Hilang Di Taman Khayalan
Saya tidak sedap hati. Badan pun tidak sihat. Sudah beberapa hari demam dan semakin memuncak pula di kala exam sudahpun tiba. Kepala berdenyut dengan teruk di saat ini. Tapi sakit bukan persoalannya. Yang utama, saya tidak sedap hati. Saya cuba untuk tidak menangis sepanjang beberapa hari ini. Tapi pagi ini, tewas juga saya dengan emosi. Saya ada lima lagi exam yang menanti. Jika dikira secara rasminya, ini merupakan final exam terakhir yang akan saya duduki kerana pada tahun hadapan, hanya State Exam yang menanti sebelum saya bergraduasi. Semoga tiada cacat cela mencoret keputusan final exam kali ini. Sekali telah bermula, biarkan molek sampai ke akhirnya. Saya minta maaf pada semua andai selama ini saya telah menyinggung perasaan sesiapa. Kalaulah saya ini Gusti Puteri, izinkan saya menghilang bersama Hang Tuah di taman khayalan buat seketika.
Wassalam.
kalau la jumpa Hang Tuah dapat menghilangkan resah di hati tuan puteri ..silala. Semoga hilang segala rase gundah gulana..dan kembali senyum.. π
Reply
salam…
ks nak mintak ainul doa apa kat sana? insyallah boleh je kalau stakat nk tolongkan tu.. cam ni ar.. kang habis final, ainul tanya balik ek.. maybe not here la.. smpat kot.. bukan apa, takut lupa plak kang.. hehe…
syafakillah ks.. allahu yubarik alaik.. go n get some rest ek.. ^_^
Reply
gud luck exam Sarah.. π
semoga cepat sembuh. Amin. π
jaga diri baek2..
Reply
jaga diri baik2 sarah. risau dgr awak demam time exam nih. sabar2 ye. takpe le tumpah air mata kalau akhir nanti awak rasa lega.
pejam mata, tarik nafas dalam2 dn lepaskan pelan2..
moga berjaya dlm exam.
aku juga minta maaf kalau menyinggung sarah selama nih. =)
Reply
Sarah,
dengarlah bicara hatimu….
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..” [al-Baqarah:216]
Bila engkau memandang segalanya
dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Sarat menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu
kerana masakan ALLAH
sengaja mentaqdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu
Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah
Yang lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab denganNya..
Reply
salam untuk sarah kesayangan hati beta π
menangislah sarah..crying is one way to show ur emotion and crying doesnt mean that we r weak π
masa akak nak viva ari tu pun bape kali akak stress n menangis..hanya Tuhan yang tahu betapa resah dan gelisah kita di kala itu
bacalah alma’thurat di kala kesepian..sangat membantu akak π
dun worry naa..aja aja fighting π
HUGS dari Malaysia π
Reply
Dik Sarah,
Moga kamu tabah-tabah saja ya.
Ujian untuk kakak ini juga berat.
Tapi aku percaya, kerana Tuhan mengizinkan tentu saja bisa kita tanggong.
Senyum!
ps: oh..lagu itu sungguh buat kakak ini emo2 gitu.
Reply
kasihan sarah.
semoga cepat sembuh fizikal dan emosi.
gudluck untuk exam. ganbatte ne!
Reply
U seem to be very sick la sarah. Can I say it is due to ur stress n too hard working ur ass for the exam? Take it easy. Dont neglect ur health as well as ur emotion.
Should you feel very low and getting worsen, u HAVE to seek for the solution. After all, u had already diagnosed those symptoms, fix them then.
*kalo minum ‘asir manju mesti sehat kan :P…lariii
Reply
assalamualaikum kak sarah…
setelah begitu lama menjadi “silent reader” di sini, hari ini baru saya berpeluang nak bertegur sapa dengan tuan rumah…huhu….minta maaf ye, tumpang menyinggah ke sini tapi tak menyapa….
kak sarah, jaga kesihatan baik2 ok…terutamanya kesihatan emosi…saya tahu dan faham benar apa yang akak rasakan sekarang sebab saya pun pernah mengalaminya…mujur kita ada DIA kan…tempat mengadu segala-galanya…DIA juga yang beri kita kekuatan….saya doakan kak sarah cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk terus berjuang….semoga dipermudahkan segala urusan juga…
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga” (H.R. Muslim)
semoga bicara ini bisa buat kak sarah terhibur sedikit….biasala tu, kak…kadang2 saya pun “tumbang” lagi teruk dari ni…hehehe….
apa2 pun, senyum sokmo ye!
dila
Reply
semoga semuanya berjalan lancar sarah,byk rest okay, air putih kena byk minom, kelihatan sarah seperti stress dengan keadaan, mungkinkah sebab exam?semoga dpt mengharunginya dengan tenang okay, selamat berjaya!!!
erkkk nak jumpa hang tuah?sape lah hang tuah yg betuah ittewww ekk hehe
larikkkkkkkkkss
Reply
uihhh sakit ke? yerla tambah2 nak exam kan…macam2 mehnah n tribulasi melanda..hikhik..
xpa dugaan tu satu cabaran untuk menjadikan kita insan yang lebih cekal menghadapi segala onak n duri d hadapi..
sakit berhadapan penyakit tak sama dengan sakit berhadapan manusia..
kan kan..
