juga. sangat seronok untuk kamu ^_^

    tahniah ya.. ^_~

    Reply

  13. Liyana says on :

    salam..hiii~~~~
    x sbar nih nak jmpe ngah!!!!
    insyaAllah ble jmpe sblum yana pi KBU nnti…bcos mybe ayh nk bhnti kt tloh dlu~~

    huu~~ x pun mai la jguk yna kt KBU nnti~~~kt bndar utama~~~

    Reply

  14. zool says on :

    Best le dapat jalan2 negeri orang..
    Dan selamat pulang ke negara..
    Mesti Acai menunggu kat KLIA…
    Betul tak ??

    Reply

  15. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ceh..padanla pon kan macam nak mati berbatukan kat sini..
    org2 kat prague hari tuh buat citer merapek2…

    heh…kaki chatting eh? sy rase jari tangan kot.. small world eh? heh..tu br kenalan pelajar sarah…belom lagi pendidik2 kat KI… jgn tekejut..hahha

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua πŸ™‚

    Bro Fisol:
    terima kasih. sy dh selamat sampai. insya Allah nnti kita jumpa. yeay!

    Cikgu Jawe:
    insya Allah sy akan bgtau sblum ke klang. mana la tau dpt jumpa cikgu dan keluarga kan. hehe.

    Bro Fisol:
    hoho.. tempat2 lain tu kena tggu ada masa n kelapangan ongkosnya πŸ™‚ harap2nya ada la rezeki Allah bg cuti winter break depan πŸ™‚

    Hantu Siang:
    awk ni kan HS, yg panjang berjela pn awk rajin baca πŸ™‚ ni boleh dpt anugerah pembaca setia ni πŸ™‚ hihi

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    hihi. moga2 1 hari nti awk plak ada kelapangan ke sana ye. puncanya kena pandai simpan duit. ala… awk mmg dh byk duit pn. hehe. haah. yg euro tu. sy tersilap tu. sbnarnya 1 euro rm5.10 je. ntah knp tersilap tau tu. sy pn baru je sedar. hehe. ala.. hri tu x sempat pn ke area masjid. sempat balik solat di rumah je. tp 1 hri nnti ayah sy nak ke sana. nak tgk anak muda bersemangat waja ni. hehe :p

    Mimie:
    yeay! dlm minggu dpn ni, sy nak ke serdang. myb kita boleh plan jumpa somewhere. hehe πŸ™‚

    Rynn:
    ole2 utk awk mmg ada! nak ganti hadiah yg pos x sampai tu. hehehehe.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Ejalz:
    insya Allah sy akan contct akak nnti. ni skrg sy x pakai no msia lg ni. erm. yg pasal rmh acai tu kan, sy x pasti apa nama kampung dia. rasa mcm ada kg. seri smthg je. hehe. knp? akak penah duduk sana ke?

    Akak:
    sy doakan ramai lg yg dpt peluang merasa berjalan ke tempat org. yg utama, kena tau simpan duit dr skrg utk rancang percutian la kan. bukan apa. bila dpt tgk tmpt org, tgk dunia luar, betapa kita bersyukur kita dilahirkn sbg Islam dn betapa kita sedar besarnya kuasa Allah tu nak cipta apa je ikut kehendakNya πŸ™‚

    Faisal:
    yerrrr… acai ni mmg jahat! :p sy baling sebaldi kt awk nnti. hauhau :p

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shahril:
    yeahhh.. nnti kita dating ramai2 di william ye. heheh. hadiah nnti di william nnti naaa… πŸ˜€

    Nurain:
    terima kasih byk2 ain πŸ™‚ terima kasih sbb sudi singgah membaca kt sini jgk πŸ˜€

    Liyana:
    make sure wajib singgah temerloh dulu sblum ke KBU!!! kita wajib ketemu. cuti ni ngah bz. ngah takut nnti dh x de masa lain nak jumpa awk 😐

    Zool:
    hehe. lucu plak sy baca. tak keje la hai acai nak tunggu sy kt klia. bukannya sy ni kekasih dia ke apa. huhuh πŸ™‚

    Izu:
    aik.. cikgu2 kisas pn kenal awk? knp ye? awk ni mmg somebody la izu πŸ™‚ tu la. sape suruh jd kaki chatting. dh pecah rahsia zaman tok kaduk tu.. huhu :p

    Reply

  20. Din says on :

    Salam

    Nak tanya hotel yang murah tapi best kat Prague to hotel apa ye ? Boleh tak beri detail dia ? Saya nak ke sana hujung Mei ni

    Reply

Leave a Reply