Kahwin!

Assalamualaikum wbt

Entri gambar bola nantilah dulu. Saya belum kumpulkan semua. Jadi tiada perasaan lagi hendak muatnaikkan apa yang ada ni. Jadi saya nak cerita pasal hendak kahwin! Ha. Ni bukan tajuk menggelikan macam hari tu. Yang hari itu di bawah kupasan teori. Kali ini di bawah kategori cerita.

Bukan saya yang hendak kahwin tetapi sahabat baik saya sejak darjah 1 sehinggalah sekarang. Mahfuuzah Suhaimi namanya. Sudah 16 tahun berkawan dengannya. Majlisnya Ahad ini. Siapalah yang sangka, dulu dialah antara orang yang selalu katakan tidak akan berkahwin selagi belum cecah 25. Sekarang ni, umurnya baru 23 sudahpun bertemu jodoh, dengan orang Teluk Intan.

Membesar dari kecil sehinggalah besar bersama-sama membuatkan saya mengenalinya luar dan dalam. Ayah dan arwah emaknya juga merupakan kawan kepada emak ayah saya. Begitu juga adik beradiknya yang lain. Pendek cerita, keluarga kami berkawan rapat. Kalau balik bercuti, tidak sah jika saya tidak ke rumahnya dan begitu juga dia. Dia juga akan ke rumah saya. Cuti yang lepas, saya ke rumahnya berbaju kurung putih. Dia melawak mengatakan macam saya hendak bertunang saja gayanya. Saya membalas, silap haribulanlah kalau saya bertunang. Entah-entah, tak lama lagi dia yang hendak bertunang. Masin mulut, memang betul dia bertunang tidak lama selepas itu.

Mahfuuzah ini seorang yang sangat lemah lembut. Dia merupakan anak sulung daripada 9 beradik. Emak ayahnya cikgu. Dipendekkan cerita, sepanjang mengenalinya, dia memang seorang kakak yang bertanggung jawab. Dia akan selalu memikirkan adik-adiknya lebih daripada dirinya sendiri. Sewaktu arwah emaknya meninggal pada tahun 2004 lalu, dia sanggup menangguhkan setahun pembelajarannya kerana memikirkan adiknya yang bongsu yang tidak mahukan orang lain. Saya sangat menghormati dan mengagumi sahabat saya ini. Emaknya meninggal kerana meningitis (jangkitan kuman di otak). Sewaktu saya, emak dan ayah menziarahi keluarganya di Hospital Kuantan ketika kami mendapat tahu arwah emaknya sedang dalam keadaan kritikal, Mahfuuzah menarik saya keluar dari wad dan dia menangis. Sedangkan di hadapan ahli keluarganya yang lain, dia nampak sangat tenang dan tabah. Dia menangis semahunya pada saya. Inilah dia sahabat saya. Dia pendiam tapi penuh dengan ciri-ciri yang semua idamkan.

Untuk majlisnya Ahad ini, kakak saya akan menjadi pengapitnya. Aishh… Kalaulah saya ada di sana, mestilah saya yang akan jadi pengapitnya, kan. Huhu.

Buat Mahfuuzah dan Firdaus, Selamat Pengantin Baru. Semoga kalian di dalam redha Allah selalu =)

Saya punya 2 orang lagi sahabat baik. Nurul Faaiqah yang selalu saya sebut-sebutkan yang telah saya kenali hampir 8 tahun dan Nadia Hamimah yang telah saya kenali hampir 6 tahun. Mereka berdua pun akan berkahwin pada bulan 7 dan 8 ini. Nampaknya berseoranganlah saya selepas ini. Uwaa~

Bila saya nak kahwin pula ni? Huhu~ Ah, sudah. Berangan pula. Lambat sangat lagi. Titik bulat besar.

22 Responses to “Kahwin!”

  1. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Sarah mengenepikan hasrat mengupdate gambar2 HOT sebab nak menceritakan kisah rakan2nya yang akan mendirikan rumah tangga as an indirect way nak gtau yg sarah pon tak sabar nak undergo the same thing as her fren soon..
    sarah sarah…ntah2 saye rase sarah balik je pas grad next year mesti terus kawin plak…mulut saye ni masin gak tau…
    ekekekeke…
    jgn marah…di pagi yang hening ni tak elok marah2,

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    aishh awk ni. mana ada sy x sabarnya. sy ada byk sgt lg benda nak kena fikir. banyakkkk sgt. dr di kisas lg budak2 ni selalu kata muka sy ni muka kawen awal. halluuuu. skrg ni dh bape org dh clsmates sy kawen. hehe. so, terbuktilah sy ni bukan muka kawen awal. tp bg kwn2 yg awal2 lg dpt settle down molek2, ni kelebihan utk diorg la kan. sbb dh boleh mula rancang masa depan bersama, bukan masa depan sndiri2. sy tak marah2 pg ni. sy demam la izu 🙁 mudah betul sy ni demam.

