Selamat Hari Lahir Emak

Assalamualaikum wbt

Dulu waktu kecil-kecil, saya selalu bergaduh dengan Kaklong. Maklum sajalah. Dua beradik saja perempuan. Yang lain semuanya lelaki. Dulu kami sebilik. Tapi semakin besar, kami dipisahkan duduk bilik berasingan. Dia di bilik berwarna kuning menghadap laman belakang rumah. Saya di bilik berwarna biru menghadap laman hadapan rumah. Siapa yang memisahkan, itu emak kami. Emak geram agaknya melihat kami asyik bergaduh.

Mentaliti budak kecil, saya selalu rasakan emak berpihak kepada Kaklong. Serba-serbilah. Semuanya saya rasakan emak memandang Kaklong yang betul. Kadang-kadang membawa dirilah saya merajuk dengan emak dan bercerita di buai depan rumah Tok dengan Mak Tam. Tapi apabila sudah semakin besar, di sekolah menengah saya kira pada waktu itu, saya mula nampak dan faham kenapa emak bertegas dengan saya dulu-dulu. Pada waktu itu, Kaklong sudahpun bersekolah di Kuantan dan tinggallah saya satu-satunya anak perempuan di rumah.

Kenapa emak tegas dengan saya kerana saya dulu seorang yang garang. Macam lelaki perangainya. Pemarah pun iya juga. Ganas pula tu. Kalau dengan budak lelaki, jangan harap saya nak kasi can mereka menang. Tapi Kaklong yang sebaliknya. Kaklong lembut. Pandai berjenaka. Sentiasa manis dengan senyuman. Memang 100% bertentangan kami berdua ini. Kaklong pandai mengambil hati orang tua. Kalau bersamanya mengikut Tok ke Pekan Sehari hari Ahad, Kaklong pandai melayan kerenah Tok dan kawan-kawannya.

Sejak itu saya mula faham kenapa emak mendidik saya begitu. Saya sayang emak saya sebab mendidik saya dengan sebaiknya untuk menjadi saya yang sekarang. Saya masih tidak seperti Kaklong tapi inilah saya seadanya. Yang paling berharga, hasil didikan emak, menjadikan saya seorang yang kental jiwa. Sangat kental. Hanya emak yang tahu kenapa saya katakan begini.

Hari ini hari istimewa buat emak saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-52 buat emak saya, Hajjah Noor Azimah Kamaruddin. Semoga emak dalam redha Allah sentiasa. Emak, emaklah katalis hidup Ngah. Emak, Ngah sayang emak. Sayang sangat-sangat. Uwaa… Mahu nangis… Rindu sama emak…

Emak (berbaju hijau) bersama Tok Maryam (Penang) dan adik-beradik ayah di rumah Makcik Liza di Alor Setar.

Nota: Selamat hari lahir buat ibu kepada Isa Azzaki juga. Isa, saya ingat lagi yang birthday mak kita sama 😀

20 Responses to “Selamat Hari Lahir Emak”

  1. nOnnie_sayang says on :

    salam ks,
    selamat hari ulang tahun untuk emak ks. semoga mendpt rahmat dariNya atas kasih sayang dan pengorbanannya selama ini.

    Reply

  2. hantu_siang says on :

    selamat hari jadi puan Hajjah Noor Azimah Kamaruddin.moga di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki….. -hantu siang-

    Reply

  3. hantu_siang says on :

    nak tau satu cerita tak?pendekkan cerita ada seorg anak ini…dia dah dewasa la..than ada banyak duit…satu hari dia ini guna duit dia dan buat la satu masjid….dia kata kata mak dia”terbalas la segala perngorbanan dan jasa mak terhadap saya setelah saya membina masjid ini”….nak tau apa jadi kat masjid itu?masjid itu runtuh sendirinya…Allah tunjukkan kuasanya kepada si anak itu…sesunggunhya kita sebagai anak TIDAK MUNGKIN dapat balas jasa mak ayah kita terutamanya mak kita..even satu titis susu mak kita….sesungguhnya kita sabagai anak kita kena sentiasa mendoakan kesejahteraan mak ayah kita….bila dah berjaya jgn senang2 lupakan mereka…nak nangis nie.. -hantu siang-

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    selamat hari jadi cikgu Pn. Hajjah Noor Azimah Kamaruddin. moga dilindungi Allah cikgu sekeluarga dengan kasih sayangNYA.

    ok. taknak tulis banyak2. kak ngah sgt garang. huhuhu. takot!

