Momenti Radosti

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya hati saya bercampur-baur ketika menulis entri ini. Pertamanya, kerana jam di saat ini menunjukkan jam 2.03 pagi. Saya tahu saya sudah terlambat untuk satu detik yang bermakna tapi saya tidak sengaja terlepas akan detik itu kerana memberi peluang perkara lain yang saya rasa lebih utama berlaku dahulu. Hari ini 12 Jun. Tarikh penting buat seseorang yang telah lama saya kenal. Maka saya sengaja biarkan detik 12 malam tadi sepi dari sebarang khabar dan ucapan daripada saya kerana saya hendak memberi peluang dia bersama rakan-rakannya buat kali terakhirnya di Moscow ini.

Dialah Khairil Idham Ismail. Seorang senior yang telah saya kenali sejak di bangku sekolah ketika di Klang. Seorang yang saya anggap Abang terbaik yang pernah saya kenali. Seorang yang juga saya anggap sebagai sahabat terbaik yang saya punya di sini. Yang juga mejadi tempat rujukan saya dalam pelbagai masalah. Yang menjadi sifu saya dalam pelbagai bidang. Baik agama, penulisan dan juga fotografi.

Saya rasa sudah ramai daripada rakan-rakan pembaca mengenali Abang Khairil. Saya pernah menulis tentangnya dulu. Tahun ini tahun akhir Abang Khairil di sini. Dia akan bergaduasi pada bulan Julai ini. Akhirnya penantian 6 tahun di sini akan berakhir sudah untuk dirinya. Akan kembali ke tanah air bergelar seorang doktor muda.

Abang Khairil, kalau tahun-tahun sebelum ini saya menjadi orang pertama yang menghubungi Abang Khairil tepat jam 12, maafkan saya kerana kali ini saya tertinggal entah menjadi yang keberapa. Saya sebak sebenarnya. Abang Khairil sudahpun akan tamat di sini. Memang saya terlalu sebak. Jadi di sini, saya hendak kongsikan beberapa kenangan masa gembira yang pernah kita lalu sepanjang 5 tahun sempat bersama di sini.

2003/04
-Kita kembali bertegur sapa setelah hampir 2 tahun perang dingin disebabkan insiden ketika dalam pasukan bahas dulu. Sejak itu, saya sangat hormati Abang Khairil kerana saya silap dengan prasangka yang saya ada dulu-dulu. Ketika saya demam, Abang Khairil titipkan ubat pada Eza. Malu pula saya teringatkan dulu-dulu betapa saya pernah ‘geram sangat’ pada ‘Abang Senget’ ini. Banyak yang telah Abang Khairil tolong saya ketika di tahun pertama di sini. Tanggal 12 jun 2004, sebelum saya pulang bercuti ke Malaysia dan sempena kita selesai final exam dan juga hari lahir Abang Khairil pada hari itu, kita menjadi kanak-kanak riang di Gorky Park. Saya masih ingat setiap permainan yang kita cuba hari itu. Gembira sungguh! Dulu, kita masih ‘kanak-kanak’. Sekarang bila teringat semula, lucu pun ada juga, kan. Tapi sayangnya, gambar kita di sana tiada dalam simpanan saya di sini. Saya kira, semuanya ada disimpan di rumah. Tidak dapat pula saya sorot kembali detik itu.

2004/05
-Tidak banyak yang berlaku di tahun itu. Abang Khairil sibuk sebagai pelajar tahun 3. Kita pun hanya banyak terserempak di Kedutaan apabila ada majlis-majlis rasmi di sana. Saya kira, memori kita untuk tahun itu agak terhad. Melainkan, kita pada tahun itu sama-sama punya masalah besar yang sama. Meraunglah kita dua beradik bersama. Hanya Abang Khairil yang memahami situasi saya pada waktu itu. Dan tanpa saya sedari sebenarnya Abang Khairil sendiri sudah mula berhadapan dengan situasi yang makin meruncing.