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    mengikut entri2 awak yg terdahulu..apabila awak demam, awak akan tidur & memencilkan diri..iyer tak..alahai, kate ramai adik2 rumah.. ape lagi..awak kan chief of command…ask their favor to ease ur day..tp jgn la lebih2 lak..kesian kanak2 tuh..
    rumah kecik tuh..bukan saje utk org nakal..tp utk isolate org demam pon yer..so, whats ur call? :P… since awak study medic, n gonna b a doc soon, sy lak takde kaitan ngan medic..my power of expert is less-priotized by the public..tp sy rase kalo awak demam, pegi je jogging kat luar tuh…jgn nak dimanje2.lg dimanje, lg menjadi2 la..heish..manje..
    get well soon deh
    ~laksa johor~nasi lemak~mata kucing~ owh lupe..kalo demam, tak selera makan..ooppsss

    Reply

  4. Inah says on :

    kawin??ohh..entri ni menjadikan akak nak kawin juga 🙂

    kawan pun dah ramai yang kawin..alone juga sebenarnya

    sarah kalo nak kawin jemput akak taw

    Reply

  5. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah,
    i just realized your imeem song’s lyric is so jiwang…a direct jiwang though..lalalallala…
    hope it cud cheer up ur day..get well soon ye awak

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    semuanya nak exam dlm rmh ni. x de sape ada masa nak tlg ease org lain plak eh. today is my last day of the sem. sat lg gi hosp just utk complete kan my credit hours. selasa dpn ada paper. then khamis. then 2/6.. n so on.. sampai la 16/6. lepas tu fly to tutttt. then balik msia. aa.. bila ingt msia je, terus rasa terubat. jogging? lg sy jogging, lg demam la jawabnya. kt sini tgh musim hujan. dh end of spring nak masuk summer kan. intersection gini mmg selalu hujan je. tu sbb demam. sbb bape kali ntah last week asyik berhujan je. sy x teruja pun dgr nama makanan tu. x de selera la cik 🙁

    Kak Inah:
    mahu kawin jgk? haa.. sila2. rasanya ada org tuuu tgh tggu akak kn. nnti akak ke ausie camne la encik tu ye. hekhek. insya Allah sy jemput tp ntah bila la tu :p

    Izu:
    haaa.. jiwang2 gini boleh buat terubat skit rasa hati. euuwww :p tp liriknya best la. hehe *yu ni apa la tegur2 lagu ni plak. malu ai* huhu

    Reply

  7. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hahha..destinasi dirahsiakan tuh..siut jer..
    msia? tu kat ner tuh..is it a country? cam blur2 arr…
    byk ke paper nye..alahai…exam tuh senang jer kan..
    for me, medical is easy sbb segaleny2 ade on ur body..unlike my area..when i was a student..i’ve to think out of the box laa..hahahah…
    takpe2…tak teruja tp sakit hati..ekekke..
    uit jiwang la kamu..yeayy..ade modal nak sakat…yeehaaa…
    kat sepital nnt…jgn la pulak end up kamu yg atas katil jadi patient..kalo itu jadinye..mmg sy tolong simpatikan yer…

    Reply

  8. liverbird 2 sejoli says on :

    salam

    selamat pengantin baru buat kawan sarah, Mahfuuzah & Firdaus..semoga berbahgia keakhir hayat hendaknya…cuti2 sekolah ni ramai lah orang yg akan berumahtangga, kami pun byk dapat jemputan..sarah pulak bila lagi?, nak tunggu semua settle mmg payah..sarah settle soal hati sarah dululah.ye! then sambung kerja kuat balik.huhu..

    Oh..baca entry ini teringat anniversary kami…31 May nanti..yang keberapa?..biarlah rahsia..kami plan bercuti bersama keluarga selama seminggu, bersama kedua2 belah parents..as always setiap kali anniversary..dah jadi tradisi kami rasanya, selagi mereka masih hidup…mereka yg banyak membantu, thru a good & a bad times..

    Reply

  9. faisal says on :

    slm cik sarah…soalan biasa, bila cik sarah mau kahwin?hehehe…:) biasa budak yg senyap2 ni lah yg kahwin dulu kan sarah,hehehe..ada dulu kat sekolah yg mmg budak2 lakipun tak perasan dia kelas tu,hehe..tapi dia paling awal kahwin,huhu..:)

    kita doakanlah yg terbaik untuk mereka..sarah amiklah berkat dari mereka ye,kikikikiki…sok nak pi telok intan, member kahwin,hahahaha

    Reply

  10. Ainul Arina says on :

    salam..
    entri kawin?? kenapa bulan ni sy asyik dgr pasal kawin neyh… kat sini pun makin ramai kawin n makin ramai buat plan kawin.. wa!! batch sendri pun dgr ada dah nak kawin.. muda belianya… nasib baik tak termasuk list muka cepat kawin hehe…

    mcm betul je yg bro faisal ckap tu.. sapa diam, dia paling slalu cpat kawin.. akak, agaknyer sbb akak bising atas pentas kot dulu tu yg kawan2 akak kawin dulu.. hehehe.. ^_^

    kalo ada plan, jgn lupa hebohkan di blog yerk.. hikhik.. mana la tau, bleh sy berpijak ke bumi tok bahaman lagi.. 😛 lama tak pegi. hehe, jemput jgn tak jemput yer.. apapun, congratz to kawan2 akak..