    Reply

  5. Anonymous says on :

    ks..slmt hr lhr utk mak ks.
    hr ni sha trsgt la rndu mama jgak.ks,sha ad exam esk ni.doakn sy ye.syg ks.mmmuah hehe

    Reply

  6. Anonymous says on :

    utk emak sarah,selamat hari lahir. terima kasih makcik sbb dah lahir dan besarkan cik sarah ni.sarah,bila tarikh blk?

    Reply

  7. Rynn Cowbra says on :

    happy birthday mak!

    huhu!
    cik siti pun syg mak sgt2. sgt ngangah sgt2 juge.

    xleh bayangkan sarah neh garang agik ganeh. hahak!

    Reply

  8. khairilidham says on :

    Sarah,
    sampaikan salam kepada emaknya, Hajjah Noor Azimah Kamarudin, semoga dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah sentiasa kekal ceria dengan nikmat usia.

    =)

    p/s: Macam bukan 52 tapi 30.ups!

    Reply

  9. one says on :

    Salam
    Selamat ulang tahun Cikgu/Teacher Noor Azimah,doanya semua yg terbaik buat cikgu dunia akhirat. cikgu ni muda lagi ni,umi saya tua dua bulan dr cikgu.
    hehe jadi doktor xleh bengkeng2 dengan scaple,syringe..hoho

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Kak Nonnie:
    terima kasih atas doanya tu 🙂

    Hantu Siang:
    1st sekali, terima kasih atas ucapannya tu ye. 2nd, terima kasih sbb kongsi cerita tu. insaf. betul. jasa emak mmg takde apa yg boleh balas melainkan Allah je. kita sbg anak, kena sntiasa doakan kesejahteraan ibu bapa kita. terima kasih sekali lg.

    Cikgu Jawe:
    terima kasih cikgu. ohoo.. agak2 skrg sy garang lg tak? hihik.

    Sha:
    terima kasih sha. haah kan. esk 10 jun. biochem kan. all the best. ks yakin la sha boleh buat punya. budok bijok. hehe. ks exm on wed. doakan ks jgk 😀

    Anon:
    terima kasih byk2 ye atas doanya. erm.. tarikh balik rahsia dulu la. huhu~

    Rynn Cik Siti Ratu Kebaya:
    mekasih! wah. dh panggil mak ye. nan dah tak available. ahaks. adik yg bawah tu nak? hehe. mcm tak caya sy garang? auummmm~

    Abg Khairil:
    sy yakin mak sy baca komen abg khairil ni dh. wah wah wah. tau la jd pilihan hati mak sy. puji2 lg. makin dia suka la kt abg khairil. hoho~

    Oneib:
    terima kasih byk2 oneib atas doanya. uiks. agak2 sy skrg garang bekeng lg dok? hari tu tgk sy ada gaya2 ditu dok? huhu~

    Terima kasih semua!