2005/06
-Saya tumpang sedih dengan setiap yang terjadi. Pada tahun ini, terlalu banyak yang terjadi baik pada saya mahupun Abang Khairil sendiri. Di saat saya ada masalah rumah, masalah itu ini dan macam-macam lagi, Abang Khairil lah tempat rujukan untuk berbincang. Abang Khairil lah yang faham segala-galanya. Dan saya sebenarnya masih rasa terhutang budi dengan segala pertolongan dan semangat yang Abang Khairil berikan. Tahun itu juga kita mula bergabung tenaga menggerakkan PPIM di universiti masing-masing. Banyak tunjuk-ajar yang saya dapat sepanjang bekerjasama bersama Abang Khairil dan mantan AJK PPIM yang lain. Gambar ini ketika kita sama-sama ber-ice skating bersama Faiz Khaleed, Faiz Pilot dan VJ. Saya ‘roger’ Abang Khairil pada hari itu kerana saya tahu Abang Khairil pasti gembira dapat turut serta. Memang hari itu dipenuhi kegembiraan hingga ke malam, kan.

2006/07
-Abang Khairil sudahpun di tahun 5 pengajian. Semakin sibuk. Saya pula baru mencecah ke tahun klinikal. Dua-dua sibuk. Tapi dalam pada sibuk itulah, ‘kretiviti’ kita menjadi-jadi. Abang Khairil dengan fotografinya. Saya dengan penulisannya. Ada-ada sajalah yang kita lakukan sepanjang tahun itu, kan. Dan jika dulu saya yang banyak menyusahkan Abang Khairil dengan masalah peribadi saya, pada tahun itu, saya simpati pula dengan setiap apa yang terjadi pada Abang Khairil. Kita masing-masing cuba mengalih arah kesedihan yang terjadi dengan menyibukkan diri dengan beraktiviti. PPIM semakin aktif pada tahun itu. Dan saya pula selalu saja mendapat khidmat nasihat dalam penulisan saya daripada Abang Khairil mahupun arwah ayah Abang Khairil yang selalu memberikan motivasi buat saya (Al-Fatihah buat arwah ISBIHA). Gambar ini kenangan kita sewaktu pulang dari Pulau Tioman selepas selesai SUNATON di Endau-Mersing-Tioman dulu. Oh ya. Saya masih ingat ya saya dipaksa rela mendeklamasikan sajak ketika di Mersing. Ada ubi ada batas, ada hari saya mesti akan balas =) Kalau dibangding-bezakan gambar ini dan yang sebelumnya, bagi saya, sangat ketara air muka ‘kanak-kanak’ dan ‘kedewasaan’ kita, kan. Dan terima kasih juga kerana sepanjang cuti tahun lepas, saya sentiasa ada kawan untuk berborak atau apa saja walaupun kita terpaksa membayar bil telefon yang tinggi. Siap menyusun atur untuk ‘berjanji temu’ dengan ‘orang di Kuantan’. Huhu. Lucu pula saya kenangkan. Semuanya sudah jadi kenangan kini =)

2007/08
– Ini tahun akhir Abang Khairil di sini. Dan tahun ini juga kita sangat sibuk dengan hal masing-masing. Tapi bila ada kelapangan, kita pasti akan berhubung bertanya khabar. Sungguhpun bukan setiap hari berhubung terus, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan Abang Khairil di blog Abang Khairil. Ada satu masa, kita sepi seketika. Masing-masing bagaikan terkejar-kejar dengan kesibukan dunia masing-masing. Sehinggakan untuk online bersama bagi membincangkan mutu penulisan masing-masing pun, terpaksa menyusun satu janji temu yang khas. Itu kerja sayalah tu. Mengada sungguh. Tapi memang maaf sangat. Kebetulan tidak ada kredit pada hari tu, terpaksalah saya guna email saja. Mesti Abang Khairil gelak dengan apa saya repekkan waktu itu, kan. Terima kasih sebab sentiasa menjadi yang teramat mengambil berat tentang kesihatan saya. Kadang-kala, bila Abang Khairil ingatkan saya tentang itu ini pasal kesihatan, saya rasa macam saya ini budak kecil saja. Gambar ini adalah satu-satunya gambar raya yang kita pernah ada di sini. Sudah 5 tahun, barulah ada kenangan ya. Ini pun gambar paksa. Seorang ‘muka clown‘ dan seorang lagi ‘ muka euphoria‘. Terima kasih berkunjung ke rumah saya pada raya yang lepas. Saya kira, itulah satu-satunya raya yang sempat Abang Khairil berkunjung ke sini, kan.

