1100 Kampung Lebak

Assalamualaikum wbt

Rasanya tak perlu diterangkan panjang lebar. Saya tersangat rindukan rumah, emak ayah dan adik beradik saya. Hendak menelefon mereka, telefon masih belum ber-top up. Bilalah saya hendak keluar ni. Di luar hari sedang hujan. Memang mendung. Demam makin menjadi-jadi. Bersin tak sudah-sudah. Saya hendak balik rumah. Saya rindukan rumah saya. Saya rindukan bilik tidur saya.

Janganlah cemburu ye melihat kehijauan kawasan rumah saya. Tapi ini rumah Tok Halimah. Rumah saya betul-betul di belakangnya saja. Di depannya ada buai di bawah pokok semarak, di atas bukit menghadap Sungai Pahang. Di belakang rumah saya ada kawasan rumput hijau. Pernah main baring-baring dengan adik-adik. Di tepi rumah ada banyak pokok buah. Inilah kelebihan duduk di kawasan kampung. Bangganya saya menjadi anak kampung. Nak balik rumah! Demam-demam ni teringatkan bubur nasi Mak Tam!

Inilah buah hati saya. Kaklong, Adnan, Adlan, Adi, Adam, Azizi, Aiman. Semuanya tinggi menggalah mengalahkan ayah. Sungguh ni. Bangun pagi tadi rasa sebak sangat. Sebab teringatkan mereka semua. Rasa nak nangis… Mood saya dah hilang semula. Saya rindukan mereka. Dan juga cinta saya di Malaysia… *Matilah spekulasi :p

32 Responses to “1100 Kampung Lebak”

  1. CJ says on :

    wah!. sarah rindu keluarga ek.. sikiiiittt je lagi sarah. dh nak masuk bulan 5 nih. bulan 6 balik kaan. dah lama tak balik ke?

    yg kt malaysia chenta hati tu sapa ek? hehe.. buat2 tak faham pula aku nih. *menguatkan spekulasi*

    redup halaman rumah. kalau aku gi rumah sarah, maunya aku taknak balik 2-3 hari. 🙂

    Reply

  2. c's radin says on :

    salam kak sarah…

    isk2.. i miss my family too… akak blk msia tak tahun nih?? ble?? sempat tak 12/7 nih??

    Reply

  3. myfisol says on :

    salam,

    entri pasal keluarga…rindu sesangat lah ni..:)

    cinta kat malaysia tu, kalau bagitau bolehlah bro tolon tengok2 kan..*cuba merungkai spekulasi*

    Reply

  4. CJ says on :

    errrr.. tambah lagi. kirim salam kt kak long eh..

    wakakkaaa… larriiikkkkk!!!

    Reply

  5. WanHidayat says on :

    Salam….mcm pernah pergi jea kawasan umah tuh…tenang nya…rumput hijau sbb takde kambing kot kat sekitar tuh kan….dah tak lama nak balik kan….sabor ek….

    Reply

  6. Liyana says on :

    salam…
    ngah..heheh…
    rndu ye…sbar yek…
    ske la pic umah tok yg tu..
    nmpak damai sgt….huhu..yna pn rndu la nk blik umah tok…
    nk men2 cm dlu2…time kcik2…

    oh ye…skang tok ad kt umah yna..dh dua ari dh tok kt sni..sblum ni tok g umah ayh long…hahah..tok nk jljah mlysia la..hmm utk g umah mk ndak..sggup ke tok trbg g alexandria tu??
    *wink*

    Reply

  7. silent reader says on :

    nyaman.. 🙂

    Reply

  8. arsaili says on :

    salam..kerinduan pasti ada, kerana kita punya hati

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua:

    Cikgu Jawe:
    bak kata cikgu, sy ni demam emosi. tp tak sbnarnya. mmg berjangkit2 kt sini. dlm rmh ni 3org demam tp sy ni yg paling melaratnya. alahai cikgu. sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya la pula ye. hehe. cikgu, nnti meh la dtg phg ye. tp jgn buat alasan mcm cerita ke rmh acai tu dh ok. alasan tu dh x laku dh 🙂

    Radin:
    akak balik. n of course 12/7 tu akak wajib ada kt sana!

