Chak! Saya Kembali!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah saya masih diberi sedikit kelapangan untuk menulis. Maaf sebab agak lama saya berdiam diri. Bukannya saya merajuk atau apa. Ada banyak benda yang terjadi dalam masa 2 minggu ini.

Pertamanya, saya jatuh sakit sejak 2 minggu lepas. Mulanya saya kira demam biasa. Tapi makin lama makin teruk. Dengan batuk berdarah dan sesak nafasnya, akhirnya saya ambil keputusan untuk ke klinik (walaupun pada keesokan harinya saya ada exam!). Saya sebenarnya seakan dapat mengagak apa sakitnya tapi hanya X-ray yang boleh mengesahkan. Ya. Saya kena jangkitan kuman di paru-paru. Pneumonia. Di samping itu, saya turut mengalami progressive bronchitis (kesan daripada sakit teruk bulan Oktober dulu). Saya pun hairan kenapalah badan saya ni sangat mudah terkena jangkitan. Immuniti badan saya sangat rendah agaknya. Tapi kenapa ye?

Keduanya, saya sedang menjalani final exam autumn semester. Untuk sem ini, saya ada 8 subjek kesemuanya. 2 sudahpun diselesaikan ketika bulan 3 dan 4. Dan secara kolektif, ada 6 subjek yang perlu saya hadapi dalam masa 2 minggu lebih ini. Saya sudahpun selesai 3 lagi exam dalam keadaan sakit yang teruk. Dan kini tinggal lagi 3 subjek. Secara total, 5 subjek telah selesai, tinggal lagi 3 dan yang terdekat adalah pada hari esok. Wah. Sempat pula saya menulis di sini ye. Hihi.

Sebenarnya saya baru saja kembali dari klinik untuk temujanji susulan bersama doktor tadi. Alhamdulillah, secara keseluruhan keadaan saya semakin baik. Tapi belum sepenuhnya. Masih batuk (berdarah kadang-kadang), tidur tidak boleh baring (sesak nafas) jadi saya akan tidur menyandar di katil. Sakit belakang tau. Dah lah sepanjang hari duduk di kerusi untuk studi. Waktu tidur pun kena duduk juga. Sedih je. Makan pun perlu dicatu. Bukan semua benda saya lalu makan. Tekak sakit. Semalam Wanie buat bubur nasi. Wow. Saya makan bertambah 2 kali! Waktu tu dah tengah malam. Tak kira. Saya makan je banyak-banyak. Selesai makan, saya sambung studi tapi tidak lama selepas itu, tersyahid pula. Pukul 3 pagi baru bangun semula untuk menghadap nota. Ubat pula ada 7 jenis semuanya. Hampir setiap hari akan kedengaranlah suara Pena dan Emy mengingatkan saya suruh makan ubat. Huhu. Terasa macam budak kecil saja. Terima kasih Pena dan Emy sebab selalu ingatkan KS. KS tak pernah culas makan ubat tau.

Begitulah kiranya jadual saya kebelakangan ini. Exam dan sakit. Buku dan ubat. Hari-hari pun akan telefon emak. Sempat berbual 2-3 minit pun dah cukup. Tapi kalau ada cerita yang menarik, lamalah pula akan melekat di telefon dengan emak =) Saya minta maaf kepada beberapa pembaca yang secara kebetulan mendapat tahu yang saya sebenarnya ada menulis di blog sajak saya itu tapi tidak memberitahu di blog ini. Saya sengaja buat begitu sebab saya rasa bukan semua pun berminat dengan sajak-sajak semua ni kan. Maaf sangat-sangat. Kalau sesiapa rasa berminat, silalah baca di blog sajak tu.