Abang Khairil, saya memang tidak banyak gambar kenangan sepanjang 5 tahun kita di sini. Tapi setiap apa yang terjadi saya simpan kemas dalam susunan memori. Saya memang tiada sahabat terbaik lain melainkan Abang Khairil. Yang saya hormati lebih daripada itu. Di saat saya tiada orang lain di sisi, saya sentiasa mendapat sokongan daripada Abang Khairil. Manalah saya dapat balas jasa ini semua. Saya rasa hendak mengalirkan air mata di saat ini kerana teringat semula segala yang telah Abang Khairil bantu saya sepanjang di sini. Sungguhpun bantuan yang datang itu hanya dengan kata-kata semangat melalui panggilan telefon atau mesej. Yang paling saya ingat adalah di malam cuti Women’s Day 3 tahun yang lalu. Ketika saya ditinggalkan keseorangan di rumah saya (bukan rumah sekarang) dalam keadaan demam, Abang Khairil lah satu-satunya yang mengambil berat akan saya pada waktu itu. Di saat teman serumah keluar berhibur. Saya sangat terharu dan sedih teringatkan kisah itu.

Dan pada hari ini, saya seakan sudah hilang kata-kata untuk menyusun kembali kenangan 5 tahun kita di sini, yang menjadikan total tempoh perkenalan kita telah menginjak ke 8 tahun. 8 tahun bukannya sekejap. Kita sudah kenal, lebih daripada kenal. Dan perkenalan kita bukan setakat kita. Kita ada keluarga bahas kita di sekolah dulu yang melengkapkan kita menjadi sebuah keluarga.

Abang Khairil, Selamat Hari Lahir yang ke-24. Semoga Allah permudahkan segalanya buat Abang Khairil. Pulang menjadi doktor muda yang hebat, dikurniakan rezeki yang berkat, dilengkapkan hidup dengan pelbagai nikmat, diberikan keluarga yang sihat, ditemukan jodoh yang menjaga syariat dan dihadiah anak-anak yang menjadi saham di akhirat. Amin. Maafkan saya andai sepanjang saya bergelar adik, saya tidak memberikan yang terbaik setelah menerima yang terbaik. Semoga Allah memelihara Abang Khairil dalam redha-Nya dan membalas segala jasa Abang Khairil selama ini.

Momenti radosti ialah saat-saat yang gembira. Dan bagi saya, saat yang gembira di sini ialah kerana saya mempunyai seorang abang yang sangat baik hati. Yang sentiasa ada walau tak selalu menemani. Yang dengannya saya boleh menjadi diri sendiri. Selamat Hari Lahir Abang Khairil!