    (Faiq, rindu lama x online dgn awk…)

    Bro Fisol:
    mmg rindu amat… oh. cinta hati tu di mana? tak leh cakap kt sini. huhu. tp klunya bro dh ada kot :p *bermain2 dgn spekulasi*

    Cikgu Jawe:
    hohoho. ye la cikgu. insya Allah sy smpaikan nnti. tau la kaklongnya tu cantik amat kn. hoho.

    Hidayat:
    mcm penah pergi? nnti dtg lg ye. proper2 punya. bru best. ida kena ada 🙂 sume2 la. kambing mmg x de la kan sbb atas bukit. kambing takut nak lepas drpd pagar kt bawah bukit tu. x sabar nak balik…

    Yana:
    ngah suka sgt duk sorg2 kt buai tu. tu la tmpt lepak ngah tiap2 ptg dgn mak tam ani n mak tam chinor tau. mmg damai je. dgr bunyi daun pokok buluh, air sungai, pastu bunyi bdk2 ni main bola kt laman rmh tam chinor. ya rabbi.. rindunya… yana, ngah ada rasa x sedap hati psl tok. knp out of sudden took tiba2 je jelajah sume rmh anak2 dia. kata nk tgk cucu2 dia. yana tolong peluk cium tok utk ngah ye. please… ehem, klu tiba2 ngah yg terbang ke alex dulu mcm mana :p

    Silent Reader:
    terima kasih… 🙂

    Bro Arsaili:
    puitisnya ayat bro. tp sy suka la plak. klu x de hati, x de la erti rindu kan.

    Reply

  10. myfisol says on :

    memanglah..memang betul firasat sy..you guys will make a great couple..tumpang gembira..:)

    see Inah (kalau terbaca)..we’re both mutant..err kami macam x-men plk (masing2 mengalami proses mutasi)..k.inah punya missing link boleh cari, inikan setakat merungkai spekulasi…nak jadi Dr. falsafah mestilah kena tau falsafah cinta sikit2 kan..*terungkai sudah spekulasi*..

    Reply

  11. Aizar Azman says on :

    Salam sarah or KS..
    lawanya scenery..waaaa..
    lame tak jenguk kg semenjak tok ngan opah meninggal..KG sangat best!!sy bdk KL,kl nih best sbb hometown je,kalo tak,lame cabut..
    Jgn sedeh2 yer..

    Reply

  12. akak says on :

    mm…sejuknya mata memandang. Bestnya suasana rumah Sarah. Akak pun duduk kat kg jugak..cuma kat sini hijaunya dan redupnya yang kurang sket..Yang banyaknya nyamuk..hehehe.

    Dah tak lama dah..sabar ek. Nanti boleh lepaskan rindu puas² kat ‘buah-buah hati’ tu.. 🙂 Take care!

    Reply

  13. Liyana says on :

    hmmm..btul gak…ngah ckap cmtu..yna pn rse x sdap ati jd…ok its a promise..i’ll hug her 4 u…yakuso!!

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    firasat2 apa ni bro? bro salah org kot. kadang2 nujum2 ni x mengena kan 🙂 doanya sampai ke great couple tu. huhu. tergelak2 sy baca. lucu jgk bro ni ye. psl link kak inah pn sy tau sbb ‘cekap mengintip’. hihi. sy pn kuasa istimewa mutant2 jgk kot :p

    Aiza:
    maknanya kampung awk di perak la ye? awk mmg born n bred in KL kn. situ la kampung awk kn 🙂