Oh. Tadi ada sesuatu yang gembira terjadi. Sangat menggembirakan. Tapi saya tak mahu cerita sekarang. Kena tunggu sehingga exam selesai, baru saya akan cerita. Tentang exam pula, Alhamdulillah. Kesemua 5 exam yang telah berlalu berwarna-warni coraknya. Tinggal lagi 3. Doanya, semoga 3 yang baki ini, tiadalah cacat celanya. Apapun, apa yang kita usahakan, itulah rezeki kita. Kan? Macam mana saya urus diri dan studi sepanjang waktu sakit? Jawapannya satu saja. Jangan bertangguh. Mulalah dari awal. Saya selalu syaratkan begitu pada diri saya. Kalau saya tahu exam akan bermula sekitar 1 Jun, saya wajibkan diri saya bermula sebulan sebelum itu. Alhamdulillah saya bermula awal, jadi, ketika ujian sakit Allah datangkan, setidak-tidaknya saya telah membuat persiapan. Hamdallah. Hamdallah. Hamdallah.

Buat kamu semua, terima kasih atas doa yang diberikan. Saya tak balaslah ye komen di entri lepas. Apa-apapun, terima kasih tak terhingga sebab mendoakan kesihatan dan exam saya. Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kamu semua juga. Oh ye. Isu minyak naik harga di Malaysia. Saya sebenarnya kasihan dengan warga Malaysia. Sungguhpun saya tak merasa kehangatan isu tersebut secara langsung, tapi saya kasihan dengan tanggungjawab yang semakin berat yang perlu dipikul oleh semua. Kuncinya sekarang ialah bijaklah mengurus ekonomi diri dan keluarga. Kalau nak minta diturunkan semula pun, takkanlah mungkin hal itu kan. Lainlah kalau ada demonstrasi besar-besaran 1 negara. Tapi demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian. Kalau hendak diikutkan, kami di sini pun pernah berikat perut mengalami krisis harga barang yang naik mendadak. Apa penyelesaian kami waktu tu, tunggu dalam entri seterusnya ye =)

Hmm… Kasihanlah emak dengan ayah yang kena urus minyak untuk berapa biji besi berenjin di rumah tu ye… Dengar khabar, 1 Julai ni tarif elektrik pula akan naik. Oh. Janganlah ayah catu penggunaan internet di rumah nanti. Huhu.

Daa~ Salam.

29 Responses to “Chak! Saya Kembali!”

  1. hafiz238 says on :

    owh, kena pneumonia rupanya. Jarang pula dengar pneumonia with hemoptysis. That’s must be quite severe if you have reached that stage.

    Good luck with your last 3 exams…

    Reply

  2. hantu_siang says on :

    tahniah berjaya lepas 5subject…untuk yg baki lagi iaitu 3 lagi good luck diucapkan……may allah bless you alway…..insyaallah…last jgn lupa makan ubat…………..wsalam….

    Reply

  3. akak says on :

    salam Sarah..kagum betul la akak ngan Sarah nie. Semangat Sarah memang tinggi. Mesti sedap ye bubur nasi Wani tu sampai berselera Sarah makan. Nampaknya Wani kene masakkan hari-hari la untuk Sarah..hehehe.

    Take care & all the best!!

    Reply

  4. Inah says on :

    salam utk sarah..alhamdulillah..sume warna2 beterbangan ye :)..gud for u :)..walaupun sakit tapi masih mampu kan..alhamdulillah

    harga minyak naik, harga baran akan automatik naik, harga elektrik akan naik juge..adooii..

    but akak..just being me..jimat je ape yg mampu..org kata suruh guna public transport..akak lg ske naik kereta sbb akak x sku crowd..

    org kata nak car pool..x de sape duk dekat ngan umah akak..n waktu balik lain2..

    org kata kurangkan travel..akak pikir..ni je masa aku nak travel..bulan 8 nak pi jauh dah..huhuhu 🙂

    Reply

  5. zool says on :

    Selamat sihat..

    Sekarang kat Malaysia ni isu minyak je kat mana2..
    Lepas tu barang2 makin mahal..
    Camne ek??