Dekat tapi jauh,
Sarah,
16-205 Malaya Piragovskaya,
3.08 am

17 Responses to “Momenti Radosti”

  1. faisal says on :

    Slm sarah,

    Waaaa, panjang betul entry tribute untuk khairi nih 🙂 hari lahir dan kenangan perpisahan sekali..:) slmt hari lahir untuk beliau..smoga apa yg diimpikan dalam hidupnya akan jadi kenyataan,amin..kekadang persahabatan tu mmg satu ikatan yg sangat kuat kan sarah..:)

    Emm, tapi sarah masih bleh berkawan lagi evan dah balik mesia nntikan..? err…sarah cite ni macam buat acai tua sangatlah,haha..sbb dia baru masuk 24 tahun,kekeke..tapi acai nampak lagi mudalah dari dia,hahahahhaahha*perasan.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    cit! perasan muda pulak acai nih. ekekeke.

    cerita ttg kenangan dn persahabatan mmg takkan mudah dilupakan. dan tak cukup sebuah novel untuk diceritakan semuanya.

    takkan mudah melupakan org yg pernah ‘singgah’ dlm hidup kita kan. muahahahhaa!

    larriiikkkk!!

    Reply

  3. Rynn Cowbra says on :

    salam.

    sarahku shayang!
    takmo sedey2 oke.

    walaupun jauh,tapi tetap dekat di hati kan.

    skrg,kalau jauh pun selalu dekat. mcm2 cara utk dekatkan diri dgn yg jauh.

    nnt pun sarah balek mesia,camtu gak rase housemate sarah skrg.

    patah tumbuh hilang bganti.
    mungkin hilang yg ini takkan bganti.

    tapi dia tidak hilang,cume pergi jauh sikit.
    sentiasa ada utk sarah.

    yg itu rynn tahu 🙂

    buat jejaka bnama khairil,
    selamat hari lahir.
    semoga hari2 yang dilalui dipenuhi dgn kegembiraan dan dirahmati Allah selalu.
    semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan mjadi seorang doktor yang hebat.
    doktor yg bkn hanya merawat penyakit tetapi juga mengubat jiwa2 pesakit.

    Reply

  4. myfisol says on :

    salam,

    terharu membaca entri nie…lama tempoh 8 tahun tu, semestinya banyak kenangan yg sarah & khairil kongsikan bersama…ish!..teringat pulaklah kawan2 lama..

    Reply

  5. Ainul Arina says on :

    owh.. ni rupanya senpai yang selalu diceritakan tu.. patut mcm kenal je nama kat group, tapi ingat-ingat lupa… hehe.. sanah helwa!!

    p/s : ks, kak aliaa pun sudah grad.. ^_^

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. Terima kasih atas tanda ingatan dari kamu semua ye.

    Faisal:
    terima kasi ye acai. sy yakin abg khairil dh baca dh komen ni. erm… tp awk mmg dh tua. hoho. sy bersiap sedia utk didenda :p erm. yg sbnarnya gelaran pangkat abang tu sbb zaman sekolah dulu, budak batch sy dlm team bahas kitorg panggil abg khairil ni dgn gelaran tu. sy pun ikut je la. acai, ke nak sy panggil awk abg acai plak lepas ni? huhu. mati la ramai yg gelakkan sy lepas ni :p

    Cikgu Jawe:
    cikgu, acai mmg selalu perasan :p wah. ayat cikgu tu mmg betul mmg susah utk lupakan org yg pernah singgah dlm hidup kita. insya Allah abg khairil ni takkan sy lupa smpai bila2 😀

    Rynn yg ku sayang:
    sy terkesan dgn apa awk tulis. ye. takkan hilang di hati. ewah. hihi. ye. nnti dgn housemates sy pun misti sy akan rasa mcm ni. sy syg diorg sume. terima kasih atas ucapan tu rynn 🙂

    Bro Fisol:
    sy lg sebak.. ni baru skit. ada sgt bnyk kenangan suka duka dgn abg khairil 🙁 gaduh pun ada jgk. hihi.

    Ainul:
    ye. inilah senpai itu. yg hebat di group tu 🙂 oh. alf mambruk buat kak aliaa. salam buat dia ye 🙂

    Reply

  7. shazwani adnan says on :

    salam

    Selamat Hari Jadi (sy nyanyi dgn penuh bersemangat).