    Akak:
    rmh sy akn banyak nyamuk bila lepas hujan. n kalau hujan petang, mlm tu misti kelkatu dr busut dekat pokok manggis akn keluar. jenuh la esok pagi tu nak kemas rumah. n sapu2 semula sayap2 kelkatu tu. akak, kata2 dr akak sntiasa menenangkan sy. trma kasih byk2 🙂

    Yana:
    thanks yana! (yakuso tu apa? ni misti abg ngah yg ajar kn)

    Reply

  15. zahrahim says on :

    terkenang rumah juga…
    dan saya mesti komen gambar rumah tu… nampak sangat hidup dan penuh ‘mood’ (>_<)

    Reply

  16. drbubbles says on :

    Saya juga pernah bertandang ke Lebak.Kawan serumah (beberapa tahun) dahulu kampungnya di situ.Azizan namanya.Kerja Telekom Malaysia di KL.

    Ayahnya nama Taha kalau di Lebak.Tapi kalau di kawasan Tmn LKNP Jerantut(where I live), orang panggil bapanya Mat Jidin.Pesara kerajaan.

    Manalah tau kot kot rhodong belaka…

    Reply

  17. Nurmahani says on :

    salam sarah,

    saya sihat2 aje. saya baca tiap entry awak, tapi tak komen je. busy kerja hhuhu.

    bagus la awak balik jun ni. teringat nak jemput awak ke walimah saya hihi. walaupon tak kenal awak, tapi cam nak jemput jugak hihih.

    cuti berapa lama? sempat tak ogos?

    Reply

  18. Liyana says on :

    hehheheh…yakuso tu =janji…no la..bljar sndri kt drama jpun..huk3…ni kes trlalu byk tgok la..smpai leh hfal…

    Reply

  19. fizz says on :

    Sarah..

    hijaunya kat kwsn rumah Tok Halimah ni, hijau yg cantik, hijau bumi tuhan..kehijauan yang mendamaikan..:d

    mesti dh xsbr nak balik kan, bulan 6 dh hampir menjelang tiba, insya Allah pasti terubat kerinduan Sarah pada keluarga nnt 🙂

    Oh! Saya sedang lunch dlm bilik ofis dengan bubur nasi masakan sendiri beserta air coklat, nak rs bubur nasi buatan saya ?..hehe 😛

    Reply

  20. Mak Su says on :

    dah call kampung lom?

    Reply

  21. Aleeya says on :

    sarah rindu family yer..saba ok, kak aleeya pun rindu juga kat parent kat kg, hujung minggu ni baru nak balik

    sarah kena kuat semangat, tak lama lagi kan dah nak balik kg kan..

    cantek sungguh kawasan kg sarah..suasananya penuh kehijauan..

    Reply

  22. AyUmi says on :

    ohoo.. demam rindu rumah. no wonder la. kesian.

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azizah:
    tiba2 teringat rumah awk pn d temerloh jgk kn. penuh mood ke? myb sbb ada org2 dlm gmbr tu yg duduk2 kt buai n main2 bawah pokok tu kot.

    Dr. Bubbles aka Bro Iskandar:
    sekali dengar nama tu, saya terus teringatkan Pak Teh Mat Taha. tp sy x berapa pasti ni org yg sama atau x. sy ada tanyakan pd emak tp belum dpt balasan lg. masih ada lg ke Mat Jidin ni? jd, skrg dia duduk di LKNP Jerantut la ye? biasanya klu dh sekampung tu mmg ghodong belake. cuma sy x berapa ingt sgt ni. tp mungkin la kot org yg sama. sbb mana ada taha lain dh kt kmpung tu rasanya.