Reply
salam sarah..semoga berjaya menempuh exam…ranjau dan duri adalah perkara biasa yg kita tempuh dalam perjalanan di dunia ini…kalau tak bukan namanya sebuah kehidupan
Reply
selamat belajar dan dapat mencapai ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan …
Reply
salam sayang sarah,
alya nak tgk sarah score ya pd final exam nih..Jangan fikirkan yg lain,tumpukan sepenuhnya pd pelajaran…masalah yang lain..tinggal tepi dulu..alya sentiasa doakan agar sarah diberi minda yg cergas,keimanan dan kesihatan yang baik..jgn lupa makan ubat
Reply
Sarah, nak balik dah ni..emm kalau nak menghilang jgn hilang lama2 sarah..ramai yg merindui sarah kat sini,ceeewaaaahh…*smile..
beranilah hang tuah hilang ngan awk lelama, sy piat telinga dia nnti..:) smoga dapat menjawab suma final2 terakhir ni dengan baik ye sarah..apa beza ngan State Exam tu Sarah? nampaknye semakin hampir tarikh..emm, sarah nak blanje sy,hahahahahaha
Reply
adeh.. aku pon nak demam nie.. pening report lagi..
papepon.. good luck k.. banyakkan doa.. semua jadi ok.. dengan izin tuhan.. amin…
[tetiba aku jadi baik]
Reply
sarah,
ubat utk rase down ni, contact parents..mesti terubat sikit nnt..
tp kalo bad fever tuh, kene makan ubat kan? dont take it hard..takut nnt affect ur exam for today. sabar n sabar ok? anyway, all de best n gudluck..
Reply
Salam Sarah,
betul tu sarah. adkalanya kita perlukn masa utk menangis. mgkin tangisan itu dpt mengurangkn sebak kat hati…
jgn fikir sgt sesuatu yg boleh mganggu emosi. sbb apa yg brlaku kkdg utk mguji dn mgkin akan diberikn sesuatu yg lebih indah dr smlam..cekalkn dirimu wahai shbat..
wassalam.
Reply
ala.. bese la tu sarah.. cam tak bese lak.. hehe..
Reply
Moga tenang-tenang hadapi periksa..
Moga cepat-cepat sembuh..
Yang itu, biarkan dulu..
Jaga diri baek-baek.. π
Reply
salam utk adik sarah,
“walaupun kita sentiasa dikelilingi bintang-bintang… tapi percayalah, kadang-kadang kita perlu kesendirian kerana ia bisa memberi kita sentuhan kekuatan. Sentuhan utk kita kembali mengengam erat kedua-dua tangan kita, lantas berdiri…dan mengorak langkah (walaupun langkah pertama longlai tapi langkah seterusnya kita perlu gagahinya jua..)”
Reply
pergggg rancak gila korang nie cerita yek
Reply
kesian sarah study sampai sakit kpala. tak pe makan ubat yg patut ye lagipun sarah budak medik kan. kena la pandai jaga kesihatan. nanti siaΒ² je ilmu di dada tapi tidak digunakan….
siapakah si hang tuah itu?
balik nanti trus naik pelamin ke?
Reply
salam,
byk betul dugaan ye waktu nak exam ni..begitulah halangannya kalau nak jadi orang yg berjaya, semua rintangan harus ditempuhi..semoga cepat sembuh dan kembali bertenaga..
Reply
mbak Gusti…. semoga berjaya!! π
{sbnrnye… sy x pernah jumpe org yg obses dgn PGL mcm saya… tp skang ni dh ok dah… x obses lagi dah… :D}
Reply
good luck tau sarah.
π jangan stress sangat.. sarah bleh buat punya.
*salam perkenalan.. bloghopping~
Reply
Semoga sihat selalu lah..
Dalam menjalani peperiksaan..
Reply
salam sarah.
tak sihat rupanya.makan ubat ye.jgn dibiar melarat demam tue.sbb akan jejaskan yg lain2 juga.tapi ingatlah demam juga dapat menghapus dosa2 kecil kita π
Reply
kamu exam besok kan?
wahahahaha….gelak lak
best best..selamat berexam..
jgn dipikirkan sgt bakal resultnye.. janji ape yg diperform..(pesanan bekas pelajar :P)
π
Reply
uuu..lama dh x gi blog ks nih!dh tkar templates dh yer…lma sngguh x jnguk nih…bzzz ajer ajer…hehe
Reply
amboi2 sarah, sudah2lah tu..:) cepat update blog!! ini arahan tau,hahahaha..
Reply
gud luck… klau x shat cepat2 cr ubat ya..
Reply
sudah sudah..tanam tu dah tak khayalan lagi..dah nampak awk menyurok kat belakang pokok tu..cepat keluar dan tulis entry baru,kikikikiki…
Reply
ammvoiii, bergusti gusti dengan hang tuah yer kamuu..
Reply
selamat maju jaya dalam exam yg saudari akan duduki…yang penting bertawakal dan berusaha..disamping tu jagala kesihatan saudari-hantu_siang-
Reply
Insya Allah..sume bereh,tu..ramai yg bekup ni dgn doa2 sume,untung Sarah
Reply
ala sarah.. lamanye merajuk. merajuk ptus kasih ke ni? sminggu lebih da ni.. harapnye da sehat da ye
Reply
Selamat maju jaya…
dan jaga diri π
Reply
Sarahhh, minyak naik rege, hooraayyyy,hahahaha *bengong..:) brape rege minyak kat negara yg byk minyak kat sane ek sarah? ada subsidi tak?hihi
Reply
sarah,update la…
Reply
salam sarah,kenapa lama tak update nih, rindulah nak dengar cerita terkini dari sarah,bgaimana dgn exam?leh buat tak?
Reply
salam sarah,
wah dh lama xmenjengah, sampaikan dh ade perubahan kat sini, tengah exam ke sekarang, buat yang terbaik tau, saya yakin sarah mampu π
ganbate kudasai Dr Sarah!
Reply