    Sy ucapkan semoga selamat semuanya plus ucapan dari semua orang yang memberi ucapan di blog ni, atau di blog mereka sendiri plus ucapan bg yang anta kad ucapan dan semua lah.. hehe..

    paham ke nih? sy pon tak paham. huhu

    Reply

  8. lelaki misteri says on :

    salam ks, hajat hati pada awalnya nak buat gosip2 bila baca intro entri. tp bila baca sampai abes, tharu dan tsentuh pula dgn akrab psahabatan ks dgn abg ki. trus lenyap hajat nak buat gosip (:p)..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    kamu ok tak ni wanie? hehe

    Lelaki Misteri:
    hehe. lenyapkan. betul tu. instinct ks kuat kata ini judin!! ooo.. selama ni kamu la ye yg sakat2 ks kt blog wanie tu. jaga kamu nnti (:p)

    Reply

  10. nadia yuna says on :

    salam sarah..
    ohoh.. ye ye.
    selamat hari lahir buat
    khairil idham ismail
    =)

    btw
    terima kasih ya menyinggah ke blog cik nadia yg x seberapa tu, budak baru belajar. (^.^)

    i’ve been ur silent reader for a years i think.

    ohoh.

    kini tidak lagi la kot.

    salam kenal ya sarah.

    =)

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia Yuna:
    kan dh kata. org yg sama 🙂 walaupun baru, tp nadia dh ramai readers. kan kan. hehe. oh, yeke dh lama baca blog ni? mcm tak caya plak. tp skrg dh kenal. kan. takde rahsia2 dh. cuma, mcm ada lg 1 ‘rahsia’ yg kurang jelas.. hihihi~

    Reply

  12. nadia yuna says on :

    eheh..
    apekah ‘rahsia’ itu?
    saya curious curious! =p

    actually mase dok kat uni last year, tengah2 searching bahan utk my assigment, ade satu perkataan yang membuatkan saya tersampai ke sini.. tak ingat pulak apa yg saya cari masa tu. heheh..

    dulu dok aktif maen fs ngn myspace
    skg mcm da pening ngn bende2 tu
    tu yg beralih bidang ni. hoho.

    ** jgn lupe dihabaq apakah ‘rahsia’ itu. tak tido malam cik nadia ni nanti. hehehe (^.~)

    Reply

  13. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Utk Abang Khairil Idham, selamat hari lahir ke 24. Mudah-mudahan dikurniakan keberkatan umur dan kehidupan.

    I am looking forward for your next fotopages update 🙂

    Utk KS, macam biasa lah ye. Moga sihat dan bahagia selalu.

    Reply

  14. one says on :

    Selamat ulang tahun buat cik abe Sarah, dr khairil..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    upss.. sorry sy lambat respon semula. jgn la awk tak tido ye mlm td. oh. rahsia tu takde apa2pun. cepat padam dr memori. anggap je tak penah ckp. tp sungguh. mmg takde apa2pun 🙂 hehe. oo.. mcm tu ke kisahnya 🙂 yg kebetulan tu la boleh buat kita kenal kan. sy pun dh x usik pun fs tu. mcm bdk kecik je :p

    Alif:
    terima kasih alif. kamu ikuti fotppages KI ye? flickr dia? misti ye jgk kn. hehe. utk kamu jgk, semoga sihat2 di sana 🙂

    Oneib:
    terima kasih oneib. thn lps awk missed skit je. klu awal skit ptg tu di uia, abg khairil pun ada jgk wkt tu 🙂

    Reply

  16. one says on :

    takpe,nanti jmpa blanje dia skali,sungguh ni..kita gi makan kat kedai luar yg best2,set ok

    Reply

  17. Aizar Azman says on :

    waa..besday k.i ke?bgtau kat die, hepi belated beday yer..lame tak nampak die,cewah..nampak la sgt..
    waaaa,bestkan bila frenship tuh berterusan dgn kejujuran

    Reply

Leave a Reply