Aiman Mohd Shukor

Assalamualaikum wbt

Hari ini 29 April. Ulang tahun kelahiran Adik Aiman yang ke-10. Ini adik bongsu saya. Buat Adik Aiman, Selamat Hari Lahir.

Aiman merupakan adik yang paling suka request saya masak itu ini ketika di rumah. Dia jugalah yang boleh menjadi peneman terbaik untuk dibawa berjogging (mak tak bagi jogging seorang diri di Taman Tasik Temerloh *saya pun tak berani*). Dia juga peneman terbaik yang boleh saya bawa ikut membeli barang (makanan ringan) selepas berjogging. Kadang-kala, selepas berjongging kami berdua akan singgah makan roti canai di Old Town. Sangat best. Dia ini agak lembik badannya tapi hebat bertaekwando. Ada beberapa pingat yang telah dimenanginya. Tapi dia pernah patah tangan tahun lalu. Tak pasti pula saya sama ada dia masih aktif atau tidak. Rasanya masih bertaekwando lagi cuma sudah tidak seperti dulu.

Jika hari dia ada taekwando, pulang dari menjemputnya, wajiblah kami singgah di pasar tani. Wajiblah dibelikan untuknya air coconut shake sehinggakan abang di kedai itu sudah mengenalinya. Aiman suka bergambar dan akan membuat simbol peace. Dia rasa cool begitu agaknya. Hehe. Aiman seorang yang tinggi. Umurnya 10 tahun tapi sudah hampir mencecah bahu adik saya Adnan yang paling tinggi melangit di rumah itu. Dan Aiman ini manja dengan semua. Dengan emak ayah dan juga Tok dan Mak Tam.

Saya teringat dulu kami mengusiknya dengan memanggilnya sotong (sumpah Aiman. Ni Adi yang kata mula-mula tu tau). Dia sedang melukis di meja makan sambil berdiri dan kami semua pula duduk-duduk menonton TV di sofa dapur. Tiba-tiba Adi berkata: ‘Cuba tengok sotong tu berdiri’, kami semua menoleh. Aiman terdengarkan usikan kami. Dia melukis sambil bergenang air mata. Sebak pula saya rasa ketika itu. Dan kemudian, dia jerit kuat-kuat ‘Aiman bukan sotonglah!’ dan terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu dari dalam. Sayalah yang pergi mengambil gugusan kunci pintu-pintu bilik dan kemudian memujuknya. Saya duduk di tepi katilnya dan hanya begini yang saya katakan. ‘Aiman bukannya sotong, kan. Aiman tak kuat je lagi. Aiman besar sikit nanti Aiman kuatlah kan’. Terus dia kesat-kesat air mata dan ke dapur semula untuk menyambung lukisannya. Saya rasa, disebabkan inilah dia berusaha untuk membuktikan dia kuat dengan bertaekwando.

Aiman, awak memang kuat. Buktinya, awak selalu jadi peneman dua orang kakak awak ini, awak selalu jadi peneman emak di rumah, awak selalu tolong Abang Azizi dan awak selalu jagakan adik Iman untuk Mak Tam. Dan awak memang anak yang baik. Awak dengar kata, boleh diharap untuk menolong kerja rumah dan awak rajin bangun pagi sebelum Subuh masuk sebab awak hendak solat hajat terlebih dahulu. Ngah yakin, emak dan ayah sejuk hati melihat awak begini.

Selamat hari lahir Adik Aiman. Semoga awak cemerlang dalam semua yang awak ceburi. Doa Ngah pada adik-adik setiap kali ulang tahun sama saja. Semoga menjadi anak yang baik, dengar kata dan jangan tinggal solat.

Dan saya juga hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir buat beberapa nama penting dalam hidup saya:

::Sepupu saya Farzana Che Ismail (25 April)
::Sepupu saya Syafiq Che Ismail (30 April)
::Sepupu saya Rifqa Kamarul Ariffin (30 April)
::Kawan saya yang ada signifikannya yang tersendiri Ammar Azhar (1 Mei)
::Abang kesayangan keluarga bahas kami, Abang Wan Zokhrie (3 Mei)

Dan ucapan selamat pengantin baru buat Iffah Azhar (adik Ammar) yang akan melangsungkan majlisnya pada 1 Mei ini di Doha, Qatar. Ifa, akak doakan semoga jodoh kamu berdua diberkati dan berkekalan insya Allah 🙂 Akak dah janji nak ucap dalam Bahasa Arab. Tapi dah terlupa pula teks panjang yang akak hafal dari malam tu. Jadi pendeknya hanyalah Alf Mabruk ya ukhti 🙂

39 Responses to “Aiman Mohd Shukor”

  1. xanda says on :

    minggu nie balik makan satey!!