    Reply

  11. Inah says on :

    salam sarah..

    entri ni sedih la..dapat bayangkan akak akan buat entri begini nanti..mmmm..

    walaupun mak slalu berleter n marah…but she s still a mum kan 🙂

    loved her very much 🙂

    happy besday to bonda sarah :)..moga dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dari Nya 🙂

    Reply

  12. nabilah says on :

    selamat hari lahir buat ibu sarah..moga sentiasa sihat dan dirahmati Allah hendaknya..

    agaknya begitulah karekter seorang k.ngah..k.ngah puteri kami pun sama jugak sensitif, kuat merajuk dan selalu berkonfrantasi dengan chor(k.long) nya…tapi still respek k.long dia dan tak berani gaduh melibatkan fizikal sebab bro fisol dah warning..hanya daddy/mommy saja yg boleh marah/rotan k.long nya..walaupun begitu biasanya k.long merupakan seorang yg thoughful dan in our case k.long akan membawa beg adiknya(Aniq) ke kelas setiap pagi..sori akak dah terlebih panjang plk..

    -k.mai-

    Reply

  13. Ainul Arina says on :

    nice post! kirim salam sama mak ks yer.. ^_^

    Reply

  14. wanhidayat says on :

    Salam…selamat hari lahir buat emak…moga2 emak senantiasa dalam rdha Allah…emak seusia dengan ayah saya…

    0529 (*belum tidor sebab 12 report, satu report 11 muka surat…banyak juga ek…habis pun…)

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    terima kasih atas doanya ye kak inah. tu la kan. biar la mak kita marah mcm mana pun, bebel2 kt kita mcm mana pun, kita tetap sayang dia sepenuh hati 🙂 bday mak akak pun dekat dh ke? hehe.

    Kak Mai:
    terima kasih atas ucapan tu kak mai 🙂 sy rasa, mmg mcm dh jd pattern nya mcm tu kot. anak kedua mmg mcm ni perangainya. oh ye. lg 1 fact. anak kedua ni jenis yg berdikari n ‘cerdas’ skit dr yg lain. panjang je akal nk buat itu ini. huhu. wa.. chor sgt protective utk adik2 dia ye 🙂

    Ainul:
    insya Allah nnti ks sampaikan 🙂

    Hidayat:
    terima kasih atas ucapannya ye. tu la. ayah awk umur 52 dh ada cucu dh. mak sy takde lg. hihi. ya rabbi. lambatnya. dh tu pg ni operasi di EM start pukul berapa? smga segar2 je utk keje pg ni 🙂

    Reply

  16. faisal says on :

    Sarah, rase seronok baca kisah mak awk nih..:) slmt hari hari lahir makcik..:) smoga makcik sentiasa berada dalam llindungan dan rahmat Allah sepanjang masa,amin..smoga diberikan kesihatan yg baik dan juga dapat menimang cucu dari anak makcik sarah ni tak lama lagi..*smile..

    Tahniah makcik berjaya mendidik anak2 hingga semuanya berjaya dan berjiwa kental macam sarah ni even dia mmg nakal dan garang serta ganas,hihi..tahniah atas kesabaran makcik..:)

    Reply

  17. one says on :

    err,pandangan pertama tak boleh kira objectively,kena jumpa lagi baru boleh oyak,ok,nanti balik jangan x jumpa,mm..nak kirim teh beri yg harum..boleh?

    Reply

  18. bulanbiru says on :

    ASSALAMUALAIKUM SARAH,
    Bertuah sarah kerana masih dpt mengucapkn selamat harijadi utk Ibu, dpt mendengar suaranya..dpt mengadu segalanya ..

    Jagalah hati Ibu dan Ayah,kerana mereka tiada 2 dlm hidup kita…satu dan selamanya adalah SATU…

    moga dirimu selalu gembira.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    terima kasih atas doanya. nak tunggu cucu dr sy, lammmmbattt sgt lg la tau. erk.. skrg sy mana ada ganas dh pun tau. acai mmg jahat~ *lariii

    Oneib:
    insya Allah ada kelapangan jumpa lg balik ni. nak teh berry yg wangi ye? insya Allah. senang je nk dapat kt sini 😀

    Bulan Biru:
    terima kasih atas nasihat tu BB. sy faham knp awk tulis mcm tu. didoakan yg terbaik utk semua n Al-Fatihah buat yg telah tiada… 🙂

    Reply

  20. one says on :

    tq,…

    Reply

Leave a Reply