    Reply

  11. kaklong says on :

    saye la pengapit yg cumil ituuuuuuuuuuuuuu…….!!!!!=p

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    destinasi tunggu dulu la.. ala.. awk dh penah gi kot. td di hosp ok ok aje. balik td yg panas badan semula. berhujan lg. dh bawak payung tp nak buat camne kan. tetap kena hujan. eh eh. sy x la suka as if sukkkaaaa sgt lagu2 jiwang ni. sy dh remove dh sbb sy sendiri rasa dh x suka dgn tiba2 je kt lagu tu.

    Bro Fisol n Kak Mai:
    musim cuti sekolah je terus jadi musim org kawin kan. sana sini ada org kawin. erm bro, psl sy, tutup buku dulu la. hati siapa yg x settle, tu bukan sy yg kena jawab *muka kelat* ok ok. malas cakap dh. sy mmg lambaaaaaaat lg. thats all for now. hehe. oh. Happy Anniversary to Bro Fisol n Kak Mai! ni yg ke 12 kan? hehe..

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    aish dia ni. ni sesi kenakan semula ke? acai oh acai. awk mcm x kenal je lg dgn sy. sy x mau jwb apa awk tanya sbb awk dh tau. ok. titik. hoho. emo plak :p haa.. malam ni hati2 takut maling2 berspender tu dtg lg. maunya dibaca jampi ntah apa2 nnti. naya je kan. dah la ada anak teruna bujang rumah tu. ahaks :p

    Ainul:
    tu la pasal. akak ada dgr ramai kt sana dh selamat dh. kt mesir pun sama. mcm trend plak skrg. haa. jgn tanya psl akak lg. sampai masa ntah bila tu nnti, akak bgtau la. tp itupun klu blog ni still working.

    Kaklong:
    org jeles kt awk!!!! sume kenduri kawan2 ngah awk je yg gi 🙁 ye laa… awk mmg cumilll kan..

    Reply

  14. NabZie says on :

    awww…..
    takpe kak sarah..ktorg tggu makan nasi minyak kak sarah dlu so u’re not actually alone there..hehehehehehehehehehehehe

    Reply

  15. abdul hayyi says on :

    “lambat sangat lagi”?

    jangan-jangan jadi sebaliknya..hehe..gurau je… 🙂

    Reply

  16. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    alamak sarah..
    atas desakan n permintaan ramai, kes kecurian berlaku lagi

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nab:
    eh, baik la korang semua yg dah ada ni selesaikan semua dulu. korang tunggu ks, alamatnya berjanggut la korang nnti. dah dah. silalah dahului diri hamba ini. hehe.

    Hayyi:
    aishh.. takde maknanye hayyi oi… sungguh ni. eh, ke awk kot yg nak dahului? silalah ye. hehe.

    Izu:
    izuuuuuuu…… apakah ini sebenarnya??? cepat la update. sy nak tau!! awk ni mmg suka la buat sy terseksa mcm ni. huhu.

    Reply

  18. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sabar ler..sy tgh cube mengupdate dr malam td..tapi asik2 telelap je depan laptop..nak sambung pas subuh..telelap jugak..ni tgh mmbuat la nieh…hehhe…3 entries skali sy publish nnt..smue dah ade cume ngah tambah2 gambar..kalo awak nak cepat tau, cube la log-in gune account saye ..huahhuahua..terseksa yaa..sabar2

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    bertahanla selama masih mu bertahan
    bertahanla selama masih mu bernafas..
    huahuahua

    Reply

  20. one says on :

    tak pernah gelinya entry Sarah melainkan geli hati(ada yang sesetengah tula kan)

    Reply

  21. Ejalz says on :

    sarah, your best friend akan berkahwin dengan orang kampung saya la gitu.. twit.. saya tak kenal pun… hehe.. cuma macam menarik jek nampak nama home town saya ditulis in your blog.. haha.. takde kena-mengena pun..

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    pending cite 2 hari, tu pasal la lama. dgn gmbr2 nya lg kan. hehe. amboi la wordings tu. mcm jiwa2 la plak. hikss..

    Oneib:
    hehe. yg tu biasala kn. tak berseri la hidup klu skema je :p

    Sis Ejalz:
    laa.. sis org teluk intan ke! baru sy tau. lepas baca komen sis, sy bukak blog sis n baca psl mother’s day tu hadiah dihantar terus ke teluk intan tu kan. baru la yakin. hehe. sbnarnya kan, mak ayah sy dulu duduk teluk intan jgk. keje kt sana. kaklong sy pun lahir di teluk intan. tu sbb kalau balik kampung di penang, wjaib la kami sume singgah di teluk intan dulu 🙂

    Reply

Leave a Reply