    Reply

  2. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Tolong sampaikan ucapan ni kat Aiman ye ;D

    “Selamat hari lahir ya Aiman.

    Moga dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh dan musleh.

    Rajin-rajin bertaekwondo, biar kuat macam singa, bukan lemah macam sotong :)”

    Untuk KS, macam biasa lah ye; moga sihat dan bahagia selalu.

    p/s: Suruh Aiman hati-hati, jangan sampai hilang ingatan pulak. Hehe

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    selamat harijadi aiman. moga2 jadi anak soleh ye. jadi hebat taekwondo ye. pastu ajar sikit cara2 tendang layang kt kakak awak si sarah tu. 😉

    dn utk sarah.. majulah pakatan rakyat utk negara. =)

    Reply

  4. Liyana says on :

    hapy besday tuk aiman jugak…
    huhuh utk besday nana tu yna bgi die purse…
    sblum tukn die pnye la nk hadiah smpai mgamuk2 kt rmah tu ha..
    nasib bek yna pgi MAK 25 hb tu so bleh g jln2 kt kl ngan along..bru dpat bli hdiah tu..klu x nasib la nana…hehehe…
    dieorg pnye besday dkat2 je kan…
    tp tggu blan ogos nnti..lg ramai..hehehe

    Reply

  5. wanderlust77 says on :

    aiman must be proud to have you as his sister. happy birthday to aiman. God bless you and your family.

    Reply

  6. Anonymous says on :

    Salam
    Selamat ulang tahun…
    kalau kat rumah abang ada dua tiga budak2 yang kerap jemaah subuh kat surau ni,baya2 aiman kot,tapi kontot sikit hehehe

    Reply

  7. Hafifi says on :

    sy pun nak ucapkan selamat hari lahir keada semua..

    Reply

  8. myfisol says on :

    selamat hari lahir untuk Aiman dan yang lain2..semoga panjang umur dah murah rezeki..

    Aiman memang nampak seorang anak yang baik dan cool!..anak bongsu memang cool walaupun kadang2 agak manja..mcm saya jugak..hehe..

    ucapan selamat untuk Sarah jugak..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Nan:
    saje je cakap ye. x suka. x suka. awk balik awk nk cari CD ngah tu ke? dlm laci kabinet tepi katil dlm bilik ngah ok.

    Alif:
    insya Allah nnti ks sampaikn salam kamu. n ks rasa dia pn akan baca msg kamu ni. amin atas semua doanya tu. terima kasih ye alif.

    Cikgu Jawe:
    bukan sepak layang, sepak wau pun boleh. hehe. tp kt rmh sy main tudung oren je dgn dia. hehek. cam pmpn je sy layan adik sy ni. hehek.

    Yana:
    bg purse apa kt dia? kecik2 pakai purse dh. eh. dh besar dh. drjah 6 dh kn 🙂 anak dara dh nana. lepas ni dh boleh geng dgn Ina, ayesha, jannah n yg lain2 (eh, skitnya cucu pmpn yg sekolah menengah. yg lain sume dh besar2 ye. bru ngah sedar). haah kan. bulan 8 nnti lg la ramai. berderet-deret!

    Wanderlust77:
    1st of all, thanks for ur constant visit to my blog. n thanks for the doa as well 🙂

    Oneib:
    dia solat kt rmh je. klu ke masjid, alamatnya mau la lambat bertolak ke sekolah. nnti tunggu cuti d msia sy update cerita budak2 ni ye.

    Hafifi:
    terima kasih byk2. n terima kasih sudi singgah sini ye 🙂

    Brp Fisol:
    terima kasih bro atas ucapan n doa tu. ecece.. sempat lg tu nak kaitkan dgn diri sndiri yg bertitlekan anak bongsu ye. mari kita tgk ada lg x sape2 nak ngaku dia anak bongsu jgk 😀

    Reply

  10. faisal says on :

    slm cik sarah,
    eiii nakalnye akk2 aiman ni..suka2 hati je panggil dia sotong,hehehe..:) apapun happy birthday aiman ye..smoga nnti bleh berjaya cam akk sarah ni ye..:) slmt hari lahir untuk sepupu2 sarah tu ye..:) bila cerita pasal besday ni terasa diri ini dah agak tua je,hahahahahahhahaha….hep hep, jgn gelak!!!