    Reply

  6. myfisol says on :

    salam,

    apa khabar?..moga semakin sihat.jangan lupa makan ubat.. tinggal 3 lagi subjek?, dah tak banyak dah tu..teruskan perjuangan..

    kenaikan harga minyak, hadiah harilahir buat bro tu!..hikss. nampaknya kami kena meeting balik, kena ubah strategi..lainlah kalau “orang minyak”..ehem2..

    Reply

  7. reza says on :

    Salam KS
    Progressive bronchitis sounds serious..bagusla sekarang dah bertambah sihat.Lain kali kalau bebudak spartiv demam,nak mintak wani buatkan buburlah.hehe…

    Good luck exam peds besok.Jgn lupe makan ubat!!

    Reply

  8. shazwani adnan says on :

    salam.

    haha.. lawak betul baca komen akak dan reza. padahal bubur tu bese je pon.

    sapa nak tempah bubur nasi, boleh la ek. haha

    semoga ks cepat sembuh. kalau x, suruh pena tepuk2 belakang. macam kita buat haritu. huhu..

    Reply

  9. Doyot says on :

    Salam Sarah,

    Ya Allah kena pneumonitis awak rupanya. Tabah je awak cerita dalam blog ni. Semoga cepat sembuh ya.Amin.Kagum dengan Sarah.

    Reply

  10. silent reader says on :

    salam sarah…

    take care.. rajin2 makan ubat…ceh…mcm sy lak yg doktor ni… selamat berexam dgn jayanya~~

    Reply

  11. bulanbiru says on :

    Salam Sarah,
    jaga kesihatan ya..jgn terlupa mkan ubat. and good luck

    Reply

  12. alya says on :

    salam sarah,
    hidup mmg byk dugaannya tp sarah bertuah krn dikelilingi oleh sahabat2 spt wanie,pena dan emy..Jaga diri ya n jgn lupa makan ubat…..

    Reply

  13. faisal says on :

    slm sarah,
    waaa patutlah lambar benar baik sakitnya sarah,huhu..alhamdulillah semuanya bertambah baik..dan yg bestnya awk dapat jawab soklan2 peksa dengan baik juga..:) ari tu dengar ceramah, kalau badan asyik tak sihat2 je dia galakkan kita supaya byk bersedekah..:)

    amboi, apa jelah yg gembira tu sarah..nak umumkan tarikh pertunangan ker?kikikiki….mintak2lah ayah sarah catu penggunaan internet kat umah nnti,hahahaha *dengki..

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Hafiz:
    i’ve got the hemoptysis because of the bronchitis. 6 months ago when i was down with acute bronchitis, unfortunately it progresses up till now. no wonder i’ve been coughing for months already. rupanya sbb incomplete treatment utk yg dulu. thanks for the wish. skrg tinggal 2 je dah 😀

    Hantu Siang:
    wah. nama ni gerun. siang hari pun ada hantu ye. terima kasih atas doanya. insya Allah takkan culas makan ubat 🙂

    Akak:
    wanie kalau masak bubur mmg best. bukan bubur je. sume benda dia masak pun mmg best. paling sy suka, misti la sambal tempe dia. menjilat pinggan! hehe 🙂

    Kak Inah:
    tu la.. Alhamdulillah.. mmg mcm tu la kan. kehendak dan keperluan lebih menguasai kita utk tetap menggunakan kereta sbb setiap org tu ada pendapat masing2 tntg nak gunakan public transport ni kan. sy pun x suka crowded places jgk. tp bab2 naik bas ke, metro ke, sy x kesah. dh biasa dh. jd, layan je la. kak inah, selamat bercuti-cuti msia seblum terbang nun ke sana 😉

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Zool:
    terima kasih zool. huhu. pasal isu minyak ni, bukannya sy malas nak komen panjang, tp sy rasa dh ramai sgt lg yg dh bg mcm2 komen. tu si acai tu. berkobar2 dia berhujah. huhu. sy pun dh termenumpang sekaki berhujah kt blog dia. blog acai, blogku jua.. haaa.. mati la sy kena ketuk dek acai :p zool, wk sndiri plak rasa mcm mana? tak nak cuba menggunakan public transport ke tmpt kerja?