    Nurmahani:
    Subhanallah… awk dh nak kawin ke. kita sebaya kan? hihi. rezeki awk smpai dulu kan. ye. ogos tu sy di msia lg. sy cuti smpai hujung ogos. nnti emailkan la detailnya pd sy ye: sarahmohdshukor@gmail.com. ada kelapangan, sy akn dtg. ye. insya Allah sy dtg 🙂 gembira betul sy dgr ni. ramai kwn2 sy kawin rupanya cuti ni 🙂

    Yana:
    oo. janji ke. ok. dh saved dlm otak dh. haa. tgk la byk2 sementara cuti ni. nnti dh smbung x de masa dh nk suka2 ria ni. hehe

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    mmg mendamaikn duduk kt halaman tu. ptg2 sy misti duduk kt buai tu. sorg2 pn takpe. tp biasanya ada mak sedara sy teman borak2. waa.. bila sy baca psl bubur nasik tu, teruja la jgk. tp bila smpai part air coklat tu, sy x berapa. myb awk termiss entry psl sy x boleh minum sebarang air coklat. sy loya n muntah2 nnti. kesian ye. lunch kt ofis sorg2 je 🙂

    Maksu:
    dh call dh. x de la lama mana tp dh ckp dh dgn mak ayah… 🙁

    Kak Aleeya:
    akak balik perak ke weekend ni? best nya! sy ada lg 2 bln dr hari ni insya Allah. x sabar dh menghitung hari ni..

    Ayumi:
    ni lah alkisahnya budak cengeng sorg ni… tambah plak mmg musim ramai demam kt sini. makin menjadi2 la demamnya 🙁 thnks sudi jenguk2 sy kt sini ye ayumi 🙂 *jealous la acai nnti :p

    Reply

  25. Inah says on :

    amboi..nampak nama akak dua kali disebutkan 🙂

    rindu keluarga ye..akak pun akan mengalaminya nanti..adehh 🙁

    eh..orang dah lulus viva la..alhamdulillah 🙂

    bulan 6 sarah balik eh?sempat untuk berjumpa..sila turun KL..nanti akak belanja makan sate..sarah sure x jumpa sate kajang kat sana kan 🙂

    a big hug for sarah 🙂

    Reply

  26. Inah says on :

    eh..lupa sarah..meebo tu hang x payah install..just taip meebo.com then log in je..mcm web messenger

    Reply

  27. Nurmahani says on :

    salam sarah,

    Aah kita sebaya SPM 2002 🙂 Alhamdulillah, dah sampai jodoh saya. Saya terima. Takut juga tak dapat laksanakan tanggungjawab.

    Saya yakin awak akan dapat seseorang yang worth for you. Jangan berhenti berharap pada Allah aje 🙂

    All the best in your studies sarah, and in life here and hereafter.

    iA saya email kan details nye. Datang taw nanti!

    Reply

  28. faisal says on :

    waaa, sukenya pokok besar2 camtu,huhu…:) sabarlah sarah, taulah rindu nak balik kampung,hihihii…:P

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    tahniah dh lulus viva! yeay. wah. ada org nak belanja sy satay. okeh. nnti kita set utk dating sama2 ye. hihi. n thnks kak inah sbb bgtau psl meebo tu 🙂

    Nurmahani:
    tak sabar nk tunggu detail nya tu. boleh la nk mula merancang cuti. hehe. insya Allah nnti smpai la masa sy jugak kn. cuma bila n dgn sape je tu yg x tau lg. selamat membuat persiapan ye mahani 🙂

    Acai:
    jom dtg temerloh lg. pekena ikan patin masak tempoyak n tilapia bakar. harus la bertambah nasik tu nnti 🙂

    Reply

  30. one says on :

    Salam
    Wah terasa dekat dan mesra
    *rugi kan x datang masa sarah ajak dulu

    Reply

  31. xanda says on :

    asal gune gambo lama? nanti siap fyp ngan assignment ngan presentation sekali… nan upload gambo

    Reply

  32. Tyra says on :

    haaa…. sarah…

    tengah malam td (waktu malaysia) sy nmpk gmbr cinta kamu di malaysia itu.. di avatar Ym laa… hakhakhakhak!!! ohh.. spekulasi sungguh!!!

    *larikkkkkkkkkk….

    Reply

Leave a Reply