    Reply

  11. cikgu jawe says on :

    cikgu jawe to faisal: sedar pun diri ko tu dh tua acai.. hahahahahha nak gelak juga hahahhaaaa

    woit acai! sebelum tarikh expired menghampiri, cepat2 le kawen acai weeiiii 🙂

    Reply

  12. Rynn Cowbra says on :

    salam sarahku shayang.

    ngeee~

    comelnyer aiman.
    mau nomor tepon pls!

    happy birthday aiman!~
    moge panjang umur,dimurahkan rezeki,dikurniakan body sixpack. huahuahua!

    jdlah adik yang baik,
    anak yg soleh,
    murid yang cemerlang,
    kawan yang sejati,
    hamba yang bertakwa.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    terima kasih abg acai. ni aiman yg kata. hehe. awk mmg dh tua acai. jgn ngengada buat2 baru tersedar ye. dan bukannya akk2nya yg kacau, abg nya yg f5 tu yg kacau. yg lain tukang gelak je wkt tu. apa2pun terima kasih byk2 ye acai. eh, sy dh tergelak dh td. muahahahah~

    Cikgu Jawe:
    sy pun nk tumpang gelak dgn cikgu. muaahahahabuahnaga.. ada ke patut hri tu dia suruh sy settle dulu. sy muda lg. dia dh nk expired kn. jd dia la kena kawin secepatnya. huhuhu.

    Rynn:
    waaa.. panjangnya doa. amiiiiinnn 🙂 terima kasih kak rynn 🙂 hehe. nomor tepon sndiri dia x de lg. boleh call nomor ayah. nak? hehe

    Reply

  14. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah,

    seems u’ve changed ur sub-domain eh..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    cekap betul awk ni. sy td konon2 buat sat je. try2 la konon2nya. tp lepas tu terlupa. ralit baca coretan lama sorg kawan. sampai terlupa dah pasal URL sndiri. bila dpt notification ada new comment, bru sy tersedar. eh td rasanya tukar url. mcm mana ada yg jumpa jgk. lupa plak org boleh bukak guna blogger link page. huhu. abende la sy ni :p

    Reply

  16. HarizHazwan says on :

    happy b’day…
    tp kak,
    ble akak tuka link tuh…
    xperasan…
    tp, saya bley baca amende akk tulis tuh,
    sarah anak ayah….
    betul x?

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hariz:
    thank u on his behalf 🙂 sbb kalu bukak guna blogger page kn. bukak link kan. aaaa….! u break the code! hehe. kalau la 1 hari nnti blog ni tukar link, try la yg tu. hihik. tu my nickname utk tulis2 sajak cerpen sbnarnya 🙂 i give u A+++ for breaking the code! *clap clap*

    Reply

  18. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    haraskanahaya au haraskanaejnam..
    bab2 code gitu, dah mmg bahse kami di skola dulu sehinggala skarang kalo berborak2..

    huh..sengal!! bukan kamu yaa

    Reply

  19. HarizHazwan says on :

    hehe…
    ni rse nak tunjuk kat parents sy kte sy bole amek law ni…
    x pun bole jd detektif…
    hahaha…
    ok, no hal….
    try tuka lagi skali n kite tgok….
    hehe…:)

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    aaa.. haraskanahaya je la. haraskanaejnam tu tak betul! huuu. mummy! ayah! tolong jelaskn spekulasi ni. ngah tak manje langsung kan. huhuhu. tp tibe2 sy terasa sy ni pun sengal jgk sbnarnya izu :p hehe.

    Hariz:
    oh. dgn skill memecah kod ni boleh jd bukti kamu boleh amik law or jd detektif ye. eceh. ye la. meh ks tuliskn recommendation letter ye. huhu. ok. kita tgk nnti. klu ks tukar lg, kamu boleh jumpa ke x nnti… wait wait aa..

    Reply

  21. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    heish..nak jugak tu sengal..dah elok2 tak sengal nak jadik sengal..
    takpela..sengal di rumah senang nak settle, sengal di pejabat melayan blog org je la bleh..hahaha

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    sy mmg tgh sengal ni. sbb panas sgt dlm bilik ni. sambil study, sengal melayan org yg tgh sengal kt ofis. hihi. bestnya dh keje ye.. london plak tu. huuu.

    Reply

  23. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tu ade unsur2 menyengalkan saye tuh..heish..hantar bala tentera dekat moscow n nizhny menyengalkan kamu baru tau.
    study? study tu ape? (sambil menggaru kepale)
    does it has to do with student?

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    what a question. sy ni bdk yg belajar lg. kena la study kn. dh mula nk prepare for final bln 6 ni. elok mula awl smntara ada senggang sikit skrg ni. oh jgn jealous. planning to go fishing tomorrow. org keja x boleh bersuka ria during weekdays :p

    Reply

  25. akak says on :

    Nakal jugak kak Sarah nie ye..kesian Aiman. Tapi nasib baik la ..’Aiman tak kisah’..:D. Happy birthday adik Aiman. Semoga menjadi hambaNya yang berjaya di dunia & di akhirat..