    Bro Fisol:
    alhamdulillah getting better bro. wah. bru sy tau yg bday bro is tomorrow! waa… blan jun rupanya ye. hehe. tukar strategi ye bro. guna 1 kereta je utk ke tmpt kerja. hehe. ehem. ‘org minyak’ yg mana 1 ni. yg sihir2 jampi2 atau yg naik turun pelantar. hikss 😀

    Reza:
    tu la.. harapnya kamu semua x de la sakit2 mcm ks ni. make sure makan tidur cukup. supaya immunity tak drop. bubur nasik wanie mmg best. mari kita request wanie buat lg. hoho. exam td Alhamdulillah 🙂

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    walaupun bubur nasi je pun, tp sedap. sampai bertambah ks makan mlm tu. kalau tak, adanya ks lalu makan? hehe. tepuk2 hari tu yg paling best bila kamu buat la. sedepap rasa kt dada. sakit mmg la sakit sikit bila kena pukul gitu. tp tu physiotherapy yg best. lega je ks lepas tu. hehe. thanks to u all. sungguh2 pena siap call ayah dia camne nak buat pd ks yg wkt tu tak berhenti batuk. nak lelap sepicing pun tak boleh 🙁 thanks sgt2!

    Doyot:
    mana ada tabahnya doyot. ada je time sy tgh teruk tu, sy termenangis skit. bergenang je air mata. sbb teramat la lemah rasa badan wkt tu. tp kena duduk jgk ngadap buku sbb tgh musim exam kan. smga awk sihat2 je ye kt sana 🙂

    Silent Reader:
    hep kamu. terima kasih! sy teringat2 skrip hang tuah n gusti puteri yg awk tulis kt entry dulu tu. hehe.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bulan Biru:
    terima kasih byk2 atas doanya 🙂 Alhamdulillah dh makin baik. cuma batuk2 n suara yg serak ni tak elok lg la. insya Allah akan baik sepenuhnya tak lama lg 🙂

    Alya:
    tu la. sy untung ada adik2 rmh ni yg baik2 semuanya. kadang2 tu, mcm sy plak adik kt rmh ni. hihi. klu ikut dr segi saiz, mmg sy la terkecik :p ikut umur je yg dh terlajak. hehe. terima kasih ye alya! 🙂

    Faisal:
    tu la.. lama sakitnya kali ni. tp Alhamdulillah dh semakin baik. sy wajib sembuh sblum balik sbb balik nnti nak makan byk2. huhu. kena sedekah ye? oh. hari ni jumaat. teringat plak pesan sorg cikgu sy dulu yg galakkan bersedekah pd hari ni 🙂 insya Allah akan cari ruang utk sedekah lepas ni. terima kongsi psl ni ye acai. aishh dia ni. nak bertunang apa ke bendenya acai oi. takde maknanye ok. eii.. dengki sgguh dia ni ye. jaga la nnti :p

    Reply

  18. hafiy says on :

    aunty sarah jaga diri baik2.
    jgn nakal2. kalo aunty sakit2 tua nanti biar Hafiy ubatkan sal Hafiy pun dokter tau!

    Reply

  19. abdul hayyi says on :

    semoga sihat2 selalu di sana ya!

    syafakillah.

    Reply

  20. one says on :

    salam
    time exam je mesti ada ujian sampingan,mesti ada sakit,etc..dan yg bestnya result tu full with beautiful colors
    * teringat ceramah masa Jumaat tadi,ujian itu ada yang sifatnya meningkatkan martabat seperti untuk para nabi

    Reply

  21. WanHidayat says on :

    Salam…alhamdulillah, semoga terus baik dan sejahtera di sana…selamat berjaya…jaga diri baik2…bila tiba masanya…kita tahu akan segalanya…

    Ikan Laut Dalam

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hafiy:
    tu la. nnti hafoy dh besar, hafiy jaga auntie plak ye. cepat2 besar. tak sabar nak tgk hafiy lari2. hihi.
    kak lina, thanks alot that day. n to abg nuar too. many thanks!

    Hayyi:
    terima kasih byk2 🙂

    Oneib:
    tp bila dlm susah kita lg diuji ni la yg dpt tingkatkan kesabaran kita. klu kita survive, insya Allah ada la ganjarannya tu. setiap yg jadi tu kan ada hikmahnya 🙂

    Hidayat:
    ikan laut dalam. wah. tau la di kapal skrg kan. apa2pun terima kasih. dh semakin baik dh. tak lama lg akn sihat sepenuhnya insya Allah. erm.. bila tiba masanya, kita akn tahu segalanya. ye. bila masa tu tiba nnti..

    Reply

  23. mia says on :

    salam, stress level tinggi sangat kot, sebab tu la immune system down. (saya ni apalah yg tahu?)
    Innalillah wainnalillahi rajiun, sakit tu ujian Allah. semoga cepat sembuh!

    Reply

  24. k.mas says on :

    syafakillah…
    tema utama : menceritakan kesakitan
    gaya bahasa : ceria,gembira???;)
    alhamdulillah..’sakit’ itu akan datang ‘ubatnya’:)

    Reply

  25. Ainul Arina says on :

    ks, gerunnya dengar.. smoga cepat sembuh yer… take care! good luck for the coming exam.. erm… ks, sorilah.. ainul tak dpt tolong doa yg ks request aritu.. hajat sendiri tak kesampaian.. 🙁 takpelah.. ada rezeki adala kang… 🙂
    wish you all the best.. and tq very-very much utk komen ks kat email aritu.. appreaciate sesangat2.. sori susahkan ks .. dah la tgh sakit n bz.. syukran jazilan katheeran jidan-jiddan… ainul dh edit sket2.. tapi lain sket plak jadinyer.. wallahualam la lagi ok ke tak.. thanks ya!

    Reply

  26. Anonymous says on :

    SAPA YANG SUKA MAKAN BUBUR…MESTI MALAS NAK KUNYAH…

    Reply

  27. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah san…
    hmm…doctor is always the worst patient.nak marah n ketuk2 dr hari tu lg.dah tau sakit..alasan hujan la ape la tak g jumpe doc..heishh

    yeayy…exam dah byk lepas..iyer tak? best tak exam? 😛 (take it as kata2 semangat tau).sarah makan la byk2..bagila MM sket..n nnt boleh jugak bagi kuman2 susah nak infect kamu. jgn malas2 makan n bejage sampai berejam2..ade paham kah nasihat doctor network neh

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mia:
    sbnarnya kan mia, ks ni ada blood prob. huhu. tu sbb nya jd mcm ni. shhh.. rahsia tau 😉

    Kak Mas:
    insya Allah kak mas. ubatnya akn datang… soon!

    Ainul:
    trma kasih atas doanya. pasal komen hari tu, no prob. ks mmg dh janji, jd ks kena tepati. harap2 apa yg baik dpt digunapakai bersama. yg kamu dh edit semula tu, jauh lebih mantap. sgt best. bagus3 🙂

    Izu:
    hoho. sy tau anon tu awk :p bukan malas kunyah tau. tekak sy sakit 🙁 huhu. kalau naik a few MM pun, dh nak takdir kena infection, akan sakit jgk kan :p sungguh hari tu sy bz sgt. mmg x sempat nak ke student hospital yg jauh. bila dh teruk sgt, bru sy ke private je. jalan kaki dr rumah pun dh sampai. nak buat mcm mana kan…

    Reply

  29. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    uiks….mane de anonymous tu saye.. kalo nak tease awak, sy akan pakai id saye instead..heishh..menuduh nie..bawak g ICJ baru tau

    Reply

Leave a Reply