    Untuk kak Sarah pulak..bimbinglah adik Aiman untuk terus berjaya k..

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    one thing bout me..im working on rota-basis..4 days in 4 days off…so u can predict my rota…so, not gonna envy ur fishing :P…

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    itu adik sy yg start dulu. kitorg yg lain jd tukang sengih je. adik yg f5 tu mmg kuat menyakat skit. abis semua org disakatnya. terima kasih atas doanya. n insya Allah sy dh plan sy grad sy nak take over jaga adik 2 yg bawah tu 🙂

    Izu:
    oh oh oh. now u are the 1 who make me envy u so so so so so much!

    Reply

  28. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    well..without intention…
    (>:)

    Reply

  29. uchnanabanana says on :

    kenal jgk iffah! the whole family was invited to qatar for the wed. tp tak logik la kan! huhu.

    happy bday to the bro!!!!

    Reply

  30. faisal says on :

    Chelsea chelsea!!! chelsea chelsea!! opsss, silap tempat,heheh..sorry ye cik sarah..

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    yela tu.. yela tu.. :S

    Usna:
    misti la kenal kan! kalay dh namanya PPIM clan kan. mmg x logik la klu the whole fmly nk ke sana just for the wed kan 🙂 hehe

    Acai:
    saje je la tu ye. my blood is red will forever be red. lalala~

    Reply

  32. aisha says on :

    wah,nakal acai ni,silap tempat ke atau sengaja nak menyakat:)

    Reply

  33. HarizHazwan says on :

    wooo…
    ni merah ek…
    ni “biru” sorg lagi dtg nak turut b’sorakk….
    yeay! haha…
    merah? time kecik2x dlu minat gak r… tp, merah mu je la,
    merah liv n arsenal,
    huh… lgsung x minat….haha

    Reply

  34. Noor Aida Kamaruddin says on :

    Selamat hari jadi utk aiman.
    Nana dan syafiq mesti ingat mak dia lupa b’day mereka. Bukan lupa….tangguhkan dulu utk buat sedikit jamuan weekend ni. Skrg budak UiTM sedang finals jadi sibuk marking. Tapi along dan pidaus takde tak best nak masak dan makan sekeluarga sbb short 2 org yg kaki makan. Kalu blh fly kat Dungun mari le rumah makde hujung minggu ni…menu blm fikir tapi rasanya mesti ada sate ayam buat sendiri kot, kek ( mesti), mee goreng dan lain2. makde celebrate sekeluarga je

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aisha:
    acai la satu2nya org yg mmg x boleh tgk sy suka hati. hehe

    Hariz:
    aik. kamu chalsea ke? adeh. akak baca komen kt entry atas dulu td. ingtkn kamu geng dgn akak. ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. kamu kaum biru rupanya… 🙁

    Makde:
    rindunya kat makde. lama x nampak makde kt sini 🙂 ooo… nak buat makan2 ke. bestnya. ni weekend ni nan n kaklong pun balik rumah. semua kumpul2. ngah sorg je yg takde. diorg pun makan2 kat rumah jgk 1 fmly. sedihnya… makde, balik cuti ni, ngah akan ke dungun. tebus yg tahun lepas. insya Allah! so boleh la makan sate makde. hihi

    Reply

  36. ammar azhar says on :

    Huhu sarah…thanx for the birthday wish…never knew u knew my besday…neway, to all readers, ure invited to iffah’s walimah…usna, apa plk x logik…bkn susah, naik kapalterbang sampai doha pastu blh pegi wedding dia (i wish i kud do that =D). 1st malay wedding in doha, rugi x pegi.hehe

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ammar:
    ya Allah. awk baca blog ni ke? aduh. malu jgk ni. never expected that u would read this entry. huhu. so, again, happy birthday. may Allah bless ur life n ease u in whatever u do. tahniah ye dh nak dpt adik ipar dh. hari tu ifa kata, utk majlis kenduri tu nnti pun awk x sempat baluk ye. xpe. berkorban utk masa depan. all the best in ur exam!

    Reply

  38. ammar azhar says on :

    thanx…xdela suka membaca blog pun but someone drove me to ur blog..she said she knew about iffah’s wedding from ere. so i juz dropped by to see what u wrote =D…thanx for the advert..hehe

    Reply

  39. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ammar:
    someone? eh sape ye? mcm misteri plak. its not merely an advert. its my congratulation for her. n the rest mentioned above 🙂 x sempat nk ym wish u personally on may 1st. so kat sini still may 1st. again, happy 23rd birthday.

    Reply

Leave a Reply